Monday, July 30, 2018

Sedih Jadi Mangsa !

Rasa rindu sangat pada kereta merahku. Sampai termimpi-mimpi. Dah tiga minggu berpisah dengannya.

Tadi sempat buat panggilan ke syarikat insurans. Terdetik nak bertanya. Namun semua jawapannya sungguh mengecewakan.

1. Adakah workshop ada menyediakan kereta ganti?
Tidak, kerana puan claim insurans sendiri. Bukan insurans kereta lain.

2. Bagaimana nak claim lost of use?
Tak boleh claim, sebab puan claim insurans kereta sendiri. Hanya boleh claim daripada kereta lain. Puan terlibat dengan motorsikal, maka tak boleh claim. 

Tapi motorsikal tu yang langgar saya?
Sama juga, tak boleh claim dari insurans sendiri. Jika dengan kereta sekalipun, jika puan yang melanggar, juga tak boleh claim.

3. Adakah motorsikal tu dah claim insurans saya?
Belum, tapi dia ada masa sehingga 6 tahun untuk claim insurans puan.

Sungguh tidak adil!!!! Penunggang motorsikal tu yang bersalah, aku yang menanggung kerugian! Aku sangat tak berpuas hati. Kau yang lalai, aku yang kena tanggung. Tiga minggu tiada kereta nak pergi kerja. Dah spent such amount untuk bayar Grab car. Hilang NCD insurans. Kau? Senang senang nak claim insurans aku? Semoga kau ambil iktibar daripada kecederaan kau.

Saturday, July 07, 2018

Malang Tak Berbau



Petang semalam balik kerja seperti biasa. Ketika melalui jalan Tanah Liat menuju ke Kubang Semang, berlaku sesuatu yang tak diduga.

Masa tu kereta berhenti kerana traffic congestion. Biasa kawasan tu tak jem, tapi hari Jumaat ada pasar malam, maka trafik jadi perlahan dan queue hingga ke situ. Aku lihat melalui cermin pandang belakang, kereta rakan sekerjaku, Aqilah sedang menghampiri. Aku pandang depan semula. Tiba-tiba kereta berdentum dan bergegar. Kaca dari cermin belakang bersepai, kena sedikit pada belakang badan dan kepalaku. Keretaku bergerak sedikit ke hadapan. Mujur aku memang berhenti jauh sikit dari kereta depan, sempatlah tekan brek dan berhenti sebelum kena kereta depan.

Terkejut aku. Ada pokok atau tiang tumbangkah? Aku rasa aku okay, tiada kecederaan. Aku terus keluar dari kereta, lagi terkejut aku, tengok ada sebuah motorsikal warna biru tergolek atas jalan raya, dan dua orang terbaring atas jalan raya. Uncle tu terbaring, topi keledar masih di kepala tapi wiser pecah habis. Kepala dan muka berdarah. Uncle sedar, tapi dalam kesakitan. Isterinya pun sedar, dah dalam keadaan duduk, tapi tangan kanannya sakit, tak boleh gerak.

Aqilah pun turun dari keretanya, katanya dia memang nampak uncle tu yang langgar aku. Aqilah minta aku alihkan keretaku ke tepi. Masa tu baru aku tersedar, keretaku ada di tengah jalan. Tengah terkejut, memang tak terfikir pun pasal keretaku. Yang pasti boot kereta kemek, cermin belakang dah pecah, dan nombor plate entah ke mana.

Aku alihkan kereta dan parked di tepi jalan. Aqilah pun berhentikan keretanya di depan keretaku. Selang beberapa buah kenderaan, muncul Kak Mas pula, juga rakan sekerjaku, berhenti di depan lagi. Melihat dua orang yang kukenali ada, hilang rasa gementar dan takutku. Lagipun aku tak bersalah. Beberapa orang riders dah berhenti memberi bantuan. Ada yang telefon ambulans, ada yang kawal lalu lintas.

Seorang rider menghampiriku, katanya dia menunggang berhampiran uncle tu tadi, memang uncle tu tengah ralit, sembang dengan wife yang membonceng di belakang. Mungkin sebab tu dia tak perasan kereta tengah berhenti queue.

