Sunday, January 31, 2010

Don't Dare To Write

I don’t dare to write
About the best events in my life
While some people write about their dying lives
I don’t dare to write
About the tests that I have been through
For they weren’t as great as the test of dying early
I don’t dare to write
About the love that I missed from my sibling
While some people are missing love from the entire family
I don’t dare to write
About the time I spent for Islam
For it was too short and little
I don’t dare to write
Any longer
As I still have much to read for the finals

Tuesday, January 26, 2010

Bersyukur

Tanpa sebarang semboyan amaran, Samsung NC10 ku telah diserang hendap dari segala penjuru. Virus apa nama ntah menyerang dengan bertalu-talu,kalah H1N1. Sebelum virus ni membiak dengan lebih ganas lagi, terusku restore sistem komputer. Sempat back up files,walaupun tertinggal satu folder. Sekarang NC10 ni seakan-akan dilahirkan semula, masih fragile lagi,baru sembuh daripada superinfection. Sempat pula install Microsoft Office 2007 yang complete edition.Hanya tinggal dua minggu saja lagi sebelum ulang tahunnya yang pertama. Janganlah sakit lagi, sekurang-kurangnya sehingga habis exams.

Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Mallow.Selepas ini aku akan menjadi pendatang setia selama enam minggu. Alhamdulillah, pemandu bas sudi menurunkan kami di tiang bus stop depan hospital.Tetapi kami perlu mendaki bukit selama 7 minit sebelum sampai ke main entrance.Exercise pagi-pagi sambil menarik beg. Mallow General Hospital, sebuah hospital yang kecil, terletak di atas bukit,sekali pandang macam STGH. Dari dalam hospital,dapat lihat pemandangan yang cukup cantik, padang rumput hijau,saujana mata memandang.Subhanallah.




Hanya ada 4 wards, medical (St.Mary dan St.Joseph) dan Surgical (St.Ann dan St. Patrick).Bangunan dua tingkat, OPD terletak di bangunan lain, penginapan pelajar dan doktor di bangunan lain. A&E yang sangat kecil.Kantin yang tersembunyi dan perlu order lunch before hand if nak makan main course.(Tetapi dua keping roti,tuna, coleslaw dan tea Cuma berharga 80 sen!) Library yang nampak best, bilik tidur yang selesa,walaupun asyik dengar orang lalu-lalang.Broadband reception tak mantap sangat tapi bolehlah nak survive.Kedai terdekat ialah Suparmacs, yang terletak di jalan utama,dalam 25 minit dari hospital.Semoga 2 minggu di sini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.Perlu jadi rajin!!!

Seringkali manusia merungut dan mengeluh, mencemuh dan mengadu kerana berasa tidak selesa dengan keadaan persekitarannya.Katanya, tempatnya bukan di sini, tiada orang kesayangan di sisi, silap membuat keputusan dan sebagainya.Manusia tidak sedar atau mungkin terlupa yang Allah itu Maha Mengetahui.Dia tahu bahawa tempat kita di sini,Dia tahu siapa yang kita perlukan di sisi dan Dia tahu apa yang perlu berlaku kepada kita. Mengapa tidak kita yang berusaha untuk menyesuaikan diri dan menyukai keadaan persekitaran itu? Mengapa tidak kita yang mula menghulurkan tali kasih sayang kepada orang-orang di sisi kita? Mengapa kita seringkali lupa untuk bersyukur dan sering meminta-minta sesuatu yang lain?

Manusia memang tidak bersyukur…
Tidak bersyukur dengan keamanan yang ada, sedangkan ribuan umat lain hidup dalam keriuh-rendahan.

Manusia memang tidak bersyukur…
Allah jadikan manusia yang berbilang jenis untuk berkenalan dan berkasih sayang, tetapi seringkali juga manusia mengabaikan yang di hadapan mata.

Manusia memang tidak bersyukur…
Sudah berjaya ke tahap ini pun masih mempersoalkan takdirNya, sedangkan ramai lagi di luar sana yang tidak berjaya ke mana-mana pun.

