Tuesday, July 06, 2010

KEMBARA IRELAND 2010 4

Day 5


Asalnya mahu ke London, tetapi tiket sudah mahal, jadi plan bertukar kepada jalan-jalan Ireland. Setelah aku dan YB membeli beberapa kelengkapan pada tengah hari itu, kami pun pergi mengambil kereta sewa. Dapat kereta kegemaranku, Nissan Micra. Kami sekeluarga shopping di Lidl, habis kami borong teh, coklat dan kopi sebagai buah tangan apabila pulang ke tanah air nanti.Ayah pun dah beransur sihat, cuma apabila matahari melabuhkan tirainya, mulalah kesejukan.


Day 6
Sarapan pagi bersama - bihun goreng mak. Lamanya tak makan. Biasanya aku cuma berselera makan bihun yang digoreng oleh mak. Kalau bihun putih @ bihun Singapore, itu aku lalu makan walau siapa pun yang masak.Kemudian aku dan mak menyediakan nasi lemak sebagai bekalan untuk picnic nanti.


Hampir pukul 10 pagi, kami bertolak ke Inchydoney Beach berpandukan google map. Alhamdulillah, tak sesat. Aku pun masih ingat sikit-sikit jalan ke sana walaupun selepas 2 tahun. Subhanallah, sungguh indah pemandangannya, matahari terik sambil dibaluti angin laut yang segar. Terdapat sekumpulan orang muda mengikuti kelas diving. Ayah seperti biasa, tak tahan sejuk walaupun aku rasa tak sejuk pun. Hanya aku, mak dan YB yang mengambil peluang merendamkan kaki ke dalam air laut. Air laut yang masin boleh menjadi penawar, kata mak. Apabila mak dah balik ke tempat ayah, aku dan YB berseni sikit, kami mengukir kata-kata di atas pepasir pantai yang lembut itu lalu mengambil gambar kenangan.


Apabila tengah hari, kami masuk semula ke dalam keretea untuk menikmati nasi lemak + sambal ikan bilis + telur rebus + timun + air soya + jus oren + yoghurt. Kami tidak makan di tepi pantai kerana ada bauan yang kurang enak.Hmm sedapnya, hilang kempunan setelah tak berjaya makan nasi lemak sebelum balik dari Cork hari tu.


Kemudian kami bersiar-siar di sekitar bandar Clonakilty sebelum bertolak pulang ke Cork.Petangnya aku dan YB keluar lagi ke Cork City, YB perlu mencari barang-barang untuk dihadiahkan kepada isteri dan keluarga mertuanya.Aku pula yang tidak teruja untuk membeli barang padahal lepas ni entah dapat entah tidak datang ke sini lagi.


Day 7


Round Cork lagi.Kali ni ke tempat favoriteku, The Lough. Ramai rakanku tidak suka naik bus no.14 kerana routenya jauh, memakan masa 20 minit dari town ke rumah, tetapi inilah bus kesukaanku kerana ia melalui The Lough. Tasik itu beku pada winter lalu akibat suhu di bawah paras beku.Siap ada remaja berani berjalan di atas air beku. Mak sangat suka akan tempat ni, sangat mendamaikan. Kami berjalan-jalan sambil mengambil gambar dengan itik dan angsa.Aku harus menjamah puas-puas...kerana The Lough ini bakal aku tinggalkan dengan seribu satu kenangan indah...


Kami berlabuh di bawah pohon yang teduh sambil menikmati aiskrim yang dibeli di Lidl semalam.YB memberi makan muffin kepada penghuni tasik itu. Lepas dah separuh muffin diberi, barulah aku terpandangkan papan notis yang melarang pemberian roti kerana akan mengurangkan kualiti air dan menjejaskan kesihatan haiwan,hanya sayuran hijau dibenarkan.


Seterusnya kami ke Dunnes Stores besar di Bishopstown untuk mencari mentol dan baju saiz kakak ipar yang tiada di Dunnes Patrick Street. Alhamdulillah baju itu ada. Kemudian terus ke Lidl semula kerana mak rasa teh yang dibeli semalam tidak mencukupi. Maka kami borong teh, coklat dan kopi lagi.


