Wednesday, June 30, 2010

KEMBARA IRELAND 2010 2

Day 3 : Pre-Graduation Dinner for Medical and Dental International Students


Asalnya ayah minta YB gantikan tempatnya, tetapi selepas dipujuk, ayah sudi untuk turut serta walaupun masih selsema. Kami sampai around 7.15pm, semasa reception berlangsung, tetapi kami hanya berlegar-legar di luar bilik resepsi. Tetamu agak ramai dan melihatkan minuman keras juga dihidangkan membuatkan kami tidak berminat untuk masuk ke bilik itu.Jadi kami hanya minum-minum di ruang legar itu sambil bergambar. Semasa aku sedang ambil gambar mak dan ayah, Prof Higgins nampak, lalu dia offer untuk ambil gambar kami bertiga. Baiknya.Sempat juga berjumpa Ms Suzanne Buckley, International Student Officer, seperti biasa, friendly and charming.


 Sambil menunggu, tiba-tiba datang seorang pakcik ni. Katanya dia yang akan bacakan nama graduates pada keesokan hari. Dia menceritakan pengalamannya ke Malaysia sebanyak 5 kali.Dia berasal dari Australia. Masa dia introduce diri, dia pandang ayah, jadi aku tak dapat tangkap namanya. Maka aku pun dengan innocentnya bertanya, " Are you here just for the graduation?". Pelik juga kan, apa orang Australia buat kat sini?Manalah tahu kalau dia dijemput khas untuk jadi presenter...


Kemudian dia menjawab, "No, I'm head of college."
Erk..nak gelak ada, nak malu pun ada. Rupa-rupanya dia head of college of medicine and health.Katanya dia tak banyak jumpa pelajar, tapi banyak habiskan masa bermesyuarat.Pejabatnya betul-betul di bawah prayer room Brookfield. Hmm kalau head of college of medicine aku kenal...


Pukul 8.30pm baru mula masuk ke dinner hall @ Aula Maxima, ada sentimental value, tempat written exams...Menu memuaskan, familiku dan famili Aimi duduk semeja, table 14. Cuma masa waiter tu nak hidangkan wine pada ayah, itu cacat sikit. Nampak sangat mereka tidak mendapat briefing tentang Muslim guests. Aku pandang slack kat waiter tu, ayah geleng kepala, waiter tu pun nampak serba salah sebab ayah menolak pelawaannya.Beberapa minit kemudian, barulah nampak mereka membawa masuk soft drinks - orange, sprite and coke.Semua botol kecil. Beli kat Daybreak ke?
Menu

Pukul 10.30pm barulah berakhir.Ada orang mengantuk dah. Kami terus menaiki teksi untuk pulang...


bersambung...

My Malaysia

Shopping online with Malaysia's e-company is disappointing. Having said that the item will be posted on the same day if payment is made before 3pm is just a myth, as the item still hasn't moved anywhere after 3 days of payment.The email response was late and it doesn't practice the trust concept. Every payment needs a prove, although they can already check it online.I'd rather shop online with overseas companies and spend weeks waiting for the delivery than waiting for an item to be posted from Selangor to Penang. Pos Malaysia is already excellent (via Pos Laju) but if the item hasn't been brought to their office, how are they going to deliver it?


Malaysia is a country with first class facilities but third class services. Ireland on the other hand, has first class services and third class facilities. Ireland does not have the sky scrapers like the corn KLCC, but it has bus Eireann with excellent service and on time schedule.Their 3G phones and mobile broadbands are behind Malaysia but when they start doing them, they provide the best services. Malaysia has the luxurious Putrajaya and Cyberjaya, not to mention the KLCC, but our public transport is still unsatisfactory.


I honestly haven't seen any positive changes for our people since the launch of 1 Malaysia. Currently I saw "1 World" adjacent to the words. Or is it  " 1 Israel"? A person who cried publicly in response to the killings in Gaza is the same person who spent thousands in Harrods buying expensive stuff and this is also the same person who made a speech to the public about being wise when spending money.Huh! 