Syukur kerana masih hidup pada hari ini.
Syukur kerana masih berupaya untuk mengucapkan syukur.
Syukur kerana diberi kesedaran ini.
Syukur kerana diberi peluang untuk merasai cintaNya.

Ada orang tidak kenal Tuhan.
Ada orang tidak merasai nikmat beragama.
Ada orang dilahirkan yatim piatu.
Ada orang hidup papa kedana.
Ada orang buta huruf sampai mati.
Ada orang hidup sendirian.

Syukur dengan apa yang ada.Ya Rahman, Ya Rahim.

Friday, January 22, 2010

Takdirnya begitu




1. Apabila kalah dalam perjuangan, buat apa pula lepas tu? Berjuang lagi !
2. Apabila tak suka pada sesuatu, buat apa? Sabar ! Lepas bersabar, buat apa? Redha!
3. Apabila marah, buat apa? Istighfar! Lepas istighfar, buat apa? Diam!
4. Apabila tak tahu, buat apa? Belajar! Lepas belajar, buat apa? Amalkan dan ulang-ulang!
5. Apabila penat, buat apa? Berehat! Lepas berehat, buat apa? Sambung kerja balik!


Banyak perkara yang berlaku dalam hidup, tidak menepati apa yang kita kehendaki. Banyak perkara yang tidak disangkakan berlaku, berlaku juga. Semuanya telah tertulis dalam ketentuanNya.


" ...tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
-al-Baqarah: 216


Dalam banyak-banyak rotations, Surgery yang paling tidak torture.Semua doktor dalam colorectal and general surgery team baik-baik belaka. Despite dua registrars yang pelik sikit, mereka tetap concern terhadap  final med exams." You need to know this, you need to know that..."
Petang tadi kami berempat joined pre-op/post-admission ward rounds...ditakdirkan aku baru admit this female patient, lalu diminta present depan all the team members. Laura kata," You have such a big crowd!".Kebetulan team tu memang besar..3 registars, 1 SHO, 2 interns dan 4 med students. Tak campur nurse and student nurse lagi. Consultant lagi. Kalau pagi-pagi buat ward round, macam satu gerombolan doktor buat lawatan sambil belajar.Penuh ward tu dengan team kami saja.


Ini dah kali ke berapa ntah aku encounter registrars yang berubah wajah apabila consultant tiada.Semasa consultant ada, registrar ni senyap dan baik saja...bila consultant tiada, mulalah tanya itu ini dan jadi pelik.Hmmm.


Female patient itu...sangatlah peramah. Dia came in for refashioning of end ileostomy. Age 63, never been married, no children. Lives an active life. Malangnya ada 3 histories of Zydol overdose sampai masuk ICU. Katanya berkaitan masalah parents and stoma dia. She used to be a Catholic, now she doesn't practice anymore but still beleives in the Oneness of God. Tapi dia percaya bahawa manusia ni adalah reflection of God, seperti Jesus, sesiapa yang baik tu, maknanya dia ada banyak reflection of God.Itu kepercayaannya, yang berbeza daripada kepercayaan Muslim. Lama juga berbual pasal religion.Semuanya sebab dia tertarik dengan hijab.Cantik katanya.


".... Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa terlihat..."
An-Nur : 31


" That is why you're wearing it this way down..as to cover your chest as well?"


Itu persoalannya berkenaan fesyen hijab setelah aku mengatakan bahawa tudung ini haruslah menutupi kepala, leher dan dada.Lupa pula nak mention pasal aurat keseluruhannya.
Dewasa ini, tudung dijual di pasaran dengan bermacam-macam stail. Ada tudung labuh, tudung lilit, tudung pakai siap, bla bla bla...
Tak kisahlah fesyen bagaimanapun, yang penting, kena dengan syarat-syarat yang Allah telah gariskan. Cukup tebal dan cukup labuh. 



Esok dah hari Jumaat..hari terakhir Surgery di CUH. Cepatnya masa berlalu.


Hari ini ialah 21 January, berdebar pula nak membuat panggilan...

Tuesday, January 19, 2010

For the past week

Good things for the past week:
1. Started surgical rotation. Not the most favourite subject but looking forward to learn more and be passionate with it. Had a super caring team and a lovely colleague.


