Besarnya pengaruh Facebook!
Melalui perbualan telefon dengan mak baru-baru ini, mak ada menyebutkan, sekarang ni semua benda ada Facebook. Dalam suratkhabar, penuh logo Facebook tu. Mak tanya, adakah aku memiliki Facebook? Tidak, kataku.
Semasa cuti musim panas yang lalu, hampir saja aku buka akaun itu. Baru nak sign up, terdetik untuk buka balik email yang YB hantar pasal Facebook. Email tersebut mendakwa bahawa Facebook itu milik seorang Yahudi, keuntungannya diserahkan kepada rejim Israel. Malah, ada dakwaan yang mengatakan bahawa mengikut terma penggunaan, pihak pengurusan Facebook ada access terhadap data peribadi pengguna.
Okay, tak jadi buka. Aku bukanlah mengambil 100% petikan email itu, tapi bila fikir balik, aku bukan jenis yang suka pun social networking macam ni, dulu masa Friendster pun, aku update setahun dua kali saja kot…orang lain ada friends sampai 300++, aku cuma ada 70 saja. Jadi, buat apa nak buka Facebook kalau tak nak pakai pun?
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil pernah menulis artikel tentang Facebook dengan panjang lebarnya. Beliau telah lama menggunakannya, sebelum ia menjadi trend lagi. Kata ustaz, maklumat tentang keuntungan yang diserahkan kepada Israel itu agak meragukan, tetapi pemilik Facebook itu memang seorang Yahudi. Sama ada kita perlu boikot produk Yahudi atau tidak, itu pun banyak pendapat yang berbeza. Bagi ustaz, beliau menggunakan Facebook untuk berhubung dengan kenalannya dan berdakwah secara cepat. Memang benar sekali, tidak pernah aku lihat ustaz “merepek” dalam tulisannya di Facebook.
Beberapa minggu yang lalu, ada artikel dinaikkan di PPIMI yahoo group, yang menyatakan bahawa, orang yang menggunakan alasan berdakwah menggunakan Facebook, sebenarnya hanya menggunakan masa 10 minit sahaja untuk tujuan itu, 50 minit selebihnya adalah pada perkara-perkara yang kurang bermanfaat.
Benar sekali. Sepasang mataku, dan sepasang telingaku menjadi saksi, bagaimana beberapa kenalanku sanggup menghabiskan masa berjam-jam melayan Facebook. Melihat gambar-gambar orang, menghantar komen terhadap status orang dan macam-macam lagi. Aku lihat, para pengguna Facebook ni segelintirnya sudah hilang rasa malu. Mimpi pun ditulis pada status, tak lalu makan pun tulis pada status, nak makan pun tulis pada status. Benda kecil…mungkin itu pemikiran mereka. Lagipun, ia terhad kepada jaringan kawan-kawan sahaja.Tetapi…kawan-kawan itu terdiri daripada lelaki dan perempuan kan? Baru sahaja sebentar tadi, aku diberi penerangan tentang Facebook, bahawa, jika A menulis statusnya, kemudian dikomen oleh rakannya B, C boleh akses status tersebut jika C adalah kawan B, walaupun dia bukan dalam jaringan A. Kesimpulannya, sesiapa sahaja boleh akses Facebook kita, melalui system tagging ini.
Aku lihat, gaya bahasa masing-masing pelik benar bila berfacebook.Begitu terbuka dan bersahaja. Itu tak mengambil kira gambar-gambar lagi. Semua perkara menjadi bahan bualan, tidur la, makan la, mengantuk la, masak la, blab la blab la bla…
Tak pasal-pasal aku bengang dengan Facebook kerana menjadikan kawan-kawanku begitu. Dalam masa beberapa jam mereka dok menghadap Facebook tu, kalau mereka belajar, baca buku ilmiah atau dengar ceramah agama, tentu lebih banyak manfaatnya.Nampaknya secara tidak langsung, Yahudi/kafir berjaya mencuri sebahagian besar daripada masa umat Islam. Sedarlah...
Ya Allah, lindungilah daku daripada anasir Facebook dan sekutu-sekutunya.Amin.
No comments:
Post a Comment