Saturday, December 26, 2009

PUASA 9 DAN 10 MUHARRAM




Salam Hijrah 1431.

Di antara ibadat puasa yang disunatkan kepada umat Islam ialah berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri di dalam sejarah manusia khususnya umat Islam. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah(membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.

Di antara perkara penting yang berlaku pada 10 Muharram ialah Allah menyelamatkan Bani Israel dari kekejaman Firaun dan tentera-tenteranya. Oleh yang demikian tarikh 10 Muharram ialah merupakan tarikh di mana bermulanya episod baru dalam kehidupan Bani Israel setelah berabad lamanya ditindas oleh rejim Firaun di bumi Mesir.

Manakala hujah yang menyatakan bahawa peristiwa ini berlaku pada tarikh 10 Muharram ialah hadis yang bermaksud : 

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa mereka itu, mereka menjawab: Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami padaNya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kami lebih berhak daripada kamu dan Nabi Musa dalam hal ini. Kemudian baginda memerintahkan para Sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut. – Hadis diriwayatkan Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi. 

Manakala peristiwa lain yang berlaku pada 10 Muharram juga ialah pembunuhan Hussein RA di Karbala semasa perselisihan faham dengan tentera Yazid bin Muawiyah. Persitiwa ini membawa kesan besar di dalam sejarah yang seterusnya menjadi amalan penganut-penganut mazhab Syiah untuk merayakannya setiap tahun. Perayaan ini dapat dilihat dengan jelas di Iran dan sebahagian besar kawasan di Iraq.

Peristiwa lain yang dikatakan berlaku pada 10 Muharram ialah mendaratnya kapal Nabi Nuh as di atas bukit Judi sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Nabi Nuh kemudiannya berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT.

Mengenai ibadat puasa pada hari ‘asyura ini, Syeikh Sayyid Sabiq di dalam kitabnya Fiqhus-Sunnah menyenaraikan beberapa hadis yang menyatakan kelebihan berpuasa pada hari tersebut. Antaranya :

Daripada Abu Hurairah RA : Rasulullah SAW ditanya, apakah solat yang paling afdhal selepas solat fardhu? Baginda menjawab, “Solat pada pertengahan malam.” Kemudian ditanya lagi, apakah puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan? Baginda menjawab, “(Puasa pada) bulan Allah yang kamu gelarkan sebagai Muharram” – Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan Abu Daud.

Daripada Ibnu Abbas RA berkata : Apabila Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan para sahabat berpuasa padanya, mereka berkata : Wahai Rasulullah, ini ialah hari yang dimuliakan oleh Yahudi dan Nasrani. Maka Rasulullah SAW berkata, “Pada tahun hadapan – Insya Allah- kita berpuasa pada hari kesembilan.” Maka tidak tibanya tahun hadapan itu sehingga wafatlah Rasulullah SAW. – Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud. Di dalam lafaz yang lain disebut sabda Rasulullah SAW : “Seandainya aku masih hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan (iaitu bersama hari ‘asyura) – riwayat Ahmad dan Muslim.

Daripada Aisyah RA berkata, “Sesungguhnya hari ‘asyura merupakan hari yang berpuasa padanya kaum Quraisy di zaman Jahiliyyah. Adapun Rasulullah SAW juga berpuasa padanya. Apabila baginda memasuki Madinah, baginda terus berpuasa dan memerintahkan manusia berpuasa. Apabila diwajibkan puasa Ramadhan, baginda bersabda, “Barangsiapa yang ingin berpuasa, teruskan. Barangsiapa yang ingin meninggalkan (juga dibolehkan). – Muttafaq ‘Alaih

Berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, para ulama mengambil kesimpulan bahawa disunatkan berpuasa pada hari ‘asyura di dalam tiga kaedah :
Puasa pada tiga hari iaitu 9, 10 dan 11 Muharram.
Puasa pada hari ke 9 dan 10 Muharram
Puasa pada hari ke 10 sahaja.

Seandainya timbul persoalan, bagaimanakah Nabi SAW menyontohi kaum Yahudi berpuasa pada 10 Muharram padahal baginda sendiri melarangnya di dalam sabdanya, “Berbezalah kamu dengan Yahudi serta Nasrani… berbezalah dengan Musyrikin..”. Maka kita menjawab bahawa puasa Nabi SAW pada 10 Muharram bukanlah semata-mata menyontohi kaum Yahudi bahkan kaum Quraisy telah terlebih dahulu berpuasa pada hari tersebut sebagaimana yang disebut di dalam hadis di atas yang diriwayatkan oleh Aisyah RA. Oleh yang demikian, dapat diambil kesimpulan bahawa sunnah berpuasa 10 Muharram dimulakan oleh syariat Nabi Ibrahim sebelum diamalkan oleh kaum Yahudi.

Sama-samalah kita berpuasa.

9 Muharram = Sabtu
10 Muharram = Ahad



Wednesday, December 23, 2009

Sejuk itu Satu Nikmat !!!

Dalam beberapa kali menonton dan mendengar ceramah daripada Ustaz yang dikasihi, Ustaz Zahazan Mohamad, terperasan pula yang beliau acap kali mengeluarkan pesanan tentang adab menuntut ilmu. Kata beliau, dalam menuntut ilmu ni, kita tak boleh berlebihan daripada guru kita.Beliau memberi contoh daripada kata-kata ulama' dahulu, tapi tak ingat siapa.Misalnya apabila duduk dalam usrah, biarlah pemberi pengisian yang menyampaikan pengisiannya, jangan pula ahli-ahli usrah terlalu banyak menambah dan mencelah sehingga nampak seperti lebih berilmu daripada pemberi pengisian.Pemberi pengisian ini diibaratkan seperti guru, sedangkan ahli-ahli usrah yang mendengar ibarat anak-anak murid. Mana mungkin anak murid mendahului gurunya.


Seringkali yang berlaku adalah apabila seseorang itu ingin memberi point tambahan terhadap sesuatu topik itu, tetapi huraiannya terlalu panjang, sehingga mengambil masa orang lain serta kelihatan seperti ingin menunjuk-nunjuk. Kita semua perlu sedar bahawa, sungguhpun kita alim dalam sesuatu ilmu itu, tidak semestinya kita perlu meludahkan semuanya pada masa itu, biarlah penyampai utama menyudahkan pengisiannya dahulu.Kita juga perlu lihat pada keperluan ilmu itu, adakah dengan kita memendamkannya untuk menghormati pemberi pengisian,akan memberikan kecacatan pada ilmu itu ataupun tidak memberikan sebarang kesan pun? Walau bagaimanapun, kita dibolehkan untuk mencelah, dengan niat untuk membetulkan kesalahan...
_____________________________________________________________________________
MasyaAllah, tahun ni Allah kurniakan cuaca yang begitu sejuk, berbanding tahun-tahun lepas.Icy cold! Macam duduk dalam peti ais~ To think positively, ALLAH sengaja menghadiahkan kesejukan ini untuk aku rasakan puas-puas, manalah tahu, tahun hadapan jadi plan aku untuk balik for good.Kat Penang nanti, jangan haraplah nak merasa kesejukan begini.Bagaimanalah sahabat-sahabat di Scotland dan Russia hidup dalam sejuk macam ni...agaknya kalau hujan Cork ni, mesti salji turun.


Frost.jpg
Melewati tempat favouriteku semalam, The Lough, habis air semua beku jadi ais, angsa dan itik naik ke darat mencari kepanasan. Sebelum tu, masa nak keluar pagi tu,aku terkesima sebentar melihat padang rumput hijau dah jadi keputihan kerana frost.Tak sempat nak ambil gambar, sebab bas dah menunggu..

Maha Suci Allah...besarnya kuasaMu untuk menjadikan semua ini. Indah dan tak termampu untuk duplicate. Andainya pelangi tu tak berwarna pun, masih dipandang cantik lagi.


Sejuk sangat sekarang...trying hard to meet You during one third of the night..fighting!!!
_____________________________________________________________________________
Are you a dominant or a domineering person?


A good dominant does not have to blow His own trumpet – he just “IS”. He doesn’t have to demand respect, He gets that anyway, He doesn’t have to announce to the world who He is, because His reputation and the respect of His peers precede Him.'



A domineering person thinks that it is all about “being in charge” no matter what. Domineering people are often overbearing, loud and tyrannical – yes they exercise control, but it is done in an oppressive way, they are unjust and severe in their treatment of the people around them and their control is often enforced with threats of physical punishment and with no thought for anyone but themselves.


On the other hand, a Dominant person also exercises complete control but it is done in a more subtle way, with influences and thoughts rather than threats and physical punishments.
Dominants care about the people around them, and though they can be authoritarian and powerful, they have the utmost respect for others and a high level of care and consideration.
____________________________________________________________________
Some people just haven't realized that they are being domineering rather than dominant, they keep believing that people work for them because they love them, but the poeple actually are left with no choice!




Sunday, December 20, 2009

Practise Makes Perfect




Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Pemilik segala alam.
Salah satu perkara yang menakutkan telah pun berlalu. Memang benar, ''practise makes perfect''. Lega rasanya dapat menyempurnakan final year project semalam.Latihan telah dibuat, skrip telah dibuat dan dihafal, doa telah dibaca...lalu terhasillah persembahan yang meyakinkan. Setelah selesai sesiku pada pukul 1 petang,aku turut menyaksikan beberapa pembentangan daripada teman-teman lain. Ada yang sangat impressive, tak kurang juga ada yang nampak seperti kurang bersedia.Aku bersyukur kerana bernasib baik, dapat juries yang baik..Dr.Gaffney memang sentiasa baik, Dr.Caplice yang aku tak pernah jumpa pun boleh tahan.Dr.Cogan was speechless..:)  dia ketiadaan idea untuk menanyakan soalan padaku.Aku yakin dia masih ingat padaku kerana rotation paedsku hanya 1 rotation previously. 


Sebelum ini aku agak cemburu melihat beberapa rakan yang punyai banyak masa untuk prepare and rehearse, rotation mereka tak demand so much knowledge and preparation from them. Minggu ini aku memang sibuk dan kepenatan, pukul 7 pagi dah terpacak di bus stop, pukul 6petang baru sampai di rumah..pergi dan balik dengan bulan [memang bulan sentiasa di hati]. Aku hanya mula buat skrip 2 hari sebelum presentation, itupun setelah confirm yang aku tidak akan menduduki practised exam pada minggu ini, tapi pada minggu depan. Allah itu Maha Mengetahui, Dia dah susun elok dah, Dia tahu bahawa aku mampu untuk bersedia walaupun hanya 2 hari.Jadi, tak perlu compare dengan orang lain atau merasa cemburu dengan mereka.


Pada malamnya, sort of celebrating all the hardships, aku dan dua sahabat spent some quality time together having dinner..Salah satu cara untuk mengeratkan ukhuwuah ialah makan bersama-sama...insyaAllah all those hard feelings will be gone..apabila sahabat-sahabat bersatu di bawah kesatuan aqidah dan fikrah, syaitan gentar untuk menghampiri.


Cuti winter telah bermula, semoga aku akan dapat memanfaatkan setiap saat untuk perkara kebaikan, baik dunia mahupun akhirat. Aku yakin dengan ketentuanNya bahawa tempatku di sini, Dia ada untuk menjaga mereka.Aku di sini perlu fokus, bertahan dan terus setia menggalas harapan mereka.


"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.." Ar-Ra'd : 28

Monday, December 14, 2009

How Much Sleep Do You Need?

Last two weeks, I had been in discussion [+/- argument] with some friends doing Medicine and Surgery, about how much sleep do we need.Most of them said 8 hours...and they were really surprised when I said that I usually only sleep for 5 hours, most of the days.I tried to argue with them by saying that 8 hours are the amount needed by a baby, but today I just found out that I was totally wrong.Being conscious with the amount of time I spent for sleeping, I browsed some webs just to find out the truth about one of the most pleasant activities in our lives: Lets reveal the truth!


1. The eight hour myth is just a myth! That is just an average amount for adults, generally.


2. Either we are short sleepers or long sleepers, our genes determined that!


3. Changes need across a lifetime

·                        Infants (3-11 months) need 14-15 hours
·                        Toddlers (12-35 months) need 12-14 hours
·                        Preschoolers (3-6 years) need 11-13 hours
·                        School age (6-10 years) need 10-11 hours
·                        Adolescents (11-18 years) need 9.25 hours
·                        Adults need an average of 8 hours
·                        Elderly adults may need less
(which category do I fall in to???)


4. By not getting enough sleep, we accumulate sleep debt! A debt needs to be paid off!Or, we end up being:

·                        Daytime sleepiness (not really..just in some boring lectures)
·                        Fatigue (Yes, but only on Monday and Friday, the blues..:P )
·                        Difficulty concentrating (Perhaps? Susah betul nak ingat ni!)
·                        Poor thinking (Definitely! I know the answer, I just couldn't think of a way to get there!)
·                        Increased risk of accidents (Never happened yet, alhamdulillah)

·                        Other health complications (Depression?)


5.Daniel Kripke, co-director of research at the Scripps Clinic Sleep Center in La Jolla, California, has conducted a study in 2002,where he compared death rates among more than 1 million American adults who, as part of a study on cancer prevention, reported their average nightly amount of sleep:


Studies show that people who sleep between 6.5 hr. and 7.5 hr. a night, as they report, live the longest. And people who sleep 8 hr. or more, or less than 6.5 hr., they don't live quite as long. There is just as much risk associated with sleeping too long as with sleeping too short. The big surprise is that long sleep seems to start at 8 hr. Sleeping 8.5 hr. might really be a little worse than sleeping 5 hr.


Morbidity  is also "U-shaped" in the sense that both very short sleep and very long sleep are associated with many illnesses—with depression, with obesity—and therefore with heart disease—and so forth.


(Ermm...I won't live quite as long and I am associated with many illnesses, particularly depression and obesity)


Okay, need to sleep now, time left - only for 6 hours sleep.Will discuss more later.Even calling mak is postponed for tomorrow!






Sunday, December 06, 2009

Syukur, Though It Hurts




Succeeding in the final medicine exams is about being competent and confident. Competency comes after experience and confidence follows knowledge.How are you going to perform a physical examination competently if you haven’t even done it before? How are you going to answer a question confidently when you don’t even have a clue about the topic?

“ Most Muslim women don’t speak that much during exams, thus they lack of marks.But when they speak,their level of knowledge is very good.”

Dr.M once said to me this.He even asked me to become like this one Intern,who is a Muslim woman, and very talkative and proactive. What did I feel? Numb. Well Doctor, that’s what we call personality.Different people have different personality.You can’t generalized all Muslim women to have the same attitude.Instead, WE ALL should learn to live with all those different kinds of people.Of course there are some weird or weak personalities that need to be altered.

The same doctor also said to me this : “ You will be fine in the exams, you have to think it that way, there is no other way.”

Thanks doctor, for all your comments.

“ Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?” 61:2

Bait-bait dalam ayat kedua surah as-Saff ini begitu menggetarkan jiwa.Cakap tapi tak buat? Jika ayat ini dihayati sepenuhnya, tentulah semua insan yang hidup di muka bumi ini akan berlumba-lumba mencari kesempurnaan diri.Sempurna pada iman, sempurna pada aqidah, sempurna pada akhlak…segala-galanya.Mana mungkin kita menyuruh berbuat sesuatu tanpa kita sendiri tidak mengamalkannya.

Menyuruh manusia berbuat baik, tetapi perangai sendiri pun mengalahkan syaitan.Tapi janganlah menunggu hingga jadi baik seperti malaikat baru nak menyeru pada kebaikan.

Menyuruh manusia lain melakukan ibadat sunat,tetapi diri sendiri ibadat wajib pun tidak sempurna.Tetapi itu bukanlah penghalang kepada seruan kebaikan.

Menyuruh orang lain menjaga pergaulan,tetapi diri sendiri pun bukan main lagi ‘ramahnya’ dengan the opposite gender.Bolehkah orang lain menerima nasihat daripada orang seperti ini?

Menyuruh orang lain menjaga akhlak dan berbudi,tetapi diri sendiri pun begitu mudah melontarkan kata-kata nista, hormatkah orang lain pada peribadi sebegini?

Kadang-kadang bergetar hati apabila melihat orang yang bersungguh-sungguh menyeru tetapi dia sendiri jauh sekali untuk mengamalkannya, berhujah bagai seorang Perdana Menteri tetapi dalam masa yang sama mengutuk di sana sini. Berbangga dengan sedikit amalan kebaikan,tetapi tidak bertahan lama lalu senyap seribu bahasa.

Kadang-kadang bergetar hati jua apabila mengenangkan diri sendiri, sudah terlaksanakah segala yang telah dituturkan oleh lidah ini? Bimbang akan dicemuh oleh manusia lain, lebih bimbang lagi jika diseksa di hadapan Rabb nanti.

If in dilemma, seek His guidance.

Istisyarah is when you discuss with certain people that you trust and those who are known to the area of the matters.Don’t make mistake when selecting the people whom you want to talk to.Best friends are not necessarily the best people to discuss with. A respectable, experienced and trustworthy people might be the right one.

Istikharah is when you pray and ask directly for His guidance.You may get it in a dream, from other people around you, from the tranquility of your heart, and from various other ways, be His Will. Sometimes you get it after a single pray, sometimes you need to do it more than once.The important thing is to clear your soul and mind from any bias or preference and let Him decide for you.

Only once had I obtained the answer from a dream, and that was after the third prayer. The feeling after the dream was indescribable and I really believed it strongly and held to the decision firmly.It turned out to be the best,alhamdulillah.

I wish and I am trying hard to get myself ‘clean’ and be near to Allah…Ya Allah, I am so sinful and ungrateful, please forgive me..You are the most Forgiver and the most Merciful.
_______________________________________________________________
When you say you don't have the time,have you counted the time you have wasted on unimportant and unurgent matters? If not, please don't talk about time.You have plenty of them, you just don't value them.


Really glad to receive a call from someone back home !!!

Wednesday, December 02, 2009

INSYAALLAH

Trials keep you closer to Him.
November had been a great deal of trials from Him to us.Those who are weak in iman,will somehow give up.Those who believe in Him and His destiny as part of His love will survive safely.


One,
He tested us on time.Tasks were too many yet the time left was so limited. Really need to get back to the One Minute Manager.


Two,
He tested us on losses.We had lost our most valuable things in just 2 weeks apart.We tried our best to be patient and accept His faith.The level of redha is higher than sabar,thus it is really hard to achieve.May we find Your love in this,Ya Rabbana.


Three,
He tested us on health.Our beloved queen is currently curing.We could do nothing apart from pray.We were only able to send prayers and our loves remain in the air.


Four,
He tested us on our relationship which had broken into pieces, just like our heart broke when he changed.We hardly knew him.He has gone far away from us, by his own choice.


Ya Rahman, we truly know that You only tested those with iman...as we hope that we do belong in a group of servants that You love and You look upon to.


We never forget to mention those happiness that You gave us as also part of Your trials...


Aay,
You blessed us with ample income and sources of life.Slowly we have progressed into a better life.


Bee,
You blessed us with good brains and easy path for our success in knowledge seeking.May all this ilm be the connector between us.


See,
You blessed us with one more day to live and breathe Your only air freely.We never knew when will You call us back.


Dee,
You blessed us with what we have gained so far.Without Your Will, we will never be who we are now.Really we should thank You for Your Kindness.
________________________________________________________________________
In melancholia. Ya Allah, give me and my family, my friends and their families the best of Your Gift and make our hearts redha with Your Will...


