Sunday, June 30, 2013

Hospital

"Tolong jangan kaitkan saya dengan hospital. Kami tak ada apa-apa. Hanya kenalan biasa."

Jawab gaya retis. Hahah. Sesekali bosan juga apabila sering dikaitkan dengan hospital. Orang lain pun kerja macam-macam juga, tapi habis kerja, habis. Asal ada saja saudara mara yang masuk hospital, mesti namaku disebut-sebut. Penerangan panjang lebar oleh doktor yang merawat (hatta doktor pakar) pun tak diendahkan sangat. Yang penting, harus mendengar dari mulutku, yang kononnya the family doctor.

Aku tak kisah membantu yang mana patut dibantu. Tapi kalau semua pun nak harapkan aku, itu sudah agak lebih.

Seorang sedara jauh di kampung yang tak rapat pun telah meminta nombor telefonku daripada sepupuku untuk bertanyakan soal tangannya yang bengkak. Dia tidak pergi berjumpa doktor di klinik atau hospital, tetapi mahu dapatkan konsultasi denganku? Bolehkah aku memberi diagnosis dan rawatan melalui telefon? Pastinya tidak. Mujurlah sepupuku bijak dan tidak memberi nombor telefonku.

Aku tidak kisah membantu jika ia melibatkan perkara yang perlu dibantu. Namun jika sekadar ingin aku mengulang penerangan yang telah diberikan oleh doktor yang merawat, itu aku tak berkenan. Dengar dan fahamkan penerangan mereka. Mereka yang merawat, mereka lebih tahu. Mereka juga manusia biasa yang akan memberi penjelasan dalam bahasa yang mudah difahami.

Mempunyai seorang doktor dalam family adalah satu advantage. Namun advantage itu biarlah digunakan untuk perkara yang benar-benar perlu sahaja. Bukan untuk suka-suka nak menjaja nama si doktor sebagai kebanggaan keluarga. 

Bertanya untuk menambah pengetahuan, bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Sebagaimana aku tidak selesa jika ada ahli keluarga pesakitku yang melebih-lebih kerana dia seorang doktor, begitu juga aku tidak akan berbuat demikian kepada doktor yang merawat ahli keluargaku.

Tahukah anda betapa sukarnya situasi doktor apabila berdepan dengan ahli keluarganya sendiri yang sakit? Rasa bagai tidak berguna dan tidak membantu apabila keluarga sendiri yang sakit tapi tak dapat buat apa-apa. Hmmmm.

No comments:

Post a Comment