Tuesday, November 29, 2016

Syurga Seorang Isteri

SYURGA SEORANG ISTERI


Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tak sengaja.


Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah.. betapa ngerinya! 


Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.. 


Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita. 


Pandang muka suami kita.. siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat.. itulah juga lorong ujian  Allah buat kita. 


Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya! 


Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita.. tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita. 


Masya-Allah.. indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya? 


Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik dari semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah.. biiznillah. Jadikanlah kami isteri yang menyejukkan hati suami kami ya Allah. Amin. Amin.


************
Masya Allah, saat hati dirundung gulana, Allah hadirkan hati untuk membaca kembali cebisan Whatsapp yang dihantar oleh seorang sahabat dua minggu lalu. Moga menjadi pembakar semangat untuk terus tabah, dan menjadi penawar hati yang sedikit tercalar.

Akan kubaca berulang kali hingga melekat bait bait ini dalam akal dan hatiku.

Sent from my iPhone

Indahnya Bahasa kita

Jom guna Bahasa Melayu yg betul, indahnya bahasa kita.

Suri Teladan – Role Model

Jerayawara – Road Show

Latar Pentas – Back Drop

Gegantung – Bunting

Imej Tumpu – Highlight

Parkir – Parking

Pascanilai – Postmortem

Swafoto - Selfie


Sent from my iPhone

Friday, November 25, 2016

Pintu Syurga Di Rumah

SEMENTARA PINTU SYURGA DI RUMAHMU MASIH TERBUKA.

Menziarah seorang kawan yg kematian ibunya yg dijaga selama ini,dia berbisik kepada saya masa bersalam,"Telah hilanglah pintu syurga dirumah saya."Saya hanya mengucap takziah dan menyantuninya dg ajakan untuk bersabar.Apakah maksud pintu syurga dirumahnya telah hilang? Ini satu perkataan orang berilmu, orang yg mengetahui.

Apa yg disebut oleh kawan saya ini pernah disebut oleh sorang tabi'in Iyas bin Mu'awiyah, yg menangis semahu-mahunya ketika meninggal salah seorang dari orang tuanya, maka ditanya pada beliau :
"Mengapa engkau menangis sedemikian rupa" ?, Maka beliau menjawab : "Tidaklah aku menangis karena kematian, karena yang hidup pasti akan mati, akan tetapi yang membuatku menangis karena dahulu aku memiliki dua pintu ke surga, maka tertutuplah satu pintu pada hari ini dan tidak akan di buka sampai hari kiamat, aku memohon pada Allah Ta'ala agar aku boleh menjaga pintu yang ke dua".

Apa yg disebut oleh Iyas ini adalah berkaitan sabda nabi dari Abu Darda Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوِ احْفَظْهُ
Orang tua adalah pintu surga paling tengah. Kamu boleh sia-siakan pintu itu, atau kamu menjaganya. (HR. Ahmad 28276, Turmudzi 2022, Ibn Majah 3794, dan dihasankan Syuaib al-Arnauth).

Jadi kedua ibubapa kita adalah ibarat pintu syurga bagi setiap anak, dgn maksud jika kita berkhidmat kpd keduanya, berbuat baik kpd keduanya, maka Allah akan beri ganjaran syurga. Tetapi siapa mensia-siakan peluang ini, tidak berbuat baik kpd ibubapanya, akan terlepas peluang ke syurga bahkan mereka itu celaka. Rasulullah SAW bersabda :"Celaka, celaka, celaka !" , Lalu ditanyakan pada baginda, siapa (yg celaka) wahai Rasulullah?,
Maka beliau bersabda :
"Siapa saja yg menjumpai kedua orang tuanya, baik salah satu atau kedua-duanya di kala mereka lanjut usia, akan tetapi (perjumpaan tsb) tidak memasukkannya ke syurga. (HR. Muslim)

Saya nak mengajak anda semua agar tidak mensia-siakan peluang pintu syurga yg ada dirumah anda, lebih lebih lagi jika usia kedua orang tua telah lanjut, melangkahlah ke pintu itu dg berbuat baik kpd keduanya. Sebelum kita meninjau keluar untuk mencari syurga, jangan abaikan pintu syurga yg diibarat kpd ibubapa, yg Allah jadikan dirumah kita.