2. The temperature in Cork has risen to as high as 9 degrees! No more icy cold, no more slippery pathways, but that also means no more snow.


3. Utilization of time to the maximum. Minimising resting time. Daylight for surgery. Night time for project.


4. Completed final year project before the due date. Ended up with migraine and back pain. Treatment : bed rest.


5. Fought in a battle field and had a valuable loss. 


6. Received a book called The New Jerusalem : Zionist Power in America by Michael Collins Piper.


7. Been given a very hilarious title. Sooo not like me!

"Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."
______________________________________________________________________________

Tingkatkan darjat ibadah di sisi Allah dengan membuka dua tingkap hati.
Tingkap pertama ialah tingkap ikhlas. Tingkap kedua ialah tingkap benar.
Fudhail bin Iyadh berkata;
“Sesungguhnya amal itu apabila dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak benar caranya, maka ia tertolak. Dan jika dilakukan secara benar tetapi tidak ikhlas ia tidak akan diterima juga. Kedua-duanya mesti ada iaitu ikhlas dan benar.”

Sunday, January 10, 2010

Sabar, hasilnya lumayan

Mata pedih dan penat.Lalu kugosok-gosok perlahan-lahan.Hidung mula berair serta menghasilkan refleks bersin. Sejuk sangatkah atau dah mula demam? Terasa sakit-sakit badan, kepala juga memalu gendang minta diurut. Flu-like symptoms pula. Jam dah pukul 11.40 malam.Cepat benar masa berlalu, dah berjam-jam menghadap laptop, patutlah mata dah pedih, belakang pula sakit. Mengalah.


Ingatkan dapat berehat lebih sedikit pada hari ini setelah seminggu perlu keluar awal dalam kesejukan untuk mengejar bas terawal.Tidak, hari ini juga perlu bersiap awal, ada temujanji di pusat bandar.Berpusing-pusing sebentar menunggu tepat jam 10.Kebanyakan kedai belum buka lagi pun. Malangnya hajat tak kesampaian. Barang yang sepatutnya kuambil bagi pihak seorang kakak tidak dapat kuperoleh. Mereka menyatakan hanya pemilik sebenar yang boleh ambil, dialog yang berbeza dengan percakapan dalam talian dua hari lepas.Tiada rezeki. Menguji kesabaran. Tidak dapat menjawab panggilan, hanya mampu berbalas mesej.Perlu bertenang dan bersabar.


Melihat wajah sahabat-sahabat yang dikasihi membuatkanku lupa terus pada kepahitan di awal pagi itu.Lebih-lebih lagi dengan kehadiran seorang sahabat yang telah lama tidak bersua.Semoga Allah memberi kekuatan kepadanya untuk terus tsabat dan semoga musibahnya akan dapat dilalui dengan tabah. Ini yang terakhir. Aku agak yakin.Mereka sangat bagus, maka perlukan seseorang yang jauh lebih bagus.Bukan diriku.


Sabar itu ialah menahan atau mencegah.Ia bermula dari awal sesuatu itu berlaku, bukan pada penghujung klimaks. Ada empat bahagian sabar:
1. Sabar dalam menjalani ketaatan kepada Allah.
2. Sabar dalam meninggalkan maksiat.
3. Sabar dalam menghadapi musibah.
4. Sabar dalam menikmati nikmat.


Sabar, sabar, sabarlah wahai diri. Sedikit sahaja lagi.


Tawakkal ialah penyerahan diri kepada Allah. Usaha, doa, tawakkal, redha.
Jika aku benar bertawakkal kepadaNya, tentu tiada lagi resah gelisah atas apa yang telah diusahakan.


Tazkiyatun nafs ialah penyucian jiwa. Kita cuci gigi dua tiga kali setiap hari kerana gigi kita menguruskan makanan yang bermacam-macam.Inikan pula hati. Hati kita mengurus diri untuk menghadapi bermacam-macam perkara pada setiap hari. Berapa kali kita cuci hati kita setiap hari?


