Wednesday, July 22, 2015

Guri

Bergigih membersihkan "guri" @ tempayan antik ni, milik arwah tok dulu. Masa tok duduk rumah papannya dulu, guri ni diletakkan di kaki tangga. Sebelum naik tangga nak masuk rumah, basuh kaki dulu dengan air guri. Sejuk dan nyaman!

Masa rumah tok dirobohkan, kami tak cakna sangat nak ambil barang-barang tok. Ada yang keluarga Arwah Pak Chaq ambil, ada yang Mak Long ambil, dan ada yang terbiar saja. Bila Mak Long dah tanya, aku pun claim la harta klasik arwah tok ni. Siap dapat dua biji, tapi yang satu lagi tu dah retak dan bocor, cuma yang ini masih elok. Habis aku cuci tadi dan isikan dengan air. Nanti nak sapu syelek bagi berkilat.

Selepas Pak Chaq meninggal dunia, kami bawa tok tinggal dengan kami. Hampir dua tahun juga tok tinggal dengan kami. Daripada boleh mengesot, sampailah tok dah uzur dan perlu dipakaikan diapers.Tok meninggal pun di depan mataku, selepas aku mandikannya pagi Ahad tu. 

Suka duka dan cabaran menjaga tok hanya aku, mak dan ayah yang merasainya. Tok ketika dahulu tak sama dengan tok tiga empat tahun sebelum kematiannya. Sikap tok berubah bersama usianya. Lebih degil dan lebih lancang. Tapi itulah tok kami. Lepas tinggal dengan kami, wheezing@ penatnya hilang terus. 

Aku belajar lebih bersabar menjaga orang tua apabila aku turut bantu mak uruskan tok. Aku belajar pakaikan diapers dewasa, pada waktu hampir sama aku belajar pakaikan diapers bayi. Aku hadap berak kencing tok sama macam aku hadap najis pesakit-pesakit di wad. Bezanya, aku tak perlu tukarkan diapers pesakit di wad sebab sudah ada jururawat yang buatkan.

Kami bagi tok makan kenyang-kenyang sampai berat badannya bertambah. Ayah sebagai menantu, rajin cubitkan ikan jadi small pieces supaya mudah tok makan. Tok kan dah kurang gigi. Apabila aku atau mak mandikan tok, ayah bantu mop lantai tempat tok tidur. Baju tok kami rendam asing, tapi kami tak berkira untuk basuhkan.

Waktu raya, ramai sanak-saudara datang melawat, sebab tok satu-satunya orang tua yang masih hidup di kalangan adik-beradiknya. Sampai sakit pinggangku asyik basuh gelas. Tok tidak nyanyuk, mungkin berkat daripada surah Yaasin yang pernah dihafalnya.

Hmmm bukan senang nak jaga warga emas ni. Perwatakan mereka sudah berubah, tak sama dengan waktu mereka lebih muda. Siapa yang tiada pengalaman mungkin tak memahaminya. Jangan bercakap besar, dengan mengatakan bahawa dia boleh layan orang tua lebih baik daripada orang lain jika belum mencuba. Bercakap itu mudah, nak buat tu yang susah. Buat dulu, baru boleh mendabik dada kata kau boleh jaga orang tua.

Sudah dua tahun tok meninggalkan kami. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Semoga tok telah ampunkan kekhilafan kami sebelum dia pergi. Al-Fatihah.

Monday, July 20, 2015

Baik Buruk, Itulah Keluarga :)

Baki dua hari setengah lagi sebelum bekerja semula.
Alhamdulillah. Aidilfitri disambut amat sederhana. Baju tidak berlebihan, tiada langsir baru, tiada perabot baru, dan makanan pun tidak dibazirkan. Malam raya, dapat tidur sebelum pukul 1 pagi, cuma terganggu oleh bidikan meriam buluh dan mercun bola.

Seronok tengok keluarga orang lain pakai baju raya warna sedondon. Keluargaku tidak begitu.
Seronok tengok keluarga lain berkumpul ramai-ramai sampai penuh rumah, bergambar sampai berlapis-lapis. Keluargaku tidak begitu.
Seronok tengok keluarga lain bercuti dan berziarah tiga empat buah kereta sekali. Keluargaku tidak begitu.

Walaupun keluargaku tiada semua itu, aku tetap seronok dengan keluarga sendiri.
Kami tak pakai baju raya sedondon, tapi kami pastikan semua ahli keluarga pakai baju raya baru yang cantik.
Kami tak dapat berkumpul seramai itu, tapi apabila berkumpul mana yang ada, kami tetap meriah dan bergambar juga.
Kami tak bercuti atau berziarah tiga empat kereta sekali, tapi kami berziarah juga walau hanya dengan sebuah kereta.

Inilah keluargaku. Baik buruk tetap keluarga sendiri juga yang best. Dah kenal keluarga sejak kecil, apa lagi mahu komplen? Tak perlu nak banding-bandingkan dengan keluarga orang lain, masing-masing punyai cara tersendiri kan.

Ada juga segelintir orang kita yang apabila berkahwin dan masuk ke dalam keluarga pasangannya, dia jadi culture shock. Dia rasa keluarga pasangannya baik serba serbi. Ibubapa mertua lemah lembut dan penyayang, sanak-saudara pasangan sopan santun, adik-beradik pasangan ramah tamah, termasuk juga rumah keluarga pasangan yang amat selesa! Maka mulalah dia merasakan bahawa ini dunia barunya yang lebih baik, buat apa bersusah payah hidup dalam dunia lamanya. Iyalah, keluarganya sendiri kurang serba serbi. Mak ayahnya garang dan tegas, adik-beradiknya pendiam dan tidak pandai melayaninya, sanak-saudaranya sangat kekampungan, serta rumahnya sempit dan panas. Tunggu apa lagi kan, baiklah bersama keluarga pasangannya.

Dilupakan terus pada pengorbanan mak ayah membesarkannya dalam keadaan serba kesusahan. Ketegasan mak ayahnyalah yang menjadi pendorong untuknya habiskan pelajaran di menara gading. Sikap pendiam adik-beradiknyalah yang mengundang damai dalam rumahnya, tidak pernah bingit. Sikap kampung sanak-saudaranya itulah yang sentiasa bertanya khabar dirinya setiap kali berjumpa. Rumah sempit dan panas itulah tempatnya membesar menjadi seorang manusia.

Siapa yang tak sukakan kesenangan dan kemewahan kan, namun jangan sesekali lupakan asal usul kita. Jangan lupa dari rahim mana kita dilahirkan ke dunia. Jangan lupa, keringat siapa yang membanting tulang untuk memberi kita makan setiap hari. Jangan lupa, bumbung mana yang menjadi tempat berteduh kita sejak kecil.

Saat menyalami tangan ibu bapa mertua, tidak teringatkah pada ibu bapa sendiri di kampung? Saat menikmati kemeriahan berkumpul bersama keluarga pasangan, tidak teringatkah pada keluarga sendiri? Seburuk-buruk ibu bapa kandung, syurga tetap pada keredhaan mereka, dan sebaik-baik ibu bapa mertua, mereka tidak pegang anak kunci syurga kita.

Tepuk dada, tanyalah iman, lebih-lebih lagi anak-anak lelaki yang tanggunggawabnya terhadap ibu bapa tidak pernah putus walau berapa pun isterinya. Jangan lupa, kita juga akan tua suatu hari nanti, kita juga akan memiliki anak-anak yang meningkat dewasa, kita juga akan memiliki menantu, sanggupkah kita dilayan sebegitu rupa nanti?

Hari baik, bulan baik, jika ditunggu esok, esok belum pasti lagi ada hayat kita.

Salam Aidilfitri 1436 H.

p/s seburuk-buruk ibubapa mertua, kita sebagai pasangan jangan sekali-kali pisahkan mereka dengan pasangan kita.

Thursday, July 16, 2015

Meyakini Janji Allah, Sabar Menghadapi Kemenangan

Alhamdulillah…
Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana memberikan keizinan kepada kita untuk menyempurnakan puasa Ramadhan pada tahun ini maka beruntung lah mereka yang menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan beribadat dan siangnya dengan berpuasa dan menjaga segala pancainderanya dari melakukan Maksiat kepada Allah.

Allah swt berfirman di dalam Surah Ali Imran, ayat 102:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam"

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah…Ramadhan adalah bulan kemenangan, satu anugerah yang paling berharga kepada kehidupan kita

Diriwayatkan…"Sekiranya kamu tahu apa yang ada didalam Ramadhan nescaya kamu akan mengharapkan sepanjang tahun"

Allah swt menjanjikan bahawa kemenangan satu hari nanti pasti milik Islam

Allah swt berfirman di dalam Surah An Nur, ayat 55:

وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ ڪَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَہُمُ ٱلَّذِى ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّہُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنً۬ا‌ۚ يَعۡبُدُونَنِى لَا يُشۡرِكُونَ بِى شَيۡـًٔ۬ا‌ۚ وَمَن ڪَفَرَ بَعۡدَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ

"Allah berjanji kepada orang- orang yang beriman dan yang beramal dengan amalan yang soleh kamu akan dijadikan khalifah di muka Bumi sebagaimana Allah menjadikan orang yang sebelum dari kamu sebagai Khalifah dan Allah akan menguatkan bagi kamu agama yang diredhoinya bagi kamu dan Allah akan menggantikan bagi kamu rasa keamanan setelah sebelum dari ini kamu merasa takut ,mereka menyembahku dan tidak mensyirikkan aku dengan sesuatu dan barangsiapa yang kufur selepas dari itu maka merekalah orang yang Fasik"

Dan inilah keyakinan kita ! Aqidah kita ! Tidak bermakna dan sia-sia apabila kita mendakwa berjuang Islam tetapi kita tidak yakin bahawa janji Allah itu maha benar !

Pada tahun 5 Hijrah berlakunya peperangan Khandak. Ketika Rasulullah SAW dan para sahabat sedang menggali parit tiba-tiba mereka bertembung dengan sebongkah batu yang amat besar.

Maka Rasulullah mengambil pemukul batu menghentak pada bongkah batu tersebut…Tiba- tiba terpancar cahaya yang terang lalu Rasulullah berkata "ALLAH AKBAR"… Aku diberikan kunci kerajaan Syam (Rom)... Kemudian Rasulullah memukul batu yang sama buat kali kedua ... Lalu terpancar cahaya yang terang... Rasulullah berkata "ALLAH AKBAR" … Aku diberikan kunci kerajaan Parsi… Dan Rasulullah memukul batu itu buat kali ketiga, dan terpancar cahaya lagi lalu Rasulullah berkata lagi "ALLAH AKBAR" …Aku diberikan kunci kerajaan Yaman"

Persoalannya… Apakah ketiga kunci kerajaan yang besar ini Rasulullah SAW sempat melihat ketika hidupnya?

Jawapannya "Tidak"

Rasulullah hanya sempat melihat kemenangan Islam di Yaman… Manakala 2 lagi "kunci" kerajaan terbesar ketika itu iaitu Rom dan Parsi tidak sempat dilihat oleh Rasulullah, bahkan kemenangan menawan 2 empayar besar dunia itu hanya dapat disaksikan pada tahun 16 Hijrah iaitu hampir 12 tahun kemudian di zaman Pemerintah Al Faruq Umar Al Khattab R.A.

Bayangkan Rasulullah sendiri tidak sempat melihat semua kemenangan dihadapan matanya …Tiba-tiba kita pada hari ini yang penuh dengan dosa dan segala kekurangan ingin supaya kemenangan disegerakan yang akhirnya menimbulkan fitnah dalam perjuangan Islam akibat tidak sabar, menjadi golongan yang gelojoh, tidak istiqomah yang mana ianya merupakan syarat kemenangan yang dijanjikan Allah .

Meyakini janji Allah Maha Benar merupakan Aqidah yang wajib dianuti. Mentaati segala arahan Allah juga merupakan rukun utama untuk diberikan kemenangan.

Allah berfirman dalam Al-Quran menceritakan bagaimana Ibu Nabi Musa mentaati segala arahan Allah sehingga akhirnya Musa dikembalikan kepangkuan ibunya

Allah swt berfirman di dalam Surah Al Qasas, ayat 7:

وَأَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰٓ أُمِّ مُوسَىٰٓ أَنۡ أَرۡضِعِيهِ‌ۖ فَإِذَا خِفۡتِ عَلَيۡهِ فَأَلۡقِيهِ فِى ٱلۡيَمِّ وَلَا تَخَافِى وَلَا تَحۡزَنِىٓ‌ۖ إِنَّا رَآدُّوهُ إِلَيۡكِ وَجَاعِلُوهُ مِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ

"Dan kami mewahyukan kepada ibu Musa...Hendaklah kau menyusukannya…Dan apabila kamu takut keatasnya ( disembelih oleh tentera Firaun) maka hendaklah engkau mencampakkan Musa ke dalam sungai…Dan jangan engkau berasa takut dan bersedih sesungguhnya kami akan mengembalikan Musa kepangkuan kamu dan menjadikannya dikalangan para Rasul"

Maka Ibu Nabi Musa mentaati sepenuhnya arahan Allah tanpa mempersoalkannya lalu diletakkan Musa dalam sebuah bakul dan dihanyutkan ke sungai dalam keadaan hatinya bulat, tekad dan patuh kepada arahan Allah walaupun arahan tersebut tidak logik dari segi aqal manusia…Lalu akhirnya dalam kisah ini, Allah mengembalikan Musa ke pangkuan Ibunya…

Allah swt berfirman di dalam Surah Al Qasas, ayat 12:

وَحَرَّمۡنَا عَلَيۡهِ ٱلۡمَرَاضِعَ مِن قَبۡلُ فَقَالَتۡ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰٓ أَهۡلِ بَيۡتٍ۬ يَكۡفُلُونَهُ ۥ لَڪُمۡ وَهُمۡ لَهُ ۥ نَـٰصِحُونَ

"Dan Kami jadikan dia (Musa) dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya (saudara Musa) berkata: "Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?"

Lalu Allah mengembalikan Nabi Musa kepangkuan ibunya ,kerana taat dan yakinkannya ibu Musa kepada janji Allah

Allah swt berfirman di dalam Surah Al Qasas, ayat 13:

فَرَدَدۡنَـٰهُ إِلَىٰٓ أُمِّهِۦ كَىۡ تَقَرَّ عَيۡنُهَا وَلَا تَحۡزَنَ وَلِتَعۡلَمَ أَنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقٌّ۬ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ

"Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya); dan supaya ia mengetahui bahawa janji Allah (untuk menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (yang demikian itu)"

Begitu juga ketika Allah swt mengarahkan Maryam yang baru melahirkan Nabi Isa, dalam keadaan tidak bermaya tiba-tiba Allah mengarahkan Maryam supaya mengoncangkan pohon Tamar.

Allah swt berfirman di dalam Surah Maryam, ayat 25:

وَهُزِّىٓ إِلَيۡكِ بِجِذۡعِ ٱلنَّخۡلَةِ تُسَـٰقِطۡ عَلَيۡكِ رُطَبً۬ا جَنِيًّ۬ا

"Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak"

Maryam tidak mempersoalkan arahan Allah, bahkan tidak menangguhkan arahan Allah…Walaupun akal manusia menyatakan adalah tidak masuk akal seorang perempuan yg lemah yang baru melahirkan anak tiba-tiba disuruh mengoncangkan pohon Tamar…Maka dgn izin Allah berguguran buah Tamar sebagai makanan yang berzat untuk Maryam
Peristiwa ini juga mengingatkan kita sejarah peperangan Badar ketika para sahabat melawan tentera Quraish.

Allah swt berfirman di dalam Surah Al Anfal, ayat 17:

فَلَمۡ تَقۡتُلُوهُمۡ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ قَتَلَهُمۡ‌ۚ وَمَا رَمَيۡتَ إِذۡ رَمَيۡتَ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ رَمَىٰ‌ۚ وَلِيُبۡلِىَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ مِنۡهُ بَلَآءً حَسَنًا‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ۬

"Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui"

Memberi kefahaman Aqidah bahawasanya mempercayai dan meyakini janji Allah adalah Aqidah perjuangan yang merupakan asas yang paling kukuh untuk mendapatkan keredhaan Allah serta dikurniakan kemenangan.

Maka marilah kita bersama- sama bersempena dengan keberkatan bulan ini memperbaharui rasa keyakinan kita bahawa kita tidak ada daya usaha kecuali dengan kehendak serta bantuan dari Allah swt

Diwaktu yang sama kita terus berusaha sebaik mungkin serta istiqomah serta sabar dan menyerahkan segala apa yang telah kita usahakan kepada Allah swt, meyakini bahawasanya Allah swt tidak mensia-siakan usaha orang yang berbuat baik

الله اكبر الله اكبر الله اكبر و
لله الحمد
Disediakan
UNK
Lujnah Penyelidikan
Dewan Ulama Pas Negeri Selangor


Sent from my iPhone

Wednesday, July 15, 2015

Nasihat

Seorang budak prempuan bersujud ketika lihat ais krim. Maka org tnya kpd dia: kenapa sujud? Dia pun jwb: mak saya bila dia gembira dia akan sujud.
Perelokkanlah didikan ke atas anak²mu.

👍👍👍👍

Seorang lelaki membaiki penghawa dingin masjid kemudian dia tolak upah yg diberi dan berkata: mak saya berpesan supya tidak ambil upah kerja utk masjid.
Org2 kagum dgn mak dia dan saya kagum dgn kbaikannya.

👍👍👍👍

Seorg org yg soleh ditanya mengapa pergi ke masjid sblum azan. Dia jawab: azan utk pringatan kpd org2 yg lalai/lagho/ralik. Dan saya berharap aku tak tergolong dlm klgn mereka!! ( kita mohon dgn Allah akn kesejahteraan,keselamatn dunia akhirat)

👍👍👍👍

Aku tnya dia knapa kamu sentiasa tamak minum air di masjid padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Dia jwb: supaya org yg letak air di masjid diberi gnjaran.

👍👍👍👍

Bilamana sampai kpd kamu gosip2 ttg sseorg drpd mereka maka biarlah gosip tu terhenti stakat kamu shj. Dan klau betul terjadi berita tu berhenti stakat kamu shj, brmakna kmu tlah dpt phala tutup aib org. Baragsiapa yg tutup aib mna2 muslim, Allah akn tutup juga aib dia.

👍👍👍👍

3 doa yg wajar kmu ingt utk dibaca semasa sujud2 kamu:-
1. Ya Allah, aku mohon dgn Mu pengakhiran yg baik.
2. Ya Allah, kurnialah kpd ku taubat nasuha sblum aku mati.
3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.
(Tnpa sbrang pengkhususan)

👍👍👍👍

Sehinggakan bila kamu berniat utk sebarkan ucapan ini, meniatkn shj tu pun dh dikira sbg kbaikan. Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan drpd kesusahan2 di dunia dan akhirat.
Pringatn:~ buatlah baik walau sekecil kecilnya. '' 😎


Sent from my iPhone

Selamat Kembali, Imam!

Dua malam yang lepas, masjid menyambut malam 27 Ramadhan. Diadakannya jamuan iftar untuk penduduk kampung. Aku, mak dan ayah turut serta buat pertama kali. Ingatkan penuh sesaklah perkarangan masjid dengan orang kampung, tengok-tengok, tak penuh pun dua meja panjang tu. Makanannya sederhana, sesuailah dengan hadirin. Lepas solat Maghrib, kami pulang sebentar sebelum kembali untuk Isyak dan Tarawih. Usai solat Isyak, imam buat pengumuman. Dua imam tahfiz dari Naratiwat akan menamatkan tugasan mereka malam itu. Sebak pula aku dengar ucapannya. Dia cool saja.

Rasa sayu sebab Ramadhan bakal meninggalkan kita. Juga rasa sedih nak berpisah dengan imam-imam sebaik mereka. Untung mereka, diberi peluang menghafaz 30 juzuk al-Quran. Aku ni entah bila nak hafaz. Hafazan yang sedia ada pun kadang kala pudar. Semoga Allah rahmati mereka, dan selamat kembali ke Naratiwat.

Tuesday, July 07, 2015

Rezeki

10 Malam Terakhir

Tips Utk 10 malam terakhir ramadhan.. semoga ia berguna kpd kita semua....

