Wednesday, June 30, 2010

KEMBARA IRELAND 2010 2

Day 3 : Pre-Graduation Dinner for Medical and Dental International Students


Asalnya ayah minta YB gantikan tempatnya, tetapi selepas dipujuk, ayah sudi untuk turut serta walaupun masih selsema. Kami sampai around 7.15pm, semasa reception berlangsung, tetapi kami hanya berlegar-legar di luar bilik resepsi. Tetamu agak ramai dan melihatkan minuman keras juga dihidangkan membuatkan kami tidak berminat untuk masuk ke bilik itu.Jadi kami hanya minum-minum di ruang legar itu sambil bergambar. Semasa aku sedang ambil gambar mak dan ayah, Prof Higgins nampak, lalu dia offer untuk ambil gambar kami bertiga. Baiknya.Sempat juga berjumpa Ms Suzanne Buckley, International Student Officer, seperti biasa, friendly and charming.


 Sambil menunggu, tiba-tiba datang seorang pakcik ni. Katanya dia yang akan bacakan nama graduates pada keesokan hari. Dia menceritakan pengalamannya ke Malaysia sebanyak 5 kali.Dia berasal dari Australia. Masa dia introduce diri, dia pandang ayah, jadi aku tak dapat tangkap namanya. Maka aku pun dengan innocentnya bertanya, " Are you here just for the graduation?". Pelik juga kan, apa orang Australia buat kat sini?Manalah tahu kalau dia dijemput khas untuk jadi presenter...


Kemudian dia menjawab, "No, I'm head of college."
Erk..nak gelak ada, nak malu pun ada. Rupa-rupanya dia head of college of medicine and health.Katanya dia tak banyak jumpa pelajar, tapi banyak habiskan masa bermesyuarat.Pejabatnya betul-betul di bawah prayer room Brookfield. Hmm kalau head of college of medicine aku kenal...


Pukul 8.30pm baru mula masuk ke dinner hall @ Aula Maxima, ada sentimental value, tempat written exams...Menu memuaskan, familiku dan famili Aimi duduk semeja, table 14. Cuma masa waiter tu nak hidangkan wine pada ayah, itu cacat sikit. Nampak sangat mereka tidak mendapat briefing tentang Muslim guests. Aku pandang slack kat waiter tu, ayah geleng kepala, waiter tu pun nampak serba salah sebab ayah menolak pelawaannya.Beberapa minit kemudian, barulah nampak mereka membawa masuk soft drinks - orange, sprite and coke.Semua botol kecil. Beli kat Daybreak ke?
Menu

Pukul 10.30pm barulah berakhir.Ada orang mengantuk dah. Kami terus menaiki teksi untuk pulang...


bersambung...

No comments:

Post a Comment