Wednesday, June 09, 2010

Malaysia Tanah Airku

Cork Airport
Dengan iringan beberapa sahabat akrab, aku melangkah menaiki pesawat Aerlingus yang akan berlepas ke London Heathrow.Selamat tinggal Cork, insyaAllah aku akan kembali sedikit masa lagi untuk menghabiskan sisa-sisa masa kita bersama.


London Heathrow
Rupa-rupanya satu pesawat dengan seorang senior. Langkah kanan aku. Dia sudi belanja aku dan Afzan makan. Perut kami pun memang berkeroncong minta diisi.Hasrat hati mahu menyuap sesudu dua nasi di rumah tapi tak sempat sangat dah. Kami dibelanja sempena kejayaan lulus peperiksaan akhir. Alhamdulillah. Selepas check-in, seorang lelaki menegur kami, minta izin agar ayahnya dapat mengikuti kami ke pesawat. Ayahnya sudah berumur 60+ tahun agaknya dan kurang biasa dengan airport ini. Kami tidak ragu-ragu untuk membawa pakcik itu bersama. Perkara kecil saja. Semasa duduk-duduk menunggu gate buka, pakcik itu bercerita, beliau baru sahaja kehilangan cucu pada hari tersebut akibat congenital heart disease, tak sempat mahu berjumpa. Arwah adalah cucu daripada anak sulungnya. Innalillahi wainna ilaihirajiun.


Malaysia Airlines
Dapat window seat, dua tingkap pula tu :) Duduk sebelah couple veteran dari Manchester yang ingin bercuti menaiki kapal di Singapura. Baik wanita itu. Suaminya diam sahaja. Malangnya aku demam sepanjang flight. Resah dan gelisah. Wanita itu tiga kali bertanya padaku, "are you all right?". Hanya pada soalan kali ketiga barulah aku memberitahunya bahawa aku kurang sihat. Lepas meal yang pertama, terus tidur. Allergic rhinitis + habuk kemas rumah + penat + tak cukup tidur + tak jaga makan = sakit. Badanku memanifestasikan sakitnya semasa dalam long flight pula. Tidur sajalah kerjaku. Tak dapat menikmati langsung. Mana sangka bahawa ini adalah flight terakhirku menaiki MAS dari London-Kuala Lumpur.


KLIA
Ikut Afzan ke baggage reclaim. Aerlingus lady itu tak dapat check in bag aku sampai Penang, flight belum buka katanya. Pegawai MAS di London juga geleng kepala, sepatutnya boleh, katanya. Keluar di arrival, sempat berjumpa dengan mak dan kakak Afzan. Kemudian Afzan baik hati menghantarku ke departure gate, kebetulan aku kurang familiar dengan gate di sini, biasanya aku pergi connecting flight terus dari aerotrain tu.Thanks Afzan!


MAS : KUL-PEN
Allahuakbar...cuaca buruk, hujan lebat saat berlepas dari KLIA, kapal terbang menjadi tidak stabil. Terketar-ketar mahu minum orange juice. Steward yang sedang memegang dulang juga kelihatan resah. Dah la dia berdiri berhampiranku. Mahunya aku mandi jus oren free. Tapi tabik padanya, dia berjaya mengimbangi badan dan dulangnya, tiada segelas pun air yang tumpah ke lantai. Saat kapal terbang stabil sedikit, terus dia bergegas ke dapur pesawat. Minuman panas dilarang untuk dihidangkan terus demi keselematan. Aku tenang saja, tapi terdetik juga, kalau aku mati akibat pesawat terhempas, apa agaknya perasaan mak dan ayah?


Ketibaan
Kali ini aku tidak perlu menunggu lama. Begku yang kelima keluar di conveyer itu. Sebaik keluar di pintu ketibaan, aku disambut oleh sebakan mak. Ayah cool seperti biasa tetapi kemudiannya dilihat mengesat mata. YB dan kakak ipar juga ada di situ, seperti yang kujangkakan. Kakap ipar menyerahkan sejambak [ke sepasu?] bunga kepadaku. Bunga matahari; lambang kejayaan. Siap ada kad dengan tulisan penuh bermakna. Tak sangka mereka terfikir untuk membeli bunga. Semua orang kat situ memperhatikan kami. Aku tak kira, hari ini adalah hariku,jadi aku hanya meneruskan sengihanku. Sempat ambil gambar sebelum menuju ke kereta. Kali ini mak sendiri pun tak sangka aku keluar awal, selalunya mereka perlu menunggu lama. YB pun tak sempat nak sembunyikan diri, kononya mahu memberi surprise. Terus bergerak ke gerai Sunny Char Kuey Teow!


Hujan
Sebelum ini, Penang kemarau. Pada malam aku pulang, gerimis pun menampakkan wajahnya, mak kata hujan rahmat sempena kepulanganku. YB kata aku pulang membawa hujan dari Ireland. Alhamdulillah.


Allergic rhinitis
Pada pagi sebelum bertolak pulang, barulah aku pergi beli Cetrine Allergy tu dan mula makan. Alhamdulillah, di tanah air ini aku agak sembuh, cuma tinggal sikit-sikit hidung sumbat dan bersin sikit-sikit. Semoga aku akan sembuh sepenuhnya, biiznillah.


Jet Lag
Teruk juga jet lag. Alahai, malam tak boleh tidur, dekat nak subuh baru lelap. Pagi lepas breakfast mengantuk balik pula, biasanya aku lawan, tapi kadang-kadang mengalah juga. Seminggu jugalah jet lag.Mengada betul.


My Gang
Seminggu aku senyap sunyi. Mahu berehat dulu, lagipun pada hari ketiga dan keempat aku mengalami batuk pula, mujur cepat menelan Woods. Dua hari lepas barulah aku "melaporkan" ketibaanku kepada salah seorang gang. Dia yang akan mengaturkan pertemuan kami semua dalam sedikit masa lagi. Rindunya nak bertemu mereka. Nampaknya tahun ni tiadalah coklat untuk kalian seperti selalu! 

No comments:

Post a Comment