Enam tahap tazkiyatun nafs.
1. Muahadah ; perjanjian dengan Allah.
2. Muraqabah ; merasai kebesaran Allah.
3. Muhasabah ; menilai diri.
4. Mujahadah ; bersungguh-sungguh.
5. Muaqabah ; menghukum diri.
6. Muatabah ; mencela diri.


Ya Allah, bersihkan dosa-dosaku dengan kesakitan ini...

Friday, January 08, 2010

Lemas


Yang lemas, yang rimas,
yang gelisah, yang kesah,
selamatkanlah
bebaskanlah.

Monday, January 04, 2010

Fenomena Perigi Mencari Timba

Beberapa tahun yang lalu, bancian penduduk di Malaysia menunjukkan bahawa bilangan kaum Hawa jauh melebihi kaum Adam. Ini adalah bancian secara umum, melibatkan seluruh rakyat yang berbilang bangsa dan agama.

Statistik di institusi-institusi pengajian tinggi pula melaporkan bahawa bilangan mahasiswa wanita lebih ramai daripada mahasiswa lelaki.

Ada yang kata, inilah hikmahnya Islam menghalalkan poligami. Habis, bagaimana pula dengan agama-agama lain? Bolehkah menghalalkan perempuan simpanan? Teman wanita gelap?

Wanita semakin ramai yang berpendidikan tinggi dan berkerjaya. Makin tinggi taraf hidup wanita secara sosialnya. Makin tinggi harga seorang wanita, makin rendah pula permintaan daripada lelaki. Nak berkahwin perlu sekufu, penting untuk menjamin kebahagiaan yang berkekalan. Lelaki lulusan SPM, sanggupkah melamari wanita lulusan PhD? Wanita yang bekerja sebagai seorang arkitek, sanggupkah menerima lamaran seorang lelaki yang hanya berniaga ikan di pasar?

Ini bukan soal hina atau mulianya tahap pendidikan dan jenis pekerjaan seseorang.Ini soal sekufu, soal berpijak di bumi nyata.Soal keserasian dan kesamaan fikrah.

Wanita, jika sukakan lelaki, apa tunggu lagi, masuklah melamar.
Senang betul cakap begitu. Mencontohi Saidatina Khadijah? Tidak semudah itu. Lelaki sekarang tidak semudah itu untuk difahami. Keinginannya banyak, harapannya tinggi.Jika tidak, takkanlah mereka sanggup menduakan isteri secara senyap-senyap?

Beberapa tahun lepas, dalam satu rancangan malam di Radio 4, satu survey telah dibuat berkenaan orang yang ingin dikahwini. Adakah anda akan mengahwini orang yang mencintai anda, atau orang yang anda cintai?

Majoriti wanita yang menjawab survey tersebut memilih untuk mengahwini lelaki yang mencintai mereka, atas dua faktor utama:

Pertama, faktor sekuriti. Wanita rasa lebih secure jika mereka tahu bahawa lelaki itu mencintai mereka.Jika mereka melakukan kesalahan, lelaki itu akan mudah untuk memaafkan mereka dan sentiasa kasihkan mereka, kerana lelaki itu cintakan mereka.Namun, jika wanita itu mengahwini lelaki yang dia cintai, sedangkan lelaki itu tidak mencintainya, lelaki itu akan mudah meninggalkannya jika terlihat sebarang kekurangan atau kelemahan pada wanita itu.

Kedua, faktor kelembutan hati. Wanita memiliki hati nurani yang lembut dan mudah dibentuk. Jika wanita dicintai dan dibelai oleh lelaki, lambat laun akan terpupuklah cinta di hati wanita tersebut.Maka, cinta antara sepasang suami isteri ini akan sentiasa berbalas.

Oleh sebab itulah, fenomena perigi mencari timba ini tidak meluas, kerana ia seolah-olah menyanggahi norma sosial seorang wanita yang tinggi sifat malunya.
_________________________________________________________________



Jika Aku Jatuh Hati

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut
padaMu agar tidak terjatuh aku
dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripada hatiMu…

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Amin..


Kredit kepada bekas YDP PMI USM

Friday, January 01, 2010

Keselambaan yang Menghiris


Ada orang tak kisah, ada orang kisah
Ada orang ambil, ada orang pinjam
Ada orang minta, ada orang rampas
Ada orang rela, ada orang tak rela
Ada orang sabar, ada orang marah
Ada orang cakap, ada orang diam
Ada orang bising, ada orang senyap
Ada orang ketawa, ada orang menangis
Ada orang manis, ada orang masam
Ada orang jaga, ada orang tidur
Ada orang aktif, ada orang pasif
Ada orang suka, ada orang benci
Ada orang makan, ada orang puasa
Ada orang berdiri, ada orang duduk
Ada orang pandai, ada orang dungu
Ada orang bertanya, ada orang menjawab
Ada orang rajin, ada orang malas
Ada orang berfikir, ada orang hentam kromo


Hidup ini dihiasi dengan peraturan, sama ada hukum-hakam agama mahupun adat istiadat bangsa, sama ada undang-undang negara mahupun polisi moral. Apa gunanya semua susun atur ini jika hanya dipandang sepi?





ISTIQAMAH

 Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Mariam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. 
As-Saff: 13

Dalam ramai-ramai manusia, siapakah yang paling mampu untuk membuat perubahan seperti yang diarahkan oleh Allah i.e. berdakwah?

Tentulah kita, kitalah golongan manusia yang paling dekat untuk menyahut seruan Allah, kerana kita adalah golongan yang terpilih, cerdik pandai dan intelek i.e golongan yang menuntut dan memahami ilmu.

Maka kita seharusnya perlu lebih kuat di sudut ibadah dan kuat keyakinan kepada Allah. Apabila aqidah telah mantap di dalam jiwa, kita akan membesar dalam keadaan yakin kepada Allah.

Kita sakit/diuji dalam berjuang, bukan kerana kita sedang berjuang, tetapi kerana Allah telah tuliskan bahawa kita akan diuji.

Cara berjuang : Boleh pakai cara berani seperti Umar al-Khattab ataupun cara yang berhikmah seperti Rasulullah saw e.g strategi hijrah Rasulullah ke Madinah.

Abu Bakar as-Siddiq memulakan kerja dakwahnya sejak awal memeluk Islam lagi, walaupun ilmunya hanya sedikit.Pada minggu pertama beliau bergelar Muslim, beliau telah berjaya mengislamkan enam daripada sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga.Beliau juga telah berjaya memerdekakan tujuh orang hamba dalam tempoh tersebut.

Dalam peperangan Badar, Muaz, 14 tahun dan Muawwiz, 13 tahun telah memegang hujung jubah Abdul Rahman b Aus,lalu bertanyakan di manakah gerangan Abu Jahal.Lalu Abdul Rahman menunjukkan kepada mereka seorang lelaki gagah yang sedang berperang menentang Muslimin. Mereka terus menuju ke arah Abu Jahal,lalu memotong kaki kuda yang ditungganginya.Sebaik sahaja Abu Jahal terjatuh,mereka terus menikamnya lalu berlari untuk masuk semula ke medan perang. Ikrimah telah menyaksikan kejadian itu lalu memcantas bahu Muaz.Muaz terus berlari untuk memaklumkan kepada Rasulullah tentang kejayaannya.Beliau bertindak memutuskan sendiri bahu dan tangannya lalu terus berperang dengan sebelah lagi tangan.Muawwiz kemudiannya syahid.Rasulullah mengarahkan Ibnu Mas'ud untuk melihat keadaan Abu Jahal.Ketika sedang nazak, Abu Jahal bertanya,''siapakah yang memang pada hari ini?''

Peristiwa ini menunjukkan bahawa Abu Jahal begitu istiqamah dalam perjuangan taghutnya hingga ke saat nyawanya hampir melayang.Maka kita yang berjuang dalam perjuangan yang benar ini tentulah perlu lebih istiqamah lagi.

Teruslah beristiqamah, jangan lari dari medan perjuangan, kerana kitalah yang paling layak untuk membuat perubahan dan membawa risalah suci ini.
__________________________________________________________________________________


And eyes filled with tears.Thank you Allah.