Masa aku lihat melalui cermin pandang belakang, cuma nampak kereta Aqilah saja menghampiri. Tak nampak pun motor uncle tu. Dalam masa beberapa saat dia dah hentam belakang keretaku. Jadi aku kira uncle tu bawa laju juga.

Lambat pula ambulans sampai. Dengan jalan sesak pula. Aqilah dan Kak Mas bagi bantuan kepada uncle. Mereka tekan muka dan kepala uncle untuk hentikan pendarahan. Uncle sedar, harap-harap tiada pendarahan dalam otak. Aunty pula dah mula buat panggilan kepada keluarganya. Aku tanya, tadi aunty tak nampak kereta di depan kah, sampai boleh langgar? Aunty jawab dia tak tahu, dia duduk di belakang, uncle yang bawa motor. Aiyoo...

Ada seorang lelaki dilihat memberi nombor telefon kepada aunty, rasanya dia yang akan urusakan motorsikal tu. Mungkin dia seorang adjuster. Dia ada ambil gambar keretaku juga. Ada seorang lelaki Cina beri name card kepadaku, dia pun dari syarikat insurance juga. Aku dah call hubby atas nasihat Aqilah. Masa tu terfikir, tak payahlah nak susahkan hubby sebab aku tak cedera, kereta pun boleh jalan lagi. Nanti susah pula hubby nak pergi ambil anak kat pengasuh lagi.

Ambulans sampai. PPK tu aku kenal dan dia kenal aku. Alamak...habislah heboh satu hospital pasal aku accident. Dua orang PPW terus beri rawatan, bubuh splint pada tangan kanan aunty tu. Uncle diangkat naik atas stretcher dan dibawa masuk ambulans dengan aunty. Semoga selamat kedua-duanya.

Aku memeluk Kak Mas dan Aqilah tanda terima kasih. Kesian mereka balik lambat pula sebab tolong teman aku. Lagipun Kak Mas masih beruniform, jadi dia ada tanggungjawab untuk bantu uncle dan aunty tu.

Hubby tak sampai lagi. Pakcik - pakcik di seberang jalan dah buat isyarat, " Pi buat report". Aku called hubby, nak ke Balai Polis Kubang Semang terus, yang terdekat. Sampai di sana, encik polis kata kemalangan kena buat report di Balai Polis Bukit Mertajam cawangan trafik, dekat Summit tu. Adoii. Hubby kata tunggu situ, nanti kita pi sekali. Dekat 15 minit juga tunggu hubby, senyum manis dia bila keluar dari kereta. Mungkin dia tak nak aku sedih.

Kami ke balai polis cawangan trafik tu. Sarjan yang ada di situ terus tahu, ni accident di Kubang Semang ni. Masa on the way ke situ, ada satu lagi accident, arah ke BM, Bezza biru dengan Kelisa. Aku juga nampak motor uncle tu dah naik atas lori.

Habis ambil kenyataanku, pemandu kereta Bezza tu pula sampai. Aku dan hubby naik ke tingkat 2, berjumpa dengan Investigating Officer, Sarjan Sahidin. Sarjan ambil lagi keteranganku, dan keluarkan laporan lain.

Sarjan kata kes ni straight forward, memang uncle tu salah, langgar belakang keretaku. Polis akan saman orang yang bersalah. Aku kena claim insurance kereta sendiri, sebab tak boleh claim insurance motor uncle tu, tapi uncle boleh claim insurance keretaku :(  tapi sebab dia bersalah, mungkin pampasannya sedikit saja. Sarjan bagi jaminan, kes ni lawyer tak boleh pusing dah, memang uncle bersalah.

Jalan tu satu lorong. Kenderaan memang dah berhenti lebih kurang 1 minit. Cuaca pun elok. Jadi tak boleh lah nak kata aku brek mengejut, atau aku tiba-tiba menukar lorong.

Aku kesian pada uncle dan aunty yang cedera tu tapi geram juga, kerana kecuaian uncle, aku juga jadi mangsa. Kereta dah kena masuk bengkel entah berapa lama. Hari ni hari dia cuai, hari lain mungkin aku pula cuai. Semoga mereka berdua cepat sembuh dan semoga cepat dapat selesaikan urusan pembaikian keretaku.


Sent from my Samsung Galaxy smartphone.