Take chances, make mistakes. That's how you grow. Pain nourishes your courage. You have to fail in order to practice being brave !
Sunday, August 30, 2009
JANGAN BERTANGGUH DALAM MEMBUAT KEBAIKAN
10 Ramadhan 1430H.
Hanya tinggal 2/3 sahaja lagi sebelum Ramadhan berlalu meninggalkan kita.Ramadhan adalah masa terbaik kita untuk menilai semula hubungan kita dengan Allah, adakah masih di tahap lama, lebih baik, atau lebih buruk? Di dalam bulan ini juga manusia berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan.Masjid-masjid tidak sunyi daripada habuan iftar dan moreh, golongan miskin dan fakir dicari-cari, hotel-hotel bersaing untuk menganjurkan majlis berbuka puasa.Tidak salah untuk membuat kebaikan di bulan Ramadhan, malah ia amat dituntut, namun, mengapakan ia hanya dimulakan dan dihentikan setakat dalam bulan yang satu ini? Tidak adakah pahala dalam bulan-bulan lain?
Ramadhan pencetus keinsafan insan yang bergelar hamba Allah.Gelaran ini kekal sepanjang usia,tetapi hanya ''digunapakai'' apabila tibanya Ramdhan.Ada sesetengah pihak yang sanggup menangguhkan niat baiknya untuk membuat kebaikan hanya semata-mata mahu menunggu pahala berganda yang ditawarkan oleh Ramadhan.Persoalannya, yakinkah bahawa hayat kita mampu menunggu sehingga Ramadhan? Bagaimana jika kita dipanggil balik oleh Allah tanpa sempat kita menunaikan hajat untuk berbuat kebaikan itu?
Semenjak bulan Jun hingga Ogos ini,kita telah dihidangkan oleh pelbagai berita kematian.Ada yang meninggal ketika sibuk membuat persiapan untuk mengadakan konsert nyanyian, ada yang meninggal ketika sibuk berbincang tentang rancangan televisyen, ada yang meninggal ketika sibuk merakamkan program ibadah Ramadhan dan ada juga yang meninggal di tepian kubur,ketika leka membersihkannya.Ajal datang tanpa diundang, tanpa kita tahu bila waktunya.Mengapa harus bertangguh dalam membuat kebaikan,sedangkan kita tidak tahu bilakah Izrail akan menyapa?
Sepotong hadith Nabi yang menyebut bahawa sesiapa yang dikehendaki oleh Allah dengan kebaikan,akan diberikannya kefahaman dalam agama.Sedarkah kita bahawa tatkala kita diberi keinsafan untuk membuat kebaikan,kita sebenarnya sedang menerima kasih sayang Allah pada waktu itu? Rugilah jika kita hanya membiarkan tempoh sayang Allah itu berlalu begitu sahaja tanpa kita menghargainya.Oleh itu,jika sudah terdetik di hati untuk melakukan kebaikan,lakukanlah dengan segera, jangan tertangguh-tangguh, kerana masa kita di dunia ini sudah tidak banyak lagi dan ajal akan datang menjemput kita pada bila-bila masa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment