Wednesday, April 27, 2016

KEMBARA 24 JAM

Berangin satu badan. Minum teh latte banyak sangat. Satu teko kecil. Dah telan syrup MMT tapi masih rasa mual lagi.

Minggu ni alhamdulillah, patient tak ramai sangat. Pagi tengok diabetic patients saja. Tapi terasa bebanlah juga partner dengan senior yang rajin angkat kaki. Asyik tiada di bilik. Terpaksalah sorang-sorang pulun tengok patients.

Jumaat lepas, usai kerja terus solat Asar dan memandu ke Kubang Semang, ambil seorang teman untuk ke dewan LPPKN, ada rehearsal malam tu.Tapi rasa macam tak berbaloi datang awal, sedangkan ramai yang lain sempat balik rumah, mandi-manda, makan dulu baru datang lepas Maghrib. Next time, will take note - datang malam saja.

Malam tu selesai atur kerusi, buat tag nama untuk urusetia, masukkan nota dalam file peserta dan potong cover untuk CD. Pukul 12 tengah malam, semua beransur pulang. Sampai rumah dah dekat 12.40am, badan dah penat sangat. Dari pagi keluar bekerja, sampai esok pagi baru balik. Terus solat dan gosok baju dan tidur. Tema kali ni jubah hitam, tudung kuning/mustard/gold.

Esok paginya plan nak angkut beg siap-siap masuk kereta supaya boleh terus ke airport dari LPPKN tapi sebab siap tak berapa nak awal, terpaksa lupakan hasrat ini. Sampai di dewan dekat 7.40am. Ramai urusetia belum sampai lagi. Peserta dah menunggu nak daftar. Seperti biasa, hanya ada seorang yang pegang senarai nama, dan yang seorang itu tak pernah sampai awal.

Urusetia yang volunteer untuk uruskan pendaftaran pun tak sampai lagi. Jadi bidan terjun, handle pendaftaran. Dah lamaaaa tak guna excel, jadi kekok pulak. Nasib baik teman di sisi baru grad master statistics, jadi dialah yang guide. Pendaftaran agak lancar, alhamdulillah. Tengah sibuk dengan pendaftaran, tiba-tiba urusetia panggil, suruh teman pegawai dari LPPKN naik ke pentas untuk perasmian. Alamak...ingatkan semalam tu main-main saja...terus minta tolong teman yang master statistic tu ganti. Nasib baik dia setuju saja. Lagipun dia peramah, dan tugasan ni kira jadi gantilah sebab dia tak datang rehearsal semalam.

Alhamdulillah, selesai pendaftaran, dah boleh masuk dewan, duduk di belakang. Kali ni jadi ajk tugas-tugas khas, jadi bidang kerja tak specific sangat. Sempatlah dengar kuliah Ustaz Shafi. Kemudian Ustaz Suhaimi, sangat menyentuh perasaaan. Pertama kali dengar pengisian beliau. Breakfast urusetia makan bihun goreng...dah nampak nasi lemak dan memang mengidam banyak hari dah tapi sebab bihun banyak lagi, makan bihun saja. Tengah hari makan nasi putih dengan ayam masak merah dan acar timun.

Sesi petang...Ustaz Fawwaz Md Jan pula. Ramai peminat ni. Ustaz banyak buat lawak...mungkin sebab tak mahu peserta mengantuk, tapi penyampaian ustaz berkenaan topik tak detail sangat. Tak feel sangat. Mungkin sebab terlibat dalam penghasilan nota ringkas tajuk ni, jadi rasa macam tak cukup umphh.

Sebelum sesi Ustaz Lukmanulhakim, terpaksa minta diri. Informed pada CEO dan pengarah urusan. Masa tu dah 4.15pm. SInggah di rumah sewa, tukar baju, dan terus angkut beg turun. Bimbang Penang Bridge sesak tapi alhamdulillah perjalanan lancar. Sampai di Penang International Airport pukul 5.50pm. Tengok gate tak buka lagi. Duduk dulu di kerusi. Called mak. Lepas tu komplot dengan kakak ipar, nak buat surprise dekat YB.

Flight patut 7.20pm tapi 7.15pm dah gerak. Tiba di Subang Airport pun awal daripada schedule. Tunggu Jaz dan Nurol hampir 45 minit! Macam nak nangis pun ada, tapi disabarkan hati. Orang dah jemput dah besar rahmat. Terus ke Murni Discovery di Kelana Jaya. Kumpul semua satu geng. Makan mee raja meletop. Besar portion. Kenyang sangat. Pedas, tapi taklah meletop sangat. Balik singgah 7-11, beli Eno dengan Gaviscon. Perut berangin pulak sampai rasa pening. Sampai rumah Nurol terus telan Gaviscon. Lega sikit.

