Sunday, December 28, 2014

Out Of Radar

Baru-baru ni entah macam mana tertekan status lama di Whatsapp - "out of radar", tiba-tiba hari ini dikejutkan oleh berita kehilangan pesawat Air Asia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura. Innalillahi wainna ilaihirajiun. Masih belum ditemui hingga saat ini. Cuaca buruk dikatakan punca pesawat mungkin terhempas. Juruterbang telah meminta untuk menukar laluan, dan terbang lebih tinggi sebelum terputus hubungan. Semoga yang baik-baik saja semuanya. Tabahlah wahai ahli keluarga yang terlibat.

Saat banjir besar, pesawat hilang dan pelbagai lagi kejadian buruk / ujian yang berlaku ni, rasa serba salah pula nak promote event awal Februari ni secara besar-besaran. Khuatir dikatakan tidak peka, tidak kena masa. Namun promosi kena jalan juga.

Saat negara diuji macam ni pun masih ramai yang tak ambil pengajaran. Masih ramai yang leka dan lalai. Masih ramai yang tangguh untuk bertaubat. Masih ramai yang tak peduli nak bersihkan dosa. Masih ramai yang tak kisah untuk memohon keampunan kepada ibubapa. Tunggulah...tunggu. Silap haribulan buka mata dah di alam barzakh. Peringatan buat diri sendiri juga.

Saturday, December 27, 2014

Main Golf Tak Mengapa...

" Bermain golf ni sejak dulu lagi dilakukan oleh pemimpin-pemimpin. Sejak zaman TUn Razak, Tun Ismail lagi."

" Pemimpin pembangkang pun main golf juga, pergi bercuti ke luar negara juga."

Serius jawapan kebudak- budakkan. Malangnya ia datang daripada seorang Perdana Menteri. Tak payahlah nak kaitkan dengan pemimpin pembangkang mahupun pemimpin dahulu yang dah arwah pun untuk melindungi kelemahan diri. Lihat gaya bercakap dan eye contact pun dah tahu ketidakjujuran sedang berlaku. 

Tak pernah pula dengar pemimpin pembangkang main golf masa rakyat dilanda bencana besar. Kalau pemimpin dahulu macam Tun Razak tu tak tahulah.

Kalau Dato' Seri minta maaf saja kerana terpaksa memenuhi jemputan Obama pun tak mengapa. Rakyat sangat pemaaf. Tapi tak payahlah nak kona ke pembangkang pula. Nampak sangat tiada modal. Budak sekolah pun tahu permainan Dato' Seri.

Ni dah balik ni, jalankanlah tanggungjawab sebaiknya. Jangan tinjau dari pesawat saja. Pergi turun mengharung air bah, bawa wanita pertama Malaysia sekali.

Aduhai pemimpinku, PRU14 nanti kita tengoklah!

Thursday, December 25, 2014

Banjir dan Tsunami vs Golf

Innalillahi wainna ilahi rajiun. Takziah diucapkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak. Semoga tabah mengharungi ujian Allah. Banjir pada tahun nampaknya yang terburuk, berlaku pula pada bulan Disember, begitu hampir dengan ulang tahun ke sepuluh tsunami 2004.

Masa tsunami 2004 dahulu aku berada di Ireland. Hanya mendapat perkhabaran penuh daripada seorang sahabat tentang kematian di Batu Feringghi. Barulah  aku sedar akan bencana itu. Kelam kabut menelefon mak dan ayah bertanya khabar. Mujur mereka selamat, cuma banjir lumpur sedikit dalam rumah. Masa tu tsunami dikaitkan dengan pesta seks Krismas yang dilangsungkan dengan penuh kemaksiatan. Manusia insaf sekejap, lepas tu buat lagi dan lagi. Tengok laporan di akhbar dan kaca televisyen, penangkapan GRO beramai-ramai. Walaupun setiap minggu ada tangkapan, setiap minggu jugalah ada kumpulan yang baru. Betapa manusia ni jadi hamba nafsu. Hamba seks. Astaghfirullah.


Esok adalah 26 Disember 2014. Genap sepuluh tahun tsunami berlaku. Mungkinkah ia berulang lagi? Ataupun Allah datangkan ia dalam bentuk banjir besar sekarang ni? Risau pula rasa nak memandu di Jambatan Pulau Pinang esok. Kalau cuti terus kan senang. Baru berangan-angan jika Malaysia menang Piala AFF Suzuki tempoh hari, dapatlah satu hari cuti peristiwa esok. Berangan sajalah. Malaysia menang tanpa piala. Menang 3-2 pada final kedua, namun tewas secara aggregat 4-3. Apa pun, tahniah Team Malaysia! Cuma ralat sikit sebab bukan Apek yang bermain sebagai posisi penjaga gol.

Tebing Sungai Kelantan


Banjir di Kelantan paling membimbangkan. Kuala Krai paling terjejas teruk. 500 mangsa banjir terperangkap dalam bangunan Sekolah Manik Urai, di tingkat 3 pula tu. Bagaimana dengan makan pakai mereka? Air Sungai Kelantan juga sudah melimpah. Bandar Kota Bharu juga sudah dimasuki air. Pesakit-pesakit di hospital dipindahkan ke tingkat lebih tinggi. Bekalan elektrik menggunakan generator. Bagaimana nanti bila janakuasa dah kehabisan tenaga? Pesakit-pesakit di ICU? Ya Allah, pulihkan semula banjir ini...

Pada saat rakyat Malaysia gusar dan bersedih dengan banjir, boleh pula pemimpin negara bercuti di luar negara. Siap main golf dengan Obama. Apakah??? Biar berbillion dana kau luluskan untuk bantu mangsa banjir, tetap tak sama dengan kau sendiri turun meredah air memberi bantuan. Rakyat nak tengok kau, bukan batang golf kau! Sangat kecewa dengan perkembangan ini. Jangan nanti balik tinjau guna helikopter saja. Kawasan negeri kau sendiri yang terjejas pun tak dipedulikan. Saat rakyat menderita, kau berseronok! Siapa pemimpin ni???!!!

Semoga Allah beri hidayah kepada pemimpin ini..jika tak boleh sedar juga, turunlah takhta. Semoga Allah beri kemudahan kepada semua mangsa banjir, jadikan mereka tabah dan kuat untuk menghadapinya. Semoga banjir akan semakit surut...Ya Allah, jika ini cara pembersih dosa-dosa kami, kami terima ya Allah...
Pemimpin berjiwa rakyat, meredah air bah

Sama-sama kita hulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa ini..



Monday, December 22, 2014

DOSA MENYAKITI HATI IBU DAN BAPA


Rasulullah saw bersabda yang maksudnya, “Semua dosa dilambatkan Allah hingga hari kiamat melainkan derhaka kepada ibu bapa, maka sesungguhnya Allah menyegerakan seksaan bagi yang bersangkutan sewaktu hayatnya di dunia ini sebelum matinya.” Ini jelas menunjukkan dosa anak derhaka dipercepatkan Allah balasannya ketika di dunia lagi dengan menimpakan bala kepada mereka.
Anak yang tidak menghormati ibu bapa tidak akan aman hidupnya ketika di dunia dan menerima balasan lebih hebat di akhirat. Umat Islam harus sentiasa sedar bahawa tiada siapa dapat menyangkal bahawa ibu bapa adalah orang yang paling berjasa dalam kehidupan kita. Ibu melahir dan mengasuh kita hingga ada ketikanya tidak mempedulikan kesenangannya demi keselamatan, kesihatan dan kebahagiaan si anak. Manakala bapa pula mencari nafkah siang malam bagi melaksanakan tanggungjawab memberi nafkah, makan, pakaian dan menyekolahkan anak-anak.
Allah swt berpesan dalam Surah al-Israk ayat 23 dan 24 yang bermaksud, “ Tuhanmu memerintahkan kamu jangan menyembah selain daripada Nya dan berbuat baik kepada ibu bapa. Jika seorang di antara keduanya telah tua jangan engkau mengeluarkan perkataan kasar, jangan pula engkau mengherdik, hendaklah engkau ucapkan perkataan yang mulia dan lemah-lembut kepada kedua-duanya,.
They are not perfect but SO MUCH so are we. At least they've done so much for us all these times. Ask yourself, what have YOU given them in return so far?
Just some bigheads, ego & perasan bagus.
Forgive us ya Allah...


-- got this from a junior's Fb

Friday, December 19, 2014

Kerinduan

Petang semalam, melihat keredupan yang mendamaikan, tiba-tiba rindu pada Ramadhan. Rindu pada suasana pagi hening saat bersahur, suasana siangnya yang walaupun kadangkala penat, tetap bersemangat bekerja. Masing-masing amat menjaga perilaku dan tutur kata, seolah-olah dosa hanya terhukum pada bulan Ramadhan...namun itulah magis yang ada pada kemuliaan Ramadhan. Rindu pada suasana petang...walaupun jalan jadi sesak kerana bazar Ramadhan, tetap terasa teruja untuk berbuka dan berterawih kemudiannya. Rindu pada kedinginan malam yang menggamit hati untuk berdiri dan sujud menghadapNya. Ya Allah, rindunya pada Ramadhan...moga bertemu lagi dengannya tahun depan, in sha Allah.

Mungkin kerinduan ini muncul kerana diri tidak tahan dengan suasana sekarang. Krisis akhlak yang semakin meruncing. Umpatan dan kejian menjadi-jadi. Puak-puak tertentu muncul. Orang ni kata kat orang tu. Melabel orang macam-macam. Astaghfirullah... Makin tidak selesa. Allah...beriku kekuatan untuk menangkis segala anasir ini. Aku tidak mahu terlibat dalam krisis ini. Aku mahu semuanya baik semula. Agama sama, didikan masih berbeza. Solat, tapi berterusan berbuat dosa. Lepas ni aku hanya mahu diam, jika ada kekuatan, aku akan mencegahnya. Aku mahu stay at least setahun lagi di situ, biarlah aku bekerja dalam suasana yang diredhai Allah.

P/S All the best untuk Team Malaysia AFF Suzuki Cup 2014. Perjuangan belum berakhir, harapan masih ada! Sabtu ni kita all out!

Thursday, December 11, 2014

Hendak Seribu Daya

Ahad lalu hilang mood nak bekerja keesokan harinya kerana kekalahan Malaysia kepada Vietnam 2-1 di tempat sendiri. Sembang-sembang dengan housemate, masih ada harapan lagi Malaysia ni dalam Piala AFF, jika kita all out macam lawan dengan Indonesia dahulu. Lupa terus yang perlawanan kedua di Vietnam adalah malam ni, sampailah bila dengar sorakan jiran baruku. Buka tv, tengok Malaysia dah lead 2-0. Biar betul? Cayalah team Malaysia. Terus parking depan tv. Rupa-rupanya Malaysia dapat penalti pada minit ke-4 selepas Indra Putra dijatuhkan. Safiq Rahim sekali lagi cemerlang dengan penaltinya. Gol kedua Mat Yo yang score (akhirnya). Tengah seronok tengok, tiba-tiba Vietnam dapat penalti pula atas kekasaran yang tidak seberapa pun, kononnya ada pemain Malaysia yang menarik baju pemain Vietnam dalam kotak penalti tu. Vietnam score 1-2. Malam ni Farizal jadi Goalie.

Kehangatan makin terasa apabila Indra Putra dapat bola di depan pintu gol sebelah kanan. Masa dia nak tendang ke tengah, kena pada kaki defender Vietnam dan gol!!! 3-1. Sebelum  berakhir separuh masa, Malaysia score lagi satu melalui sepakan sudut yang diambil oleh Piya dan disempurnakan oleh Kapten, Shukor Adan. Nampak Shukor Adan memimpin pasukan dengan baik. Malam ni team defender pun lebih kemas, Mahalli Jasuli tiada, Kunalan yang nampak menonjol di samping Zubir Azmi dan Fadhli Shaas.

Masuk separuh masa kedua, Malaysia lebih banyak bertahan. Berkampung ramai-ramai di bahagian pertahanan sampai tiada orang nak sambut bola di bahagian serangan. Piya digantikan oleh Baddrol Bakhtiar. Tak lama lepas tu, Vietnam yang bertali arus menyerang dapat peluang depan pintu gol. Walaupun dikawal oleh dua defender, bola bolos juga lalu ditendang kuat di depan pintu gol. Farizal memang tak boleh save dah. 4-2. Fuhh. Masa ni Malaysia macam baru tersedar, terus mempercepatkan perlawanan. Vietnam macam tak puas hati bila Malaysia lambat masa nak tukar pemain - Mat Yo dan Indra Putra dikeluarkan. Tapi alhamdulillah...Malaysia bertahan hingga ke akhirnya dan melangkah ke final dengan aggregat 5-4. Tahniah Harimau Malaya!

Nampaknya rakyat Malaysia boleh bersatu kerana bola sepak. Cuma insiden penonton Vietnam dipukul di Stadium Shah Alam tu tak patut berlaku. Itu bukan budaya kita. Kerana bola, dengar cerita Pencetus Ummah live pun start lambat, pukul 10 baru start. Yang tak minat bola, tidak berpuas hati dengan penangguhan ini. Dunia--dunia...

Minggu ni surprisingly bilangan pesakit di klinik berkurangan...alhamdulillah. Esok sehari lagi. Tapi Sabtu pun kena bekerja. Malam ada forum best!

Itulah, hendak seribu daya,..tak hendak seribu dalih. Malaysia Boleh!

Sunday, December 07, 2014

Zuriat Tanggang

Apa khabar agaknya dia? Sihatkah? Bahagiakah? Tidak rindukah pada ibubapa yang membesarkannya selama tiga puluh tahun? Tidak dicengkam rasa berdosakah kerana mengabaikan mereka? Tidak teringatkah pada adik-beradik yang sama-sama membesar suatu ketika dahulu? Tidak risaukah anak-anak yang sedang membesar ini bakal melakukan perkara yang sama kepadanya? Tidak terfikirkah yang ajal bakal menjelma tanpa sempat memohon kemaafan?

Dunia...dunia...
Walaupun bersifat fana, manusia tetap lebih mengagungkannya berbanding akhirat yang kekal. Jika semua manusia hidup bermisikan jannah, tak akan wujudlah jenayah dan kemungkaran di muka bumi ini. Takkan lahirlah zuriat-zuriat Tanggang, seperti yang dikupas dalam surat khabar hari ini. Mungkin apa yang berlaku berpunca daripada kekurangan ibu bapa juga, tetapi sebagai seorang anak yang beriman dan berilmu, tidak patut sama sekali melayani buruk ibu bapa. Gusar nanti perkara yang sama akan berlaku kepada mereka ini saat mereka tua nanti.

Walau hebat mana pun kita, jangan sesekali memisahkan ibu bapa dan anak-anak. Kita boleh mendabik dada, mengatakan bahawa kitalah isteri terbaik untuk suami, ataupun suami terbaik untuk isteri, tetapi jangan sekali-kali memisahkan pasangan kita dengan ibu bapa kandung mereka. Nerakalah jawabnya. Takut nanti suatu hari, kita yang terpisah dengan anak-anak sendiri.

Orang yang hidupnya menyakiti dan mengabaikan ibubapa, jujurlah mengakui yang dirimu tidak betul-betul bahagia. Masalah datang satu persatu. Kegembiraanmu hanya sebentar. Selebihnya kau menanggung perasaan hitam yang kau sendiri tidak dapat gambarkan. Insaflah...keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa. Jangan kau mimpi masuk syurga jika kau abaikan syurgamu di dunia ini. Seburuk-buruk ibu bapa, buruk lagi anak-anak derhaka!

Firman Allah SWT dalam surah al-Isra' ayat 23-24 yang bermaksud;

Dan Tuhanmu telah memerintahkan, hendaklah kamu jangan menyembah selain dari Dia (Allah), dan hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapa dengan sempurna. Jikalau salah seorang dari ibu bapamu atau keduanya sudah sampai kepada umur tua, jangan sekali-kali kamu berkata "Ah" kepada mereka. Dan jangan pula kamu menengking mereka. Dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang sopan.

Dan berbaktilah kepada keduanya dengan perasaan kasih sayang (yang mendalam) dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku! Kasihanilah keduanya (ibubapaku) sebagaimana mereka telah mendidikku sewaktu kecil."

Sunday, November 30, 2014

Sound

Tak siapa yang suka kena "sound". Kalau ditegur dan dinasihati elok- elok kebiasaannya ramai boleh terima. Hari ni saja dah dua orang yang aku sound. Seorang team leader yang tak lead team mates dia betul-betul. Info tak sampai. Kerja lambat. Hasil yang kurang tepat. Dia cuma jawab "OK". Sibuk nak handle dua tiga projek sekaligus, sampai terlepas pandang banyak perkara. Delay makin menjadi-jadi. Orang lelaki, tak payahlah nak multi tasking sangat. 

Yang kedua, lelaki yang jaga parking. Lelaki lagi. Buat kerja macam mana, sampai parking penuh pun tak tahu, biar saja kereta masuk banyak-banyak. Terbantut hasrat nak dinner di situ. Aku sound dia, "Boleh tak check betul-betul ?" Dia tak charge parking ticket aku yang mungkin berdurasi dua minit. Tiada maaf dipinta pun. Maka aku pun berlalu begitu saja dengan perasaan yang hampa.

Seharian keluar. Balik malam, Piala AFF Suzuki sedang berlangsung. Malaysia tengah lead Singapura 1-0. Tengah semangat menonton, aku keluar pergi ubah kereta. Masa balik tu tak dapat parking di depan rumah sendiri sebab ada kereta Naza silver WWD 4780 parking di situ. Suka hati dia saja kan. Satu family dengan 4 orang budak kecil. Lepas aku park kereta, tengok-tengok Singapura dah samakan kedudukan 1-1. Frust sangat. Emosi pemain Malaysia pun dah tak terkawal. Mat Yo hampir bergaduh. Coach cepat gantikannya dengan Manaf Mamat. Mak berseloroh kata yang Mat Yo ni terkena sumpahan pak guard Subang Skypark tu, sebab tu masih tak berjaya score goal.

Masa tambahan 4 minit. Aku duduk depan tv. Walaupun rasa kecewa, hati masih berharap. Tiba-tiba ada pemain Malaysia jatuh depan pintu gol lawan. Tak perasan sangat apa yang jadi. Pengulas tv pun macam takut-takut nak cakap. Pengadil layangkan kad kuning pada pemain Singapura. Nampak dia posisikan bola atas padang. Penalti !!! Lepas ulang tayang kali ketiga baru nampak dua pemain Singapura menolak pemain Malaysia dengan lengan.

Safiq Rahim, our ex captain ambil penalti. Nampak dia tarik nafas beberapa kali. Masa tu aku pun palpitation juga. Ketaq rasa. Dan...gol!!! Malaysia lead 2-1. Hanya berbaki 1 minit. Tiba-tiba Singapura dapat sepakan percuma dari sisi kanan pintu gol Malaysia. Boleh kata semua pemain Singapura berkampung di situ, termasuk penjaga gol yang berbaju hijau itu! All out. Singapura hanya perlukan seri untuk mara ke semi final, sedangkan Malaysia perlu menang. Bola di tendang, mengenai kepala penjaga gol Singapura, namun berjaya ditepis oleh penjaga gol Malaysia a.k.a. Apek. Tiada gol. Malaysia melancarkan counter attack. Bola dapat di kaki Indra Putra, dikawal dengan baik dan ditolak masuk dengan tenang ke dalam pintu gol Singapura...dan gol!! Sementara itu penjaga gol Singapura yang berbaju hijau itu masih di tengah padang, tidak sempat kembali ke posisinya sebagai penjaga gawang.

Epik. Sangat klasik. Gol tercipta saat penjaga gol tiada di depan pintu gol. Malaysia layak ke separuh akhir dengan kemenangan 3-1. Alhamdulillah. Kagum juga dengan kerja keras Apek. Rasanya bahagian defend kena perkemaskan lagi. Sayang kerana Aidil tidak dapat bermain kerana cedera. Dia antara defender yang bagus. Keep up the good work, Team Malaysia!

Sunday, November 23, 2014

Solo Drive

Last week, at this time, we were on the road. Still Selangor area. Alhamdulillah, thank you Allah for the opportunity given to us to travel this far, in our own car. My first experience of driving solo this distance. Of course, with a persistent co-pilot beside me and a humble passenger at the back seat.

I consider it as a semi-last minute preparation. My car was sent for service that Thursday morning, then right after Zuhur prayer, we departed to the central-south. Aaaah I dislike it when other people change my driver seat position. Really awkward. I realized that man usually position their seat backward and downward. I had to readjust in the middle of the journey. There was heavy rain once we reached Gunung Semanggol area. I only drove at 40km/hour, behind a lorry. My eyes were blinded by the heavy rain and the horizontal wind.We stopped for Asar prayer at Sungai Perak. Such a comfy R&R. Rain already subsided.

The day already became dark at 6pm. The rain was still pouring down, not so heavy, but still needed to use the wiper. My brother already called twice, to know about our location. The highway in Selangor area was wide, with three lanes, and buses and big lorries were forbidden from using the right lane. Finally we came to a junction between KL/Kuantan to the right, and KLIA/JB/Shah Alam on the left. I took the left lane. I remembered going to Johor a few months ago with my friends, when I saw the Putra Heights exit on our way to the south. Luckily my decision was right.

Once we reached Damansara area, traffic became bad. Slow and packed. I quickly turned on Waze, to make sure that I drove to the right way. Mak helped me to hold my iPad. The traffic congestion was just for a short while anyway. We proceeded along the highway and finally saw the exit 605 for Putra Heights. Such a relief. Since I already configured the Waze to my brother's house, it was so easy for us to find it. We reached his house nearly 8.30pm. I was proud and thankful that our journey was a safe one.

Being reunited with family members is a gift from Allah. Though it was a short three days break, I was glad that I brought my parents to see the wider view of His earth. Anyway, Penang-Selangor in five hours is not bad at all, will travel again, driving, in the future!


Saturday, November 01, 2014

SYUKUR

Menonton perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 bersama mak, bersama ayah, sambil membuat research di internet. Syukur alhamdulillah, masih punyai mak dan ayah. Saat yang akan kuhargai. Maka siapakah yang lebih kejam jika bukan mereka yang MEMBUANG ibubapa kandung mereka sendiri? 

Tahniah Pahang, menang ke atas JDT melalui sepakan penalti 5-3. Mat Yo gagal menendang masuk bola penaltinya. Pahang tetap gagah walau bermain dengan 10 pemain. Aku sememangnya menyokong Pahang kali ini. JDT telah banyak bermain drama sebelum ini. Nyata status pemain bintang aka Manchester City Malaysia tidak menjamin kejuaraan.

Kempunan TMJ nak merasa hadiah perkahwinan. Tapi tindakan pemain Pahang menumbuk Amri Yahya memang tidak profesional.

Di harap para penyokong Pahang dan JDT berhati-hati pulang ke rumah masing-masing.

Akhir kalam, hayati sepotong hadith sahih ini:


Friday, October 31, 2014

Lori Terbalik

Alhamdulillah. Allah dah aturkan kehidupan ini cantik sangat. Asam garam kehidupan buat kita lebih matang.

Semalam rasa teringin sangat nak makan nasi goreng. Bahan-bahan masakan di rumah sewa ni serba kekurangan. Dah lama tak top up barang dapur sebab dah lama tak memasak di sini. Tak jadi nak masak nasi goreng, niat di hati, esok beli saja di kantin untuk breakfast.

Maka aku pun keluar awal pagi ni. 7.05 pagi dah keluar dari rumah. Lagipun malamnya dah kemas beg siap-siap. Semuanya berjalan lancar hinggalah sampai di Jalan Permatang Rawa. Sesak. Trafik kaku. Jalan 1 meter, berhenti 2 minit. Apa dah jadi ni? Kemalangankah? Pembinaankah? Sekatan polis/ JPJ? Tak nampak apa- apa pun. Gelisah. Hajat nak makan nasi goreng tidak kesampaian. Persoalannya, sempatkah sampai ke tempat kerja sebelum pukul lapan? Parking penuhkah?

Segera aku membaca doa Nabi Yunus tatkala terperangkap dalam perut ikan. Rasa tenang menjelma, walaupun jalan masih sesak. Apabila pergantungan diserahkan 100% pada Allah, hati pasti menjadi tenang, dan Dia pasti bukakan jalan untuk kita. Mulut terkumat-kamit membaca lafaz itu. Sampa di perkarangan hospital, hati rasa berdebar-debar. Bahagian depan parking dah penuh...tapi bila sampai di belakang...kosong! Aku segera park kereta. Dalam kesyukuran, aku harap janganlah pakcik guard tu ajak aku berbual, aku dah lambat nak punch card.

Pertama kali aku punch in selewat ini. 7.59am. Fuhh. Bila dah masuk bilik, baru dapat mesej daripada kawan-kawan sekerja yang masih terperangkap dalam kesesakan. Rupa-rupanya ada lori terbalik di simpang jalan balai polis itu. Pagi-pagi dah buat onar lori ni. Nak belok tak lepas kata orang. Semoga tiada kecederaan atau kematian daripada kemalangan ini.

Berhati-hati di jalan raya.

Wednesday, October 22, 2014

I Don't Touch, But I Love Dogs !

I seriously pitied my fellow non-Muslim friends who just had a misunderstanding on the issue of "I Want To Touch A Dog". Apparently this misunderstood group stood up to support the programme organiser, Syed Azmi. They brought up the issue of being kind to dogs and treating dogs with love.
Well my friends, this is not an issue of love and kind. Muslims never been cruel to the dogs, even without us touching dogs, does not mean that we are cruel to them. Islam teaches us to love all creatures, and all creatures  were created by Allah.

Do not talk about something that you have no facts about. Islam has forbids Muslims to touch dogs for unnecessary reasons, and this has nothing to do about being cruel to that animal. Even without touching them, we still love and respect them. We never intend to kill them or beat them unnecessarily. Of course we do avoid them from being in contact so that we don't have to clean ourselves (with a certain way), and we don't take them as a pet. Yet they don't die because of these right? And for sure we are certainly allowed to touch dogs in needed situation like injury, threats, or doing a veterinary job!

Dear friends, you need to understand what is there about dogs in Islam first, before you support Syed Azmi. Nowadays, Muslims understandings on Islamic teachings are not at the same level, so don't see all Muslims as the same. Obviously this particular guy's idea is not suitable for the people of different levels, or he has other agenda in mind. He does not have to organize events like this to educate people about love and kind to dogs. Clearly he is not sensitive about his own religion.

Again, I'd like to clarify that we do not have to touch dogs to show our love to them, and we do not have to touch dogs to prove that we are not cruel to them. It is just about abiding to our Islamic teachings, as much as we respect other religions' teachings related to any animals.

A good person is not just a person who does things to unite people but disown his own religious teachings. A good person will follow and respect his own religion and unite people without compromising his faith.

Lets read a well written opinion from one of the most respectful scholars/Ustaz in Malaysia:

PANDANGAN SAYA TERHADAP ISU PROGRAM 'I WANT TO TOUCH A DOG'
1. Sefaham saya, jika ingin menganjurkan program menjelaskan pendirian Islam tentang anjing, keringanan ketika menyelamatkan anjing, Islam rahmat kepada haiwan termasuk anjing, mengajar masyarakat agar tidak membenci anjing tanpa sebab syarie etc. Program sebegitu adalah BOLEH dibuat dan wajar diterima.
2. Namun jika program menggunakan tema 'i want touch a dog' dan seolah 'majlis menyentuh anjing beramai-ramai tanpa sebab dan keperluan yang jelas' diikuti dengan bergambar, memeluk dan menciumnya dari kalangan orang Islam, maka itu sudah pastinya mencipta PROVOKASI terhadap masyarakat setempat. Walaupun mazhab Maliki mengganggap anjing dan seluruh tubuhnya sebagai tidak najis & tidak haram disentuh, namun pandangan dan pegangan masyarakat setempat perlu diambil kira. Ditambah lagi dengan ijtihad ulama mazhab Syafie yang mengharamkan sentuhan tanpa sebab yang syar'ie. Mazhab Hanbali turut menganggap anjing sebagai najis yang tidak harus menyentuhnya tanpa sebab yang syarie.
3. Pada hemat saya, program itu mempunyai tujuan yang baik namun cara pelaksanaannya tidak tepat dan tidak berhati-hati serta terlalu terbuka tanpa kawalan dan panduan jelas diberikan kepada para pesertanya.
4. Justeru saya TIDAK bersetuju PENGANJURAN seumpama itu, namun saya juga tidak bersetuju kecaman melampau-lampau dan ugutan pelbagai pihak terhadap penganjur dan mereka yang hadir. 
5. Bagi saya tidak wajar digelar mereka sebagai gerakan Islam liberal kerana sekiranya mereka meyakini ijtihad mazhab Maliki, maka itu tidak sama sekali boleh dianggap liberal, malah mazhab tersebut adalah salah satu dari ahli sunnah wal jamaah. Jika mereka mengatakan harus memakan daging babi dan anjing, ketika itu barulah mungkin mereka sudah menyimpang dan liberal, kerana terdapat dalil spesifik dan jelas kenajisan dan pengharaman.
6. Bagi saya juga, menuduh penganjur boleh terkeluar aqidah atau menghina Islam juga adalah tuduhan agak keterlaluan, tidak boleh kita sewenang-wenang menggunakan tuduhan berat sedemikian tanpa bukti jelas menunjukkan mereka membenci Islam & ingin menghinanya. 
Bagi saya, apa yang berlaku adalah hanya masalah Fiqh dan perbezaannya. Ia tidak sampai melibatkan masalah aqidah kerana pengharaman sentuh anjing dan tubuhnya tidak berdalil qat'ie dan bukan juga sampai ke peringkat ijma' (sepakat seluruh ulama silam) ditambah lagi wujudnya ijtihad berbeza dari mazhab Maliki dan sebahagian mazhab Hanafi, mereka berbeza dari mazhab Syafie dan Hanbali yang mengganggap anjing sebagai najis. 
KESIMPULAN 
Dalam mengambil sikap dalam isu ini, kebijaksanaan masyarakat dan kematangan menghadapi situasi kepelbagaian pendapat, kefahaman dan perbezaan perlu dipandu dengan lunak dan berhemah. 
Penganjur walau niatnya baik mungkin tersalah pendekatan dan tidak teliti dalam penganjuran sehingga memilih tajuk dan provokatif sehingga mungkin dilihat mencabar kefahaman awam tentang anjing. Justeru, elok penganjur memohon maaf sahaja kepada pihak berkuasa dan masyarakat awam yang terusik dengan tindakan kurang bijak mereka.
Para ilmuwan & orang ramai yang mengecam, walaupun berniat baik namun mungkin terlalu emosi sehingga berlebihan dalam melabel, tuduhan dan ancaman. 
Para ilmuwan & pihak berkuasa khususnya sepatutnya tidak melenting, menjadi juara dalam melabel dan mengutuk. yang sepatutnya mereka memandu orang ramai untuk tenang menyikapi perbezaan pendapat dalam masyarakat awam. Kerana pandangan selain mazhab Syafie berterusan boleh diikuti oleh masyarakat awam di zaman internet dan globalisasi ini yang mana sumber maklumat yang pelbagai boleh di hujung jari. Maka untuk menempelak terlalu keras terhadap mereka yang terkeluar dari ijtihad mazhab Syafie seolah mereka menjadi liberal atau terkeluar Islam adalah juga tidak berhemah dalam mendidik masyarakat.
Orang ramai pula, dinasihati tidak mengeruhkan suasana dengan membuat ugutan kekerasan terhadap penganjur dan mereka yang menyertai. Cercaan, makian dan kutukan keras hanya membawa kalian kepada potensi menambah dosa-dosa. Nasihat sahaja mereka dengan baik disertai dalil-dalil yang difahami, bukankah itu lebih enak dan harmoni.
Penganjur juga perlu menyedari terlalu banyak keutamaan isu yang jauh lebih baik dianjurkan kempen berbanding isu anjing ini. Sentuhan yang haram seperti sentuhan lelaki wanita bukan mahram, berpelukan, kempen anti zina, makan wang haram dan lebih jauh berleluasa dan berbahaya. Ilmuwan pula lebih digalakkan lebih banyak memberi respon kepada isu-isu yang lebih kronik berbanding isu ini. Atas sebab itu juga saya lewat mengulas isu iini kerana dirasakan ia tidak sebegitu besar namun media dan ulasan awam dan pihak berkuasa yang menjadikannya besar.
Sekian
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
PRESIDEN MURSHID

p/s I suggest we all seek to understand first before vocalising our immature opinion. Agree?

Sunday, October 12, 2014

Happy Birthday Ayah


Sixty six years ago, this man was born. He grew up in a big family with a medium income. His student life wasn't so bright but later he became a hardworking man. He was independent and managed to build his own family. Being not highly educated, he was contended with the job he had. He worked hard to make sure that his wife and children never had to starve. He earned enough money to send his children for higher education, so that they all could have a brighter future and life. He was a strict, yet tolerable father. He did not speak much but his actions said everything. He is now a retired old man, still strong and healthy, biiznillah, and always hope for the best for his wife and children.

He is my beloved father, who turns 66 today. May Allah bless him with happiness in the world and grant him jannah in the hereafter. I will always love you, Ayah, regardless of what condition. You are not perfect, but you will always be my perfect hero of my life. You brought me up to become a human, you showered me with your unconditional love and you cherish my life with your presence. I would never find anyone to replace you.

I accepted all your short doings and weaknesses. To err is human. I will always take care of you until you close your eyes. I am truly sorry for all my wrong doings and immature acts. Forgive all my sins, ayah, as for Allah's bless depends on your bless. No matter what others say about you, you are always the man in my heart. Without you, I would have never been born to this world. Without you, I wouldn't be what I am today. EVERYTHING came from your blessings. Thank you Ayah for being there for me.

For those out there who ever thought of disowning your own father, think thousand times. You are not exist today if not because of him. And sooner or later, you will become a father. Would you like to be disown by your own children? Appreciate your father while you still can. Remember, what goes around, will come around. Do good to others, others will do good to you. No matter how bad your father treated you (bad is subjective), you should never do the same or even worse to him back. There is no way a revenge should be allowed. Again, appreciate your father (and of course, your mother) while he is still alive.

12 APRIL 2014
HAPPY 66th BIRTHDAY AYAH. I LOVE YOU UNCONDITIONALLY. I AM GLAD THAT I HAVE A FATHER LIKE YOU :)


p/s can't help it but to weeeeep when this entry was written. I succeeded in my studies upon your blessings, I succeeded in my careeer upon your blessings, I do not know if I am ready if Allah calls you back...

Saturday, October 11, 2014

Selamat Pulang Tetamu Allah

Alhamdulillah rombongan pertama jemaah haji Malaysia telah sampai. Mereka kembali ke tanah air sebagai seorang yang suci, semoga mendapat haji mabrur.

Entah bila pula aku akan dipanggil untuk ke sana. Teringin sangat untuk menjejakkan kaki ke tanah haram. Duit boleh dicari, rezeki Allah yang bagi. Lagi baik jika dapat ke sana sebelum berkahwin ataupun ketika berbulan madu. Lebih berkat, daripada belanja ribu-ribu ke Maldives. 

Pada episod terakhir Salam Baitullah di TV1, wartawan RTM sendiri tidak dapat menahan sebaknya ketika membuat liputan pada hari-hari terakhir di situ. Bertuah dia dapat bekerja dan menunaikan haji sekaligus. Para hajjah yang ditemuramah juga mengalirkan air mata.

Ya Allah...izinkan daku untuk sampai ke tanah haram ya Allah...mudahkan aku untuk turut membawa kedua orang tuaku ke sana..hanya Allah yang mengerti perasaan dan keinginanku.

Sunday, October 05, 2014

20 SEN

Tanggal 2 Oktober 2014, negara dikejutkan lagi oleh hadiah istimewa yang diumumkan oleh PM. Bukan harga minyak naik, tapi subsidi kerajaan yang turun. Lagipun, harga minyak Malaysia antara yang rendah di dunia! (Serius nak muntah)

Malam itu aku mengunjungi Masjid Batu. Ada Pidato Ummah berkenaan kemenangan Gaza, kemenangan ummah. Ahli panel kegemaranku, Dr Riduan Mohd Nor. Daripada belum jadi doktor, sampai dah doktor, tetap hebat berbicara. Sistem audio di masjid juga baik, tidak terlalu bergema seperti di Masjid Perda. Tengah asyik mendengar kepetahan panelis, YB telefon. Terpaksa aku berlari keluar masjid. Kalut YB menelefon kerana aku tiada respons terhadap gambar Whatsappnya. Harga RON95 naik menjelang tengah malam, cepat pi isi minyak!!

Sungguh jika YB tak maklumkan, aku tidak tahu. Belum sempat membuka Twitter mahupun FB. Balik petang tadi terus menelefon mak dan ayah. TV memang tak tengok. Harga minyak naik 20 sen. Ada yang kata, 20 sen tu tak sebesar mana, tak ada beza pun.

Hakikatnya 20 sen amat besar nilainya zaman aku kecil dulu. Nasi lemak bungkus kecil boleh dapat lagi. Teringat zaman sekolah dulu, ayah bekalkan 50 sen sehari, setiap tahun naik 20-30 sen. Itupun aku masih boleh berjimat. Waktu rehat tak rajin makan pun sebab dah makan tengah hari di rumah. Bukan hanya kerana kos sara hidup yang lebih rendah ketika itu, tetapi juga kerana itulah wang saku yang ayah mampu beri. Tidak akan sesekali aku lupa asal usul keluargaku yang susah. Hidup hanya cukup makan, namun ayah tak pernah sampai meminjam duit orang. Tidak pernah sehari pun berlalu tanpa aku mengisi perutku. Rezeki ayah dan mak murah.

Takdir mereka tidak berpelajaran tinggi. Jadi, itulah pekerjaan halal yang mereka mampu buat untuk menyara anak-anak. Mereka tidak pernah malas mencari rezeki. Mereka tidak pernah terniat untuk membuang anak-anak untuk mengurangkan bebanan. Mereka tetap sokong hasrat anak-anak untuk belajar setinggi boleh. Mereka bantu anak-anak yang mahu membeli rumah sendiri. Mereka keluar wang belanja untuk mengahwinkan anak-anak. Itulah nilai wang 20sen yang berkembang biak menjadi ratus dan ribu. 

Terima kasih mak dan ayah, atas 20 sen itu!

Maniskah Dendam?

Apa perasaanmu tatkala mengucup tangan ibu orang lain e.g. Ibu mertua, ibu jiran, ibu kawan, tetapi tidak dapat mengucup tangan ibu kandungmu sendiri, sedangkan dia masih hidup? 

Apa perasaanmu apabila tibanya hari lebaran, manusia saling bermaafan tetapi tidak dengan keluargamu sendiri?

Mana ada ibubapa yang serba sempurna di dunia ini. Dendam apakah yang layak untuk seorang anak simpan terhadap ibubapanya? Sedangkan jika ibubapa itu sendiri berdendam dengan anak mereka, sudah tentu dah lama anak itu menjadi buangan.

Puluhan tahun seorang anak hidup bersama ibubapanya sebelum berkahwin, sudah tentu telah beribu kesalahan dan kekurangan yang dilakukannya, namun, adakah ibubapa terus-menerus menghukum si anak dan membuangnya dari hidup mereka?

Wajarkah seorang anak mengungkit-ungkit kesalahan dan kekurangan ibubapa sehingga sanggup memandang hina dan mengabaikan mereka? Bagaimana jika ibubapa yang mengungkit kesalahan anak sejak dari kandungan lagi, sanggupkah duhai anak menanggung aibnya?

Tahukah anak, betapa susahnya ibu mengandung sembilan bulan, kehadiran anak dalam kandungan mengubah terus fisiologi tubuh seorang ibu. Namun, ibu tetap tabah meneruskan kandungan dan memastikan anak lahir ke dunia dengan sempurna dan sihat. Ketika anak masih kecil dan tidak berdaya, berapa banyak kalikah ibu diganggu rehatnya dek tangisan anak yang kelaparan, yang tidak selesa selepas buang air, yang kepanasan dan yang mahu ibu melayannya bermain? Berapa banyak kali anak membuatkan ibu risau apabila anak sakit, anak jatuh dan anak tidak berjaya dalam peperiksaan? Tidak terbilang...

Namun anak, yang baru beberapa ketika berkahwin, sudah mula menyenaraikan kekurangan ibu dan bapa, sudah mula mempersoalkan kenapa tidak dibuat begitu dan begini, sudah menuduh ibubapa tidak adil dan seribu satu perkara buruk lagi dengan mudahnya dibangkitkan.

Apakah manis rasanya anak berdendam kepada ibubapa? Di manakah tercatatnya pahala di situ yang boleh menjamin syurga? Bahagiakah hidup di dunia dalam keadaan ibubapa disakiti?

Saidina Ali pernah berpesan, jagalah kedua ibubapamu, kelak anakmu akan menjagamu.

Seburuk-buruk ibubapa, kerana merekalah anak lahir ke dunia. Kerana merekalah anak menjadi manusia yang membesar dari seorang bayi menjadi suami orang dan bapa orang. 

Tiada guna bebelan panjang, hanya doa yang mampu dikirimkan. Jangan nanti apabila nasi sudah menjadi bubur, ibubapa sudah masuk dalam tanah, hidup anak susah menderita, baru nak menyesal.

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.
Tepuk dada, tanya iman.
Ingin lihat bagaimana kehidupan seorang anak derhaka. Mungkin senang di dunia, tetapi tidak di akhirat. 

Salam Aidiladha.

Tuesday, September 30, 2014

Lelap

Penangan lawak ceramah Ustaz Abdullah Khairi, mata tak boleh lelap. Such a gifted person. 
Dah pukul 1.45 pagi, otak masih terlebih aktif. Esok nak kerja!!!
Berfikir tentang banyak benda...esok sambung fikir balik.
Tidur!
Bismillah...

Sunday, September 21, 2014

A Break


Since early this month, the number of patients coming to our clinic had been increasing. Hundreds of patients per doctor almost everyday. Plus, one or two doctors took leave each day. 4116 means 116 patients for room 4. Me, being alone in that room, had a marathon of patients that "lovely Tuesday". When Monday was a public holiday, Tuesday is a disaster day. All sorts of patients came flooding the clinic like nowhere else to go. Despite the limited number of parking space and the long waiting times for consultation, they still come. And come again.

The same disaster repeated itself on Friday the same week! Usually I'll only have about 30-40 patients for morning session on Friday, but that particular Friday, I had 61 patients! With only 4 working MOs, we all suffered. Unsure of how things were managed, too many doctors took leave on the same day. Please, do not let it happen again, boss!

The following Monday, disaster again. Someone took emergency leave just because that person was denied a leave. Hundred over patients again, and again, I was in room 4. Perhaps room 4 doesn't suit me well? Being tortured like this again and again, I finally broke down. And that one day off was more than enough for me to rejuvenate. Alhamdulillah, thank you Allah for make it an ease.

Sometimes, what I need is just a short break, away from all these catastrophe.


Sunday, September 14, 2014

UPSR Bocor Akibat Gerimis Kejujuran

Rosak anak-anak jika pendidikan mereka rosak. Rosak pendidikan jika pentadbir sistem pendidikan rosak amanahnya. Bagaimana soalan UPSR 2014 - Sains dan English yang didakwa dicetak di luar negara dan dijaga keselematannya boleh bocor? Ingatkan bumbung sahaja yang bocor, soalan peperiksaan pun bocor. Bagaimana nak mempercayai sistem pendidikan jika orang-orang yang mengawal sistem pendidikan pun tidak amanah? UPSR saja pun, nak bocor bagai tu kenapa? Biarlah budak-budak darjah enam ni jawab sendiri. Sungguh, segelintir warga negara mempunyai masalah akhlak dan etika kerja yang serius!

Zaman dulu-dulu yang serba kurang canggih ni, susah soalan nak bocor. Selamat saja calon-calon peperiksaan jawab periksa seminggu, lepas tu merdeka. Pada tahun aku mengambil UPSR adalah tahun pertama subjek Sains diperkenalkan. Hanya lapan orang daripada sekolahku yang dapat 5A, termasuk aku, alhamdulillah sebagai satu-satunya murid Melayu Islam yang dapat 5A. Syukur sangat, walau sekadar darjah enam.

Ingat lagi masa tu, semua buku teks aku dah baca dari kulit ke kulit. Khatam semua. Cikgu nasihatkan beli buku-buku latihan tambahan, buat latih tubi dua minggu sebelum peperiksaan. Masa tu aku tanya pada ayah, ayah kata, tunggu ayah dapat bonus hujung minggu nanti. Aku pun tunggulah, nak beli guna duit sendiri tak mampu, dan aku sebagai budak umur 12 tahun sudah mengerti kesusahan hidup. Ayah bukan kerja bergaji besar. Aku pun tak ingat kenapa aku tak minta dengan mak. Cukup masa, aku pun pergi ke kedai buku dengan ayah. Aku cuma beli buku latihan tambahan yang bersaiz kecil, separuh A4, kerana harganya lebih murah. Empat buah buku cuma dalam RM20.

Oleh kerana itu aku tidak pernah lupakan kesusahan keluarga kami dahulu. Kerana itu aku bersyukur dengan kemudahan yang kami nikmati sekarang. Aku hargai lelah ayah dan mak membesarkan aku. Sombonglah jika aku tidak membalas jasa mereka, walaupun membesarkan anak-anak adalah memang tanggungjawab mereka.

Aku ingat lagi masa hari keputusan UPSR keluar, kami sampai awal-awal pagi. Keputusan pun tak ditampal pada dinding lagi. Mr Teh, cikgu Matematik, keluar sambil membawa senarai keputusan. Tersenyum-senyum dia. Sebaik sahaja Mr Teh nampak aku, terus sebut namaku, dan kata 5A. Bersorak kawan-kawanku. Kenangan yang indah. Mr Teh ni dahulu tegas, kalau ada soalan matematik yang salah jawapan, dia akan ketuk buku tu ke bahu/lengan kami. Mr Teh ada seorang anak murid kesayangan, iaitu ketua kelas kami, Joanna. Joanna selalu tak kena pukul, tetapi pada hari aku tak dipukul (kerana semua soalan betul), Joanna kena pukul. Satu kelas happy :)
Sekali tu saja, lepas tu semua orang pun jawab soalan betul-betul, dan ramai yang score full marks. Itulah berkat ketegasan guru mengajar dulu-dulu, murid -murid takut, tetapi tidak sampai mencederakan, apatah lagi mendera. Apa khabar agaknya Mr Teh dan Joanna?

Zaman sekarang, murid melawan guru. Guru mendenda murid dengan denda yang pelik-pelik. Jawatankuasa kertas soalan, yang terdiri daripada guru-guru pecah amanah. Peningkatan pesakit-pesakit mental dari kalangan guru-guru. Datang ke klinik follow up untuk psychiatry disorder, tengok pekerjaan - guru. Bagaimana agaknya mereka mengajar anak-anak murid di kelas?

Guru adalah satu profession yang mulia dan amat dihormati. Usahlah mencemarkannya dengan perkara-perkara yang memalukan. Nak buat jahat, ingat dosa neraka. Semoga para guru tidak akan jemu mendidik anak bangsa! Terima kasih buat semua guru saya!

Monday, September 08, 2014

Palestin : Produk Nafsu?

Berita pengunduran tentera rejim Zionis dari Semenanjung Gaza membawa perkhabaran gembira buat warga Palestin khususnya dan seluruh manusia yang berperi kemanusiaan amnya. Briged Al-Qasam menjadi mahsyur di atas kekuatan dan kehebatan mereka.

Peperangan tersebut bukan sahaja menyatukan umat Islam dan bukan Islam di seluruh dunia, malah membuka pelbagai pintu rezeki. Para usahawan, peniaga dan artis kreatif mengambil kesempatan itu untuk melancarkan produk masing-masing. Bendera, mafla, tudung, t-shirt dan jubah, semua dijual menggunakan nama Palestin. Para peserta himpunan dan demonstrasi bantahan berebut-rebut mahu mendapatkan produk-produk ini sebagai tanda bersemangatnya mereka. Tidak kira harga mahal atau murah, asalkan ada tanda Palestin di tubuh.

Bendera Palestin sememangnya cantik warnanya. Kombinasi hitam,putih, merah dan hijau. Berkibaran di sana-sini. Seolah-olah salah jika kibarkan bendera Pas, takut dicop pembangkang, tetapi tidak mengapa mengibarkan bendera Palestin, itu semangat persaudaraan namanya. Mafla pelbagai corak dan jenis terjual. Paling ramai pembeli di kalangan pelajar. Mungkin itu yang paling mampu. T-shirt Save Gaza, Al-Qassam, I Support Gaza...juga laku terjual. Ada yang ambil tempahan khas, boleh cetak nama sendiri pada T-shirt. Tudung warna Palestin, habis dijual di pasaran. Cantik juga muslimah yang menggayakannya. Terbaru, jubah warna Palestin - harga mencecah seratus ringgit lebih, juga ramai yang membelinya.

Persoalannya di sini, di mana keperluannya untuk mendapatkan produk-produk ini.? Di mana letaknya keperluan vs kehendak terhadap barangan ini? Menggantung mafla di bahu/leher/dahi. Adakah kurang sokongannya jika tiada mafla? Membayar ratusan ringgit untuk jubah, mahu bergaya atau apa? Berapa peratus keuntungan jualan yang disalurkan kepada Gaza? Ada yang tidak disalurkan langsung, hanya perniagaan semata-mata.

Pening dengan sikap segelintir orang kita yang membeli untuk bergaya. Suka dipuji cantik mengenakan pakaian warna Palestin. Sudah memiliki mafla, lagi mahu membeli jubah, t-shirt dan tudung. Untuk apa agaknya? Mungkin wang itu boleh disalurkan kepada orang kita sendiri yang susah, nak beli t-shirt lima ringgit pun kumpul duit berbulan-bulan.

Peperangan di Gaza bukan sahaja mengajar kita erti persaudaraan dan kuatnya doa sebagai senjata, malah sepatutnya mengajar kita untuk lebih berjimat dan bersyukur. Saudara kita di sana nak makan pun kena catu, ada yang syahid semasa berbuka puasa, kita di sini yang makan pakai cukup, lagi mahu membazir dengan pelbagai produk nafsu. Tepuk dada, tanya iman.


Sunday, September 07, 2014

Taksub Tengok-Tengok

Amat menarik persoalan yang dikongsikan oleh Ustaz Sharhan Shafie baru-baru ini. Seorang lelaki bertanyakan masalah rumah tangganya yang terkena ilmu sihir. Pasangan suami isteri ni lepas berkahwin duduk berasingan, namun hubungan mereka amat baik. Selepas beberapa bulan, barulah si isteri dapat transfer tempat kerja dan duduk sebumbung dengan si suami. Kebahagiaan mereka tidak lama, mereka mula bergaduh walaupun untuk perkara-perkara kecil. Asal jumpa, mesti nak gaduh. Sampai ke tahap isteri meminta cerai.

Si suami tidak tahan, lalu pergi berjumpa dengan seorang perawat. Terkejut dia apabila perawat itu memberitahu bahawa isterinya seorang perempuan yang amat jahat dan buruk, lalu disuruh supaya menceraikannya. Si suami amat marah dengan dakwaan perawat itu, namun dia mulakan juga proses penceraian.

Tidak lama kemudian, abang kepada suami itu datang mengajaknya berubat. Si suami keberatanlah, kerana tidak mahu perawat kali ini sama seperti perawat pertama dahulu. Namun, dia mengikut jua. Kali ini perawat memberitahu bahawa mereka terkena ilmu sihir. Isterinya pernah melangkah taburan sihir yang dibuat oleh orang yang dengki kepadanya. Perawat itu memberikan air penawar untuk dicampurkan ke dalam mandian isteri. Alhamdulillah, si isteri pulih, mereka mesra kembali tetapi tidak bertahan lama. Mereka kembali bergaduh.

Si suami kembali mencari perawat itu. Dua tiga kali jugalah berubat, semuanya hanya bertahan sementara. Kuat sungguh sihir yang dikenakan itu. Hubungan mereka bertambah teruk. Si isteri sudah tidak tinggal sebumbung. Malah dia telah melantik peguam untuk mempercepatkan penceraian. Si suami pasrah. Saat dia melafazkan cerai di kamar mahkamah, segala beban di bahunya terasa hilang. Tenang hatinya. Namun semua beban itu seolah-olah terhempap pada bahu si isteri pula. Dia menangis teresak-esak, menyesal dengan perbuatannya dan minta rujuk kembali.

Hari pertama bergelar duda, dia dihujani oleh puluhan mesej dan missed call daripada bekas isterinya. Semuanya untuk rujuk semula. Dia nekad untuk tidak rujuk semula walaupun rasa kasihnya masih berbekas.

Dahsyatnya membaca kisah lelaki ini. Lihatlah apa yang perawat pertama telah lakukan. Memburuk-burukkan si isteri dan meruntuhkan rumah tangga. Begitukah etika seorang perawat? Walau seburuk manapun seseorang itu, seorang perawat tidak boleh sekali-kali sampai nak runtuhkan masjid. Entah betul entah tidak tilikannya dan rawatannya. Sebab itulah amat bahaya jika kita terlalu percaya dan taksub pada ilmu tengok-tengok ni. Dalam erti kata lain, tilik. Memang ada orang yang belajar ilmu ini, mereka boleh dapat maklumat yang hampir tepat. Contohnya orang ini sedang sakit, orang ni bergaduh dengan orang yang lebih muda daripadanya, orang ini terkena sihir...namun perawat ini juga manusia yang lemah, tidak sempurna dan kurang ilmunya berbanding ilmu Allah.

Keadaan akan menjadi lebih parah apabila perawat mula mengeluarkan fakta, orang ni dibuat oleh orang ni, orang dekat, jiran, saudara, suami, isteri dan sebagainya. Mula bergaduh sesama manusia. Seeloknya jangan didedahkan penghantar sihir itu, rawatkan saja. Inilah masalahnya kalau taksub sangat bab tengok-tengok ni. Percaya bulat-bulat pada perawat. Semua benda yang jadi dikaitkan. Dah tak kenal keluarga sendiri. Berpecah-belah. Iblis tersenyum riang. Sia-sia solat lima waktu, dapat didikan agama dari kecil, bila besar, derhaka pada ibu bapa dan pasangan kerana percaya pada tilikan.

Kembalilah kepada Allah. Jika hebat ilmu tilik itu, mengapa sampai sekarang MH370 masih belum ditemui? Tiliklah di mana ia? Berdosa besar mereka yang tengok-tengok ni, kemudian memberitahu hasil tilikannya sehingga berpecah belah sesama saudara. Tanggunglah di akhirat nanti. Begitu juga orang-orang yang melakukan sihir ini, tanggunglah dosa, takut nanti kubur pun tak mahu terima!

Doa Untuk Ibuku

Sunday, August 31, 2014

Salam Merdeka

Lama Dah Buat Kerja Ni?

Pulang ke rumah rempuh kesesakan yang luar biasa,sampai di rumah ada kereta blok pula. Depan rumah sendiri kena blok walaupun sudah tertera tanda 'no parking'. Terpaksa pusing seround lagi dan park depan kedai orang.

Tak sampai dua minit kemudian, nampak sepasang suami isteri datang senyum-senyum ke kereta. Dah kenyang makanlah tu. Si isteri mengandung.

Assalamualaikum.

Sambil aku berjalan menghampiri mereka,aku angkat tangan pada lelaki tu.

Dari mana?

Perempuan tu senyum lalu menjawab, dari sini-sini ja...

Dah lama buat kerja ni?

Si lelaki terpinga-pinga. Agaknya dia ingat aku pegawai agama ke apa nak sound dia dan bini dia.

Awak blok laluan kereta saya nak masuk, macam mana saya nak parking kereta saya? Ini rumah saya!

Lelaki tu diam. Berubah mukanya macam takut sikit.

Isterinya jawab, kami pergi makan kat sana, tadi dah bagitahu kat tukang masak tomyam ni, dia kata boleh parking belakang kereta oren ni, ini kereta tauke dia...

Ya, ini kereta tauke dia, tapi yang depan ni rumah kami. Bila awak parking macam ni, macam mana kereta kami nak masuk? 

Si isteri ulang balik alasan yang sama. 

Ya ka? Tadi kami tanya kat orang tomyam ni, depa kata tak tau apa pun?

Aku pun ulang ayat aku. Ya, ni kereta tauke tomyam ni, tapi rumah depan ni rumah saya, bila awak parking sini, macam mana saya nak masuk? Habis tu, saya nak parking kat mana? Ni tak muat nak masuk ni. Saya kena parking tempat lain pulak. Rumah saya kat sini.

Minta maaflah...kami ingat takpa sebab dah tanya tukang masak tomyam tu, dia kata boleh...

Yes! Itulah perkataan yang aku nak dengar."Maaf". Tak perlu hurai panjang- panjang pun, kalau dari awal dah ucap maaf, aku dah maafkan pun. 

Okay lah kalau macam tu, keluaq ah...tak pa, keluaq ah...

Lebih kurang macam tulah ayat penutup aku...sikit pun aku tak meninggi suara pada couple tu, cuma aku tak boleh bermanis muka saja. Couple tu ambik masa lama juga nak keluar sebab sesak sangat. Aku rasa mereka takkan parking dah kat situ.

Persoalannya sekarang ada seorang tukang masak tomyam yang memandai- mandai bagi green light, tanpa fikir cara bijak sikit. Kalau ada kereta parking belakang kereta tauke dia, hatta kereta kancil sekalipun, ia akan tutup laluan kereta untuk parking sebelah kereta tauke tu i.e parking depan rumah aku! 

Tak pasal- pasal kena berbicara begitu dengan couple yang mungkin sebenarnya baik itu.

Astaghfirullah...semoga Allah ampuni aku dan couple tu. Semoga Allah beri "petunjuk" kepada tukang masak tomyam tu.

Friday, August 22, 2014

Another History

Today, marked the history of Malaysia. National moment of silence. A respect to the deceased of MH17. Twenty bodies/remains were brought back from Amsterdam. Families and friends are "re-united" again. My condolences to those involved in this tragedy.

Some people disown their own family. 
Some people ignore their own family.

Wait until you totally lost your love ones, then you will regret.
Appreciate and cherish your love ones while you can, while they are still around.
Put aside your ego and hatred.

No matter how bad they are, they are still your family.
Nothing can change that.
And who are you to judge and punish them?

People always take for granted of the people or things they possessed. 
They only cherish them once they are gone.

Do not be one of them.

P/s i love my family for whoever they are
( of course except those who purposely created things to break the relationship)

May Allah guide us all.

Tuesday, August 19, 2014

Ceramah Prof

Alhamdulillah pertama kali menjejakkan kaki ke Surau Taman Pauh Jaya. Ada pula surau tu dalam Waze. Teringin nak dengar ceramah Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah. Selalu tengok beliau jadi pengacara saja dalam Pencetus Ummah. Tajuk ceramah " Survival Umat Islam Masa Kini". Penyampaian baik, cuma rasanya pengisian agak abstrak, entah sampai ke tidak isinya kepada hadirin yang pelbagai peringkat usia dan intellektual itu. Mungkin lebih baik jika straight to the point saja.

Tertarik dengan kata-kata Prof," Melayu jika hilang Melayunya, maka akan hilang Islamnya." Kenyataan yang perlu difikirkan dan direnungkan bersama. Prof juga menyentuh perihal musuh Islam yang nyata dan yang tersembunyi. Yang terang-terang menentang Islam dan yang tidak jelas penentangannya. Namun kita masih mengganggap mereka sebagai target dakwah kita, moga-moga mereka akan lebih memahami Islam dan tertarik untuk memeluk Islam. Cuma kurang enak sedikit apabila Prof menyebutkan bahawa beliau tidak yakin yang Islam akan menang dengan cara "begini". Satu kenyataan tanpa cadangan penyelesaian. Mungkin perlu huraian lebih lanjut.

Prof ni masa aku kecil beliau dah terkenal di kaca tv. Forum Perdana Ehwal Islam. Seorang pengacara yang hebat ketika itu. Hingga sekarang auranya begitu besar. Kisah pengislamannya hingga sekarang masih dibual hangat. Semoga Allah memberkati usaha murninya menyebarkan ilmu.

Monday, August 18, 2014

Syawal Bulan Makan?

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Syukur kerana masih diberi kesempatan untuk menikmati Syawal sekali lagi. Sudah nak berakhir pun Syawal.

Bulan Ramadhan, tidak ramai yang berlumba-lumba menganjurkan majlis iftar ataupun menyediakan juadah berbuka setiap hari kepada mereka yang berpuasa. Bulan Syawal, ramai yang berlumba-lumba menganjurkan rumah terbuka. Setiap minggu ada jemputan. Ada yang buat dua-tiga minggu berturut-turut. Tahniah kepada mereka yang ikhlas meraikan sahabat handai serta sanak-saudara pada rumah terbuka mereka. Tahniah pada mereka yang berjaya menghubungkan silaturrahim sesama manusia dengan menganjurkan rumah terbuka. Besar pahalanya menjamu orang lain makan.

Namun, ada juga yang tidak berapa enak dilihat dan didengar. Di pejabat, setiap unit atau jabatan nak buat jamuan raya. Makan-makan-makan. Apabila pihak pentadbiran buat jamuan raya, habis lengang pejabat, sehinggakan semua urusan terpaksa ditangguhkan bagi memberi laluan kakitangan jabatan pergi makan-makan. Yang kakitangan dari jabatan lain juga tidak melepaskan peluang pergi makan, makan dan makan. Pergi dengan rakan-rakan sejabatan, duduk makan bersama, dah kenyang, balik ke jabatan masing-masing. Silaturrahimnya di mana?

Lelaki menjemput perempuan ke jamuan raya di rumahnya. Maka pergilah sekumpulan perempuan ke rumah lelaki ini, begitu juga sebaliknya. Dapat makan dan bersembang, ukhuwah pun terjalin. Persoalannya, terjagakah ikhtilat mereka? Lepas makan, ambil gambar dua tiga keping, gelak-gelak, puji-memuji...ikhtilat?

Semua senario tersebut telah berlaku di depan mata sendiri. Bukan rekaan semata-mata. Hairan. "Kagum" dengan generasi sekarang yang seakan-akan hilang rasa malu dalam diri. Zaman aku lebih muda dahulu, kami hanya beraya di rumah rakan-rakan perempuan. Tak kisahlah dari pagi sampai petang sekalipun, hanya rumah rakan perempuan yang kami pergi. Pergi dengan geng-geng perempuan juga. Rakan lelaki juga tiada yang menjemput kami. Tebalnya rasa malu dalam diri.Rasanya tak terjejas pun ukhuwah jika tak makan-makan sekali macam itu.

Baru-baru ini, aku ditinggalkan sendirian di bilik rawatan semata-mata kerana para pembantuku mahu makan jamuan raya anjuran jabatan lain. Setahu aku tengah hari itu mereka telah keluar makan tengah hari, tapi kemudian nak makan lagi? Aku sabar. Bilik-bilik lain pun mula lambat juga. Pesakit pun tidak ramai sangat petang tu. Tengah aku berkira-kira untuk ambil kad dan mula sendirian, mereka kembali ke bilik. Masing-masing membawa dua tiga mangkuk/pinggan berisi makanan. Sempat makan dulu (dengan lahapnya) sebelum panggil pesakit. Sungguh aku berasa terkejut dan janggal dengan situasi itu. Laparnya...bukankah dah keluar makan tadi? Lahapnya makan laksa, nasi impit dan sate..bukankah baru-baru ini makan benda yang sama masa jamuan raya jabatan lain? Makan macam tak biasa makan makanan tu.

Aku sabar. Berbau bilik dengan makanan raya. Aku fokus dengan pesakit. Pembantuku sekejap duduk depanku, sekejap bangun ke belakang. Aku sabar. Apa yang kalutnya, nanti dah habis tengok pesakit, makanlah puas-puas, bukannya makanan tu nak basi pun. Tengah sibuk periksa pesakit, boleh pula pembantuku nak buka cerita yang dia jumpa seorang kenalan ni masa jamuan raya tu. Respon aku? HA. Lepas tu aku suruh dia cek suhu. Cerita tak dilayan. Ada pesakit kot. Pesakit bukannya pekak, dan aku perlu fokus! Masa selang waktu antara pesakit seterusnya, sempat pula pembantuku bertanya, "ada banyak-banyak kat belakang tu, tak teringinkah?". Jawapan aku? TAK. Lepas tu aku senyum. Aku dah kenyang makan jamuan raya bekas wad aku dulu masa lunch break. Nak suruh aku makan lagi pukul 3 petang tu? Memang tak lah. Raya bukan semata-mata untuk makan okay.

Peristiwa macam inilah yang buat aku rasa ralat dengan jamuan raya. Terutamanya apabila fokus kerja terganggu. Nak kata tak suka jamuan raya, tipulah. Cuma tak suka sikap segelintir orang terhadap jamuan raya. Dalam erti kata lain, BURUK PERANGAI.

Benarlah, jika nak tahu madrasah Ramadhan kita berjaya atau tidak, lihatlah pada Syawal kita.

Tahun lepas, aku sangat Raya Sick. On call berderet-deret lepas raya. Bila post call, balik rumah parents, sambung raya. Dekat tiga minggu jugalah aku rasa begitu. Tahun ni, alhamdulillah, bila aku habis cuti raya seminggu, mood raya hilang terus. Malah aku teramat rindu pada Ramadhan. Rindu pada disiplin diri semasa Ramadhan. Rindu pada keajaiban Ramadhan. Rindu suasana ibadah dan kebajikan semasa Ramadhan.

Hujung minggu baru ni, aku terpaksa ketepikan dua jemputan rumah terbuka. Tiada kaitan dengan perasaan-perasaan di atas, cuma aku perlu melayani tetamu yang hadir ke rumahku pula. Maaf andai ketidakhadiranku membuatkan ada yang berkecil hati.

Salam penghujung Syawal.


Thursday, August 14, 2014

Alahai Akhlak

Belahak kuat
Meludah bising
Kunyah makanan berdecit

Perempuankah ini?
Adakah tercabut perasaan malu seorang perempuan setelah lama berkahwin?

Waktu kerja bersembang rabung
Kerja tak habis mulut kunyah habis
Nyaring suara bingit telinga

Alahai akhlak
Buruknya



Sent from my iPhone

Wednesday, August 13, 2014

Have You Recite The Quran?

Holy Quran 2:191
------------------
وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُمْ مِنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ ۚ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ ۚ وَلَا تُقَاتِلُوهُمْ عِنْدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّىٰ يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ ۖ فَإِنْ قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ ۗ كَذَٰلِكَ جَزَاءُ الْكَافِرِينَ

Slay them wherever you may catch them and expel them from the place from which they expelled you. The sin of disbelief in God is greater than committing murder. Do not fight them in the vicinity of the Sacred Mosque in Mecca unless they start to fight. Then slay them for it is the recompense that the disbelievers deserve.


Sent from my iPhone

Sunday, August 10, 2014

Dignity

Last Wednesday, when we were in the clinic, two nurses suddenly rushed into our room and asked for a pair of gloves. We thought that they might want to clean some fluids but apparently there was a baby born in the public toilet! There two nurses were actually having their breastfeeding awareness campaign booth when the were called to attend the baby.

The baby appeared small (later noted to weigh 700g only), rushed to emergency department for resuscitation. He survived with intubation and sent to NICU. The baby's mother was a young, single mother, who initially came to the hospital for abdominal pain. Perhaps she didn't know that it was contraction pain. Luckily she didn't deliver in the examination room!

How sad to see these young women, who are single and not ready for family, easily got pregnant and then abandon their babies. These are all the tests from Allah. Perhaps also a punishment for their wrong doings.

Take care of your prayer very well. Then, you'll gain strength to avoid the sinful manners. Do not simply let go your dignity to a man who doesn't even want to marry you.

Come on women, take care of yourselves well!


# having blood donation drive in the morning, always have this uneasy feeling everytime before the event

Tuesday, August 05, 2014

Syurga Untuk Lelaki

Tengah hari semalam, tidak semena-mena hujan turun lebat dengan angin kencang. Habis tempias air hujan masuk ke rumah. Siaran televisyen juga terganggu. Seram sejuk juga rasanya, berseorangan di rumah ketika itu. Lepas sejam, hujan pun reda. Melihat ke luar rumah, ternampak ada bumbung yang terbalik dan koyak. Bumbung kedai makan tanpa lesen dan selalu hingar bingar itu. Mungkin ini petunjuk daripada Allah. Allahuakbar!



Sambung tonton Oasis, ada drama bertajuk Syurga Untuk Lelaki. Sungguh memberi pengajaran. Alif dan ibunya amat rapat dan mengasihi antara satu sama lain. Ibunya mahu Alif gembira, lalu mengahwinkannya dengan Rohani. Rohani seorang gadis yang baik, dia diminati oleh Rahim. Alif pula diminati oleh Ros. Ros amat marah setelah mengetahui Alif telah berkahwin. Ros selalu mengadukan hal ehwal hatinya kepada Mak Long. Mak Long mula mencucuk jarum. Mak Long hasut Rohani dan menyebarkan fitnah ke atas ibu Alif. Rohani mula bergaduh dengan ibu mertuanya. Akhirnya Rohani dan Alif berpindah. Sudah lama mereka tidak menjenguk ibu. Ibu sentiasa berdoa supaya mereka bebaik semula, walaupun ibu berkecil hati dengan Rohani (akibat fitnah itu).

Alif menghidap barah hati peringkat akhir. Alif teringatkan ibunya di saat hujung hayatnya itu dan berazam untuk berbaik semula. Rohani pula sedang mengandungkan anak pertama. Pada suatu petang, Rohani ke rumah Mak Long dan terdengar perancangan jahat Mak Long bersama Ros dan Rahim. Tembelang sudah pecah. Hakikat sebenar telah diketahui. Rohani menyesal bersangka buruk dengan ibu mertuanya.

Alif dan Rohani pulang ke rumah ibu pada malam raya. Mereka memohon keampunan, dan ibu mengampunkan mereka. Kata ibu, dia tidak pernah membuang Alif dan Rohani dari hidupnya. Ibu sambung masak untuk raya. Rohani dan Alif pasang langsir. Alif bersyukur kerana masih diberi peluang menyambut raya dengan ibu dan Rohani. Alif pesan pada Rohani, JANGAN TERLALU MUDAH MEMPERCAYAI ORANG, KENA ADA RUANG PADA KEPERCAYAAN ITU.

Sedang mereka berbicara, Alif rebah ke lantai. Hayatnya sampai di situ saja. Ibu dan Rohani redha akan pemergian Alif. Di hujung babak, ibu, Rohani dan cucunya melawat kubur Alif. Rohani dan anaknya tinggal bersama ibu aman damai.

Ada banyak drama yang berkualiti dan memberi manfaat kepada kita. Banyak daripadanya adalah pengajaran daripada kisah benar. Rugilah jika kita tidak mengambil pengajaran daripadanya.




Saturday, August 02, 2014

Isteri Zaman Sekarang

Apology

My apologies to all my friends and acquaintances. This year has been a dark and gloomy year for me, and also for some of my family members. We need time to heal ourselves and find another way to build our strength. We have received a great test from Allah, and are still trying to crawl pass it. Forgive me for being a bit anti-social. I promise to make every part of the test to become closer to Him and reborn as a better servant, a better Muslim, a better daughter, a better sister, a better doctor, a better friend and a better person in general.

May Allah guide me through it.


Wednesday, July 30, 2014

5TH ANNIVERSARY

Alhamdulillah, it has been 5 years since I started blogging. I prefer to call it "online journal" anyway. I build strength through writing, find ideas through writing and share my personal thoughts through writing also.

I have always love to write, only that sometimes I was too occupied with life matters that I avoid writing unnecessary materials. Since kindergarten, I wrote a lot. I enjoyed my language classes in school, especially Bahasa Melayu. I started writing my own version of novel in primary school, and let my closest friends to read and comment. I was chosen by my class teacher to prepare a "folio" on a short story, which was then sent for competition. I always obtained an A for my Bahasa Melayu essay paper.

When I entered secondary school, I started to worry about my English language. So I attended an English tuition for a year. My first essay assignment was selected as the best, and Mr Felix typed it out and distributed to the class.

Soon after Matriculation college, I was offered to further studies abroad. I still remember sitting in the student hall not being able to laugh at the joke (because me and my friends couldn't comprehend it). That was not a big problem though. Later we all spoke in their accent proudly :)

During my first year, I became the editor for a booklet for our daurah. It was an amateur production but I was glad I did it. A year before my graduation, I became one of the writers for Ataphijau.com, an online medium for dakwah, managed by a group of students under our Malaysian society. I stopped contributing to it once I returned to Malaysia for good. It went on for another year, then no more. Not really sure what actually happened.

This online journal was started in July 2009, after a big test I had that year. I found that writing helps to calm me down, and inspired me. Alhamdulillah.

Five years old forthebrave.blogspot.com

SALAM AIDILFITRI


Eid mubarak!
Alhamdulillah, dapat menikmati sekali lagi Syawal pada tahun ini. Umpama conferring day selepas sebulan berpuasa. Semoga segala amalanku pada Ramadhan diterima Allah. Jadikan aku istiqamah pada amalanku ya Allah...

Tahun ini adalah tahun berdukacita. Banyak peristiwa duka berlaku, rasa bagai tidak patut untuk bergembira meraikan Aidilfitri di saat saudara seagama lain menderita. Kes MH370 pun masih misteri lagi, datang pula musibah MH17. Ratusan manusia mati dalam sekelip mata. Jika Allah kata jadi, maka jadilah ia. Dia yang berkuasa menghidupkan dan mematikan kita. Tambah peristiwa peperangan di Gaza pula. Kejam Zionis laknatullah melancarkan serangan pada bulan mulia. Mereka lupa pada ibrah perang Badar. Mereka lupa bahawa jika Allah menolong tentera muslimin, tiada siapa yang dapat mengalahkan mereka. Isu Gaza bukan lagi isu keagamaan. Ia isu kemanusiaan.

Terkilan dengan kebanyakan negara Arab yang membisu. Mesir telah menyekat bantuan ke Gaza. Yang lain-lain tidak membantu. Mereka tidak merasakan bahawa Islam sedang diperangi. Mereka hanya anggap bahawa orang Palestin yang diperangi. Oleh itu janganlah berbangga sangat jika bangsa mereka itu bangsa Nabi Muhammad, jika sikap mereka bukan mengikut sikap Nabi Muhammad.

Berkesempatan mengunjungi bazar Ramadhan dalam lima kali. Tidak semeriah dahulu. Gerai tidak sebanyak dahulu. Pengunjung juga tidak seramai dahulu. Agaknya ramai yang tengah gawat. Barang naik. Ramai penjual air menjual air minuman pada harga lebih daripda RM1 kerana tak dapat nak cover kos modal.

Malamnya tarawih di masjid juga tidak semeriah dahulu. Tahun lepas, tiga empat malam pertama, saf muslimat penuh hingga ke luar masjid. Tahun ni..tak penuh pun ruang solat muslimat. Alhamdulillah di masjid yang kukunjungi itu, imam berjaya khatamkan 30 juzuk al Quran semasa tarawih. Mereka menjemput anak-anak tahfiz menjadi imam. Ada yang laju, ada yang sederhana...demi mengejar 30 Juzuk itu. Kekurangan pada diri yang tidak dapat menguasai Bahasa Arab. Tidak dapat memahami kalimah-kalimah Allah yang dibaca, tanpa merujuk pada terjemahan. Nak menangkap satu-satu kalimah pun susah, laju sangat bacaannya. Kagum dan hormat pada mereka kerana menghafaz alQuran. Alangkah lebih baik jika maksudnya juga difahami, barulah dapat dihayati, seperti suasana tangisan hiba di Masjidil Haram. Barulah tiada bullet train masa tarawih.

Solat sunat Aidilfitri tahun ini juga kurang jemaahnya (muslimat). Jika dahulu, pasti penuh ruang solat muslimat, sehinggalah jemaah berdiri untuk memulakan solat, barulah ada ruang untuk semua muslimat masuk ke dalam saf. Tahun ni, sampai saja dah nampak lengang. Banyak ruang kosong. Namun alhamdulillah, tidak seperti tahun-tahun lepas, semua muslimat setia mendengar khutbah sehingga habis barulah angkat punggung untuk beredar. Khatib yang membaca khutbah juga nampak bersedia. Bacaannya amat lancar dan jelas sekali.

Pelbagai bentuk ujian semasa Ramadhan kali ini. Mengajar erti hidup yang lebih luas. Lebih banyak tabah dan bersabar. Lebih mengenali hati budi manusia. Lebih erat kasih sayang anak dan orang tua. Lebih istiqamah atau lebih kuat tekad untuk istiqamah dalam beribadah. Dapat berbicara isu-isu tertentu dengan orang yang lebih berpengalaman. Alhamdulillah. Semoga diberi peluang untuk bertemu Ramadhan yang seterusnya. Rugilah orang-orang yang apabila berakhirnya Ramadhan, amalan mereka masih sama ataupun jauh berkurangan daripada dahulu.

Friday, July 25, 2014

Syukur, Ya Allah...

Subhanallah, nikmat sebenarnya qiamullail ni. Tak mengantuk pun walaupun masa tidur dikurangkan. Syukur, Allah izinkan untuk menikmatinya walau di saat Ramadhan hampir melabuhkan tirainya.

Semalam begitu hiba. Mudah tercuit. Memendam rasa. Sensitif.
DiberiNya kekuatan semula hari ini untuk meneruskan hidup. Meneruskan perjuangan.

Melihat wajah orang tua yang semakin dimamah usia, hati terasa sebak. Mana ada ibu bapa yang sempurna di dunia ini. Sebaik-baik mereka, pasti ada kekurangannya. Yang amat pasti, merekalah yang melahirkan dan membesarkan kita.Aku bersyukur, sungguhpun tidak dilahirkan dalam dulang emas, makan pakaiku serba cukup. Tidak pernah sehari pun berlalu tanpa aku menjamah makanan. Pendidikan asas juga mereka sediakan, walaupun mereka sendiri tidak berpelajaran tinggi. Mana mungkin adil untuk aku bandingkan mereka dengan ibubapa lain.

