Saturday, May 01, 2010

34

Lama tidak publish, setiap kali hanya berakhir di Microsoft Word.
Paper clip holder menunjukkan angka 34. Sebulan lebih berbaki. Pulang dengan kejayaan atau penangguhan?

Alhamdulillah, sudah selesai ujian bertulis. Medicine yang paling susah. Mungkin diri sendiri yang kurang bersedia. Harapan masih ada. Jangan berputus asa daripada rahmatNya.
Clinics menanti dengan sejuta satu misteri. Perlu bersedia dan perlu bertenang.Pertolongan Allah ada bersama orang-orang yang berusaha dan tidak jemu mengharap bantuanNya.

Clinics bakal membuka tirai di Limerick. Tak pernah buat attachment di sana, tak pernah menjejakkan kaki di hospital itu, namun ia bukan kekurangan.Malah mungkin satu kelebihan. Berakhir pula di Cork pada Isnin minggu selepasnya. Isnin dah habis? Wah!

InsyaAllah, don't give up, never give up. 

Dalam kesibukan musim peperiksaan, sempat lagi ayah dan mak bercuti ke Selangor. Bukan ke mana pun, sekadar ke rumah YB. Sekurang-kurangnya dapat angin baru. Rumah YB sunyi sikit, bukan macam di rumah, macam sebelah Litar Sepang! Dapat mesej daripada YB pukul enam pagi hari tu, minta belikan tiket Firefly. Hari tu bila aku offer, tak nak, nak beli sendiri, tiba-tiba pagi-pagi buta minta belikan. Harga pun dah naik 20 ringgit. Tak kisah, asalkan mak dan ayah bahagia. Wah, naik Firefly! Kelakar bila YB dan isteri terperangkap di airport akibat terlebih masuk pintu, gara-gara nak hantar mak dan ayah sampai ke dalam. Nasib baik pegawai airport ada dan tak marah..

Coronary artery bypass:
commonly used is saphenous vein, but vein has high rate of failure due to intima hyperplasia, with 70% patency at 5 years and 40% at 10 years.
Now internal mammary artery is universally used, with 90% patency at 5 years and 70% at 10 years. But it is a short artery, only used at the front of the heart.
Other potential ateries are radial artery and inferior epigastric artery.

Thanks PPMC for the poster!!!

No comments:

Post a Comment