Tuesday, October 20, 2015

Hak Ibu

Kita Semua Adalah Da'i

Ahad baru ni berakhirlah sudah Da'i Pendakwah Millenia musim ketiga. Da'i Hamidah menjadi juara. Sememangnya beliau mempunyai aura yang istimewa. Aku sangat tertarik dengannya saat episod pertama lagi. Lagipun beliau mempunyai asas ilmu agama yang sangat baik, sesuai untuk diketengahkan sebagai da'i dalam masyarakat. Tahniah Da'i Hamidah, menjadi sumber inspirasi buat rakyat Malaysia!

Semasa Da'i musim yang pertama, seseorang pernah bertanyakanku, mengapa aku tidak pergi ujibakat. Aku pun tidak sangka dia akan tanya begitu. Layakkahku? Adakah dia melihat kelebihanku sehingga bertanya begitu? Kini orang yang bertanya itu pun sudah menjauhkan diri. Entah bila dapat berhubung semula.

Sebenarnya semua kita adalah da'i. Title sebagai seorang Muslim telah secara automatik menjadikan kita seorang da'i. Seorang da'i adalah seorang penyampai. Semua orang Islam wajib menyampaikan tentang Islam, mengikut tahap ilmu yang dia ada, asalkan ilmu itu benar. Program Da'i di TV3 itu sedikit sebanyak telah memberiku inspirasi untuk membaiki diri dengan ilmu, agar lebih mudah untukku menyampaikan. Aku juga seorang da'i.

Pada Sabtu yang lepas pula telah berakhir perhimpunan Fastaqim 60K. Lebih daripada 100000 yang hadir, Allahuakbar! Mereka ini yang masih terus istiqamah dengan perjuangan Islam. Teringat akan program khusus yang pernah kuhadiri beberapa tahun lepas. Kami adakan diskusi berkenaan istiqamah vs berpisah daripada jemaah. Ada beberapa jawapan yang memberi gambaran bahawa mereka akan keluar daripada jemaah atas sebab-sebab tertentu. Realitinya berlaku pada waktu ini. Beberapa nama besar yang dihormati, yang menjadi pimpinan pelajar waktu itu telah pun mengasingkan diri daripada jemaah. Entah apa yang mereka tidak puas hati. Presidennya tetap sama, yang mereka wala' kan dari dulu, dasar perjuangan jemaah tetap sama, yang mereka terangkan pada mad'u dulu, malah pimpinan "jemaah" baru mereka itu tidak tergolong pun dalam kumpulan ulama'. Apa yang mereka pandang, dan apa yang mereka mahu bawakan?

Aku bersyukur, walaupun tidak begitu aktif turun padang, aku tetap tidak tergugat oleh anasir-anasir negatif yang nak memecahbelahkan jemaah. Tidak perlu buat jemaah baru saat jemaah yang sedia ada masih relevan dan tidak menyimpang daripada Islam.

Teruskan istiqamah! Semoga sahabat-sahabat yang terpesong sejenak itu kembali ke pangkal jalan.

Friday, October 16, 2015

Selamat Berhimpun !

Semoga Allah melindungi perjalanan sahabat-sahabat ke Fastaqim dan SHIFA. Beruntunglah kalian dapat bersama pimpinan yang dihormati. Aku juga ingin sekali bersama kalian...namun apakan daya, keadaan tak mengizinkan. 

Inilah dilema wanita bujang, sukar mencari teman seperjuangan yang boleh travel sekali...tiada mahram untuk menemani... Untuk menyusahkan mak ayah tidak sama sekali...

Mungkin salah sendiri juga yang tidak merancang dari awal...awal-awal lagi sudah mengalah.

Semoga seluruh umat Islam akan mendapat manfaat daripada perhimpunan ini.

Wednesday, October 14, 2015

Santuni Rohingya

Alhamdulillah pada Ahad yang lepas, aku berkesempatan mengikuti program Santuni Rohingya. Kami adakan khidmat pemeriksaan kesihatan dan pergigian percuma, serta sedikit bantuan pendidikan. Seronok mereka melihat kami datang. Baru aku sedar, mereka juga saudara seIslam kita yang harus dibela. Mereka sakit kerana mereka tiada wang untuk mendapatkan bantuan perubatan. Mereka kurang berilmu, kerana tidak ramai yang mengajarkan ilmu kepada mereka. Mereka terbuang dari daerah mereka sendiri.

