Wednesday, May 29, 2013

Alahai A&W...

Kerana pekerja seorang, rosak satu restoran. Peribahasa baru.
Alkisahnya tadi adalah pertama kali aku makan di A&W. Ditakdirkan dua rakanku dari HPP datang bertandang dan ajak berjumpa di situ. Aku pun order Mozza set macam mereka. Dapat drinks with float dan ring fries tu. Burger lambat sikit siap, staff tu kata akan hantar ke meja.

Fine. Aku kembali ke meja, lalu rakanku mula bercerita masalah mereka. Mereka masih lagi HO di sana. Sedar tak sedar dah setengah jam tunggu. Aku pun kembali ke kaunter. Staff yang sama masih ada. Dia nampak aku datang tapi muka dia biasa saja (aku expect dia akan teringat balik burger tu dan buat muka bersalah). Tapi dia tak ingat pun sampailah aku tanya kat dia.

"Encik, mana burger saya? Dah setengah jam saya tunggu." (Sopannya aku panggil dia)
Dia terus pusing belakang, dan nasib baiklah ada sebiji burger yang dah siap di situ. Dia ambik dan letak dalam tray.

"Minta maaf cik, ini burger cik."

Masa tu aku dah renung tag namanya. SAB**.

"Setengah jam saya tunggu.Manager ada?"

Berubah muka dia. Dia jawab perlahan sangat.

"Maaf, saya team trainer, bla..bla..." (aku tak boleh dengar dia kata apa)

" Apa dia?"

Masa tu dah ada seorang customer beratur belakangku. Dan seorang lagi staff tengah usha dari tepi kaunter.

" Maaf cik, saya Team trainer. Tadi saya keluar kejap. Maaf cik."

"Oh, team trainer macam ni la?"

"Maaf cik."

" Sab**, ya?" (sambil tengok tag nama, kemudian mata dia)

Aku ambil burger tu dengan gaya tak puas hati. Tray tu aku tinggal saja.

Aku balik ke meja kami, lalu rakanku sambung cerita. Tanganku terketar-ketar dah menahan marah.Masa tu aku terfikir, balik nanti nak search internet dan buat aduan/komplen online. Nama staff dah ada, branch pun tahu, apa susah. Tapi lepas tu aku fikir, takpa, aku maafkan dia. Aku pun kerja dalam bidang yang involve "customers", kadang-kadang boleh terbuat kesalahan, dan mesti rasa tak best bila dapat komplen pasal hal yang tak besar sangat pun.

Lepas tu kami bincang masalah sampai pukul 10. Aku tunggu staff dia datang bagitau restoran nak tutup...masa tu aku nak kata, " tadi burger saya lewat setengah jam, so saya nak duduk setengah jam lagi, boleh kan?" 
Tapi tiada staff yang datang. Mereka terus tutup lampu sebagai tanda restoran nak tutup.
So, bad impression on first visit to A&W.

Reviews on food and beverages:

Burger - sedap, meat well cooked, the taste is much more better than Burger King
Ring fries - tak tau nama sebenarnya apa. Rasanya weird sikit, macam ada herbs.
Drinks - terbaik, ditambah pula float ice cream vanilla. Cuma gelas tu ada sumbing sikit. Kalau injured bibirku macam mana?

Total tiga benda ni dah RM15.30 including segala tax tu. Hmmm kalau aku beli nasi goreng dengan teh o ais boleh dapat RM5.30.

Next visit to A&W? Maybe.

All the best to both my friends yang still struggle to complete their housemanship. You can do it!

No comments:

Post a Comment