Malam tu kami berpillow talk. Perkara yang menjadi rahsia selama sebulan akhirnya bukan lagi rahsia. Mereka sahabatku sejak kecil, kami berkongsi suka duka. Semoga mereka juga dibukakan jalan ke arah itu, insya Allah.

Pagi Ahad di Taman Desa. Segar rasa, walaupun tidur lewat. Breakfast di USJ Taipan. Teringin nak makan nasi lemak, tapi dah habis...iyalah kami sampai pun dah dekat 10.30am. Makan soto dan share lempeng pisang dengan teh tarik. Sedap. BUngkuskan soto untuk kak ipar dan YB. Sampai rumah YB dah pukul 11am. Surprise!!! YB terkejut, diberitahu, bapa saudara kak ipar nak datang, tengok-tengok adik sendiri yang datang.

YB nampak susut sikit badannya. Pakai arm sling. Jaz dan Nurol memang peramah, jadi tak kekok nak sembang dengan kak ipar dan YB. Sempat tengok x-ray YB. Pukul 12.15pm baru keluar, terus ke seksyen 7 Shah Alam, pusat vendor boutique. Asalnya nak beli tudung, tapi tak beli pun. Beli dua jubah untuk sendiri, satu blouse untuk mak, dan satu kemeja untuk dia. Ayah punya dah beli masa di LPPKN. Pertama kali masuk butik Jovian Mandagie, cantik juga baju-baju dia tapi tak beli pun lah, JAz yang beli untuk wedding sepupu dia.

Lunch makan ayam penyet - first time juga. MAsa ni dah rasa macam nak demam dan selsema, terus telan paracetamol. Kenyang tu. Sedap sambal dia, cukup pedas. Usai solat Zuhur jamak Asar, hujan turun dengan lebatnya sampai tempias air masuk dalam surau Petronas. Penang dah lama tak hujan macam ni, Selangor selalu juga hujan petang-petang. Sambung shopping sikit lagi, beli mango cheese yang Nurol suka tu, kemudian bertolak ke Subang Airport. Sampai airport dalam 7.05pm, flight pukul 8pm. Flight delayed 15 minutes sebab ada flight ke Kota Bharu dan Johor Bahru yang delay sebelum tu.

Sampai Penang dah 9.15pm, parking kereta kena RM32, terus drive balik rumah. Mata dan badan dah penat sangat. Sampai rumah start bersin tak berhenti. Tapi yang bestnya dapat makan nasi lemak mak :) dengan sambal telur itik, nyum nyum. Hilang rasa mengidam itu, alhamdulillah. Pukul 11 dah masuk tidur, tak boleh tahan dah, siap double dose cetirizine + piriton.

Syukur atas nikmat yang Allah kurniakan. Rezeki yang tidak putus-putus, keluarga dan sahabat yang penyayang.

Tuesday, April 19, 2016

Sihat Sebelum Sakit

Rasulullah saw pernah berpesan, gunakan waktu sihat sebelum sakit. Besarnya makna di sebalik pesanan ini. Hari ini kita sihat, kuat berlari ke sana sini. Esok tiba-tiba kita terlantar kesakitan. 

Minggu lepas, seorang ahli keluargaku kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Malang memang tak berbau. Syukur Alhamdulillah, walaupun ada right clavicular fracture, dia selamat dan tiada kecederaan lain yang serius. Dah discharge pun dari ward. Tengah sihat macam tu, tiba-tiba Allah tarik balik nikmat.

Hari ini pula, dikhabarkan seorang senior yang dikenali semasa belajar dulu, jatuh sakit dan dimasukkan ke ICU. Beratnya dugaan yang ditanggung....masih lagi dalam kesamaran akan punca penyakitnya. Tak pernah dengar pula kata dia sakit sebelum ni. Semoga Allah kurniakan kesembuhan yang cepat buat kedua-duanya.