Pada petangnya, Kak Riza dan Ustaz Wan Azhar datang, untuk mengambil barang pesanan mereka dari Malaysia. Lama juga bersembang, seronok kerana mereka dapat "masuk" dengan keluargaku. Kak Riza siap hadiahkan handbag lagi sempena graduationku. Kalau Kak Riza beli handbag, ehem, faham-fahamlah harganya..Ustaz pula begitu asyik bersembang dengan abangku yang bekerja dengan syarikat minyak nasional itu. Macam-macam dibualkan. Rindunya dengan mereka


Pada lewat petang, kami membuat tour ke Cork Airport bagi memastikan bahawa YB betul-betul ingat jalan untuk menghantar kami esok. Flight YB pada waktu petang manakala kami pada waktu pagi. Kemudian singgah di rumah Uwais!! Uwais comel seperti biasa tetapi enggan makan, buat risau mama dan ayah je.Kat sini pun kami lepak lama, Fahmi rancak bercerita pengalaman kerjanya di Hospital Sungai Buloh dahulu. Uwais, aunty pasti merinduimu, you are my favorite baby boy ever!
Pose istimewa Uwais untuk aunty :)


Semasa tengah bergambar dengan kak izaida sekeluarga, tiba-tiba dapat panggilan daripada kak Aini, menjemput dinner di rumahnya. Kami tidak sampai hati untuk menolak kerana kak Aini dah memasak. Kasihan mak terpaksa memanjat anak tangga ke tingkat tiga. Ayah happy sebab dapat tengok world cup di tv tanpa sangkut-sangkut macam di internet. Kami tak lama di situ, kerana harus pulang mengemas barang. Terima kasih kak Aini dan Mas, kerana menjemput, hanya sempat jumpa si kenit Sarah saja kerana Aishah dah masuk tidur.


Rupa-rupanya kami memang sefikrah, kerana pada hari itu, familyku, family Dr.Mas dan family Fahmi telah pergi ke The Lough, cuma waktunya saja berbeza!


Balik saja ke rumah, aku terus berkemas...penatnya, lepas tu kena masak nasi goreng lagi untuk bekalan esok...pukul 2 pagi aku tidur, pukul 3 pagi dah bangun, mujurlah tubuhku dapat menerima stress begini dengan baik...


Day 8 Final day in Ireland


Kami bertolak ke Cork Airport pada pukul 4.30 pagi kerana flight kami ke Amsterdam pada pukul 6.10 pagi. Alhamdulillah beg lepas, walaupun beg ketiga itu overweight, tapi beg pertama dan kedua yang underweight itu dapat cover..jumpa Tawa dan parents Fathi juga dalam flight yang sama.Sampai di Amsterdam Schiphol Airport, kami duduk di ruang menunggu sementara menanti jam 10.30 pagi untuk check in hotel.Sempat makan roti dan minum kopi.Kami transit 12 jam di sini jadi aku decide untuk tempah hotel di dalam airport ni, kasihan mak dan ayah jika perlu menunggu lama.


Tepat jam 10.30am, kami pun check in ke Yotel Amsterdam Schiphol, biliknya berbentuk cabin, cukup untuk kami bertiga, tetapi bilik airnya erk...dinding kaca lutsinar dengan tirai hanya separuh.Aku hanya pasangkan lampu kecil dalam bilik itu dan menggunakan sejadah dan tuala untuk disambungkan pada tirai yang separuh itu. Selepas makan nasi goreng, kami bertiga berlayar di lautan sepi...Amsterdam cepat sejam daripada Ireland. Ayah kesukaan kerana bilik kami mempunyai televisyen, sungguhpun tak faham bahasa Dutch, kami dapat juga menonton 2 perlawanan World Cup, paling best apabila Portugal membelasah Korea Utara 7-0.


Pada 6.30 pm. kami check out dan terus ke gate 22.Lepas sekuriti, kami duduk di kerusi hadapan sambil menunggu YB. Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar.Aku pun tidak tidur sangat dalam KLM tidak seperti semasa datang tempoh hari.


Sampai sahaja di KLIA, kesyukuran mewarnai hatiku.Alhamdulillah...dah masuk hari Selasa (+1 day).Kami mendapatkan dua buah teksi ke rumah YB, berehat, membersihkan diri dan makan selepas kakak ipar pulang dari kerja. Selepas Maghrib, kami pun bertolak ke Subang Airport untuk mengambil Firefly ke Penang. Tamatlah riwayat kembara ke Ireland 2010.

No comments:

Post a Comment