Ermm...aku tanya mereka balik, bagaimana nasib Melayu selama lima tahun PR perintah Penang?
Mereka kata tak pasti, sebab itu Penang Island, mereka tinggal di Tanah besar.Tapi orang Cina makin menjadi-jadi, kata mereka. Okay,aku tak tanya pun pasal orang Cina. Macam mana mereka tahu pasal orang Cina tapi tak tahu pasal orang Melayu di sini? Pelik tu.
Mereka seakan-akan bersimpati denganku kerana Bien kalah teruk di tempat kelahiranku. Aku serius nak tergelak. Errr..muka aku ni ada macam orang Bienkah?
Aku senyum. Orang Cina DAP lawan orang Cina Gerakan, menang yang mana pun Cina juga. Prestasi Gerakan merudum teruk kan? Mereka setuju.
Orang Melayu PAS lawan Melayu UMNO, menangnya Melayu juga kan? Kata nak jaga kerusi Melayu? Mereka mengaku.
Orang Melayu DAP lawan Cina Gerakan/MCA, menangnya Melayu DAP, tak apalah, kata nak Melayu menang? Melayu DAP menang, sebab Cina Penang pun undi Melayu. Oh, ya ka? Mereka terkejut, tak sangka ada Melayu DAP. Mereka ingat DAP tu parti Cina.
Kenal tak Karpal Singh? Dia Cina kah?
Perbualan terhenti. Ada saja benda lain kena buat.
Mereka marah betul bila Karpal menentang hudud. Lepas tu mereka lupa dia orang kuat DAP yang bukan Cina. Alahai.
Ada pula yang seronok bagai bila Bien kembali merampas Kedah. Katanya, Mukhriz tu anak Mahathir, nanti mesti maju habis Kedah! Fuhh, macam bapa borek anak rintik. Lepas tu tersebar gambar Mukhriz mengimamkan solat. Alhamdulillah, dia mampu jadi imam solat. Najib ada? Harapnya MB baru ni dapat teruskan kepimpinan Ustaz Azizan yang mengutamakan Islam. Jangan kerana nak maju, habis Islam tergadai. Cuma aku sedih sebab orang Melayu Islam boleh bersorak atas kejatuhan kepimpinan Islam, tanpa ada rasa bersalah pun. Okay, mungkin maklumat tak sampai kepada mereka. Mereka belum mengerti, apa itu kepimpinan Islam. Kekalahan PAS di Kedah harus diambil pengajaran, mereka tidak cukup bekerja keras untuk mengekalkan kemenangan, mereka tidak bersedia untuk terus mengisi kemenangan, lalu Allah ambil balik kemenangan itu.
Bak kata Ayah Chik, mungkin kemenangan tu tak sampai masa zamannya, mungkin sampai masa zaman akan datang. Teruskan perjuangan!
Alhamdulillah, antara tanda-tanda Allah sayang, ialah Dia berikan kefahaman agama kepada kita. Syukur!
No comments:
Post a Comment