Dalam hidup kita, Allah SWT buka banyak kesempatan untuk kesyurga, samada kita sedar atau tidak, mahu merebutnya atau tidak. Kemudian Allah SWT ambil balik satu demi satu peluang ini, maka tertutuplah satu lepas satu kesempatan untuk ke syurga. Mereka yg lalai dgn dunianya tidak akan terasa apa-apa dgn tertutupnya pintu syurga untuknya, tetapi mereka yg mengetahui, seperti sahabat saya ini, akan melihat kembalinya ibu atau bapa sebagai tertutupnya pintu syurga dirumahnya.

Santunilah ibu bapamu sementara mereka masih ada, sementara pintu syurga dirumahmu masih terbuka. Share kpd semua sebagai ingatan dan seruan berbuat baik.
Wallahua'lam.


Sent from my iPhone

Thursday, November 24, 2016

Tiga Sahaja

ISRAEL TERBAKAR!

Kuasa Allah, negara yang dinamakan Israel terbakar kelilingnya selepas mereka menghalang azan dilaungkan di Masjid al-Aqsa! Sampai mereka terpaksa meminta bantuan negara-negara berdekatan untuk memadamkan api. Begitulah api kejahatan mereka yang telah dibalas sedikit demi sedikit. Tidakkah kita mengambil pengajaran lagi?

UPT POSITIVE

Dalam dua bulan ni, dah tiga patients aku pulang dengan UPT positive di tangan. Seorang patient India, berkahwin dua bulan, dah positif. Seorang adik kepada keraniku, pun positif juga selepas lima tahun melahirkan anak pertama. Seorang lagi pesakit thyroid, nikah Julai lalu, walimah 10 September, kini dah positif 3 minggu. Alhamdulillah, happy untuk rezeki mereka. Agaknya bilalah diri sendiri nak positif?

RUU355

Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang sudah membentangkannya di Parlimen dengan pindaan...tapi penjelasannya pada sidang lain pula. Sementara itu pelbagai pihak cuba sabotaj dan menentang, termasuk orang Islam sendiri. Ada yang tak puas hati sebab tak berjaya jadi hero. Ada yang cuba ambil kredit, celah mana boleh masuk, masuk saja, asal ada nama. Susah-susah Tuan Guru perah otak untuk bentang, kamu yang nak dapat kredit? Memang memalukan. Semoga usaha murni ini dipermudahkan Allah.

Nampak gaya malam ni Macbook meragam beberapa kali, tak jadi nak coret kenangan manis lagi. Lain kalilah pulak. Bateri pun tinggal 17% saja.

Monday, November 21, 2016

Sunday, November 20, 2016

Comot

Comot is another new friend of mine, besides Muchang. He is known as Kepala Kampung, named after his gangster lifestyle! Yet he is very soft and loving in our house, always rubbed his head against our feet! Glad to know you, Comot :)

Saturday, November 19, 2016

Jadual Harian

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN USTAZ ISMAIL KAMUS*

1. bangun malam ( sekitar jam 3 pg)
- _mandi dan ambil wuduk_

2. solat sunat wuduk.

3. solat sunat taubat.

4. solat sunat tahajjud
( _8 rakaat_).

5. solat sunat hajat ( _mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak_ ).

6. solat sunat witir 3 rakaat.

7. istighfr 100x

8. tahlil 300x

9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. 40x

10. tasbih 40x

11. solat sunat fajar.

12. solat subuh.

13. baca yaassin lepas subuh.

14. solat sunat dhuha 6 rakaat.

15. Solat Zohor.
- _solat sunat sebelum_
- _solat sunat selepas_

16.Solat Asar
- _solat sunat sebelum_

17. Solat maghrib
- _solat sunat selepas_

18. Solat Isya'
- _solat sunat sebelum_
- _solat sunat selepas_

19. Sebelum tidur baca :
- al-quran
- _surah Al-mulk_
- _surah sajjadah_
- _surah al-waqiah_

20.setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

*"Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."*

[ustaz Ismail Kamus]

**_share ilmu ini utk peringatan semua_


Sent from my iPhone

Friday, November 18, 2016

Tahniah Calon UPSR 2016!

Sebelum ni tak ambil tahu pun yang UPSR 2016 menggunakan format baru, dengan 6 subjek. Ada dengar, rakan sekerja sebut pasal format baru untuk anak anak mereka, tapi tak cakna sangat pun. 

Tahun ni hanya 1.1% pelajar mendapat keputusan semua A, jumlah yang amat kecil, tapi menteri kata jangan bandingkan dengan keputusan tahun lepas sebab format tak sama.

Masa aku ambil UPSR dulu, itu tahun pertama subjek sains diperkenalkan, jadi lima subjek. Sekolahku, hanya 9 orang dapat 5A, dan aku satu satunya pelajar Melayu yang dapat 5A. Alhamdulillah,ada juga kenangan manis sekolah rendah. Rakan rakanku dapat 4A 1 B, sangkut subjek Sains tu.

Tak mengapalah, result macam mana pun, perjalanan masih amat jauh. Ada orang yang zaman persekolahannya selalu tercorot, bila masuk universiti, dapat anugerah dekan. Ada orang cemerlang dari tadika sampai ke universiti, bila bekerja, dia kurang berjaya. Rezeki masing masing kan.

Semoga UPSR tahun depan akan lebih baik lagi.

Saturday, November 12, 2016

Kenali Paracetamol

*SALAH FAHAM TERHADAP PARACETAMOL 6*

"Apa beza panadol yang dijual dalam pelbagai bentuk? Ada panadol actifast, ada panadol mestrual dan sebagainya.

💊 *Panadol* dibuat oleh syarikat farmaseutikal GSK mempunyai beberapa bentuk.

🔻 *PANADOL REGULAR* mengandungi Paracetamol *500*mg yang boleh diambil oleh orang dewasa setiap 4-6 jam, sama ada sebiji atau dua biji setiap kali pengambilan.

🔻 *PANADOL EXTEND* mengandungi Paracetamol *665*mg, dan boleh bertahan sehingga 8 jam. Oleh itu diambil sebiji setiap 8 jam.

🔻 *PANADOL EXTRA* mengandungi *500*mg paracetamol dan *65*mg cafeine, untuk sakit yang lebih kuat dan tidak menyebabkan ketidak selesaan perut.

🔻 *PANADOL ACTIFAST* mengandungi Paracetamol *500*mg dan *173*mg Sodiumuntuk tindakan yang 2 kali ganda lebih cepat. Oleh kerana mengandungi Sodium, pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.

🔻 *PANADOL MENSTRUAL* mengandungi paracetamool *500*mg dan Pamabrom *25*mg. Pamabrom bertujuan untuk mengurangkan kembung perut ketika haid.

🔻 *PANADOL SOLUBLE* mengandungi paracetamol *500*mg dan sodium *427*mg, Ia mudah larut dalam air. Kandungan sodium dalam ubat ini agak tinggi, pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.

_Oleh kerana PANADOL dijual dalam pelbagai bentuk penyediaan, pesakit harus berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi, walaupun ia boleh dibeli tanpa preskripsi._

Saya tidak bertujuan menggalakkan penggunaannya tetapi menasihati agar menggunakannya secara berhati-hati.

Ditulis oleh:
*Dr Zubaidi b Hj Ahmad*


Sent from my iPhone

Thursday, November 10, 2016

Pilih Sahabat

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi. Jika engkau diam, dia mula menyapamu terlebih dahulu, dan jika engkau ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu. 