Yesterday this other person made a speech in the launching of the national tilawah al-Quran : Qari and qariah should not only know the tajwid and the x (can't remember) but also should know how to use the Quran to speak and debate. Fuh!! I think as the number one leader, he should first learn that before asking the people to do that. Ask your wife to wear hijab and tell her that cheek kissing with the Bollywood heroes is haram!!


Last week in Ireland, my brother and I had a little chat about the leadership in our country. He defended our current government by saying that at the time being, only the government have the skill and requirement to lead, the oppositions have more to learn. He was talking about the country development and management stuff. I honestly understood him yet I still said, " I'd rather live in an under developed country than living under a sinful leadership. We are talking about akhirat here."


Okay, my cough has improved but my rib muscles are still in trouble. Hope to get better before the weekend, biiznillah.

Tuesday, June 29, 2010

KEMBARA IRELAND 2010 1

Last night I had orthopnoea and cough attacks, almost end up sleeping while sitting up right. Alhamdulillah, after my self-treatment with frequent deep respiration and cough syrup, those attacks were eliminated. Being almost hyperventilated, I became drowsy and eventually managed to sleep flat on my back. Never I obtained that good night sleep since I've been back in Penang.And my rib muscles are still aching...


Before I continue with my Ireland's story, I'd like to wish congratulations to all DIA team for the successful event [I heard]. I almost made my way there but since my travel ended quite late, I'd made that an excuse.Moreover, with my health condition at the moment, staying away from the event is the best thing to do. I'd rather being dyspnoeic alone in my room rather than making others worry about me.


And to all my friends in Ireland who are going to be doctors in 2 days time, all the best guys!!! Ah, I really need to get rid of this sickness, and become fit again before starting my job. Need to get back on track physically and mentally.


Day 2 


Ayah masih demam lagi. Pagi-pagi aku dan YB menaiki bas ke city centre untuk membeli ikan dan kelengkapan lain. YB happy sebab dapat naik bus no.8 yang double decker itu. Pulang waktu tengah hari, mak sedang masak lunch. Petang itu patutnya bawa mak jalan-jalan city centre tapi mak kesejukan dan rasa tidak sihat pula. Jadi kami hanya duduk di rumah dan tonton world cup. Kesimpulannya banyak masa rugi sebab kena accommodate kesihatan.
Day 3


Setiap pagi breakfast pukul 5 pagi. Awalnya. Tapi seronok dapat kumpul bersama. Rutin harianku ialah mengetuk bilik YB untuk kejut subuh. Katanya aku ketuk lembut sangat masa hari pertama dulu, jadi from second day onwards, aku ketuk tak henti-henti sampailah dia menyahut. Padan muka. Lepas breakfast, aku dan mak masak siap-siap untuk hari tu, sebab kami nak keluar ke city centre nanti. Pukul 10 pagi, kami dah menaiki bas ke city centre, bus no.8 yang double decker juga. To my surprise, mak yang sakit kaki itu nekad memanjat tangga bas untuk ke tingkat atas. Kuat betul azam mak, mahu merasa duduk dalam bus double decker, di tingkat atas.Bila lagi nak merasa, kan? Ayah pun dah nampak cergas hari ini, demam pun dah kebah sikit. Alhamdulillah cuaca panas.


Kami shopping di Penneys, Dunnes Stores dan Guineys...ni semua tempat favorite aku. Sorrylah Debenhams, River Island, Brown Thomas semua tu bukan pilihan hatiku. Aku belikan smart jacket skin colour untuk mak selepas dah buat survey dengan YB semalam. Mak juga berkenan membeli throw, bekas untuk letak senduk dan lapik periuk di Dunnes.Di Guineys pula beli beberapa baju.Masuk pukul 1 pm, mak dah mula sakit kaki,asalnya nak cari tempat untuk duduk, namun selepas mak kata dah takda barang untuk shopping, kami decide untuk pulang saja dengan menaiki teksi yang sedia menunggu.Sampai rumah terus lunch, perut masing-masing pun dah berkeroncong.


