Wednesday, July 31, 2013

Hilang!

Malam ini, ikut perancangan, insyaAllah adalah malam terakhir aku bertarawikh di masjid ini. Bersyukur diberi kesempatan bersolat di sini, walaupun agak panas..Allah ingin mengujiku dengan sesuatu yang tidak pernah aku alami. Usai bersolat, aku dapati bahawa kasutku hilang!!! Aku tidak halalkan kasut itu, kepada si pengambil aka pencuri, tunggulah balasan Allah. Satu benda kau ambil daripada orang lain, satu benda yang lebih besar Allah akan ambil darimu. Rezekiku untuk pakai kasut tu hanya bertahan sebulan lebih sahaja.

Lepas ni tarawikh di oncall room atau di surau kampung saja!

Monday, July 29, 2013

Torn

How Facebook torn my heart apart?

When people shared their knowledge and experience about fighting for Islam and the work in jamaah..
When they shared their wedding photos..
When they happily showed the photos of their lovely children...
When they seem so happy being on vacation...
When they transformed from fat to slim after trying a product...
When they made money from an enjoyable job...

My heart was torn, and crushed into pieces, because all of those do not belong to me..not just yet.

So basically I dislike Facebook contents. Thanks.

Wednesday, July 24, 2013

Breakdown

The result is out, victory is not ours. InsyaAllah, there is hikmah behind it. Learn, and keep fighting!!

My call for the month ended uneventful last Sunday. Yet the postcall morning was eventful enough. My red hot buddy refused to start!!! I had to call Suzuki Assist, and they sent a tow truck to bring my car to the service centre as there was no technician available. I went back home with my brother, fetch mak and ayah to Balik Pulau and came back home, feeling extraordinary tired.

The next day I decided to ride my scooter back to the service centre. Allahuakbar, my red cute scooter  brokedown once I reached Bukit Minyak area. Okay...my car battery needed to be replaced, and my scooter battery and plug also needed to be replaced. This is what we call as dugaan Ramadhan. The whole day, I was occupied with either my car or my scooter. Everything settled only after iftar. Thanks to my abang long for spending time for me. Then at night my housemate and I went for some groceries shopping...

The original entry that I wrote earlier was more fruitful with reflections but somehow I lost it. 

Last but not least, remember that everything in this world is only temporary, including our problems :)

Sunday, July 21, 2013

Mantop !!! 16:16

Celik

Mata dah celik luas balik gara-gara satu admission. Setiap kali ada admission selepas tengah malam, mesti rasa bengang. Lebih-lebih lagi yang request for admission. This is a public hospital okay, not a hotel!

Earlier on tadi dah terlelap selepas sakit perut, tetiba dapat call dari mak, suruh cakap dengan budak kecik. Budak kecik sekarang kalau mai rumah mesti cari bear makcik. Budak lelaki main bear bear ;)

Alhamdulillah tahun ni Ramadhan tanpa constipation. Tahun-tahun sebelum ni, makanlan banyak mana pun, mesti ada masalan sembelit. Tahun ni, bowel movement lebih regular, malah ada diarrhoea lagi. 

Hari ni ialah oncall terakhir for the month. Fuhh! Marathon calls sebelum ni, sungguh memenatkan. Lepas ni no oncall for ten days. Aku nak berhati keras, takkan buat call siapa-siapa pun.

Sekarang ni bekerja pun selalu rasa tak puas hati. 
1) Adjustment disorder still going on. After half a year without a specialist, now have to live with her presence.

2) Ada orang datang kerja lambat, balik nak tepat pukul lima macam orang lain. Sampai dah diperli macam consultant, sebab dia lagi lambat daripada specialist. Agamamu tak ajar tentang keberkatan masa?

3) Ada orang macam hypothyroid, buat kerja slow, tak proactive, bila dah pregnant first trimester, lagilah lembik jadinya. Akibatnya orang lain kena kerja lebih.

Eh, rasa seperti mengumpat pula. Astaghfirullah.. Sekadar meluah perasaan. Hanya Allah yang menilai.

