Take chances, make mistakes. That's how you grow. Pain nourishes your courage. You have to fail in order to practice being brave !
Wednesday, July 30, 2014
SALAM AIDILFITRI
Eid mubarak!
Alhamdulillah, dapat menikmati sekali lagi Syawal pada tahun ini. Umpama conferring day selepas sebulan berpuasa. Semoga segala amalanku pada Ramadhan diterima Allah. Jadikan aku istiqamah pada amalanku ya Allah...
Tahun ini adalah tahun berdukacita. Banyak peristiwa duka berlaku, rasa bagai tidak patut untuk bergembira meraikan Aidilfitri di saat saudara seagama lain menderita. Kes MH370 pun masih misteri lagi, datang pula musibah MH17. Ratusan manusia mati dalam sekelip mata. Jika Allah kata jadi, maka jadilah ia. Dia yang berkuasa menghidupkan dan mematikan kita. Tambah peristiwa peperangan di Gaza pula. Kejam Zionis laknatullah melancarkan serangan pada bulan mulia. Mereka lupa pada ibrah perang Badar. Mereka lupa bahawa jika Allah menolong tentera muslimin, tiada siapa yang dapat mengalahkan mereka. Isu Gaza bukan lagi isu keagamaan. Ia isu kemanusiaan.
Terkilan dengan kebanyakan negara Arab yang membisu. Mesir telah menyekat bantuan ke Gaza. Yang lain-lain tidak membantu. Mereka tidak merasakan bahawa Islam sedang diperangi. Mereka hanya anggap bahawa orang Palestin yang diperangi. Oleh itu janganlah berbangga sangat jika bangsa mereka itu bangsa Nabi Muhammad, jika sikap mereka bukan mengikut sikap Nabi Muhammad.
Berkesempatan mengunjungi bazar Ramadhan dalam lima kali. Tidak semeriah dahulu. Gerai tidak sebanyak dahulu. Pengunjung juga tidak seramai dahulu. Agaknya ramai yang tengah gawat. Barang naik. Ramai penjual air menjual air minuman pada harga lebih daripda RM1 kerana tak dapat nak cover kos modal.
Malamnya tarawih di masjid juga tidak semeriah dahulu. Tahun lepas, tiga empat malam pertama, saf muslimat penuh hingga ke luar masjid. Tahun ni..tak penuh pun ruang solat muslimat. Alhamdulillah di masjid yang kukunjungi itu, imam berjaya khatamkan 30 juzuk al Quran semasa tarawih. Mereka menjemput anak-anak tahfiz menjadi imam. Ada yang laju, ada yang sederhana...demi mengejar 30 Juzuk itu. Kekurangan pada diri yang tidak dapat menguasai Bahasa Arab. Tidak dapat memahami kalimah-kalimah Allah yang dibaca, tanpa merujuk pada terjemahan. Nak menangkap satu-satu kalimah pun susah, laju sangat bacaannya. Kagum dan hormat pada mereka kerana menghafaz alQuran. Alangkah lebih baik jika maksudnya juga difahami, barulah dapat dihayati, seperti suasana tangisan hiba di Masjidil Haram. Barulah tiada bullet train masa tarawih.
Solat sunat Aidilfitri tahun ini juga kurang jemaahnya (muslimat). Jika dahulu, pasti penuh ruang solat muslimat, sehinggalah jemaah berdiri untuk memulakan solat, barulah ada ruang untuk semua muslimat masuk ke dalam saf. Tahun ni, sampai saja dah nampak lengang. Banyak ruang kosong. Namun alhamdulillah, tidak seperti tahun-tahun lepas, semua muslimat setia mendengar khutbah sehingga habis barulah angkat punggung untuk beredar. Khatib yang membaca khutbah juga nampak bersedia. Bacaannya amat lancar dan jelas sekali.
Pelbagai bentuk ujian semasa Ramadhan kali ini. Mengajar erti hidup yang lebih luas. Lebih banyak tabah dan bersabar. Lebih mengenali hati budi manusia. Lebih erat kasih sayang anak dan orang tua. Lebih istiqamah atau lebih kuat tekad untuk istiqamah dalam beribadah. Dapat berbicara isu-isu tertentu dengan orang yang lebih berpengalaman. Alhamdulillah. Semoga diberi peluang untuk bertemu Ramadhan yang seterusnya. Rugilah orang-orang yang apabila berakhirnya Ramadhan, amalan mereka masih sama ataupun jauh berkurangan daripada dahulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment