Tuesday, February 28, 2017

Usia 40an

Ramai tidak sedar dalam Al Quran ada menyentuh tentang usia 40an

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ (١٥) الاحقاف

Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim."

Al Ahqaf: 15

وفى تفسير ابن كثير: وهذا فيه إرشاد لمن بلغ الأربعين أن يجدد التوبة والإنابة إلى الله - عز وجل - ويعزم عليها.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada ALLAH 'Azza wa Jalla dengan bersungguh-sungguh.

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Doa yang menggambarkan jiwa yang bersyukur dalam menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal, yang telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada ALLAH Ta'ala.

Dalam ayat yang lain.....

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ (٣٧)

Apakah KAMI tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?

Al Fathir: 37

عن مجاهد قال : سمعت ابن عباس يقول : العمر الذي أعذر الله إلى ابن آدم : ( أولم نعمركم ما يتذكر فيه من تذكر ) أربعون سنة .
Mujahid berkata, aku mendengar daripada Ibnu Abbas berkata :

" Usia yang ALLAH beri peringatan kepada anak Adam dengan

( أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ ) ialah 40 tahun.

عن مسروق أنه كان يقول : إذا بلغ أحدكم أربعين سنة ، فليأخذ حذره من الله عز وجل .

Masruq berkata :

" Apabila seorang kamu berumur 40 tahun, maka ambillah peringatan daripada ALLAH Azza wa Jalla ".

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi SAW seperti yang disebut oleh Ibn 'Abbas:

عن ابن عباس قال أنزل على رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو ابن أربعين فأقام بمكة ثلاث عشرة وبالمدينة عشرا وتوفي وهو ابن ثلاث وستين قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح

"Diturunkan wahyu Rasulullah SAW pada usianya 40 tahun, lalu baginda tinggal di Makkah 13 tahun dan di Madinah 10 tahun, dan wafat pada usianya 63 tahun".

HR Tirmizi
Ibnu Abbas RA dalam suatu riwayat berkata:

من أتى عليه أربعون سنة ولم يغلب خيره شره فليتجهز إلى النار

"Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka."

Imam asy-Syafi'i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, "Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir.

( قيل للشافعي - رحمه الله - : ما لَكَ تُكثر من إمساك العصا وأنت لست بضعيف ؟ قال : لأتذكر أني مسافر )

Justeru...apa yang perlu dilakukan menjelang usia 40 tahun...

1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan kekuatan ruhiyyah
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah dan perjuangan.

Sedikit tazkirah... Khas utk kita yg ke arah, di alam, di hujung dan telah melewati 40an

UTK RENUNGAN KITA BERSAMA.....


Sent from my iPhone

Monday, February 20, 2017

Go Away Negativity !

Lately apabila nak menulis, asyik keluar coretan yang negatif saja. Negatif saja yang difikirkan. Sampaikan baru-baru ni masa ke kedai buku, terfikir nak beli buku motivasi untuk jadi lebih positif. Tapi tak beli pun. Buat apa banyakkan teori, praktikal yang kena jalan!

Lately juga banyak dapat obstetric/gynaecology cases. Last Thursday, my very last patient, 33 year old lady (a teacher), primigravida at 11 weeks, presented with vaginal bleeding. UPT remains positive. So referred to the on call doctor as threatened miscarriage. Initially nak refer untuk scan dulu but the receiving MO suruh admit terus untuk monitor pad chart. The mother actually cried while waiting for the admission. I truly understood her. First pregnancy at 33 years old. Husband is away in Kuala Lumpur, working. Came with her father. May Allah ease her pregnancy.

Today morning, a 37 year old Gravida 4 lady came for vaginal bleed also. She was treated for missed abortion a few days ago at Gynae clinic, and apparently chose to wait and see. Her scan revealed no fetal heart but IUGS was present. Her aunt is a doctor in health clinic, made a phone call yesterday to the Gynae Specialist, and only verbal standing order was given - come to Gynae clinic. But, of course without a referral letter,the patient had to come to OPD first. UPT remained positive. I made a call to the on call MO and patient was sent to the labour room. This time, the feeling was different. Patient already had three children, and she was already told about the prognosis a few days before.

Later in the afternoon, when the room was "hot" with a tampered colleague, I had to refer another patient, 47 year old lady with symptomatic anaemia secondary to menorrhagia. Haemoglobin was 5.9 !!! She had the same admission in March last year for Hb 5.4. Anniversary for her. Perhaps they would offer her hysterectomy. Patient was stable and comfortable though.

Last week was also tough with two serious cases admitted on two consecutive days. 34 year old man, with jaundice, ALT 1163, and raised bilirubin, was admitted for acute hepatitis. Fuhhh! Hope he could recover well. A 36 year old man, complaint of tiredness of a month duration, noted to have Hb 5.7 !!! He claimed to have rectal bleeding secondary to haemorrhoids for the past 3 years! Hope he recovers well too.

It is good when you were able to detect the illness and channel the patient for appropriate treatment. It is even better when the patients recover and back on their feet as usual.

Ya Allah, protect me from any carelessness. Give me pathways to treat my patients and strenghten my patience to deal with them. Amin.

Sunday, February 19, 2017

Catatan Yang Sebak - Aspirasi dan Insaf Diri

PAGI YANG SYAHDU BERSAMA AYAH CHIK

Pagi ini, kami penduduk Rusila memulakan hari dengan suasana yang penuh syahdu dan sayu. Alhamdulillah Ayah Chik berkesempatan untuk mengimami solat Subuh kami berjemaah. Seperti biasa, para jemaah yang tenang menunggu ketibaan kelibat beliau dari pintu khas yang dibuat berdekatan dengan rumahnya.

Rakaat yang pertama, Ayah Chik memilih untuk membaca firman Allah di akhir surah al-Baqarah bermula ayat 284. Beliau memulakannya seperti biasa. Sampai pada ayat terakhir, dengan tiba-tiba suara beliau berubah. Nafasnya jadi tersekat-sekat dan sebak ketika melafazkan ayat
رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengambil kira kesalahan kami jika kami lupa atau kami tersalah."

Selepas itu beliau berhenti seketika. Kemudian menyambung lagi:
رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا
"Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami."

Ayah Chik berhenti lagi. Suaranya bertambah sebak dan sayu. Hati saya sudah mula diruntun kalam-kalam tuhan yang dialunkannya. Kemudian beliau meneruskan:
رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya."

Sekali lagi beliau berhenti. Kali ini panjang daripada biasa. Nampaknya beliau benar-benar menghayati maksud setiap yang dilafaznya. Seolah lafaz itu dipendam begitu lama dalam hatinya sebelum punya kekuatan untuk menuturnya.

Tidak lama selepas itu beliau menyambung.
وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ
"Maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan rahmatilah kepada kami"

Seperti sebelumnya, beliau juga berhenti. Tetapi kali ini beliau mengulang ayat ini sebanyak dua kali. Kali kedua itu lebih nyaring, kasar dan sebak suaranya dari yang pertama. Lalu beliau mengakhiri ayat sebelum rukuk dengan firman Allah:
أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
"Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Pada rakaat kedua pula, suaranya berubah menjadi semangat. Beliau membacakan surah al-Hajj bermula ayat 38. Apabila tiba di hujung ayat 40, suaranya semakin ditekan iaitu ayat:
وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
"sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa"

Apabila menyambung ayat 41, suaranya makin ditekan tanda semangat. Lafaz Firman Allah itu berbunyi:
الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
"Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan bagi Allah jualah kesudahan segala urusan."

Saya yang berada di belakang beliau juga berubah mood selari apa yang dibaca. Daripada memanjat pengharapan pada Allah di rakaat pertama, kepada membugar semangat untuk menuntut kemenangan di jalanNya.

Sesiapa yang pernah solat di belakang Ayah Chik, pasti akan mendapati hampir setiap ayat yang dipilih untuk dibaca adalah berkenaan dengan jihad. Sesuailah dengan keadaan dirinya yang telah menginfakkan seluruh usiamya di medan jihad.

Memandangkan pagi itu adalah giliran saya menyampaikan tazkirah Subuh, usai solat saya terus naik ke meja kuliah dan memulakan tugasan yang diamanahkan. Hari ini cerita berkenaan seorang sahabat bernama Abu Talhah Zaid bin Ashal al-Ansari.

Membacakan kisah sahabat agung itu, sekali lagi jiwa saya bergetar, mengenangkan pendirian sahabat ini dan sosok Ulama yang sedang memimpin kami kini. Detik ketika usia sahabat itu menjelang tua, beliau masih memiliki semangat bagai anak muda. Ketika Khalifah pada waktu itu iaitu Saidina Uthman merancang sebuah angkatan jihad melalui jalan laut, seperti biasa Abu Talhah terus mempersiapkan kelengkapannya untuk memenuhi perintah tuhan. Beliau tidak pernah terlepas satupun peperangan sejak Badr

Namun anak-anaknya pula keberatan membenarnya bapanya pergi. Sebelum bertolak, mereka berkata kepada ayahnya.
"Wahai Ayah. Bukankah kamu sudah begitu tua? Kamu telah berjuang dari zaman Rasulullah, Abu Bakar dan kemudiannya Umar. Biarlah kamu berehat saja sekarang dan biarlah kami sahaja yang berjuang untukmu"

Mendengar rayuan anaknya itu, Abu Talhah dengan tegas menjawa menjawab:
"Bukankah tuhan telah berfirman:
"انفروا خفافا وثقالا"
(Keluarlah kamu berjuang samada dalam keadaan ringan mahupun berat.)

Tuhan memerintahkan kepada semua untuk keluar berjuang walau apa jua keadaan. Tidak kira muda mahupun tua. Tuhan tidak pernah mengehadkan umur!"

Lalu beliau terus melangkah kaki menuju kapal yang bersedia untuk berlayar.

Namun takdir Allah, beliau jatuh sakit di atas kapal dan mati di sana. Selepas tujuh hari, barulah para sahabat lain menemui sebuah pulau lalu jenazahnya disemadikan di sana.

Ketika menyampaikan kisah ini, hati saya membayangkan sosok yang mengimami solat Subuh tadi. Mungkin beginilah imannya. Beliau sudah berada di jalan perjuangan ini sejak zaman belajarnya lagi. Daripada peringkat cawangan, kepada kawasan, menjadi wakil rakyat, pesuruhjaya negeri seterusnya Menteri Besar, Timbalan Presiden, Presiden sehinggalah dilantik sebagai ulama no.2 di dunia. Pasti sekali beliau ingin perjalanannya ini berterusan hingga akhir hayatnya.

Semoga tuhan sentiasa mengiringi perjalanan mu untuk menuntut janji tuhan. Aku jua akan sentiasa mengiringimu di jalan ini segagah kudrat yang ada, dan akanku tetap teruskannya selepas dikau tiada lagi...

(Alang Ibn Shukrimun)


Sent from my iPhone

Saturday, February 11, 2017

Shopping Bajet

4 shawl glitter + 1 tudung cotton sarung berdagu + 2 blouse + 1 t shirt lengan panjang + 1 seluar tidur cotton = RM140 sahaja!!!

9 items dengan total RM140. Memang shopping bajet. Pakaian murah, tiada jenama, tapi selesa pakai dan menepati keperluan. Alhamdulillah, hilang gian nak beli baju dan tudung, walaupun bershopping lone ranger saja. Mengisi waktu 30 minit sebelum azan Asar. Nak stay kat masjid tadi macam kelam kabut sangat. Baru habis kuliah muslimat, hadirin bertaburan ke sana sini, tirai pun masih terbuka lagi.

Beberapa hari yang lalu dah spent 140 untuk sehelai baju sahaja, tapi of course yang tu ada jenama, dan kualiti jauh lebih baik. Size pun puas hati, cuma kena pendekkan bahagian kaki.

Alhamdulillah nampak sinar baru lepas dengar kuliah muslimat oleh Ustazah Norhafizah Musa tadi. Moga moga kuat dan istiqamah...💪🏻💪🏻

Wednesday, February 08, 2017

Pesan Buat Lelaki

Pesan Buat sang lelaki

Jgn main2 dgn emosi wanita.

Kes ibu kelar anak.
Kes ibu campak bayi dari rumah flat tingkat atas.
Kes meroyan.
Kes isteri lari dari rumah.
Kes ummul mukminin cemburu hingga pecahkan mangkuk di depan Rasulullah.

