Friday, March 24, 2017

Pening lagi

Pening hari ketiga. 

Punca : angin masuk perut

Rawatan: makan nasi pagi-pagi

Kesan: jadi gemuk!!!


Dah beberapa biji MMT masuk dalam badan, masih tak hilang angin. Semalam tiba tiba pening balik pukul 10 malam. Terus telan Stemetil, lumur kepala dengan minyak cap kapak, tidurrrrr tanpa ke bilik air pun. 


Kena get well soon in a few days before the trip!



Sent from my iPhone

Wednesday, March 22, 2017

Pening Angin

Kepala pusing sejak sebelas pagi tadi. Angin satu badan. Entah silap di mana, mungkin minum Ekspresso pagi tadi, makan dengan butter cream bun. Sebelum ni minum kopi susu pagi-pagi okay saja, mungkin Ekspresso ni kuat kot. Baru minum suku tin. 

Pening kepala menahan angin. Perut sebu. Mual. Terpaksa minta assistant berhenti call patient sekejap, untuk sapu minyak di kepala, hidung dan dada. Nak sapu perut macam susah sikit. Kurang sikit pening setelah sapu minyak. Gagahkan diri untuk habiskan kad. Banyak pula kad hari ni, 62, patutnya 50 saja. Yang appointment semalam ada beberapa orang datang hari ni. Yang bukan diabetic pun entah macam mana terlepas masuk bilik tu.

Kantin hanya jual kuih hari ni, tak dapat masak sebab paip air pecah, tiada bekalan air. Memang tiada niat nak ke kantin pun, setelah kena caj seketul ayam goreng kecil tiga ringgit, terus berazam taknak jejak kaki ke sana lagi, sampai tukar tender. Biar kebuluran. Biar sampai kakak owner tu tanya, lama tak nampak doktor ni.

Nak order nasi, macam tak lalu pula nak sumbat nasi. Malam nanti kena makan nasi lagi. Ikut join order burger daging dengan geng geng nurse. RM3.30. Sedap. Mengenyangkan, tapi tak berjaya menghalau keluar angin dalam badan. Sempat lelap dalam 20 minit, lepas bangun pun masih pening. Sapu minyak lagi. Tengok patients dengan passionate. Seorang demi seorang selesai. Dah cuba bagi rawatan sebaik mungkin. Semoga Allah menyembuhkan mereka.

Sampai drive balik pun masih pening. Sampai rumah, dapat baring sekejap, rasa lega sikit. Lepas dinner, baru rasa okay. Penangan angin!

Monday, March 20, 2017

Hidayah

Jakim:
Menurut para Ulama, terdapat 10 tanda-tanda orang yang telah menerima Hidayah Allah, iaitu:

1. Membenci perbuatan maksiat,
2. Membenci bercakap kosong,
3. Tidak meninggal solat fardu,
4. Sentiasa membaca Al-Quran,
5. Rajin bersolat Tahajjud,
6. Banyak berzikir,
7. Banyak berdoa,
8. Bersangka baik terhadap Allah S.W.T,
9. Perubahan akhlak menjadi baik,
10. Tiada mengeluh ketika bermasalah

- Muhasabah diri -


Sent from my iPhone

Saturday, March 18, 2017

Lelaki Paling Baik

"Rasulullah صلى الله عليه و سلم bersabda:
Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya, dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku. Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita, kecuali dia seorang yang mulia. Tidak ada yang menghina wanita, kecuali orang yang rendah pekertinya."

(Riwayat Abu Daud)..


Sent from my iPhone

Tuesday, March 14, 2017

Perit

Sekarang aku merasa. Peritnya menghadapi soalan soalan pedih bak dihiris pisau.

Dah berisi belum?
Dah ada ke?
Lambatnya?
Awat lambat sangat tanam?
Takda apa apa lagikah?

Sedapnya lidah bertanya. Tak fikir perasaan orang yang ditanya. Kalau tolong mendoakan takpa, ini mengkritik lagi ada. Bukannya kalian nak bagi duit pun nak sara aku bila berisi nanti. Seingat aku, aku tak pernah tanya direct dengan puan empunya badan. Kalau curious sangat pun aku risik risik pada orang tertentu saja. 

Kadang kadang aku nak tanya balik, kenapa sibuk nak tahu? Tapi adab sopan menghalangku. Dengan lembut menjawab, takda apa apa lagi. Serius menyibuk. 