Thursday, April 14, 2016

Allah Hantar Dia

Semua perkara yang berlaku, Allah dah susun elok dah. Baik atau buruk perkara itu, kita yang menilai. 
Perkara yang dikhuatiri terjadi, telah pun terjadi semalam. Nak pergi kerja, enjin kereta tak boleh start. Sah-sah bateri kong. Masa tu semangat, pukul 6.55am dah keluar dari rumah, pergi buang sampah. Masuk dalam kereta, tak boleh start pulak. Kali ni macam dah bersedia, tak rasa panik langsung, alhamdulillah. Naik lift, masuk balik dalam rumah. Tunggu pukul 7.15am, call boss. Boss dah tahu, kalau call pagi-pagi ni mesti EL atau MC. Nak buat macam mana, kereta problem. Lepas tu called counter, informed pasal EL. 

Allah hantar bantuan melalui hambaNya. Tak terlintas langsung nak minta tolong dia. Cuma menjawab salamnya di Whatsapp dan memberitahu, " Hari ni tak pergi kerja, kereta tak boleh start."
Selang dua minit dia called, kata nak datang bawakan mechanic. Orang nak tolong, takkan nak tolak. Lagipun tak call lagi Suzuki Assist. Nak pergi kedai battery dekat dengan rumah ni, pukul 9 lebih baru buka.

9.30am, dia sampai dulu. Sempat bual bicara sikit, baru mechanic sampai. Memang masalah bateri. Size bateri pula salah, dia charge bateri kereta, dah boleh start, tapi kena drive pergi bengkel. Dia kena ikutlah, dia yang kenal tauke bengkel tu. Lepas tu dia kalut sebab tak reti bawa kereta auto. Kereta dia manual. Lawak jugalah part ni. Akhirnya dia jadi kelindan saja.

Tukar bateri sekejap saja. Dapatlah discount RM20, dan dua free gift. Sempat breakfast roti canai dulu, buat perbincangan sikit, baru balik ke rumah sewa. Kereta dia parking situ. Tengah hari tu kat rumah makan nasi dengan gulai ikan keli, dia yang belikan masa nak datang tu. 

Lepas Zuhur, singgah hospital kejap, siapkan medical report. Lepas tu singgah Mydin, beli kek untuk housemate.

Alhamdulillah, hari yang baik. Keluar RM200, masuk rasa syukur yang tidak ternilai.

Tuesday, April 12, 2016

Rindu....

Mengantuk

Balik kerja tadi dengan rasa yang amat mengantuk. Itulah hikmah di sebalik sunnah tidur sebelum Zuhur, dapat memberi kecergasan kepada badan hingga ke malam. Tengah hari tadi tak sempat tidur. Rasa teruja survey flight ticket ke KL dua minggu lagi. Dengan cepatnya decided untuk terbang ke sana, bertemu mata dengan sahabat-sahabat yang  dirindui. Lepas seminar nanti terus akan ke airport. Semoga semuanya berjalan lancar nanti, biiznillah.

Baru nak ambil wudhuk untuk solat Zuhur, Desmond pula mengetuk pintu, minta disemak summary daripada satu article pasal delirium ni. Sempat baca summary tapi susah nak comment and tambah sebab tak sempat nak baca long article tu. Nasib kaulah teman, aku dah cuba bantu buatkan assignment semalam.

Lunch tadi cuma minum soya campur oat Bg22. Mampu bertahan hingga petang. Balik kerja terus lelapkan mata dulu. Macam penat sangat, padahal kerja di klinik saja. Lepas dinner mi tomyam, dah masuk Maghrib. Lepas solat sempat buat Tabata exercise untuk beginner. Rasa badan ringan sikit. Tapi mata masih penat.

Usai solat Isyak, terus bancuh Cafe 21, dapat bertahan hingga sekarang. Dengan reading glasses, dapat baca buku terang sikit. Cuba nak habiskan medical report tapi kena trace green book dulu esok.  Assignment sendiri tak siap lagi, masih mengumpul material. Seronok baca sirah, rasa insaf dan juga semangat. Besarnya wilayah taklukan Islam zaman khalifah dulu, sayangnya sekarang dah jadi macam ni. Tapi percayalah dengan janji Allah, Islam pasti tertegak kembali!

Apabila sibukkan diri begini, hilanglah rasa rindu itu!

Sunday, April 10, 2016

Panas

Subhanallah....masya Allah...panasnya cuaca sekarang sampai sakit kepala kerap. Terik mentari, bahangnya amat terasa. Itu baru kena sikit. Ada yang kata suhu dah cecah 38 darjah. Ini dah kira demam panas. Tengok kat Yahoo Weather baru 32 darjah. Buat kerja serba tak kena. Kulit pun dah mula sensitif, kalau tak kawal, terlebih garu, haruslah pedih.