Kes emosi seorg wanita.

Saya mohon,
Masyarakat - khususnya suami dan keluarga terdekat jgn pandang remeh bila seorg wanita kelihatan sudah mula beremosi.

Bantu dia.
Ratibkan zikir dan doa di dlm hati kita.
Peluk.
Pujuk.

Wanita ketika sdg penat atau tidak sihat sgt mudah beremosi.
Wanita yg sdg emosi sgt perlukan perhatian.
Jgn ditinggalkan.
Kalau dia mahu luah perasaan,
biar dia luahkan.
Dgr saja.
Jgn bantah apa2.

Wanita ketika sdg beremosi hanya perlu melepaskan apa yg terbuku di dadanya.
Dia ingin keluarkan rasa sesak yg mengganggu.
Ketika ini,
otaknya tepu.
Jiwanya beku!

Maka jgn masukkan apa2 lagi.
Ini bknlah masa yg tepat utk memberikan nasihat,
Apatah lagi utk berdebat.

Waktu seorg wanita sdg diamuk perasaan,
syaitan berkerumun di sekelilingnya.
Waktu ini,
Setinggi mana pun ilmunya,
Mgkn terbang entah ke mana.
Sekukuh mana pun imannya,
Mgkin dia akan tewas juga.

Jadi jgn marah seorg wanita ketika dia sdg marah.
Bantu dia melepasi saat sukarnya.
Jgn umpan lagi kemarahannya hingga dia buat kesilapan yg akhirnya dia sendiri sesali.
Tenangkan saja seorg wanita yg sdg dirasuk emosi.
Peluk.
Pujuk.

Nanti bila dia sudah tenang,
bila fikirannya sudah kembali rasional,
bila apa yg tersumbat di dadanya sudah keluar,
sudah lega,
Nasihatilah dia.
Insya-Allah ketika ini,
nasihat kita masuk spt air.
Cair dan mengalir.

Seorg wanita itu dianugerahi Allah sifat yg sgt teliti.
Krn teliti,
dia blh menguruskan byk hal2 rumahtangga secara terperinci.
Namun krn teliti juga,
adakalanya dia menyusahkan diri sendiri.
Hal2 yg kecil bagi seorg lelaki mgkn dianggap besar baginya.

Tegurlah jika dia tersalah.
Tapi tegurlah pada masa yg betul.

Sungguh sifat seorg wanita dan lelaki tidak sama.
Kemampuan mengawal emosi juga tidak sama.
Maka cubalah fahami perbezaan ini.
Insya-Allah,
Byk masalah dan musibah dpt dijauhi.

"Wanita itu dijadikan dari tulang yg bengkok.
Kalau dibengkokkan,
Semakin bengkok.
Kalau diluruskan,
ia patah.
Kalau dibiarkan,
ia terus bengkok.
Maka nasihatinya dgn kata2 yg baik."

Ini Rasulullah yg pesan.
Saya cuma sampaikan.
Pesanan yg sudah cukup menggambarkan betapa tidak mudahnya mengendalikan emosi seorg wanita.
Justeru,
Berhikmahlah.

Lelaki,
Jgn cuma mahu terima seorg wanita dlm keadaan cantik manisnya saja.
Beljrlah juga menerima dia ketika ribut melanda jiwa rapuhnya.

Terima org lain seadanya spt mana dia juga menerima kita seadanya kita.
Insya-Allah,
mudah melentur bahagia.

Copy & paste

Sent from my iPhone

Thursday, February 02, 2017

Lapan Jenis Rezeki

LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH

1.Rezeki Yang Telah Dijamin.

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).

2. Rezeki Kerana Usaha.

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).

3. Rezeki Kerana Bersyukur.

لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7).

4. Rezeki Tak Terduga.

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

5. Rezeki Kerana Istighfar.

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta."
(Surah Nuh : 10-11).

6. Rezeki Kerana Menikah.

وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32).

7. Rezeki Kerana Anak.

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu."
(Surah Al-Israa' : 31).

8. Rezeki Kerana Sedekah.

مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).

Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju
Jannah
Aamiin Allahumma Aamiin.


Sent from my iPhone