Ada beberapa wanita Rohingya yang fasih berbahasa Melayu dan sedikit Bahasa Inggeris. Mereka membantu kami menterjemahkan konsultansi. Medical team kami terdiri daripada seorang pakar bedah, seorang medical officer (akulah itu), dan empat orang house officer. Ada juga seorang medical student dan pharmacyst yang mewakili NGO lain. Dental team ada 4-5 orang, lengkap membawa equiment mereka. Satu NGO adalah alumni dari USM yang begitu berminat untuk mendidik dan membantu golongan ini.

Pada  mulanya terasa sedikit kekok, maklumlah, teman-teman seangkatan yang selalu berusrah bersama semuanya tak hadir, namun lama kelamaan jadi mesra dengan junior-junior ni.

Balik tu terus singgah shopping mall, beli satu kemeja hijau sempena hari lahir ayah keesokannya. Diskaun 50%, tapi masih mahal. Demi ayah, tak kisahlah.

Thursday, October 01, 2015

Mencegah vs Merawat

Hari ini ada seorang doktor berkongsi pengalaman beliau berhadapan dengan satu kes yang wajib menjadi pengajaran kepada semua ibu bapa di luar sana.

Seorang kanak-kanak berusia 9 bulan dibawa ke Jabatan Kecemasan kerana mengalami sawan. Doktor yang menguruskan kes itu memberikan beberapa jenis ubat untuk merawat sawan itu.

Kemudian datang seorang lagi doktor yang mendapati bahawa posisi bayi itu seolah-olah dia menghidapi penyakit tetanus atau lebih dikenali sebagai kancing gigi.

Lalu ditanya kepada bapanya adakah bayi itu diberikan vaksin. Mereka sungguh terkejut kerana bayi itu hanya mendapat vaksin pada hari pertama iaitu vaksin BCG untuk menghindar jangkitan TB atau batuk kering. Selepas itu, bayi itu hanya diberikan rawatan homeopati.

Ini bermakna bayi tersebut tidak langsung menerima vaksin tetanus yang sepatutnya diberikan seawal sebulan dalam jadual imunisasi terkini (sebelum ini bermula pada umur 2 bulan).

Jangkitan tetanus telah berjaya dikawal di negara yang mempunyai sistem imunisasi yang baik. Namun, dengan fenomena anti vaksin yang menular seantero dunia, penyakit yang sepatutnya sudahpun dapat dikawal kini kembali dalam masyarakat.

Di Australia, kerajaan mula mengenakan undang-undang yang ketat dalam menangani sikap ibu bapa yang tidak bertanggungjawab ini. Antaranya adalah dengan mewajibkan semua kanak-kanak yang hendak dihantar ke pusat nurseri telah diberi vaksin mengikut jadual yang sudah ditetapkan.

Kita sedang berhadapan dengan krisis kepercayaan dan penghormatan kepada ilmu dan kepakaran. Kita boleh bersetuju bahawa perihal agama sepatutnya dirujuk kepada para ulama' dan asatizah yang telah bertungkus-lumus menuntut ilmu yang berkaitan. Sebagaimana kita berpegang bahawa kepimpinan yang punya ilmu dan pengalaman dalam politik yang didasarkan kepada Islam, maka mereka adalah golongan yang ahli yang wajar diberi kepercayaan mengemudi parti Islam.

Maka, begitulah jua sepatutnya sikap kita dalam bidang yang lain. Contohnya, doktor adalah golongan yang telah mempelajari secara terperinci bagaimana merawat penyakit, maka sewajarnya merekalah yang diberikan kepercayaan menjaga dan merawat penyakit.

Dalam kes di atas, bayi itu telah dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi. Bayi dengan usia sedemikian apabila telah mengalami sawan yang teruk sebegitu, maka ada kemungkinan boleh mengalami kerosakan kepada otaknya dalam jangka masa panjang.

Ya, kita banyak berjumpa kes orang tidak mengambil vaksin tapi tidak pula dijangkiti penyakit yang berkaitan dengan vaksin itu. Jika itu sebab yang kita pegang, maka adakah kita tidak perlu memakai tali pinggang keselamatan atau topi keledar di atas kenderaan, sedangkan ramai yang tidak berdisiplin dengannya tidak pula pernah tercedera.

Vaksin adalah untuk mengelakkan berlakunya beberapa jenis penyakit jika kita terdedah pada jangkitan yang berkaitan pada masa akan datang. Kefahaman ini kita perlu tanam pada semua ibu bapa.