Petangnya mak dan ayah berehat setelah kepenatan berjalan di Cork city.Aku menapak ke UCC sambil berjanji untuk berjumpa Aimi di persimpangan jalan. Kami pergi mendapatkan tiket untuk conferring ceremony daripada UCC Media and Communications.Banyak yang dapat dibualkan, rasa indah dapat bertemu semula selepas berpisah selama 2 minggu. Semasa pulang, aku singgah di 97 Wilton Court untuk ambil beberapa barang sambil berkenal-kenalan dengan mak Aimi. Lewat petang baru sampai di rumah, terus iron baju untuk dinner malam ni.


bersambung...

Monday, June 28, 2010

KEMBARA IRELAND 2010



Leganya dapat pulang ke tanah air.Syukur kerana di sebalik dugaan demi dugaan,lepas juga aku dalam peperiksaan akhir dulu. Tak tahulah bagaimana jadinya jika aku ditakdirkan untuk mengambil ujian sekali lagi. Alhamdulillah, satu kepuasan dikecapi saat berada di rumah. Sungguhpun kesihatan masih tidak memuaskan, malah bertambah teruk, aku tetap seronok menikmati tempat tumpahnya darah. Hah, di Ireland pun pernah tumpah juga darahku apabila berpengalaman jatuh sebanyak tiga kali dan melukai lutut kiriku.


Alhamdulillah, allergic rhinitis dah 90% sembuh, hanya sekali-sekali serangan bersin melanda, itupun tidak berpanjangan. Cuma batuk yang kronik ini agak merisaukan, rasanya bagai dah makin teruk pula. Rusuk kanan dah mula sakit sejak semalam,terutamanya apabila berlaku pergerakan ketika batuk atau bersin. Beberapa tahun dulu, pernah juga mengalami inflammed rib muscles akibat chronic cough, GP menyarankan untuk ambil Nurofen. Kali ni pun aku cepat-cepat menelan Nurofen tapi tak beransur baik pun. Semoga tidak melarat ke suatu benda lain pula.Lagi 20 minit harus makan ubat batuk.


Kembara kami empat sekeluarga ke Ireland pada minggu lepas berakhir dengan sedikit dugaan. Dugaan yang insyaAllah akan mematangkan kami dan meninggalkan kesan yang positif. Akibat beli tiket lambat, kami terpaksa menaiki Royal Dutch Airlines atau KLM, sampai sekarang aku tak tahu apa itu K,L dan M.Hasrat untuk menaiki MAS buat kali terakhir tidak kesampaian akibat harga yang melambung mencecah RM11 000 per person.KLM cuma RM 3600 per person.Gembira kerana YB dapat ikut serta walaupun terpaksa membujang seketika.


Perjalanan dari Pulau Pinang pada 13 Jun lalu bermula dengan menaiki Firefly. Kecil saja pesawatnya, comel, dengan servis yang cemerlang, maklumlah, anak syarikat MAS. Sampai di Subang Jaya, sempat melawat rumah baru YB serta berehat di SJ.Malamnya baru bertolak ke KLIA. Sayu melihat saat YB berpisah dengan isterinya. Di KLIA, aku dan YB sangat dehydrated, tambahan pula dengan aku yang batuk ni.Malangnya, selepas melalui satu sekuriti, akan ada satu lagi sekuriti di departure gate. Lupa pula, maklumlah hanya sekali setahun ke KLIA. Nak beli air minuman di pasaraya Guardian, hanya ada botol besar 1 liter. Tak masuk akal...jika mahu haramkan/limitkan liquid, juallah botol kecil sikit. Namun, hasil marathon aku, YB dan mak, kami berjaya habiskannya. Berbaloi RM5+ itu.


Alahai KLM.
Sehingga hari ini, aku masih bersikap malas lagi, jika aku rajin, habislah aku beri komentar hangat kepada customer service KLM. Servis yang tidak memuaskan! Ruang antara kerusi rasanya lebih luas sikit daripada MAS, skrin tv lebih besar tetapi pilihan rancangan tidak mengujakan. Ketika meal yang pertama, aku minta fish untuk kami semua, lagipun dah pre book Muslim meal masa booked ticket, tiba-tiba dia bagi chicken. Aku pun segera menekan button staff required tu. Tunggu punya tunggu, tak muncul-muncul. Pekak ke, buta ke, buat-buat tak tahu? Dengan hati yang bengang, aku lupakan saja. Sabar sajalah. Masuk meal yang kedua, barulah dia cakap halal selepas YB bertanya.Selepas berjumpa Fahmi sekeluarga tempoh hari, barulah tahu bahawa servis KLM memang teruk sikit, kalau passenger yang ada baby pun tak dipedulikan sangat, MAS juga yang no.1.Agaknya sikap orang Dutch begitu kot...


Aerlingus yang cemerlang


Sepanjang enam tahun berulang-alik dengan Aerlingus ni, aku tiada komplen. Semasa pulang ke Amsterdam, penerbangan kami agak awal, 0610, jadi 0430 sudah berada di Cork Airport. Mungkin akibat tidak cukup tidur, keletihan, baru baik demam dan tidak bersarapan, ayah menjadi kurang sihat semasa dalam flight. Terkejut juga aku, mujur tak panik, aku segera buat primary survey, Airway okay, Breathing weak, Circulation okay, aku dapat rasa pulse ayah. Masa tu memang terfikir sama ada hypoxia atau hypoglycaemia. Terfikir juga benda yang lebih worse, which I don't wish to mention here, but Alhamdulillah, lepas tengok ayah menguap semacam, serta-merta tahu yang ayah kekurangan oksigen. Aku segera minta air daripada air hostess tu, dan bila dia nampak situasi kami, terus dia offer untuk beri bantuan oksigen. Ayah improved immediately once given oksigen, syukur...air hostess tu juga beri layanan first class, dia bancuhkan teh untuk ayah dan beri shortbread biscuit, semuanya percuma. Aku paksa ayah makan dan minum, untuk kembalikan gula dan oksigen dalam darah dan otak..Apabila dah nak mendarat, air hostess itu gantikan a glass of plain water tu dengan a bottle of mineral water.Alhamdulillah, ayah dah kembali pulih dan tiada apa-apa masalah lagi sampailah sekarang, cuma mak yang sedikit trauma dengan kejadian itu. Aku pun dah slow talk dengan mak, reassure her and remind her that if anything happens, kita tak boleh panic, sebab sometimes, benda yang boleh dikawal, jadi out of control sebab panic. Thanks a million to the Aerlingus lady.


Cork, Ireland
Menjejakkan kaki di Cork, angin kencang tanpa segan silu menyapa. Apalagi, menggigillah ayahandaku, tak tahan sejuk, sungguhpun sudah mengenakan jaket. Kasihan ayah, demam sebaik tiba di sini. Cuaca di sini memang tidak sesuai untuk ayah, mujurlah summer. Itupun haritu YB bertanya, kenapa graduation tak dibuat pada musim winter, dapat merasa snow. Baru sejuk macam ni dah tak tahan!


