Ketika menghabiskan bacaan buku "Dahsyatnya Cabaran Pelajar" karangan Prof Muhaya, terjumpa dengan satu perenggan ni, Prof memetik kata-kata daripada Dr Fazilah Kamsah, yang mana beliau selalu berpesan, untuk bertemu jodoh, niatkanlah dalam hati pada setiap pagi, " Pada hari ini saya bertemu jodoh". Satu doa dan motivasi yang amat baik. Kadang-kadang Allah kabulkan doa dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.
Berkahwin awal itu rezeki. Rezeki bertemu jodoh awal dan mungkin juga memiliki zuriat awal.
Berkahwin lewat itu juga rezeki. Rezeki untuk lebih bersama ibu bapa. Mungkin dengan redha ibu bapa itulah yang menyelamatkan kita daripada neraka.
Ajal maut, rezeki dan jodoh sudah Allah tentukan. Kita bekerja untuk mencari rezeki, dan kita berusaha mencari jodoh. Namun, sejauh mana kita berusaha mempersiapkan diri untuk bertemu ajal. Ada orang bertemu ajal dahulu, ada orang bertemu jodoh dahulu. Sibuk nak jadi isteri solehah, tapi lupa untuk jadi hamba yang solehah.
Kadang kala Allah dah beri petunjuk, jodoh dengan manusia tak sampai-sampai, sebab Allah nak jodohkan dengan ajal dahulu. Bersediakah kita?
Pada hari ini, saya bertemu jodoh. Ada ketenangan pada ayat ini.
Pada hari ini, saya bertemu ajal. Ngeri ayat ini. Bersediakah?
Semoga menemui ajal dalam keadaan baik. Husnul khatimah. Insya Allah. Biar hidup dan mati dalam iman. Biar mati dalam taat, bukan dalam leka.
Baru-baru ini melihat video sebuah jambatan kaca di China. Amat ngeri...kerana ia hampir mirip siratul mustaqim. Pada hari manusia melintasi titian sirat, ada yang berjalan laju terus hingga ke hujung, ada yang terketar-ketar berjalan, ada yang merangkak, ada yang tak boleh berjalan terus. Astaghfirullah...bagaimana keadaan kita nanti bergantung pada amalan kita. Semoga kita tergolong dalam golongan yang laju berjalan terus...amiin.
No comments:
Post a Comment