El nino dahulu masa tahun 1998, masa tu tingkatan satu. Tahun pertama mula memakai tudung secara tetap. Dugaan Allah bagi melalui cuaca yang panas. Sampai kain baju kurung sekolah pun nampak titisan air peluh. Dahi dan leher tumbuh ruam. Letak bedak sejuk, hilang ruam. Masih tetap istiqamah menutup aurat. Panas neraka nanti jauh lebih dahsyat.

Semoga Allah turunkan hujan yang baik nanti, dapat menyejukkan semua makhlukNya. Ramadhan bakal menjelma 58 hari lagi. Debaran kian terasa.

Wednesday, April 06, 2016

Perasaan Berbolak-Balik


Tanggal 20 Februari 2016 yang lalu kami dijemput untuk menjadi tetamu Allah ke Baitullah. Alhamdulillah. Tidak semua manusia berpeluang ke sana. Kaya macam mana sekalipun, jika Allah tak izin, tak dapat juga nak jejakkan kaki ke bumi Haram. Syukur ya Allah kerana izinkan aku untuk sampai ke sana, membawa kedua orang tuaku sekali. Inilah harapanku yang paling besar yang telah Kau tunaikan.

Sekarang kerja-kerja menanggalkan mataf bertingkat/sementara sedang dijalankan. Jemaah umrah dan haji tahun 2013-2016 pasti pernah merasainya. Kami merasa tawaf di tingkat dua ketika tawaf wada'. Kerja-kerja berjalan pada 2 April, asalnya 1 April tapi ditangguhkan kerana jemaah terlalu ramai pada Jumaat 1 April itu. Mereka bekerja 24jam untuk memastikan ia siap ditanggalkan mengikut masa. Waktu ini, jemaah semua melakukan tawaf di tempat asal (ground floor). Ramainya lautan manusia...pasti lebih mencabar buat orang tua dan yang berkerusi roda. Semoga Allah permudahkan urusan semua. Syukur kerana kami sempat sempurnakan umrah sebelum kerja-kerja ini berjalan.

Kurang dari 6 bulan dari sekarang. Perasaan berbolak-balik. Bunga hati kembang kuncup. Persediaan belum bermula. Tak boleh fokus. Nak fokus untuk persediaan seminar pun tak boleh. Nak study pun tak boleh. Agaknya inilah yang kawan-kawanku rasa sebelum ini. Kejap rasa manis...kejap rasa tawar. Kejap rasa bahagia...kejap rasa derita. Aduhai hati. Macam tak percaya pun ada. Dah  masuk 19 hari...masih tak percaya...biar betul...?

Sesekali perasaan rindu itu hadir. RIndu pada darah daging sendiri yang sepi tanpa berita. TIdak pernah terlintas untuk membuangnya dari kehidupan, tetapi dia yang tidak sudi untuk berada dalam kehidupan kami. Kami serba kekurangan, tidak pandai melayani dia anak beranak. Kami hina di mata dia. Kami tidak sesekali melupakan dia. Air dicincang manakan putus. Cuma kami juga punya hati dan perasaan. Hati yang berkecamuk dan terluka, ditinggalkan oleh insan yang dikasihi begitu sahaja. Hati yang remuk rendam melihat darah daging sendiri memilih orang yang baru dikenali sebagai pendamping hidup, berbanding dengan orang yang hidup susah dan senang bersama selama 30 tahun.

Zaman sekarang, bukan hanya teknologi yang maju, perbuatan jahat dan hitam manusia juga maju. Jika benar dia dan kami menerima angkara jahat manusia lain, biar Allah saja yang menghukum. Dunia ini hanya permulaan, akhirat nanti pengakhirannya.

Kadang-kadang rasa tak sempurna apabila nak rasa bahagia, tapi tak cukup korum dalam susur galur darah daging sendiri. Keluarga dah tak ramai, apabila ada yang menjauh, lagi kecil jadi keluarga ni. Kami tak kuat nak pergi menghadap orang yang tak sudi menerima kami. Kami hanya mampu berdoa dan terus berdoa. Kami doakan dia terbuka hati untuk menerima kami kembali. Kami doakan dia insaf dan sedar, yang dia masih punyai orang tua dan adik-beradik yang mengasihinya. Kami doakan dia sembuh jika benar dia sakit akibat perbuatan nista manusia lain. Kami doakan dia dilindungi Allah, dan dijauhkan daripada manusia-manusia yang berhati busuk. Kami doakan kami sendiri selamat, dan dilembutkan hati untuk menerima, saat dia kembali nanti. Kami doakan agar Allah beri balasan setimpal ke atas mereka yang memisahkan kami dan dia.

Apabila rasa tidak tenang...ingatlah Allah banyak-banyak. Ingat Allah pada waktu suka dan duka. Doa banyak-banyak.Istighfar tanpa henti. Minta Allah beri kekuatan. Minta Allah beri yang soleh solehah.

LIhatlah wajah tua mereka...entah lama mana mereka akan hidup...entah bila kita akan dijemputNYa...kembalilah sebelum terlambat...

Pilih

Saturday, April 02, 2016

2 April

Dah masuk bulan April. Astaghfirullah. Cepatnya masa berlalu. Dah masuk bulan keempat tahun 2016. 
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana pinjamkan seorang ibu buatku. Mak mencecah usia 58 tahun hari ni. Sebelum kenal mak lagi, dah banyak pengorbanan yang mak lakukan. Mengandung, banyak cabarannya. Melahirkan anak, peritnya sukar digambarkan. Berjaga malam, menyusukan, penat tidak terasa. Itulah antara pengorbanan mak yang payah untuk dibalas.

Manusia tidak sempurna. Mak juga tak sempurna. Banyak kekurangannya. Namun kekurangan itulah sumber kekuatan pada anak. Anak yang soleh dan solehah yang menjadikan mak sempurna. Amatlah rugi jika kita masih punyai mak, tapi tak tahu menghargai kehadirannya. Kuasa terbesar yang mak miliki ialah doa. Doa seorang mak amat mustajab. Rugilah anak yang tidak didoakan oleh mak, apatah lagi yang menyakiti hati mak. Tidak akan berjaya anak ini di dunia, dan di manakah tempatnya di akhirat nanti? Ngerinya azab neraka.

Selamat hari lahir, mak. Anakmu ini akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu. Tiada sebab untuk anak ini untuk menderhakaimu apatah lagi nak mengabaikanmu. Maklah kunci kejayaanku di dunia dan akhirat. Semoga mak sihat selalu, murah rezeki dan beroleh rahmat Allah selalu.

Hari ini juga mungkin adalah hari yang aku belajar untuk merasa rindu. Agaknya inilah yang dikatakan perasaan rindu. Maklumlah, tak pernah merasa sebelum ni. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana pinjamkan sedikit rasa bahagia ini.

Pukul 12.15 tengah hari kami bertolak ke Alma. Jalan sesak di kawasan Bukit Minyak dan Alma. Waktu azan Zuhur baru sampai tempat kenduri. Ibu pengantin mengenaliku walaupun baru sekali berjumpa baru-baru ni. Sejuk mata memandang pasangan pengantin. Tak rugi berukhuwah dengan orang seperti ini. Kita pun rasa terjaga juga. Mabruk Ashyikin dan zauj. Terima kasih Mak Lang atas jemputan dan layanan yang sungguh ramah.

Lepas solat Zuhur, kami bertolak ke kenduri kedua. Pertama kali solat di Masjid Jamek Alma Jaya. Selalu lalu saja untuk ke Aeon Mall. Sampai di tempat kenduri dah dekat 3.45pm. Rupa-rupanya mereka memang tertunggu-tunggu. Ingatkan kami tak datang. Alhamdulillah, dapat kenal ramai orang. Tetamu dah tak ramai, jadi mereka banyak masa untuk duduk sembang dengan kami. Rasa tenang, rasa selesa, rasa bahagia. Ramai sungguh anak-anak saudara. Nak bermanja dengan anak saudara sendiri, orang tak sudi, terpaksalah menumpang kasih dengan anak-anak saudara orang.

Masa sampai tu dah rasa penat sangat sebab menempuh traffic congestion di Alma dan Bukit Minyak. Makan sikit saja. Kenduri kampung...seronok gotong royong ramai-ramai. Gembira masa sampai tu depa pakat sambut, siap perkenalkan pada saudara lain yang belum pernah jumpa. Alhamdulillah, Insya Allah, moga ini yang terbaik.

Sembang-sembang sampai pukul 5, kami pun minta diri. Hujan masih renyai-renyai. Hujan rahmat. Balik tu singgah Sungai Nibong, hantar buah tangan kat Mak Caq Nah. Stay dalam kereta saja. Susah parking area tu. Sampai rumah pukul 6.30pm.

Alhamdulillah syukur ya Allah atas nikmat hari ini.