Day 1
Aku cuma menguruskan hal barangan makanan untuk seminggu itu. Beli ayam, daging dan lain-lain sambil ditemani YB. YB begitu teruja dengan pemandangan di sini,rerumput yang ditumbuhi bunga-bunga kuning yang halus pun menarik perhatiannya. Jika boleh, dia mahu ada rumput seperti itu di rumah barunya.Malah, jenkaut yang kecil di Summerstown road itu pun dikatakan comel! Bergambar sakan YB, seolah-olah dia yang menuntut di sini.Aku hargai setiap pemandangan yang kami lalui tetapi entah mengapa, aku tidak teruja untuk merakamkan kenangan terakirku di sini. Mungkin memori di dalam otak sudah mencukupi.


World Cup 2010
Sebagai peminat setia bola sepak, ayah pada mulanya kurang ceria kerana akan terlepas banyak perlawanan ketika di Ireland. Namun, sebaliknya pula yang berlaku. Ayah dapat tonton ketiga-tiga perlawanan pada setiap hari! Waktu perlawanan live di sini amat baik, 1200, 1500 dan 1930. Jika di Malaysia, waktunya agak lambat pada perlawanan terakhir (0230) dan perlawanan pertama pula jatuh pada waktu solat (1930). Hanya perlawanan kedua yang boleh ditonton (2200).Walaupun siaran sangkut-sangkut, kerana menggunakan internet, tapi not bad, jika buka saluran non-English, internet bersikap baik...Siaran di Malaysia lebih mengecewakan. Bagi orang yang tiada Astro seperti kami, hanya bergantung pada RTM1 tetapi seperti selalu, RTM1 sentiasa mengecewakan, tidak professional dan membosankan. RTM1 tidak menyiarkan banyak live match, sebaliknya banyak siarkan perlawanan tertunda, jika ada live, mereka memilih team bukan favaourite rakyat Malaysia (sangatlah tak buat homework orang RTM ni), jika bagi siaran ulangan, mereka ulang perlawanan yang sama dua kali. Ketika iklan dulu, katanya world cup akan bersiaran di RTM1 dan RTM2 ,tetapi hanya RTM1 yang digunakan. RTM, kaulah stesen tv ranking paling bawah dalam hatiku! Dan internet di Malaysia juga tidak cukup laju untuk menghayati match...


bersambung....

Friday, June 11, 2010

Syukur

Kadang-kadang manusia lupa untuk bersyukur. Ada juga manusia yang tidak tahu bersyukur. Ada pula manusia yang tidak faham makna syukur.


Syukur adalah suatu perasaan berterima kasih dan menghargai yang ditujukan kepada sesuatu pihak atas kejayaan atau kebaikan yang diperoleh. Bagi kita orang Islam ini, syukur kita hanya kepada Allah SWT kerana hanya Dialah yang Maha Berkuasa dan menentukan segala-galanya.


Ada orang berjaya lulus peperiksaan, sedih pula kerana tidak mendapat kepujian. Ada orang, sudah berjaya memperoleh kepujian, mahu pula menunjuk-nunjuk pada orang lain untuk dipuji. Inilah antara simptom-simptom orang yang tidak tahu bersyukur.Tak bersyukur dengan apa yang ada, sentiasa meminta yang lebih,padahal yang di dalam tangan itu sudah baik belaka.Ada orang yang sentiasa tidak merasa puas dengan pencapaiannya, seakan-akan tidak berpuas hati dengan kurniaan Allah, mahu menentang arus pula. Padahal ramai lagi di luar sana yang tidak memperoleh langsung kebaikan yang dihajatinya.Memanglah kita harus bercita-cita tinggi, tetapi usahlah sehingga mempersoalkan ketentuanNya.


Segala puji bagi Allah, malam Jumaat ini, ayah telah mengadakan kenduri kesyukuran secara kecil-kecilan di surau. Menunya hanya murtabak dan air soya dan tetamunya hanyalah jemaah lelaki yang berkunjung ke surau malam ini. Memang biasanya wanita tidak berjemaah di surau melainkan jika ada ustaz datang berceramah ataupun pada bulan Ramadhan. Ayah dan mak bersyukur atas perkara yang mereka rasakan nikmat. Aku juga bersyukur atas perkara yang dijadikan nikmat buat mereka. Mereka berhak untuk merasai nikmat tersebut setelah bertahun-tahun membanting tulang membesarkan kami adik-beradik. Mereka bukanlah seperti kebanyakan ibubapa lain yang bekerja di bilik berpenghawa dingin, ikut waktu pejabat, berkereta ke tempat kerja, ada kad kredit dan sebagainya, tetapi mereka hanyalah seorang ibu dan ayah yang sangat-sangat biasa.


