Wednesday, February 17, 2016

Can't Focus

Can't focus can't focus can't focus can't focus can't focus can't focus can't focus can't focus can't focus can't focus
Argggghhhhh!!!!!!
Distractions!!!!!

F
O
C
U
...............................

Thursday, February 11, 2016

Monday, February 08, 2016

Fasa Baru

Benarlah janji Allah, bersama kesusahan, ada kesenangan.
Selepas episod duka November lalu, kemudian bertahan dengan attachment secara paksaan, kini kehidupan lebih tenang.
Gementar untuk menghadapi perubahan dalam kehidupan.
Baki 12 hari sebelum berangkat ke sana. Kemudian 17 hari selepas pulang, bakal melalui satu lagi fasa baru dalam kehidupan. Subhanallah, alhamdulillah.

Hari ni bertambah lagi usiaku. Syukur, masih diberi peluang untuk mengumpul bekalan akhirat untuk setahun lagi. Diri sudah lama menerima hakikat kemasukan ke dekad baru. Tiada lagi rasa ralat dan rendah diri. Kualiti kehidupan bukan diukur pada usia, tapi pada sumbangan dan pencapaian hidup.

Sungguh, Allah Maha Pelindung. PerlindunganNYalah yang melindungiku daripada menjadi mangsa sindiket penipuan kad kredit. Terkejut menerima panggilan daripada card centre usai solat Maghrib semalam. Ada cubaan menggunakan kad kreditku untuk transaksi online di Paypal dan Warner Music. Siapalah yang jahat sangat tu, mujur tidak berjaya. Haram menggunakan kredit orang lain kalau kau berjaya sekalipun. Akhirnya terpaksa terminate terus kad tu. Semoga Allah buka pintu hati orang tersebut agar bertaubat.

Pada tahun baru ni, rumah kami mendapat kawan baru. Carko, kucing betina bulu hitam milik jiran sebelah, kini sering lepak dan makan di rumah kami. Manja dengan kami. Mungkin sebab jiran agak sibuk sekarang, mereka sedang buat persiapan untuk walimah bulan May nanti, maka Carko sedikit terabai. Mujur pandai kucing ni cari makan di rumah kami, tak cerewet pula tu. Kami akan bagi Carko makan kenyang-kenyang sampai gebu balik, selagi ada makanan di rumah kami. Semoga bakti kecil kami ni akan membuka lagi rezeki keluarga kami,dan apabila kami tiada nanti, Carko boleh tolong jagakan rumah.

Saturday, February 06, 2016

Petikan Akhbar

Wanita utamakan lelaki :
1. Mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh
2. Setia
3. Dapat membimbing isteri

Manakala lelaki membuat penilaian rupa pada peringkat awal.

Hmmm ada benarnya juga.

Tuesday, February 02, 2016

Sedih Nak Berpisah

Baru lepas calling2 dengan abang dan kakak ipar, sedih pula rasa nak berpisah jauh....membuak-buak air mata tumpah. Biar buruk macam mana pun, mereka tetap abang dan kakak iparku. Air yang dicincang tidak akan putus. Semoga mereka selamat berangkat, dapat menunaikan ibadat dengan baik di sana dan selamat kembali dengan pembaharuan iman yang mantap. Aku bakal menyusul nanti jika Allah izinkan...

Tadi beli macam-macam toiletries kat Guardian dah RM90!
Aku kena prepare sungguh2, jangan buat last minute.
Mak dan ayah mengharapkanku.
Long weekend ni kena buat intensive revision.

Tinggal kasut tak beli lagi. Sweater mungkin kena cari. 
Kena check weather.
Check flight ticket juga.

Biiznillah.

Monday, February 01, 2016

Debaran

Jumaat lepas merupakan hari terakhirku di wad medical. Pagi hanya perlu review satu cubicle. Alhamdulillah, MO yang asal dah kembali bekerja. Siap boleh sembang denganku pasal pengalaman dia pergi interview untuk master. Padahal dulu tak pernah bertegur sapa pun. Aku selesaikan kerja-kerjaku pada pukul 12.30pm, terus ke kantin dan singgah di OPD untuk rehat. Lepas makan, sempat lelapkan mata dengan nyenyaknya hingga 1.45pm. Solat Zuhur, kemudian bersiap-siap untuk kembali ke wad.

Senior MO di wad hari tu oncall, menghilangkan diri pula dia waktu petang. Tinggallah aku dengan junior MO yang masih tagging tapi macam pelik sikit. Ada dua new case masuk, aku clerk. Unstable angina and dengue fever. Si junior juga menghilangkan diri, katanya nak pergi minum, tapi hanya kembali pukul 4.30pm. Aku called ke kaunter OPD. Alhamdulillah, namaku dijadualkan untuk bilik 3B pada minggu seterusnya, bermaksud, no extension in medical attachment!!!! Lega dan senang hati balik kerja hari tu.

Sabtu...aku masih di rumah sewa. Konvoy enam buah kereta ke Bagan Serai untuk walimah MA Firdaus. Kami bertemu di Tol Juru. Kami melalui jalan yang aku familiar, iaitu exit tol Jawi, lalu Nibong Tebal dan pekan Bagan Serai. Kalau nak ke Kolej Vokasional kena belok kanan, nak ke rumah kenduri ni kami straight saja. Petang tu singgah di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah untuk solat Zuhur sebelum balik kampung.

Hari ni, ramai staff di OPD yang mengucapkan selamat datang dan selamat kembali. Alhamdulillah, at least aku tahu yang kehadiranku disenangi. Ramai patients datang selepas pukul 9. Ramai yang demam, yang layak dapat MC. Hmmm jagalah kesihatan masing-masing ya, ada banyak perkara yang pesakit boleh buat sendiri untuk kembali sihat, contohnya minum air masak, tidur yang cukup, makanan seimbang dan berhenti merokok.

20 FEBRUARI dan 19 MAC bakal menjadi tarikh bersejarah dalam hidupku. Sempatkah untuk aku melalui detik-detik bersejarah itu? Debaran kian terasa. Ramai yang menasihati, banyakkan solat hajat dan solat taubat.

Insya Allah, yang terbaik hanya daripada Allah!