Imam al-Ghazali

Ingin usaha menjadi sahabat seperti ini!

Friday, November 04, 2016

Batuk lagi

Sejak bertukar status ni dah dua pusingan batuk. Kali ni siap rasa bagai nak penat. Aduhai, aku kalau batuk memang lambat nak baik, lebih lebih lagi yang nak penat ni. Dah start erythromycin, harap harap dapat shorten the duration of illness.

Semalam dan hari ni melankolia. Tapi tak naklah ingat yang sedih tu, nak imbau memori manis saja. Kenangan sekali seumur hidup.

Alkisahnya selepas dah sah, hubby buat solat sunat dua rakaat. Masa tu aku salam dengan mak, makcik makcik dan kawan kawan. Berdebar. Segan. Malu. Kemudian hubby datang, duduk berdepan denganku. Saat nak hulur jari tangan untuk sarung cincin...memang berdebar habis. Patutlah dalam youtube tengok ada pengantin yang teragak agak nak hulur tangan...memang segan! Iyalah, selama ni menjaga batas pergaulan, tiba tiba nak dipegang orang. Delayed a few seconds, aku pun hulurkan tangan. Hubby sarungkan cincin dengan lancar, dia tekan sikit, mungkin takut sangkut dekat proximal interphalaengeal joint tu kot. Lepas tu aku salam hubby. Bab cium dahi takda kot, entah aku pun tak ingat sangat.

Lepas tu ambik gambar sikit, pun rasa semacam saja. Tiba tiba ada lelaki berdiri dekat dengan diri, boleh rasa kehangatan tubuhnya.

Sebelum keluar dari masjid, Ima menghampiriku, mengucapkan tahniah dan memelukku. Ima mengalirkan air mata sungguh sungguh....aku yang control macho ni pun tak boleh tahan sebak. Ima terharu katanya...bukan sedih yang negatif tu. Iyalah, housemate untuk tiga tahun, susah senang bersama. Tambahan pula Ima bakal berhijrah ke Johor Bahru pula, lagi susah nak jumpa. Masing masing bakal memulakan hidup baru.

Balik ke rumah, kami naik kereta asing asing. Hubby jadi driver untuk orang orang masjid, jadi tak boleh adjust supaya aku naik keretanya. Tak kisah pun, dekat saja masjid dengan rumah. Cuma kesianlah juga, pengantin kena drive kereta sendiri. 

Sampai rumah, dah kalut nak bergambar, photographer Alif Akmal tak ambik langsung gambar sarung cincin di masjid, gambar tak lawa katanya, sebab ramai sangat paparazi yang lain. Biras datang maklumkan yang mereka tak boleh lama, orang masjid nak balik solat jumaat di masjidnya. Dah agak dah...kalau bawa orang masjid hari Jumaat memang macam tulah, kalut nak balik. Aku tanya, boleh tak adjust orang dalam kereta, supaya orang lain bawa balik orang masjid, satu kereta lagi stay sampai lepas solat Jumaat. Tapi tak boleh...masa tu memang terasa sedihnya. Baru ijab qabul dah kena balik..cepat sangat, hubby pun tak sempat makan. Tak sempat ambil gambar dengan semua family hubby pun.

Aku sempat bisikkan pada hubby, minta izin untuk jumpa dengan deejay petang nanti. Itu pertama kali aku memanggilanya begitu. Macam tak terkeluar suara nak sebut. Siap macam ada bunyi sengau pulak. Dah panggil sekali, lepas tu tak segan dah.

Alhamdulillah atas nikmat ini...kenangan yang amat manis. Walaupun tengah batuk ni, aku pena kan juga kisah singkat ni, sebelum luput dari memori.

Ya Allah, sembuhkanlah batukku ini...kasihan orang lain terganggu dengan batukku.