Tuesday, July 06, 2010

KEMBARA IRELAND 2010 3

Day 4: Graduation day aka Conferring Ceremony


Seperti biasa, kami bersarapan pada pukul 5 pagi dan terus bersiap-siap untuk keluar pada 7.30am. Kami sampai paling awal, tempat mengambil jubah pun belum buka lagi. Selepas ambil jubah, kami berjalan-jalan sekitar UCC sambil ambil gambar. Mujurlah YB ikut serta, dapatlah dia menjadi jurugambar sepenuh masa. Kadang-kala terdengar juga rungutannya apabila gambarnya tiada!


Conferring ceremony berlangsung di Devere Hall, Aras na MacLein. Tepat jam 9.40 pagi, aku membawa family ke luar pintu Devere Hall untuk beratur. Tempat duduk adalah berdasarkan first come basis. Sementara itu, para graduan pula dikehendaki berkumpul di tingkat bawah bangunan itu. Sungguhpun notis telah dimaklumkan berkenaan roll call itu, masih ramai graduan yang tidak mengendahkannya, mungkin juga tidak tahu-menahu. Akibatnya, mereka terkeluar daripada susunan sebenar dan duduk berkelompok di belakang graduan dentistry.


Tatkala menunggu roll call, sempat lagi untuk rasa berdebar. Berdebar, takut kalau-kalau namaku tidak tersenarai sebagai graduan, Sebelum ini pun aku dua-tiga kali jugalah menyemak kembali keputusan peperiksaan, untuk memastikan yang aku benar-benar telah lulus. Debaran yang kedua adalah apabila memikirkan tentang perjalanan menaiki pentas untuk mengambil ijazah. Semasa menunggu, sempat lagi minta jarum peniti daripada Aziah untuk dicucukkan pada topi. Apabila terpandang Feesya, terucap daripada bibir, " After six years...".Kami menguntum senyuman penuh bermakna. Rasa bagai baru semalam kami menjejakkan kaki di bumi Cork ini untuk menjadi pelajar Medical Foundation. Alhamdulillah, kesemua 8 orang pelajar perempuan yang buat pre-med itu berjaya graduate pada hari ini.Mana sangka, dapat graduate di UCC, bukan di USM Kubang Kerian.


Alhamdulillah, perjalanan masuk ke dewan berjalan lancar, semua ibubapa sudah mengambil tempat. Aku duduk di sebelah Afzan dan Paul setelah Nurul dan Mahta tidak muncul-muncul.Kami sempat bergambar sementara menanti semua graduan masuk.Pak cik security guard yang menjadi tukang memberi arahan. Bersungguh-sungguh beliau mengajar graduan di barisan hadapan. Graduan di barisan seterusnya hanya perlu mengikut graduan hadapan, katanya.Di Cork, security guard memang dihormati, malahan kebanyakannya masih muda.


Conferring berlangsung dalam dwibahasa, Latin dan English. Diacarakan oleh Head Of College of Medicine and Health dan scroll disampaikan oleh Dr. Maurice Manning, Chancellor of National University of Ireland, mewakili President of UCC yang berada di Beijing.Beberapa Lecturer yang dihormati juga mengambil tempat di pentas, antaranya Dr. Pat Cogan, Dr. Pat Henn, Prof Mike Prentice, Prof Kerins, Dr Paula O'Leary, Prof Ted Dinan,Prof Mary Horgan dan ramai lagi..


Majlis dimulakan terus dengan upacara penyampaian ijazah kepada graduan perubatan, diikuti oleh graduan pergigian.Jika di Malaysia, mesti jenuh menunggu VVIP memberi ucapan panjangnya, diikuti oleh graduan dari lima enam tujuh fakulti. Fuh! Teringat masa menunggu di kantin untuk graduasi YB, habis newspaper dari depan sampai belakang aku khatamkan.Masa tu aku tak boleh masuk kerana hanya ada 2 tiket, tapi kali ni aku berjaya dapatkan tiket extra untuk YB.


Majis ditutup dengan ucapan padat penuh inspiring daripada guest speaker, seorang doktor bekas pelajar UCC.Aku sangat tertarik pada ayat pertamanya, " I was not an honours student or gold medal student. I was just average, I never won anything in college." Hah, macam aku pula. Tapi akhirnya dia sangat berjaya mencipta nama hingga ke UK.Ucapannya penuh bermakna, paling tak tahan ialah apabila beliau mengingatkan kami tentang jasa ibu bapa...terkebil-kebil mataku, Afzan di sebelah sudah mengesat-ngesat air mata.Cuma satu sahaja yang tidak disentuhnya, iaitu kesyukuran kepada Tuhan. Mungkin beliau bukan orang yang kuat beragama agaknya.


Selesai conferring ceremony, kami terus dibawa keluar ke dataran di hadapan student centre itu untuk acara bergambar beramai-ramai.Aku terpaksa jinjit kaki (betulkah istilah ni?) kerana berada di belakang Miss Cork 2008 yang tinggi itu. Namun Alhamdulillah, gambar yang baru sampai petang tadi berjaya menampakkan wajahku sepenuhnya.Kemudian, bermulalah sesi bergambar bersama keluarga masing-masing...


Graduasi di sini tidak semeriah di Malaysia, yang dipenuhi oleh gerai-gerai menjual bunga dan hadiah.Budaya begitu tiada di sini, jimat sikit duit!Aku dan Aimi sempat grabbed Dr Cogan, Dr Henn dan Dr O'Leary untuk bergambar bersama. Dr Henn memberi perangsang, katanya kerjaya doktor ini mencabar tetapi kami akan berjaya melaluinya.INSYAALLAH! Dr Cogan pula memang ingat betul akan namaku, sebelum ini pun dah beberapa kali terserempak di Wilton Shopping Centre, mesti namaku akan disebut. Beliau turut mengambil gambarku dan Aimi menggunakan kameranya sebagai kenangan. Dr O'Leary juga mengucapkan tahniah dan semoga berjaya. Mesti dalam hatinya berkata, inilah budak yang tak boleh jawab soalanku ketika short case Medicine hari tu.Graduate juga dia  :P


Post ceremony reception tidak mencapai expectations. Kata Kak Wan, ada disediakan kuih muih. Bila masuk ke Aula Maxima, hanya biskut kering yang disediakan.Mujur ada tea, coffee dan sky juice.Kami masuk sebentar menjamah biskut dan memberi teh panas kepada ayah yang kesejukan. Memang pada waktu itu angin bertiup agak kencang.Selepas memulangkan jubah yang disewa pada harga 45 euro, kami terus menaiki teksi untuk pulang ke rumah. Selapas makan tengah hari, kami cuma berehat sambil menonton World Cup..


bersambung...

No comments:

Post a Comment