Dulu masa bujang, alhamdulillah, Allah pelihara juga, saudara mara takda yang tanya direct, bila nak kahwin, mungkin mereka nak jaga hatiku, mungkin mereka juga segan denganku. Tapi ada juga makcik sekampung yang mulut capoi, siap kata aku ni memilih sangat. Lepas hari tu terus kami menjauhi dia, dah tak mesra dah. Masa nak jemput kenduri haritu pun tak terjemput mereka sebab dah lost contact lepas mereka pindah.

Manusia. Memang tak boleh tahan lidah.

Aku Tunggu

Dia perasan pagi tadi...aku termenung sambil tertunduk saat menunggu azan habis berkumandang. Diam tak terkata apa. Usai solat,aku duduk sebentar di birai katil. Dia bertanya... Ceq kenapa? Laju kujawab, takda apa-apa....Muka masih sedih pagi-pagi. Aku tanya, nak keluar sekarangkah? Awal lagi....

Kesedihan tak dapat dibendung. Syukur, sakit perutnya dah pulih. Sakit di hatiku yang belum pulih. Turun ke dapur, isi air dalam botol. Dia pun turun. Masa nak bersalaman dengannya, mataku dah berkaca-kaca, hanya menunggu masa air nak melimpah keluar. Tanganku digenggam erat.

Marahkah? Tanya dia. Taklah, jawabku ringkas. Bawa kereta elok-elok ya.
Masa tu kolam airmataku dah mula melimpah. Masuk saja dalam kereta, terus hujan turun. Melimpah-limpah. Sedu sedan di pagi hari. Hiba. Sadis. Memandu sambil menangis. Biarlah make up cair,asalkan hati kurang sedih. Dah dekat sampai hospital, baru pujuk hati, berhenti menangis.

Parking kereta, terus lap air mata. Mata rasa sembap, mengantuk macam baru bangun tidur.

Aku akan terus bersedih, hingga dapat apa yang menjadi hakku. Aku tunggu sampai dia betul-betul mengorek kisah duka di sebalik kesedihanku. Jika benar dia sayang, dia perlu ambil tahu...


Sent from my iPad

Thursday, March 09, 2017

Mati, disolatkan di pejabat!

"Kenapa tidak di solatkan di pejabat sahaja?"

Sebelum Subuh
Sudah berangkat ke Pejabat.

Setelah isyak
Baru kembali dari pejabat.

Zuhur
Tersepit waktu istirahat pejabat.

Asar
Pekerjaan banyak sekali di pejabat.

Maghrib
Jalan jem/sesak dijalan,
perjalanan pulang dari pejabat.

Isyak
Masih letih, baru pulang dari pejabat.

Malam-malam
Dipanggil untuk datang ke pejabat.
Malah segera berangkat ke pejabat.

Disaat pencen
Hanya memiliki rumah sederhana bukan istana.
Kereta tua yg kos pembaikan pun mahal.
Duit simpanan yg sudah habis atau Wang pencen hanya cukup-cukup untuk makan.

Walaupun mampu memiliki rumah lebih mewah,
tubuh lemah dan sakit sudah tidak mampu menikmati indahnya rumah.

Hari-hari hanya merasakan rasa sakit.

Puluhan tahun kerja membanting tulang.
Setelah rumah, kereta dimiliki, hartapun habis untuk berubat.

Berat untuk solat karena semua sendi sudah tidak kuat. Ditambah masa muda sibuk kerja hingga tak terbiasa solat.

Mati-matian membela pejabat atas
perintah atasan sampai malas ke masjid.

Tapi disaat tua, lemah, dan wafat.

Jasad pun meminta disolatkan di masjid
dengan Ustaz sebagai Imamnya bukan anaknya yang menjadi Imam.

Mati-matian membela pejabat.
Tak seorang pun mati disolatkan dipejabat. dengan orang atasannya sebagai Imam sholat jenazah.

Jadi..

Masihkah kita mengutamakan
PEJABAT daripada MASJID?

Padahal..

MASJID adalah tempat terakhir kita di solatkan.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Bahagian Dakwah, JAKIM
#copypaste
#muhasabahdiri


Sent from my iPhone

Saturday, March 04, 2017

Otak Ligat

Aduh malam ni susah tidur pulak...esok kena bangun awal. Otak ligat berfikir...idea banyak masuk, semangat membuak buak. Orang cabar kita, kita sahut cabaran tu. Orang bagi penumbuk, kita balas terajang!

Tak boleh duduk berdiam diri lagi. Cili mesti dibalas dengan cili padi! Kecil kecil berapi! 

Esok misi bermula. Eh hari ni. Dah masuk hari baru. Nantikannya!!!!