Monday, April 24, 2017

Ingat Saat Manis

Bukan semua orang melalui jalan kehidupan yang mudah. Dari kecil, membesar...masuk sekolah...sampai universiti...berkahwin, mengandung...melahirkan anak...membesarkan anak bersama-sama suami...happily ever after.

Saat merasa duka cita, ingatlah kembali detik-detik manis sewaktu dilamar dahulu. Lamaran yang amat dinantikan. Kemudian dipermudahkan segala urusan ijab kabul. Saat melihat susuk tubuhnya berdiri di pintu masjid, menanti waktu untuk duduk di hadapan tok kadi. Saat rakan-rakan menggelarnya kembar, kerana warna baju sama dan rupa paras juga seiras. Kebetulan atau suratan?

Ingat kembali minit-minit khutbah nikah dibacakan, walaupun susah benar nak mendengar suara tok kadi yang halus itu. Saat merasa berdebar apabila lafaz nikah diucapkan sebanyak dua kali. Rasa lega usai lafaz itu, bertukarlah status diri hingga akhir hayat, insya Allah.

Manis saat berdepan dengannya, tangannya menyentuh tangan ini, cincin disarung, bersalaman dan tangannya dikucup. Saat pertama kali berdiri begitu hampir untuk bergambar. Saat memanggilnya abang, satu panggilan yang cukup hormat buat seorang suami.

Indahnya saat berbicara melalui telefon, dan menunggu detik hidup bersama, seminggu selepas itu.

Ingatlah yang indah-indah ini...saat hati berduka lara. Kuatkan semangat, bina semula keindahan itu. Hidup bersama bukan hanya untuk setahun dua, tetapi untuk selama-lamanya. Biar sama-sama melangkah ke syurga yang di dalamnya tiada lagi kedukaan.

Insya Allah, ilmu dan amal akan menjaga hubungan ini. Titipkan doa pada setiap hari agar ia sentiasa mekar dan wangi.

Semakin hari semakin menyayangi, lillahi taala.

Palsu!

MUHASABAH DIRI...
Kisah seorang alim di sebuah negara yang sedang membeli-belah di sebuah pasar. Disaat hendak membayar di kaunter, orang alim tadi telah menghulurkan sehelai wang kertas kepada pengurup wang.

Pengurung wang tersebut telah membelek wang kertas tersebut dan terus bertanya pada orang alim tadi.

"Wahai Haji, duit yang Haji bagi ni PALSU..."

Disaat Haji tadi terdengar perkataan pengurup wang tersebut, terus jatuh terduduk ke lantai pasar tersebut dengan riak wajah yang sangat resah.

Pengurup wang tadi terus pergi kepada Haji tersebut dengan keadaan serba salah.

"Haji, saya tak marah pun. Saya hanya berkata wang kertas ni PALSU..." kata pengurup wang tersebut.

Dengan keadaan yang sungguh lemah, Haji tersebut berkata
"Sesungguhnya, aku jatuh terduduk bukan kerana wang itu PALSU, tapi aku terfikir, BAGAIMANA amalan kita sekarang ni, disaat kita membuat amalan yang bersungguh-sungguh tetapi diakhir nanti, ketika kita kembali di hadapan Allah swt,
Allah kata amalan kita selama ini PALSU,
SOLAT kita PALSU,
ZIKIR kita PALSU,
PUASA kita PALSU,
SEDEKAH kita PALSU,
IMAN kita PALSU...
Sesungguhnya aku takutkan NERAKA Allah taala..."

اﻹخوة واﻷخوات..
BAGAIMANA dengan KITA?

KATA KUNCI: Ikhlaskah kita dalam beribadat selama ini?
Kembalikan Sunnah Dalam Kehidupan Dan Letakkan Segalanya Allah Di Depan.


Sent from my iPhone