Friday, July 19, 2013

Never Give Up

 Over work place earlier, the three of us sat down, moaning and whining about our adjustment disorder. The ups and downs of life have made us upside down. Counting days, of when is the right time for us to leave, or in other words, when can we leave and be more happy with the life we wanted. What will happen if we leave the ministry? Will we survive in other world?

Feeling tired adjusting life according to other people, but not ourselves.

Tuesday, July 16, 2013

Ragam Ramadhan

Tiga hari balik kampung, banyak yang dah berubah. Masjid di sini dah tak sepenuh dahulu. Tak perlu solat di koridor lagi. Imam pun dah bertukar. Garang suaranya, namun masih merdu. Parking kereta lebih mudah. Mana pergi semangat Ramadhan muslimun semua? Setakat dua tiga hari sahajakah?

Ragam satu - sejak aku sampai dalam masjid hinggalah ke azan, dua orang ni tak habis-habis bersembang. Jelas bual bicara mereka. Perihal solat witir berapa rakaat, hinggalah ke kursus di kampus. Waktu azan masih berbual. Tiba waktu solat, mereka mengira rakaat. Yang seorang tu dah mengantuk sangat sampai perlu menampar-nampar pipi. Cukup lapan rakaat, mereka mengundur diri.

Ragam dua- bingit mercun dilontarkan budak-budak di perkarangan masjid. Mujurlah imam tidak melatah. Anak siapalah tu. ibu bapanya tahu ke tidak, anak bermain mercun? Ke tak tahu? Atau tak ambil tahu? Buat apalah dibawa anak-anak ke situ jika hanya untuk menganggu jemaah bersolat. Mungkin mereka tiada pilihan lain melainkan membawa anak bersama. Tiada penjaga. Lepas lapan rakaat, senyap. Sah-sah mereka anak jemaah yang bersolat di situ dan pulang selepas lapan rakaat.

Ragam tiga - muslimat di sebelahku menarikku ke kiri untuk rapatkan saf. Aku sujud, separuh dahi di atas sejadah kecilnya, separuh lagi di atas karpet masjid. Aku tak kisah pun tidak bersejadah. Mungkin dia perasan, lalu ditariknya sejadah kecilnya itu supaya dahiku mencecah sejadah sepenuhnya. Mulianya hati dia.

Ragam empat - berpuasa sudah, solat lima waktu sudah, menutup aurat sudah. Tiba waktu berbuka, berbuka berdua bersama teman lelaki. Ermm...macam mana tu?

Pelbagai ragam manusia. Semua ada kelebihan dan kekurangan. Sebagai generasi al Furqan, kita perlu bijak membezakan yang benar dan yang batil. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik, insyaAllah!

Sunday, July 14, 2013

Entri Ramadhan

Lambat betul tulis entri Ramadhan. Sibuk benar. Alhamdulillah, masa yang ada terisi sebaiknya insyaAllah. Kali ini Ramadhan mesti lebih baik!

Rindu sangat zaman medical school dulu. Walaupun jauh dari kampung halaman, tetap rasa seronok berbuka bersama-sama teman seperjuangan di perantauan. Paling best ialah berbuka di rumah kak Riza dan Ustaz Wan di Blackpool. Hampir separuh Ramadhan kami berkampung di sana. Petang - petang naik bas ke Blackpool. Tunggu kak Riza balik, masak bersama-sama. Iftar sama-sama...juadahnya bukan calang-calang. Murah rezeki mereka berdua. Pernah tu makan stik lembu, mashed potato dan nasi goreng. Saiz stik memang besarrrr. Lepas tu aku selalu contract basuh pinggan. Sampai lenguh pinggang. Solat sama-sama. Kami buat lapan rakaat saja, lepas tu witir. Alhamdulillah. Rindu saat itu.

Ramadhan eve baru ni, aku post call. Lepas dinner, Isyak dan Tarawikh di Masjid Bandar Perda. Penuh...sampai muslimat solat di koridor masjid. Lepas lapan rakaat baru boleh masuk dalam.

To be continued...nak iftar!!!

P/s mak masak bihun goreng special...

Ahlan wa Sahlan Ramadhan

Thursday, July 04, 2013

Apakah Dosanya?