Allah itu Maha Mendengar permintaan hambaNya. Apa yang kupelajari daripada final exams tempoh hari ialah bersangka baik dengan Allah sepenuhnya. Allah akan memberi kita mengikut sangkaan kita. JIka kita bersangka buruk, maka buruklah yang kita dapat.Jika bersangka baik, baiklah yang kita dapat, mungkin cepat, mungkin lambat.


Semalam aku dan sahabat sepermainan sejak sekolah rendah bertemu semula. Di kalangan kami, tiada seorang pun yang sudah membina masjid,kata sahabatku, gang kamilah yang liat betul nak bertemu jodoh. Hanya tinggal seorang yang masih menuntut di universiti. Aku adalah penganggur kehormat buat masa ini dan yang lain-lain dah berstatus wanita berkerjaya. Kami dinner di Restoran Kapitan, pertama kali aku menjejakkan kaki di situ. Sambil tunggu ayam tandoori, ternampak pula si pengantin baru, pengarah filem Aziz M.Osman.Kecil saja orangnya, patutlah nampak muda dan diterima oleh gadis muda.


Baki dua hari lagi sebelum berangkat ke Cork. Semoga semuanya dipermudahkan Allah...

Wednesday, June 09, 2010

Malaysia Tanah Airku

Cork Airport
Dengan iringan beberapa sahabat akrab, aku melangkah menaiki pesawat Aerlingus yang akan berlepas ke London Heathrow.Selamat tinggal Cork, insyaAllah aku akan kembali sedikit masa lagi untuk menghabiskan sisa-sisa masa kita bersama.


London Heathrow
Rupa-rupanya satu pesawat dengan seorang senior. Langkah kanan aku. Dia sudi belanja aku dan Afzan makan. Perut kami pun memang berkeroncong minta diisi.Hasrat hati mahu menyuap sesudu dua nasi di rumah tapi tak sempat sangat dah. Kami dibelanja sempena kejayaan lulus peperiksaan akhir. Alhamdulillah. Selepas check-in, seorang lelaki menegur kami, minta izin agar ayahnya dapat mengikuti kami ke pesawat. Ayahnya sudah berumur 60+ tahun agaknya dan kurang biasa dengan airport ini. Kami tidak ragu-ragu untuk membawa pakcik itu bersama. Perkara kecil saja. Semasa duduk-duduk menunggu gate buka, pakcik itu bercerita, beliau baru sahaja kehilangan cucu pada hari tersebut akibat congenital heart disease, tak sempat mahu berjumpa. Arwah adalah cucu daripada anak sulungnya. Innalillahi wainna ilaihirajiun.


Malaysia Airlines
Dapat window seat, dua tingkap pula tu :) Duduk sebelah couple veteran dari Manchester yang ingin bercuti menaiki kapal di Singapura. Baik wanita itu. Suaminya diam sahaja. Malangnya aku demam sepanjang flight. Resah dan gelisah. Wanita itu tiga kali bertanya padaku, "are you all right?". Hanya pada soalan kali ketiga barulah aku memberitahunya bahawa aku kurang sihat. Lepas meal yang pertama, terus tidur. Allergic rhinitis + habuk kemas rumah + penat + tak cukup tidur + tak jaga makan = sakit. Badanku memanifestasikan sakitnya semasa dalam long flight pula. Tidur sajalah kerjaku. Tak dapat menikmati langsung. Mana sangka bahawa ini adalah flight terakhirku menaiki MAS dari London-Kuala Lumpur.


