Alhamdulillah pada Ahad yang lepas, aku berkesempatan mengikuti program Santuni Rohingya. Kami adakan khidmat pemeriksaan kesihatan dan pergigian percuma, serta sedikit bantuan pendidikan. Seronok mereka melihat kami datang. Baru aku sedar, mereka juga saudara seIslam kita yang harus dibela. Mereka sakit kerana mereka tiada wang untuk mendapatkan bantuan perubatan. Mereka kurang berilmu, kerana tidak ramai yang mengajarkan ilmu kepada mereka. Mereka terbuang dari daerah mereka sendiri.
Ada beberapa wanita Rohingya yang fasih berbahasa Melayu dan sedikit Bahasa Inggeris. Mereka membantu kami menterjemahkan konsultansi. Medical team kami terdiri daripada seorang pakar bedah, seorang medical officer (akulah itu), dan empat orang house officer. Ada juga seorang medical student dan pharmacyst yang mewakili NGO lain. Dental team ada 4-5 orang, lengkap membawa equiment mereka. Satu NGO adalah alumni dari USM yang begitu berminat untuk mendidik dan membantu golongan ini.
Pada mulanya terasa sedikit kekok, maklumlah, teman-teman seangkatan yang selalu berusrah bersama semuanya tak hadir, namun lama kelamaan jadi mesra dengan junior-junior ni.
Balik tu terus singgah shopping mall, beli satu kemeja hijau sempena hari lahir ayah keesokannya. Diskaun 50%, tapi masih mahal. Demi ayah, tak kisahlah.
No comments:
Post a Comment