Tuesday, March 04, 2014

Bahagia Dalam Derita

Bahagiamu deritaku.
Macam lagu Hafiz.
Dia bahagia, aku yang menderita saban hari.
Ataupun,
Bahagia dalam derita.

Sejujurnya aku amat selesa bekerja dengan semua staff di wad ini. Yang kukenali sejak setahun yang lalu. Yang lebih tua aku hormati, yang lebih muda aku sayangi. Aku bahagia berada di samping mereka. Suka duka bersama. Mereka tahu aku bagaimana, aku juga tahu pe'el mereka.
Namun aku derita melalui hari-hari kerjaku. Oncall yang mendebarkan. Admission yang menyakitkan hati. Ragam yang remeh-temeh. Kalut pakar yang terpaksa dilayan. Stress. Depress.

Si dia senang-senang escape hanya dengan sepucuk surat. Kebohongan yang nyata. Namun itu yang menyelamatkannya. Setiap hari menumpang di wad yang kononnya mengundang rasa ingin bunuh diri. Datang tersengih-sengih. Bahagia, menghitung waktu untuk pulang.

Hati yang awalnya lembut mula menjadi keras, tiada sisa kasih yang tertinggal. Melihat dengan pandangan yang mendidih. Senangnya hidup dalam pembohongan. Di kalangan staff yang tahu, mereka bersimpati denganku. Ada yang turut berasa jelek dengan kunjungan si dia saban hari. Yang tidak tahu, begitu mesra melayan kebohongannya. Bohonglah..sampai bila nak selamat? Sekarang kau survive, di masa akan datang mungkin tidak.

Masih terawang-awang perihal status diri. Mahu, tak mahu? Yang sama jantina, cepat betul kenannya. Yang pasangan fitrahnya, liat betul mahu lekat. Ujian berkenaan rezeki yang belum sampai. Allah yang lebih tahu.

Juga tertanya-tanya status seorang ahli bait. Hidup? Mati? Sepi tanpa berita. Tiada siapa menyisihkannya, dia yang menyisihkan diri sendiri. Sebelum ini, hampir semua dikongsi dengannya. Namun dia memilih untuk menjauhkan diri. Fitnah masih berleluasa. Menunggu saat kebenaran terserlah. Biar Allah tunjukkan siapa putih dan siapa hitam. Mungkin yang hitam berselibung putih akan menunjukkan dirinya nanti. Berani begitu. Solat tapi tak hayati dosa pahala. Dahulu aku sanggup berkorban cita-cita sendiri demi menyatukan hati-hati yang disayangi. Pulang dari perantauan, masuk ke kelompok masyarakat yang serba mencabar, yang membawa aku ke sini. Hanya ke sini.  Pengorbanan itu tidak sia-sia kerana hasilnya positif. Kini, pengorbanan itu mungkin tiada lagi siaran ulangan.

Pergilah...buat apa yang disukai. Perjuangan tetap diteruskan. 

Sesungguhnya dosa memfitnah itu lebih besar daripada dosa membunuh.

No comments:

Post a Comment