Thursday, May 09, 2013

Masih Jauh

Malam ni perhimpunan di Kelana Jaya mungkin lebih 100 000 orang yang datang -penyokong PR semestinya. Di FB dah ramai sangat yang share gambar stadium yang penuh. Jadi tak perlulah aku nak memenuhkan news feed dengan gambar yang berulang-ulang. Para anti PR sudah tentu dah nampak gambar tu, namun ego dan 'prinsip' mereka telah menutup ruang akal untuk berfikir. Malah mereka gunakan isu lain untuk memburukkannya - misalnya orang balik kerja lambat sebab traffic congestion. Yes, keadaan trafik terlalu sesak hingga dengar khabarnya DSAI terpaksa dibawa menaiki motorsikal untuk sampai ke stadium. Fuhh! Haram atau halal perhimpunan itu, rakyat Malaysia yang memilih untuk menyertainya. Mereka tidak berpuas hati dengan PRU13.

Ramai yang menukar profile picture jadi hitam sebaik sahaja keputusan PRU keluar. End of democracy? Darkness? Protest? Apa pun sebab mereka, aku rasa tak perlu. Profile pictureku kekal hijau dan akan terus hijau, malah perlu lagi hijau. Perjuangan wajib diteruskan walau apa jua keputusan PRU. Kita dah berkali kali kalah, kali ni kalah juga, tak ada hal pun. Tuan Guru Harun Din selalu kata, biar kalah di dunia, yang penting kita sentiasa menang di hadapan Allah. Rugilah mereka yang telah diberikan sedikit kefahaman namun masih jauh daripada jemaah Islam.

PRU kali ini memberikan kesedaran bahawa jalan dakwah itu masih terlalu jauh. Masih banyak kerja perlu dibuat. Masih banyak jiwa yang perlu diberi kefahaman. Ramai kalangan non Muslim telah buka hati dan mata untuk menerima parti Islam. Hudud bukan lagi ancaman bagi mereka. Namun masih terlalu ramai Muslim/Melayu yang diracuni fikiran mereka lalu beranggapan bahawa parti Islam itu lebih menakutkan daripada parti rasuah dan rosak. Paling tak boleh tahan ialah iklan kempen Bien di akhbar yang terang-terang membunuh imej sebenar parti Islam, serta berbau racism yang amat.

Islam tak pernah ajar umatnya menjadi racist. Malah Islam galakkan kita berkenal-kenalan dan mengambil manfaat atas kelebihan masing-masing. Aku tak gemar berkawan dengan mereka yang racist.

....to be continued

P/s bad call last night, only 4 admissions but zero sleep. Need to recharge for tomorrow.

No comments:

Post a Comment