Hari ini,satu ujian telah berlalu.Prestasi? Tidak boleh dibanggakan,namun ia bukan noktah terhadap perjuangan. Perjuangan masih belum berakhir.Selagi ada ruang waktu untuk bernafas, akan kupersiapkan diri sebaiknya.
Beberapa hari lalu, aku kembali ke bumi Cork.
Sendiri, teman sekamar berkelana jauh, membantu sahabat di sana.
Kesunyian memang bisa membunuh, apatah lagi pada waktu tekanan tinggi yang mencengkam.
Kerinduan pada tawa dan senyum orang tua.
Harapan, semoga esok disinari mentari.
Hanya pada Allah aku berserah, cuba menerima bahawa ini yang terbaik.
Permudahkanku...
Permudahkanku...
Al-Fatihah untuk arwah Ustaz Asri, vokalis Rabbani yang pulang ke rahmatullah di kala aku bermusafir di awan biru. 13 Ogos 2009 mencatatkan sejarah.
No comments:
Post a Comment