Rasululullah saw said, if you are not ashamed, do whatever you want.
So please, have some shameful thoughts even amongst your own family members or very closed friends.With this thought, you might bring joy and peacefulness to the people around you.


InsyaAllah, everything will be fine.Trust Him!!!

Saturday, November 28, 2009

5 Amalan Harian Yang Tidak Disenangi

1. Mengeluarkan bunyi secara berlebihan semasa makan.



"Loud eating noises such as slurping and burping are very impolite. It is the number one sin of dinner table etiquette!"
Cara untuk elakkan bunyi adalah dengan menutup  mulut semasa mengunyah dan mengunyah dengan perlahan-lahan dan cermat.


2. Mengeluarkan bunyi semasa menguap.

Salah satu perkara yang Allah benci ialah menguap:
“Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan benci terhadap menguap. Maka apabila ia bersin, hendaklah ia memuji Allah (dengan mengucapkan ‘Alhamdullillah’). Dan merupakan kewajiban bagi setiap muslim yang mendengarnya untuk mendoakannya. Adapun menguap, maka ia berasal dari setan. Hendaklah setiap muslim berusaha untuk menahannya sebisa mungkin, dan apabila mengeluarkan suara ‘ha’, maka saat itu setan menertawakannya.” (HR Bukhari)


Jika seseorang ingin menguap, maka hendaklah dia menahannya sebisa mungkin, atau dengan menutup jalan terbukanya mulut dengan menggunakan tangannya. Hal ini sesuai dengan hadits yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasullullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Menguap adalah dari setan, maka jika salah seorang di antara kalian menguap, hendaklah ia menahannya sedapat mungkin.” (HR Muslim)
Ketika seseorang ingin menguap hendaknya ia menutup mulutnya dengan tangan kiri, karena menguap adalah salah satu perbuatan yang buruk.

Bayangkanlah...tengah syok dok menguap,syaitan kat belakang tertawa dengan hebatnya.
3. Sendawa dengan kuat.

Belching/burp is typically caused by swallowing air (aerophagia) when eating or drinking and subsequently expelling it, so in this case the expelled gas is mainly a mixture of nitrogen and oxygen.

Hendaklah berusaha supaya tidak bersendawa, menghindari makanan yang menyebabkan sendawa atau makanan yang banyak. Jika tidak dapat menghindarinya, bersendawalah dengan suara yang ringan, dan kemudian bacalah istighfar sesudah sendawa.
Sabda Rasulullah: Dari Abu Juhaifah r.a katanya, "Aku memakan kepingan roti dan daging, kemudian aku mendatangi Nabi s.a.w lalu aku sendawa. Baginda bersabda: Pendekkan sendawamu, kerana sesungguhnya orang yang paling lapar pada hari kiamat kelak ialah orang yang paling kenyang di dunia."


4. Membaca dalam solat dengan kuat
khusyuk-solat
Ini biasa dilakukan tanpa disedari oleh para makmum apabila solat berjemaah.Perbuatan ini boleh mengganggu imam dan para makmum lain.Mungkin ia ingin khusyuk,tetapi jangan sampai mengganggu kekusyukukan orang lain pula.


Surah al-Isra': 110
"... dan janganlah engkau mengeraskan suaramu dalam solat dan janganlah pula merendahkannya dan usahakan jalan tengah di antara keduanya."


5. Ketawa kuat-kuat

"Janganlah kalian banyak tertawa, sebab banyak tertawa menyebabkan hati  menjadi mati" HR At-Targhib


Tak semua tertawa itu dilarang dan tidak semuanya diperbolehkan. Tertawa yang diperbolehkan adalah tertawa yang terlalu sering dan melampaui batas.

Hal ini tergolong menjadi permainan yang melenakan dari kesungguhan dalam berbagai hal. Tertawa yang diperbolehkan adalah tertawa yang wajar dan tidak terbahak-bahak, selama itu menjadi tuntutan dan hajat, karena itu merupakan reaksi alamiah dan juga karakter manusia yang tidak mampu menahan atau menolaknya. Contoh tertawa yang baik dalam hal ini adalah para Nabi dan Rasul Allah SWT. Banyak riwayat yang menyatakan saat Nabi Muhammad SAW tertawa, tapi tertawanya tidak melampaui batas atau hanya tersenyum saja. Senyum Rasulullah SAW yang paling maksimal adalah nampak gigi gerahamnya.

