Thursday, December 20, 2012

Sawah Padi

image

Sebelum ni aku selalu kagum apabila melalui kawasan sawah padi. Aku envy orang-orang yang duduk di kampung-kampung. Kini tidak lagi,....pemandangan dari tingkap bilikku cukup mendamaikan. Bendang hijau terdampar luas, menenangkan jiwa. Subhanallah. Aku lebih tenang di sini.

P/S alhamdulillah, post call today with 4 admissions...thank you Allah.
[]
posted from Bloggeroid

Wednesday, December 19, 2012

First Call Symptoms

My first call, only Allah knows how I feel.
Butterfly in my stomach.
Heart palpitations.
Even my pockets felt vibrating even though mobile phone is out on the table.
Bowel feels like having diarrhoea.
Vertigo on and off.

Allah, please ease my call.

Okay, lets revise till midnight.

posted from Bloggeroid

Tuesday, December 18, 2012

Kosong

Dinner malam ni ialah sup kosong - literally sup kosong, air sahaja dengan rasa ayam dan garam, dengan air ribena. Kasihan, orang lain makan besar lepas dapat bonus setengah bulan gaji, aku makan sorang2 begini. Nasib badan hidup membujang begini, tambah pula banyak duit dihabiskan untuk proses perpindahan.

Esok - My first solo call as the so called paediatrician !!!!
Bismillahirrahmanirrahim....

posted from Bloggeroid

Monday, December 17, 2012

Pindah !!!

Alhamdulillah,syukur akhirnya aku hidup berdikari setelah dua tahun lebih dimanjakan oleh mak dan ayah. Rindu perasaan ini. Setelah enam tahun di perantauan,setahun di kolej dan dua tahun di sekolah berasrama penuh,kini aku kembali merantau. Bukanlah jauh mana pun,tapi perasaan itu yang berharga!

Rasa bagai dalam filem Istanbul Aku Datang...apabila watak utama wanitanya gembira menemui rumah sewa yang cantik. Itulah yang kurasa. Cuma kasihan mak yang perlu menguruskan Tok sendirian. Semoga Allah memelihara kedua orang tuaku di sana sebaik mungkin...





posted from Bloggeroid

Saturday, December 15, 2012

Perpisahan Yang Mempertemukan II

Malam Sabtu lalu kami berkampung di Balik Pulau. Tidur bergelimpangan di ruang tamu. Tiada rasa segan, semuanya saudara dekat belaka. Sukar melelapkan mata di tempat baru dengan keadaan terang benderang begitu. Hanya dua hari kemudian aku terasa kesannya pada bahagian belakangku akibat salah tidur.

Keesokan paginya aku dilanda ujian yang mencabar. Keretaku masuk ke dalam tanah lembut dan hanya dapat dikeluarkan sejam kemudian! Itupun setelah datangnya pertolongan daripada orang kampung yang lebih senior. Macam 4x4 challenge! Habis keretaku bermandi pasir.

Jenazah dimandikan pada jam 9 pagi. Aku menyimpan hasrat untuk turut sama membantu, itukan mak cikku juga, namun pengendali itu tidak membenarkan orang lain selain daripada anak-anaknya. Jam 10.20 pagi, jenazah selamat dikapankan. Sebak rasa melihat sepupu-sepupuku mengalirkan airmata tatkala melihat wajah ibu mereka buat kali terakhir...betapa tidak bersedianya aku andai ini berlaku padaku.... Kami menyusul ke kubur. Jenazah dikuburkan bersebelahan dengan kubur arwah pak caq. DaripadaNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Semoga roh mak caq dicucuri rahmat...

Kami berkonvoy dua kereta pulang ke rumah petang itu...sempat menghadiri walimah sahabatku sebelum settle down di rumah... YB dan isterinya sempat sampai sebelum jenazah dikafankan. Alhamdulillah, hampir 4 bulan tidak bertemua, akhirnya perpisahan dengan si mati ini telah menemukan semula kami sekeluarga. Satu nikmat yang Allah ambil, satu lagi nikmat digantikanNya. Sayangnya Allah pada hamba hambaNya.

posted from Bloggeroid

Wednesday, December 12, 2012

Perpisahan Yang Mempertemukan

Sabtu lalu mak caq pergi meninggalkan kami. Aku bersyukur, sempat melawatnya ketika hayat masih ada hari Jumaat itu. Arwah kelihatan lebih teruk daripada sebelumnya namun aku tidak sangka dia akan dijemput Ilahi hanya sehari selepas itu.

Hari sabtu itu aku excited sebab best friendku bakal bernikah. Paginya bangun dengan rasa segar dan tidak mengantuk langsung. Lagipun sudah lama aku tidak berweekend off. Namun tengah harinya aku terlelap dek kesan syrup Benadryl. Langsung aku tidak menduga berita buruk bakal menyusul.

Petangnya akad nikah berlangsung dengan lancar. Pukul 6, sedang kami bersiap-siap mahu meninggalkan Masjid Bagan Jermal untuk ke Masjid al-Huda (kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus), aku dikejutkan oleh panggilan telefon daripada mak yang mengatakan bahawa mak caq telah tiada. Aku bergegas ke hospital. Mak dan ayah juga segera ke hospital dengan motosikal. Abang dan kakak ipar juga bergegas ke hospital sebaik mendengar perkhabaran itu. Kami bertemu di hospital namun jenazah sudah dalam perjalanan ke rumahnya. Thanks to our PM who came to Tanjung Tokong and congested the traffic!!!

posted from Bloggeroid

Monday, December 03, 2012

Paeds

Paediatrics!!!
Allah certainly has better plans for me.
At the very last minute, I decided to apply for ENT? Out of a sudden. He department was full anyway. So, Medical or Paeds or Obstetrics? Each of the options has the pros and cons. Lets not think about it.

Okay Paeds Protocol, here I come!

I am currently still in denial phase, as usual, so I have no coments yet.

posted from Bloggeroid