Terkejut dan tak terkejut.
Mahkamah Rayuan menukar keputusan Mahkamah Tinggi atas bukti apa? Dalam surat khabar hari ini, dituliskan tajuk, hakim mahkamah tinggi khilaf soal DNA semasa membuat keputusan dulu. Jadi, terpaksalah kita hukum hakim yang khilaf itu, ya?
Rata-rata di kalangan doctors mempersoalkan bagaimana bukti DNA bagai tu disimpan lama dan dibuktikan pula milik pesalah.
Kemudian berkait pula dengan PRK Kajang...Anwar Ibrahim mahu bertanding, dan jika menang, suatu hari nanti boleh menjadi MB pula. Tetiba mahkamah keluarkan keputusan ini. Seolah-olah sengaja mahu menyekat kemaraan kuasa dan pengaruh beliau.
Aku lihat ramai di kalangan ustaz dan ilmuan agama meminta supaya terus berdoa, serta mengulas berkenaan zalim dan aniaya, seakan-akan mesej yang cuba disampaikan ialah...ada kepincangan pada keputusan itu dan pesalah telah difitnah.
Paling kasihan adalah isteri dan anak-anak beliau. Mereka lebih tahu kebenaran pada pemimpin keluarga mereka itu. Allah Lebih Mengetahui.
Dan tadi baru aku perasan pada gambar lelaki yang kononnya diliwat itu, ada dua tanda gelap di dahinya. Tanda orang kuat sembahyang? Dahulu tak perasan pun. Dan aku masih tertanya-tanya, kenapa dia biar dirinya diliwat?
Jika itu kebenarannya, terimalah dengan hati yang redha. Jika itu mainan fitnahnya, maka tunggulah apabila kebenaran terserlah. Aku amat berharap agar DSAI dapat menasihatkan penyokongnya supaya solat hajat dan berdoa, bukannya membuat reformasi jalanan dan kekasaran, jika dia di jalan yang benar.
8 Mac ialah hari wanita sedunia. Hari wanita dihargai. Di Malaysia, lelakinya mungkin kurang menunjukkan gentleman mereka. Namun di Eropah, lelaki sering menghadiahi bunga kepada wanita sempena hari wanita.
8 Mac juga Malaysia digemparkan oleh berita pesawat MH370 terhempas di Laut China Selatan, berhampiran Vietnam. Nasib semua penumpang masih belum diketahui, termasuk 28 rakyat Malaysia. Sungguh mengguris jiwa...lebih-lebih kepada ahli keluarga penumpang. Semoga Allah menyelamatkan mereka.
8 Mac juga aku berkelana ke Johor Bahru untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan baik yang kugelar Ah Chin. Happy married life...
8 Mac juga aku terharu melihat gambar-gambar pernikahan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah...dalam keadaan Syamsul yang sakit, branula masih di tangan kirinya, dia selamat bernikah. Pasangan ini sama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik...sesungguhnya hidayah itu milik Allah, buat mereka yang mencarinya...
No comments:
Post a Comment