‪#‎profesionalistiqamah‬
‪#‎movingforward‬
‪#‎beristiqamahhinggakemenangan

Salam semua. Blh kita viral kan as now anti vaksin grp for children is on the rise di Msia. Tq.


Sent from my iPhone

Sunday, September 27, 2015

Lima Hari Yang Mahal

Cuti lima hari Aidiladha hampir berakhir. Cepat sungguh masa berlalu. Majoriti plan tak menjadi, namun bersyukur sangat kerana ikatan keluarga semakin erat. Asalnya nak kemas bilik, nak belajar, nak sambung online diploma, nak prepare untuk usrah, nak gardening, nak prepare slides untuk CME, nak update CPG online, nak betulkan jahitan jubah, dan macam-macam lagi. Semuanya terbantut. Plan bertukar 100%.

Rabu, aku dah mula cuti, tetapi kembali ke tempat bertugas, semata-mata nak buat full check up untuk ayah. Alhamdulillah, results normal. Petang tu tried masak spagetti aglo olio, tapi guna fetuccini, tu ja yang ada. Iftar sama-sama dengan mak dan ayah yang berpuasa hari Arafah. Malamnya masak untuk juadah raya- kuah kacang, nasi impit segera, lemang segera, kari daging, ayam goreng dan sambal ayam. Habis iron baju dah dekat satu pagi.

Khamis, salam Aidiladha! Solat sunat Aidiladha pukul 8.30 pagi, diikuti oleh khutbah raya dan tahlil. Acara korban selepas 10 pagi. 9 ekor lembu, dan berapa ekor kambing tak ingat. Alhamdulillah, dapat merasa rezeki daging korban. Rancangan tv macam tak best pun. Selsema pun dah mula menyerang. Yang best tu sempat bersubahat dengan YB untuk surprisekan mak dan ayah. Ayah dah banyak kali tanya kenapa YB tak call, dia tak tau yang YB tengah on his way home. 6.30 petang, YB dan isteri sampai. Terkejut mak dan ayah! Dalam hati mereka hanya Allah yang tahu kegembiraan mereka. Alhamdulillah.

Jumaat, sarapan roti jala kari daging buatan sendiri. Percubaan kali kedua. Alhamdulillah, walaupun ada yang rupa macam lempeng, tetap sedap dimakan. Waktu solat Jumaat, tonton live dari Masjid Negara. Teringat imam yang kena tampar tu. Bukan senang nak tengok orang solat Jumaat, selalu time ni aku terperap dalam bilik kat klinik saja. Lepas Asar, YB keluar dengan ayah. Aku start buat projek gardening pukul 6. Sakit juga pinggang mencangkul ni. Malamnya, kami tonton tv sama-sama sambil sembang.

Sabtu, sarapan roti canai. Kemudian kami ke pantai untuk rendam kaki. Air masin laut sebagai penawar sesetengah penyakit. Balik rumah, terus siap-siap untuk majlis qurban dan forum anjuran PU Shahul Hamid. Alhamdulillah, dapat ilmu berguna daripada Ustaz Firdaus Shahul Hameed dan Ustaz YUsof Yaakob. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pun hadir. Jumpa sahabat-sahabat muslimin, senyum-senyum saja. Makan tengah hari dalam talam. Daging kurma, daging rebus dengan air asam dan sambal belacan. Perghhh! Alhamdulillah. Dapat daging korban lagi. Dapat tengok lembu lari dikejar sampai atas bukit juga. Petang lepas Asar ada saudara mai. Malam, ayah bawa balik nasi lemak kenduri seorang sebungkus. Rezeki daripada Allah. Yang best tu, Piala Malaysia Penang 4, Pahang 1. Haria Penang Haria!

Ahad, masak bihun untuk breakfast. Kemudian masak lunch- daging masak hitam, ikan termenung goreng, kailan ikan masin dan sambal tumis telur burung puyuh dan petai. Terbaik mak! Pukul 6 petang, YB dan isteri pun berangkat pulang...biasanya orang yang ditinggalkan nilah yang sedih... Terima kasih YB...insya Allah berjumpa lagi.

Nilai kekeluargaan yang amat mahal untuk dibeli. Biarlah jika ada yang tak sudi untuk berkongsi kasih. Kami ada sesama kami untuk merasa kasih yang tulus dari hati. Bukan harta, pangkat dan rupa yang dipandang....tetapi keikhlasan dalam sesuatu hubungan itu yang lebih penting. Sayang semua ahli keluargaku!