Bahkan dulu Rasulullah SAW adalah orang yang paling banyak senyum dan wajahnya berseri-seri. Inilah perangai yang baik nan indah yang dipakai oleh orang-orang yang muru'ah (punya harga diri) untuk menghiasi diri mereka.



Friday, November 27, 2009

Aidiladha : Perayaan + Penghayatan




Salam Aidiladha. Alhamdulillah, dapat mengecap nikmat menyambut sekali lagi lebaran di bumi asing ini.Dah enam kali nampaknya beraya di sini.Harapnya tahun hadapan dapatlah kembali ke pangkuan keluarga.Syukur ke hadrat Ilahi, raya kali ni lebih tenang, despite ujian banjir yang melanda penduduk Cork, para pelajar di sini dapat merasa cuti seminggu.Final year project pun dah ditangguhkan ke bulan hadapan. Dapat menenangkan fikiran sementara membuat persediaan untuk rotation baru minggu depan,setelah sebulan di tortured oleh rotation Paeds yang sungguh mendebarkan. Alhamdulillah, kuasa yang ada pada sebuah doa, bisa menghidupkan hati yang rapuh dan layu.


Dengan ketentuanNya, exam paeds clinical final telah kulalui dengan baik.Dapat examiner yang mudah, kes mudah dan mummy yang baik.Sungguhpun toddler itu agak crancky, maklumlah,tak sihat, namun segalanya dapat kuselesaikan dengan baik.Kini hanya menunggu keputusan, semoga ALLAH melembutkan hati examiner supaya meluluskanku dengan markah yang setimpal.


Alhamdulillah, mak pun dah berada di rumah.Raya tahun ni pasti kurang meriah tanpa nasi impit dan kuah kacang mak,kalau ikutkan hati, mahu saja aku terbang balik dan masakkan untuk mak dan ayah.Allah itu lebih berkuasa, Dia tahu apa yang lebih baik untuk kami.Ayah begitu excellent sekali dalam menjalankan tugasnya sebagai personal assistant mak.Tabik spring pada ayah!! InsyaAllah kesulitan yang sedang dihadapi ini hanya sementara, kesenangan pada masa hadapan itu yang akan lebih lama. Semoga Allah limpahkan kemudahan dan kekuatan kepada mak dan ayah.Pada masa sekarang, YB dan isteri pasti dalam perjalanan pulang ke Penang, semoga mereka akan selamat sampai...


Indahnya bertakbir di rumah sahabat beberapa jam yang lalu.Ada yang syahdu, ada yang cool,tak kurang juga ada yang sibuk melayan telatah budak kecil comel,Iman Sofea yang bakal pulang for good. Bait-bait takbir itu, jika dihayati sebaiknya, pasti akan menimbulkan keinsafan tentang kebesaran Allah dan kekerdilan kita sebagai hambaNya.Kisah pengorbanan yang telah digarap oleh sirah Islam,menggamit hati dan sanubari untuk turut sama mengejar pengorbanan sedemikian mulia.


Mulianya Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang sanggup melakukan apa sahaja yang Allah suruh,hatta melibatkan nyawa sekalipun.Jika dibandingkan dengan diri ini, amat jauh sekali tahap pengorbananku.Sedangkan suruhan pun belum mampu untuk dilaksanakan sepenuhnya, inikan pula dengan larangan,masih lagi merangkak-rangkak untuk menjauhinya.Ya Allah, ampuni daku,aku terlalu sirna dalam nafasku sebagai hambaMu...


Pada kesempatan ini,inginku menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan atas segala salah dan silap, semoga raya kali ini menjadi titik pusingan bagiku untuk berusaha menjadi hambaNya yang solehah dan manusia yang berguna kepada manusia lain.Biar berkali rebah,pasti bangun semula..