Para pendokong Islam di Mesir diuji oleh penggulingan presidennya, Dr Muhammad Morsi, seorang pemimpin yang dilantik melalui sistem demokrasi pilihanraya, namun diturunkan dari takhta melalui rampasan kuasa tentera. Beliau dituduh dengan pelbagai tuduhan, namun beliau masih teguh mempertahakan kalimah Allah. Allahuakbar! Beliau mungkin adalah antara hamba kesayangan Allah di muka bumi ini, sedangkan kita masih terperuk di zon selesa, di negara Malaysia yang "aman damai" ini.

Sekelip mata kerajaan Mesir berubah tangan. Macam kerajaan Malaysia juga, sekelip mata lampu black out, terus kerajaan berubah..tak gitu? Bayangkan jika pemimpin negara yang kalah undi popular itu digulingkan dalam sekelip mata, perit tak?

Kita mungkin tidak begitu mengenali Dr Muhammad Morsi, tetapi dirinya terasa begitu hampir dengan hati kita. Beliau pemimpin dari jamaah Ikhwanul Muslimin, salah satu daripada jamaah Islam yang tersohor di muka bumi. Dahulu, aku hanya tahu satu sahaja jemaah Islam, iaitu Ikhwanul Muslimin. Maklumlah, asyik disogokkan oleh buku-buku tarbiyah mereka. Tidak sedar bahawa waqi' sendiri mempunyai jemaah Islam yang sudah lama tertubuh untuk memperjuangkan Islam. Pas dan IM mempunyai hubungan yang erat, baik hubungan dasar jemaah, mahupun hubungan hati para pendokongnya. Presiden Pas sendiri pernah mempunyai naqib usrah daripada kalangan pemimpin IM.

Bertahanlah Dr Muhammad Morsi dan Muslimun di Mesir, bantuan Allah akan datang jika kita bersungguh-sungguh meminta bantuanNya.






Apa dosa Dr Mohammad Morsi terhadap rakyat Mesir?

Dosa-dosa Dr. Muhammad Mursi selama memerintah negara Mesir.(baca keseluruhan)

Mengapa kalangan liberal sangat berusaha menjatuhkan Presiden Mesir DR Muhammad Mursi?Salah seorang pembaca menghantar tulisan menarik tentang Dosa-dosa Presiden Mesir DR Muhammad Mursi. Boleh jadi, pendapat yang dihantar melalui fanpage ini benar. Bahawa ‘dosa-dosa’ inilah yang membuat pemerintahan Mursi di goncang.

Berikut tulisan lengkapnya:

Dosa Mursi itu adalah kerana dia boleh membawa Mesir dalam setahun ke arah jelapang makanan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampaui 60%. Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Mursi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.

Dosa Mursi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.

Dosa Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak lebih 200%, manakala harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.

Dosa Mursi adalah membina kilang samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.

Dosa Mursi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta.

Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika.

Dosa Mursi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasa nikmatknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan. Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih.

Dosa Mursi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kemuflisan.

Dosa Mursi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.

Dosa Mursi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.

Dosa Mursi yang tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari kongkongan kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan memerlukan bertahun-tahun untuk melakukan hal itu.

Dosa Mursi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang diambil kira.

Dosa Mursi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.

Dosa Mursi adalah kerana ia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.

Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat.

Dosa Mursi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.

Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan kroni-kroninya.

Dosa Mursi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya dan berusaha menghabisi kecurangan.Dan banyak lagi dosa-dosanya yang tidak boleh kita sebutkan satu persatu yang membuatkan musuh politik Mesir kepanasan, terutama Amerika dan Israel yang menjadi dalang utama.Kerana dosa-dosa itulah maka Mursi akan digulingkan oleh munafik-munafik penyokong Mubarak, liberal, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta puak Islam munafik. Mereka memandang Mursi sudah gagal dah akan membawa Mesir ke arah kehancuran.Itulah logik yang ada dalam kehidupan sekarang.

Itulah "dosa" insan bernama Morsi. Orang Islam amal sekular ini memang rapat dengan Amerika & Yahudi. Dan mereka tidak pernah akan sokong agenda Islam walaupun mereka kalah dibawah sistem mereka cipta.