KLIA
Ikut Afzan ke baggage reclaim. Aerlingus lady itu tak dapat check in bag aku sampai Penang, flight belum buka katanya. Pegawai MAS di London juga geleng kepala, sepatutnya boleh, katanya. Keluar di arrival, sempat berjumpa dengan mak dan kakak Afzan. Kemudian Afzan baik hati menghantarku ke departure gate, kebetulan aku kurang familiar dengan gate di sini, biasanya aku pergi connecting flight terus dari aerotrain tu.Thanks Afzan!


MAS : KUL-PEN
Allahuakbar...cuaca buruk, hujan lebat saat berlepas dari KLIA, kapal terbang menjadi tidak stabil. Terketar-ketar mahu minum orange juice. Steward yang sedang memegang dulang juga kelihatan resah. Dah la dia berdiri berhampiranku. Mahunya aku mandi jus oren free. Tapi tabik padanya, dia berjaya mengimbangi badan dan dulangnya, tiada segelas pun air yang tumpah ke lantai. Saat kapal terbang stabil sedikit, terus dia bergegas ke dapur pesawat. Minuman panas dilarang untuk dihidangkan terus demi keselematan. Aku tenang saja, tapi terdetik juga, kalau aku mati akibat pesawat terhempas, apa agaknya perasaan mak dan ayah?


Ketibaan
Kali ini aku tidak perlu menunggu lama. Begku yang kelima keluar di conveyer itu. Sebaik keluar di pintu ketibaan, aku disambut oleh sebakan mak. Ayah cool seperti biasa tetapi kemudiannya dilihat mengesat mata. YB dan kakak ipar juga ada di situ, seperti yang kujangkakan. Kakap ipar menyerahkan sejambak [ke sepasu?] bunga kepadaku. Bunga matahari; lambang kejayaan. Siap ada kad dengan tulisan penuh bermakna. Tak sangka mereka terfikir untuk membeli bunga. Semua orang kat situ memperhatikan kami. Aku tak kira, hari ini adalah hariku,jadi aku hanya meneruskan sengihanku. Sempat ambil gambar sebelum menuju ke kereta. Kali ini mak sendiri pun tak sangka aku keluar awal, selalunya mereka perlu menunggu lama. YB pun tak sempat nak sembunyikan diri, kononya mahu memberi surprise. Terus bergerak ke gerai Sunny Char Kuey Teow!


Hujan
Sebelum ini, Penang kemarau. Pada malam aku pulang, gerimis pun menampakkan wajahnya, mak kata hujan rahmat sempena kepulanganku. YB kata aku pulang membawa hujan dari Ireland. Alhamdulillah.


Allergic rhinitis
Pada pagi sebelum bertolak pulang, barulah aku pergi beli Cetrine Allergy tu dan mula makan. Alhamdulillah, di tanah air ini aku agak sembuh, cuma tinggal sikit-sikit hidung sumbat dan bersin sikit-sikit. Semoga aku akan sembuh sepenuhnya, biiznillah.


Jet Lag
Teruk juga jet lag. Alahai, malam tak boleh tidur, dekat nak subuh baru lelap. Pagi lepas breakfast mengantuk balik pula, biasanya aku lawan, tapi kadang-kadang mengalah juga. Seminggu jugalah jet lag.Mengada betul.


My Gang
Seminggu aku senyap sunyi. Mahu berehat dulu, lagipun pada hari ketiga dan keempat aku mengalami batuk pula, mujur cepat menelan Woods. Dua hari lepas barulah aku "melaporkan" ketibaanku kepada salah seorang gang. Dia yang akan mengaturkan pertemuan kami semua dalam sedikit masa lagi. Rindunya nak bertemu mereka. Nampaknya tahun ni tiadalah coklat untuk kalian seperti selalu!