Saturday, June 08, 2013

PANAS


Subhanallah....hari ni cuaca panas yang amat. Guna kipas full blast pun masih berpeluh. Sesekali cuaca mendung bagai nak hujan tapi tak jadi hujan. Semalam hujan, pagi tadi pun hujan sebentar, hujan panas. Rasanya dah lama tak hujan panjang-panjang macam dulu. Dah tiada musim tengkujuh di sini. Dahulu masa sekolah rendah, ingat lagi, hujan lebat berhari-hari, matahari tak keluar pun, mendung saja sepanjang hari. Air bah di merata-rata tempat, Rumah pun dimasuki air, habis buku-buku dan barang-barang di bawah katil basah. Pernah sekali sekolah tutup sebab banjir. Masa tu aku dan sahabatku teragak-agak, nak pergi sekolah ke tidak? Kami telefon ke sekolah, ada orang jawab, sekolah tutup. Best juga dapat ponteng yang halal.

Sejak dah besar ni, jarang sekali dapat hujan begitu. Bukan nak meminta, hujan lebat jika berpanjangan pun akan menimbulkan kesusahan juga. Cuma, sekarang cuaca terlalu panas, inilah pemanasan global, cahaya UV dah menerjah masuk ke lapisan ozon yang semakin menipis. Bila panas begini, nak buat kerja pun tiada semangat, mata asyik layu saja, tenaga cepat habis, cepat rasa haus dan penat, penyakit pula cepat hinggap ke badan.

Bercakap pasal penyakit, dalam seminggu dua ini akan berlakulah kebanjiran pesakit ke wad, maklumlah cuti sekolah dah habis. Segala sakit demam yang bermula seminggu dua yang lepas, akan dibawa untuk rawatan di hospital. Macam mana tak demam berpanjangan, jika ibubapa tak memainkan peranan yang sepatutnya?

1. Masalah compliant to medication - sangat mengecewakan. Ambil ubat di klinik, tapi letak atas meja saja. Alasan? Anak tak boleh makan ubat, anak akan muntah, anak tidur...ibubapa kenalah paksa anak makan ubat..bukan untuk mendera, tapi untuk menyembuhkan anak-anak..kalau nak tunggu anak rela untuk makan ubat,..jangan haraplah..ubat demam i.e. paracetamol kena ambil 6 hourly, kalau ibubapa cuma bagi sekali sehari..jangan haraplah anak nak baik demam. Lagi satu ialah antibiotik...biasanya private sector akan terus prescribe high class antibiotics seperti augmentin dan cefuroxime, malangnya ibubapa tak habis bagi pun, bagi sehari, anak masih demam, terus kata ubat tak berkesan. Tahukah anda di sektor awam, kami ikut prosedur, mula dengan class antibiotic yang biasa dahulu, ikut group of organisms yang ia sensitif, jika selepas dua hari tiada improvement ataupun jika child deteriorates, baru upgrade ke next class.

2. Fluids - minum air banyak-banyak...jika badan mempunyai air yang cukup, kadangkala tak perlu makan ubat pun..badan ada sistem imuniti sendiri yang akan melawan jangkitan biasa. Malangnya, sekali lagi ibu bapa kalah kepada anak-anak. Apabila anak demam, sudah pastilah dia tak lalu makan, tak lalu minum, orang dewasa juga begitukan? Maka ibubapalah yang kena memaksa anak-anak minum. Tahukah anda bahawa kekurangan air dalam badan i.e. dehydration boleh membawa maut? Belilah minuman yang anak suka seperti vitagen, ribena, etc supaya anak masih mahu minum pada waktu demamnya.Namun ibubapa sekarang lebih suka mengambil jalan mudah, biar anak masuk hospital dan mendapat intravenous fluids. Tahukah bahawa anak-anak sakit dan trauma apabila dicucuk untuk dimasukkan cannula? Lebih-lebih lagi yang chubby, vein pun tak nampak dan tak rasa!


3. Tepid sponging i.e. jerlun - teknik ini berkesan untuk mengurangkan haba dalam badan. Malangnya tidak ramai ibubapa yang rajin berbuat demikian. Letak tuala basah sekali atas dahi, lepas tu tak buat dah.Bila anak demam tinggi hingga jadi sawan, mereka kata dah jerlun dari tadi...padahal ward staff semua menjadi saksi yang anak itu dibiarkan saja tidur tanpa sponging. Kata orang-orang tua, pakai air daun nona ataupun bunga raya putih. Tak kisahlah daun pokok durian sekalipun, yang penting sponging itu dilakukan.

Nampak macam semuanya ibubapa yang salah saja?
Pointnya di sini ialah, sebenarnya banyak admission boleh dielakkan. Apa yang dibuat oleh ibubapa kita dahulu, bukannya benda high tech pun, sekadar apa yang disebut di atas. Aku sendiri pun pernah demam teruk masa kecil dahulu tapi tidak pernah sampai kena masuk hospital. Adakah ibubapa sekarang terlalu bergantung pada rawatan di wad dan ubat-ubatan?

Tidak dinafikan kewujudan pelbagai penyakit berbahaya yang pelik-pelik mungkin merisaukan ibubapa. Sebab itulah mereka membawa anak-anak ke hospital. Mungkin juga mereka lebih percaya pada rawatan di hospital berbanding rawatan sendiri di rumah. Tapi yang tak boleh tahan tu apabila mereka sendiri request untuk anak masuk wad, bila sampai sahaja di wad, terus tanya, bila agaknya boleh baik? Berapa hari kena tahan di wad? Erkk...sejak bila doktor dan nurses ada ilmu nujum ni? Boleh ramal-ramal pulak? Baru masuk dah tanya nak balik...Lepas tu baru start treatment tak sampai 24 jam, dah kata tiada respons..dah mula tak percaya dengan rawatan yang diberi..mulalah nak minta second opinion bagai..tiba-tiba pula anak ada medical card dan nak pergi private.

Baru-baru ni kami terpaksa transferred out 2 patients upon request. Satu request nak pergi HSJ sebab ibunya bekerja di situ.Okaylah..mungkin lebih mudah untuk si ibu bekerja sambil menjaga anaknya, persoalannya, kenapa dari awal lagi tak bawa anak ke sana? Haih.. Kes kedua, parents request nak ke HPP sebab di sana ada better specialists, padalah si anak tu dah nak baik dah, maybe the next day dah boleh discharge. Fine, kami hantar ke sana...sampai consultant sana pun pelik, kenapa patient tinggal area sini tapi kena transfer ke pulau...Kami tertanya-tanya,adakah parents itu akan menyesal selepas lihat sendiri keadaan di sana? Sini wad ada air cond, wad pun tak penuh patients,ibu yang menjaga waktu malam diberi kerusi malas untuk tidur, sana tiada aircond, ibu tidur di kerusi biasa saja dan  wad tak pernah tak crowded..hehahah. Pointnya ialah kami kekurangan tenaga kerja akibat perlu menghantar pesakit ke sana...

Kesimpulannya, menjaga kesihatan anak-anak ini melibatkan proses dua hala, antara ibubapa dan petugas kesihatan. Anak-anak yang masih kecil tidak pandai menjaga diri, maka ibubapalah yang perlu memainkan peranan, dan peranan petugas kesihatan adalah memberikan perkhidmatan sebaiknya kepada pesakit yang datang meminta rawatan, walau apa pun karenah mereka, di samping itu memberi pendidikan umum kepada orang awam tentang kaedah asas menjaga kesihatan...

No comments:

Post a Comment