Tuesday, August 19, 2014

Ceramah Prof

Alhamdulillah pertama kali menjejakkan kaki ke Surau Taman Pauh Jaya. Ada pula surau tu dalam Waze. Teringin nak dengar ceramah Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah. Selalu tengok beliau jadi pengacara saja dalam Pencetus Ummah. Tajuk ceramah " Survival Umat Islam Masa Kini". Penyampaian baik, cuma rasanya pengisian agak abstrak, entah sampai ke tidak isinya kepada hadirin yang pelbagai peringkat usia dan intellektual itu. Mungkin lebih baik jika straight to the point saja.

Tertarik dengan kata-kata Prof," Melayu jika hilang Melayunya, maka akan hilang Islamnya." Kenyataan yang perlu difikirkan dan direnungkan bersama. Prof juga menyentuh perihal musuh Islam yang nyata dan yang tersembunyi. Yang terang-terang menentang Islam dan yang tidak jelas penentangannya. Namun kita masih mengganggap mereka sebagai target dakwah kita, moga-moga mereka akan lebih memahami Islam dan tertarik untuk memeluk Islam. Cuma kurang enak sedikit apabila Prof menyebutkan bahawa beliau tidak yakin yang Islam akan menang dengan cara "begini". Satu kenyataan tanpa cadangan penyelesaian. Mungkin perlu huraian lebih lanjut.

Prof ni masa aku kecil beliau dah terkenal di kaca tv. Forum Perdana Ehwal Islam. Seorang pengacara yang hebat ketika itu. Hingga sekarang auranya begitu besar. Kisah pengislamannya hingga sekarang masih dibual hangat. Semoga Allah memberkati usaha murninya menyebarkan ilmu.

No comments:

Post a Comment