Monday, July 01, 2013

Sayonara Jun

Sudah masuk bulan Julai.
Oncall lagi.
Pengakhiran bulan Jun yang agak baik.

28 Jun
Oncall terakhir for the month. Farewell lunch for three MOs and three nurses. 
Menu - nasi putih with ulam, gulai ikan masin dan ayam goreng, bubur jagung, chocolate cake from secret recipi, jelly, cookies, laksa siam and orange cordial.
Considered good call, only 2 admissions at night.
Sat down face to face with a friend and honestly told her the truth. Made her cry with the honest statement. Made me weep too to see her crying. Yet we were glad that the truth was revealed. She deserved someone better and I needed to put up courage to help others from being cheated.

29 Jun
Sepatutnya ada walimah yang perlu dihadiri namun tuan rumah tidak menjemput, maka kami tidak boleh menghadirinya. Sangat terlupa yang my friend in HBP held her reception, sorry Yoga.
Post call, balik rumah, pelik sebab ayah suruh park kereta menghampiri jalan raya. Rupa-rupanya YB and wife on their way balik dari SJ. They arrived around 4 pm.
Went to abang's house to meet budak kecik yang malu-malu kucing. Then had dinner at MS Curry House in Perda, which is just 5 minutes away from my house! We dropped ayah at my house first so that he could watch FA Cup final without interruptions. Came back to Penang at 12.20am.

Piala FA 2013 Final : Kelantan vs Johor Darul Takzim

Kelantan ialah sebuah pasukan yang bangkit beberapa tahun ini. Penyokongnya super ramai. Striker kurang menyerlah, tapi midfielder dan goalienya terbaik. Aku bukan orang Kelantan tapi aku menyokong pasukan itu dan mahukan mereka menang. Yes, Kelantan menewaskan JDT dengan satu gol, seawal minit ke 15 lagi. Piya menghantar bola kepada Farhan lalu menjaringkan gol. Piya aka Badhri Radzi ialah kapten Kelantan yang disegani. Beliau pernah dicalonkan dalam anugerah bola sepak asia, bersama Safiq Rahim. Bakatnya menyerlah, namun Rajagopal lambat mengambilnya masuk ke skuad kebangsaan. Entah di mana silapnya, selepas peminat mendesak, baru Rajagopal ambil dia. Piya dipilih sebagai Man of the Match pada malam itu. Coach Bojan Hodak kelihatan tenang..masih bisa tersenyum sebelum perlawanan. Mungkin ini petanda bahawa Kelantan lebih bersedia untuk mengisi kemenangan.



JDT sebuah pasukan yang baru dibentuk pada tahun ini, hasil usaha Tengku Mahkota Johor. Digelar Manchester City Malaysia keran memiliki ramai star players. Ada duit, boleh beli pemain. Bintang saja tidak cukup jika team work tiada. Mereka ada ramai striker, tapi semuanya tumpul kerana bahagian tengah tidak menjadi. Safiq Rahim tenggelam...apa jadi denga kapten kebangsaan ini? Safee Sali kemarau gol lagi malah digantikan oleh Nunez selepas Kelantan menjaringkan gol. Mat Yo juga hilang bisanya. Ketiadaan Aidil amat dirasai, dia defender terbaik buat masa ini. Percaturan Fandi Ahmad sebagai coach juga nampak pelik. Muslim Ahmad tidak diturunkan, bahagian tengah terlalu longgar. JDT team baru, mereka banyak masa lagi untuk mengejar kejuaraan.

Tabik pada penyokong JDT yang setia ke akhir penyampaian hadiah walaupun pasukan itu tewas. Semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh kedua-dua penyokong patut dipuji. Rakyat Malaysia bangkit meyokong bola sepak tempatan. Semangat dan bersatu atas nama kesukanan. Alhamdulillah masih ramai yang menunaikan solat berjemaah di perkarangan stadium. Dengar kata masuk stadium sejak 3 petang? Harap-harap bersolatlah semuanya.



Tahniah Kelantan kerana berjaya mengekalkan kejuaraan Piala FA!