Mak yang suatu ketika garang, ayah yang tidak kaya...mereka inilah yang menjadikan aku seorang manusia. Syukur, aku tidak pernah diabaikan seperti si malang Firdaus itu. Aku ada tempat untuk bermanja dan mengadu. Aku tidak tinggal di rumah anak-anak yatim dan mengharapkan ihsan orang lain. Yang paling penting, aku ada doa seorang ibu dan doa seorang ayah yang amat makbul.

Syukur ya Allah, aku masih diberi kesempatan berRamadhan dengan orang tuaku.

Hari ini hari terakhir bekerja sebelum cuti menyambut Syawal. Semoga ia berlalu dengan baik. Berbahagialah mereka yang mendapat malam al-qadr itu.


Sent from my iPad

Monday, July 21, 2014

Takziah MH17

Innalillahi wainna ilaihi raajiun
Takziah kepada semua ahli keluarga dan kenalan mangsa MH17.

Sungguh tidak diduga. Belum pun selesai misteri MH370, satu lagi MH hancur berkecai, ditembak! Sungguh kejam pihak yang melakukannya. Tanggunglah dosa membunuh ratusan nyawa.

Dahulu, selama enam tahun aku berulang-alik Penang-Cork, aku sentiasa berasa yakin bahawa penerbanganku selamat. Malaysia Airlines punyai rekod penerbangan yang cukup bersih. Sungguhpun ada penerbanganku yang dilanda gegaran kuat, aku tetap yakin bahawa tiada apa-apa yang buruk akan berlaku. Kini, setelah dua tragedi menimpa MH, aku menjadi lebih ragu-ragu. Bukan meragui MH, tetapi rasa takut terhadap nahas di udara. Berdebar rasanya ketika mahu menaiki kapal terbang, sedangkan kemalangan di jalan raya jauh lebih tinggi kadarnya berbanding kemalangan di udara!

Itulah route yang aku lalui dahulu. Alhamdulillah, selamat. Malah, penerbangan antarabangsa terakhirku adalah dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, menaiki KLM. Alhamdulillah, ajalku bukan dengan cara begitu.

Allah...aku tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan penumpang-penumpang MH17 itu saat kapal mahu terhempas. Adakah mereka menjerit ketakutan? Adakah mereka sempat mengingati Allah dan bertaubat? Adakah mereka sangat takut dan ngeri menanti maut? Yang sedang tidur mungkin hanya sempat tersedar sesaat, tanpa memahami apa yang berlaku. Mungkin juga yang terus ditidurkan, tanpa sedar-sedar. Mungkin juga kesan tembakan peluru berpandu itu menyebabkan penumpang cedera atau terkorban, sebelum kapal itu terhempas lagi. Amat ngeri membayangkannya. Semoga mereka melalui detik kematian yang mudah dan tidak menyeksakan. Sesungguhnya mereka tidak bersalah!

Saat memandu pulang ke rumah mak ayah petang Jumaat lepas, rasa begitu sayu. Bayangkan, jika aku terlibat dalam kemalangan dan maut serta-merta di tempat kejadian. Sempatkah untuk aku bertaubat? Sempatkah mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga? Sempatkah memohon kemaafan ? Bagaimana perasaaan mak dan ayah yang kutinggalkan dalam sekelip mata itu?

Ya Allah, matikanlah aku dengan cara yang baik, kurniakanlah aku husnul khatimah.

Tuesday, July 15, 2014

Different Ramadhan

There have been many differences about my Ramadhan this year. I no longer have to do calls at night. Work ends at five and I can have my iftar everywhere I like. So far it has been either my parents' house or my rented apartment. To be honest, I dislike having iftar outside home except if the place has prayer events scheduled. Hotels or restaurants? No, thank you.

I was supposed to be helping in an iftar event last Saturday, but due to mak's health, I decided to back out. I was thankful that I made the right decision. That night, I had terrible gastroenteritis symptoms, with vomiting and a few episodes of diarrhoea. Well done all my friends who made that night a success. Anyway, I still had the chance to watch the tazkirah online via Youtube.

There were so many good memories about my past fasting experience in Ireland. The first two years there were the best. Fasting from only 7am to 4.30pm, in a cold winter. Then, it started to get longer, but not as long as now. Fasting in summer can be up to 18-19 hours. Due to the Irish weather, thirst was never a problem, but hunger was. My stomach always produced this weird and loud sound, especially around 11am to 12 noon. Tutorial time! Not only me, but also most of my friends! We usually made different other tactics to cover it up. Coughing, turning book pages loudly, talking, etc. Funny when think about it again.


Tuesday, July 08, 2014

Perbandingan

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah. Sesekali rasa bagai tidak mampu untuk menjaga kedua-duanya. Nikmat kesihatan diambil semula dalam sekelip mata. Kesakitan menjadi penghapus dosa-dosa kecil. Mungkin sakit biasa pada pandangan perubatan. Mungkin sakit yang didatangkan oleh manusia yang busuk perut. Ala kullihal, Allah yang mengizinkannya berlaku. Tentu ada hikmahnya. 

Syukur kerana bekerja dalam bidang ini. Darah, najis, serta bau hospital bukan lagi asing bagiku. Aku belajar cara memakaikan diapers dewasa pun melalui pemerhatian semasa bekerja. Jika aku sanggup menguruskan kencing berak arwah tok dahulu, inikan pula ibu sendiri. Ayah sendiri. Mereka sudah membesarkan aku dengan keperluan asas yang cukup, dan menjadikan aku seorang manusia. Mana mungkin aku melupakan jasa mereka. Tanpa mereka, aku tidak akan berada di sini.

Teringat pada sebuah artikel nukilan Ustaz Hasrizal, jika tak silap tulisannya berkisar "cinta tanpa syarat". Salah satu perkara yang dikupasnya ialah bagaimana seseorang itu berubah selepas berkahwin dan mengenali keluarga mertuanya. Ditakdirkan bahawa keluarga baru itu baik serba-serbi. Cakap lemah-lembut, ambil berat, tidak lokek duit, peramah... Lalu mula dibanding-bandingkan dengan keluarga sendiri. Dua puluh tahun lebih hidup bersama keluarga, tiba-tiba baru sebulan dua masuk ke dalam keluarga baru, sudah mula berubah.

Begitu juga seorang lelaki/perempuan yang sesekali bermalam di rumah rakannya, mula membuat perbandingan setelah melihat layanan baik keluarga rakannya. Maka mulalah berkata," alangkah baiknya jika ibu bapaku jua begitu." Manusia memang suka membanding -bandingkan, cuma adakah kita sedar dengan setiap perbezaan itu dan bersyukur dengannya? Tepuk dada, tanya hati. 

Siapakah yang melahirkan dan membesarkan kita? Siapa yang susah bekerja untuk mencari wang untuk memberi kita makan dan memberi pendidikan kepada kita? Rumah siapakah yang kita rasa paling selamat, walaupun ia kecil dan sempit? Sakit demam kita dahulu, siapakah yang bersengkang mata menjaga kita? Adakah isteri/ suami kita yang baru dikahwini? Adakah ibu bapa mertua yang baru dikenali? Adakah ipar duai kita? Adakah ibubapa rakan yang menjaga kita?

Jika temui jawapannya, kembalilah ke pangkal jalan. Saidina Ali pernah berkata, jagalah kedua orang tuamu, kelak anakmu akan menjagamu. 

Semoga aku dapat bertawasul dengan kebaikanku terhadap ibubapaku pada saat aku memerlukannya nanti. Ameen.

Saturday, July 05, 2014

Ramadhan ....

Subhanallah, alhamdulillah. Sudah menjengah hari ketujuh Ramadhan. Seminggu yang pertama telah berlalu. Hari yang sungguh padat, langsung tidak sempat untuk mencoret rasa. Mana tidaknya, pukul 7.30 pagi sudah terpacak di klinik, pukul lapan start tengok patients, non stop sampai dekat pukul satu. Dapat rehat sekejap, 1.30 pm dah perlu solat dan bersiap-siap untuk sambung kerja. Pukul 4.30 pm, kerja mula nak habis. Balik rumah sudah pukul 5 lebih, solat asar, lalu masak untuk berbuka. Kemudian dapat rehat sebentar sementara menunggu berbuka. Lepas berbuka, solat Mahgrib, dan terus bersiap untuk ke masjid. Harus sampai awal di masjid untuk mendapatkan parking di perkarangan masjid. Sementara menunggu Isyak, baca Quran dulu. Kemudian solat Isyak dan tarawih. Pukul 11 malam, pulang ke rumah, minum-minum sikit, kemas-kemas sikit, dah perlu tidur. Tidur awal supaya segar bangun sahur pukul lima pagi nanti. Banyak perkara nak dibuat, begitu sedikit sekali masa yang ada. Pantas masa berlalu, Allahuakbar!

Tatkala umat Islam bersolat tarawih malam pertama, seorang sahabatku kehilangan abahnya. Baru sahaja kami berbicara tentang keuzuran abahnya ketika kunjunganku ke Kuala Lumpur seminggu sebelum itu. Sudah berbelas tahun abahnya terlantar sakit. Sejak kami bersekolah menengah lagi. Telah lama sahabatku itu kehilangan kasih sayang abahnya. Allah itu Maha Adil, dia dikurniakan jodoh dengan lelaki yang penyayang dan menjaganya dengan baik. Jenazah dikebumikan keesokan Zuhurnya. Hujan lebat merahmati Ramadhan hari pertama kami. Semoga roh pak cik Bahari ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.

Hari ini pula mendapat berita pemergian Datuk Sharifah Aini, biduanita negara yang tersohor. Bertuah mereka, pergi dalam bulan mulia ini.

Sesungguhnya kematian itu satu pengajaran yang paling baik. Menginsafkan. Sedih melihat masih ramai lagi manusia di luar sana yang tidak menghargai kehidupannya. Atau sekurang-kurangnya menghargai kehidupan orang lain untuknya. Bersyukurlah, kalian masih punyai ibu bapa yang sayangkan kalian, beri makan dan keperluan asas secukupnya, bukannya yang diabaikan seperti adik Firdaus itu. Bersyukur, kalian punyai ibu bapa untuk berkasih sayang, bukannya yang hidup menagih kasih sayang seperti anak-anak yatim di luar sana.

Namun masih ramai yang lupa untuk bersyukur. Mengambil ringan perihal kasih sayang. Perihal tanggungjawab. Sudah memiliki kehidupan dan keluarga sendiri, maka kehidupan dan keluarga yang dahulu ditinggalkan. Sedih melihat anak-anak yang mengabaikan ibu bapa mereka. Sedarkah mereka bahawa mereka juga punyai anak-anak yang berpotensi untuk mengabaikan mereka ketika tua nanti? Sedih melihat manusia yang lupa diri apabila telah berjaya, seakan-akan kejayaannya itu hasil usahanya seorang. Ingatlah bahawa rezeki itu milik Allah, dan Allah beri rezeki kepada hambaNya yang berusaha, juga melalui perantaraan manusia lain.

Bertaubatlah wahai manusia, serta diri ini sendiri, bertaubatlah atas segala sirna, semoga masih ada lagi cahaya yang tinggal untuk menerangi jalan ke syurga. Ingatlah, syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu, dan redha Allah terletak pada keredhaan ibubapa!