Adab makan bukan sekadar satu etika dalam pelajaran Kemahiran Hidup. Ia adalah sesuatu yang diajar dalam Islam, melalui teladan Rasulullah saw. Malangnya masih ramai yang kurang mengerti, mungkin juga belum ada kesedaran, ataupun sengaja buat-buat lupa. Rasulullah mengajar supaya makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Andainya semua umat Islam buat begini, tentulah kadar penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi dapat dikurangkan. Begitu juga dengan obesity dan coronary heart disease serta hyperlipidaemia.
Rasulullah membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit,kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.Wallahualam. Malah lebih baik lagi jika dibaca doa makan.
Rasulullah menjamah makanan dengan tiga jarinya, kerana jari yang disentuh air liur akan mengeluarkan enzim pencernaan. Susah nak makan nasi menggunakan tiga jari? Tiada yang mustahil. Sedangkan orang Cina boleh makan nasi menggunakan dua batang chopstick, inikan pula tiga jari. Sama-sama kita berusaha, insyaAllah.Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yang diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Selain daripada sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, di hospital-hospital, the first line treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu manusia.Tetapi kita sekarang dah terlebih garam, semua jenis makanan pun nak letak garam, sampai jadi hypertension, macam mana tu? Dengar kata teh tarik juga diletak sedikit garam untuk memberi rasa lemak? Wallahualam.
Baginda juga tetap akan menelan makanan yang dijamahnya walaupun ia tidak sedap, seperti dalam kisah baginda makan buah limau yang masam, sungguhpun masam, baginda tetap menelannya dengan muka berkerut-kerut. Ambil makanan sekadarnya supaya dapat dihabiskan dan tidak membazir jika diambil terlalu banyak. Rasulullah mengunyah makanan dengan lama, dikhabarkan bahawa baginda mengunyah daging sebanyak 40 kali!
Mengunyah makanan dengan betul dapat mengelakkan sembelit dan gastritis. Makanan yang masuk ke perut menjadi saiz kecil, maka perut tidak perlu menghantar isyarat kepada otak untuk merembeskan asid perut dengan banyak lagi. Maka perut dapat dilindungi daripada serangan asid dan seterusnya gastritis. Makanan yang disalurkan ke usus juga dapat melalui prosesnya dengan lebih mudah dan sembelit dapat dielakkan. Kita sekarang? Gulp..masuk mulut terus telan!
Selain itu, kita hendaklah membersihkan mulut selepas makan makanan yang berbau seperti bawang dan petai sebelum keluar menunaikan solat berjemaah. Ada yang kata makruh makan makanan seperti itu jika mahu pergi berjemaah. Wallahualam.
Dalam etika makan moden, orang yang makan hendaklah mengunyah makanan dengan mulut tertutup, diulangi, MULUT TERTUTUP supaya tidak menghasilkan bunyi yang menjengkelkan. Lagipun amatlah buruk rupa orang yang mengunyah sambil menampakkan isi mulutnya yang hampir terkeluar dan berbunyi-bunyi pula tu. Jika minum sup, hiruplah dengan senyap, MENGHIRUP bukan bermakna MENYEDUT hingga MENGELUARKAN bunyi SLURPP itu. Masukkan sahaja sudu berisi sup itu ke dalam mulut dan telan.
Mulakan makan dengan menjamah makanan yang paling hampir dahulu. Kemudian jika mahu mengambil makanan yang jauh, ucapkanlah “tolong” dan “terima kasih”. Berpada-padalah semasa makan makanan jika kuantitinya sedikit ataupun makanan itu adalah makanan yang sukar diperoleh/disediakan, berilah peluang kepada setiap orang yang hadir untuk merasainya. Misalnya, ambillah seketul ayam BBQ dahulu, pastikan orang lain telah merasainya, jika ada lebih barulah ambil ketul yang kedua.
Jika batuk atau bersin ketika makan, tutuplah mulut supaya makanan tidak bersembur keluar. Lagipun memang sunnah Rasulullah, apabila baginda bersin, baginda menutup mulut dan hidungnya dengan tangan atau kain.
Cara duduk semasa makan juga Rasulullah ajarkan. Cara duduk seperti tahiyat awal dengan lutut kanan yang ditegakkan ke atas.Duduk di bahagian kaki kiri.Posisi ini dapat memberi kebaikan kepada perut dengan menjaga keseimbangan komposisi ruang perut kepada tiga bahagian : 1/3 makanan, 1/3 udara dan 1/3 air. Kalau makan di meja makan, tak dapatlah nak duduk macam ini, sebab sunnah Nabi adalah makan duduk di lantai. Kalau perempuan makan sesama perempuan yang FAHAM, amalkanlah sunnah ini , namun pandai-pandailah mengubah cara duduk jika makan di tempat terbuka supaya tidak kelihatan kurang sopan pula.
Mengikut etika moden pula, jika duduk di kerusi, tidak elok menyandarkan badan pada kerusi ketika makan dan jangan letakkan siku ke atas meja makan. Selepas habis makan, letakkan sudu garfu di sisi pinggan, atas meja.
_________________________________________________________________
Teringat pengalaman ayah pertama kali berbuka puasa di surau, sebaik azan berkumandang, ayah menadah tangan untuk membaca doa, tetapi terkedu melihat jemaah surau yang lain terus memasukkan kurma ke dalam mulut. Mereka baca Basmallah saja kot…
Teringat cerita arwah Tok Ngah Leh, ada anak saudaranya yang kaya, apabila makan di hotel atau restoran, mesti sengaja tinggalkan makanan dalam pinggan, setiap makanan cuma dimakan sedikit dan ditinggalkan. Tok Ngah sangat tidak selesa sampaikan dah tak mahu ikut anak saudaranya itu pergi makan dah.
Teringat juga ketika konvoi rayaku bertandang ke rumahku, mereka kata pingganku macam di hotel kerana bersaiz besar :) Itulah pinggan yang hanya digunakan setahun sekali, biasanya kami sekeluarga makan guna pinggan biasa saja.
*Malam ini entah mengapa teringin nak dengar lagu raya, sambil berasa muak dihujani soalan yang sama, dan berasa bersemangat untuk bermula…*
*…Dan siang tadi aku dipandang seperti pendatang asing, kerana MyKad ku tidak dapat mengesan cap jariku, terima kasih kepada #$%^& kerana mengeluarkan cip yang sungguh berkualiti itu…*
*…Mujurlah salesgirl di luar itu mengatakan wajahku kelihatan seperti belum cukup umur 18 tahun :) …Haa lawak, banyak kali dah…*
No comments:
Post a Comment