1. Tak kira betapa buruk atau baiknya Ramadhan anda, 10 terakhir kenalah kita buat yg terbaik..

2. Dengar atau baca alquran terutama surah AlQadr.. malam 10terakhir akan adanya malam Lailatulqadar

3. Pilih tempat yg terbaik utk beribadat samada rumah atau masjid. Jangan berbaring dgn bantal sebab takut terlena.

4. Tutup hphone, laptop, ipad dsb

5. Kalau bersendirian, baca alquran dengan kuat supaya telinga dan hati akan bersama2 membaca. Kalau ramai, baca seadanya

6. Perbanyakkan dan lamakan sujud supaya lebih berdoa... menangislah kpd Allah swt supaya mendapat berkah dunia dan akhirat

7. Perbanyakkan doa... mintalah yg baik2 utk kehidupan kita yg akan datang.. mintalah apa yg anda mahu dan jangan malu2 kerana anda sedang meminta dari Allah Yang Maha Kaya... mintalah secara specific seperti nak pergi Haji, Anak yg soleh,....

8. Perbanyakkan solat taubat utk memohon keampunan daripdanya diatas segala kelalaian dan kesilapan yg kita telah lakukan.. bertaubat tidak mahu buat lagi perkara2 mungkar tersebut

9. Baca dan hafal doa utk bertemu dengan Lailatulqadar... Allahumma innaka 'afuwwun tuhibb al-'afwa fa'affu'anni.... Ya Allah, Kaulah Maha Pengampun dan Pemberi Ampun maka ampunkanlah aku...

10. Mohon kpd Allah swt utk memberi kamu malam Lailatulqadar dan menerima segala ibadat kamu....

Jika anda rasakan ia tips yg bagus, amalkanlah ia dan sharelah ia...


Sent from my iPhone

Saturday, July 04, 2015

Berpada-pada

Isu pedophilia, gambar anak-anak kecil dijadikan bahan lucah. Sudah dinasihatkan agar mengurangkan upload gambar anak di laman sosial, namun masih ramai yang belum mengambil pengajaran. Nak tunggu anak sendiri menjadi mangsa baru kalut buat report polis. Itu belum ambil kira risiko anak-anak kecil terdedah kepada anasir hitam. Nak share gambar, nak bangga dengan anak comel pun, biar berpada-pada. Ini semua benda dikongsi. Semua stepping stones anak menjadi tatapan umum. Hilang privacy anak. Kasihan si anak, menjadi mangsa kegilaan sosial ibubapanya.

Ada pula yang teruja berkongsi kisah peribadi. Bertunang, tempah kad, tempah baju...semua dikongsi. Perkahwinan perlu dihebahkan, namun persiapan perkahwinan buat senyap-senyap sudahlah. Takkan semua nak letak di laman sosial? Siap minta ditaja lagi. Bukankah rezeki itu Allah suruh usaha sendiri?Berbelanjalah ikut kemampuan diri. Nak walimah tu sehari dua saja, nak kekal dalam perkahwinan tu selama-lamanya. Belajarlah merendah diri, tak perlu terlalu gembira kongsi itu ini, bimbang ada pula hati yang terluka. Sekali Allah uji, baru nak terngadah. Berpada-padalah.

Isu anak derhaka bukan lagi asing. Ramai anak yang mendapat gelaran itu tanpa mereka sedari pun. Ada yang sedar, tapi terlalu angkuh untuk pulang ke pangkal jalan. Hairan, lupa teruskah pada pengorbanan ibubapa melahirkan dan membesarkan anak-anak? Sampaikan jika mereka buat salah, kesalahan itu bagai tiada pengampunan. Siapa kita untuk menilai mereka? Sedarlah diri, kita juga akan menjadi ibubapa, dan menjadi tua suatu hari nanti, yakinkah kita bahawa anak-anak kita tak akan ulangi perbuatan jahat kita itu? Nauzubillah. 

Sempena Ramadhan ini, pintu kemaafan terbuka luas.,berkatnya bulan ini, Allah jadikan manusia lebih penyabar, lebih pemaaf, lebih santun dan lebih baik. Gunakan peluang ini untuk membaiki kerosakan yang telah dibuat.

Kali ini, aku buat keputusan untuk tidak terlibat dengan satu lagi projek besar Oktober nanti. Biarlah adik-adik muda ramai boleh sumbang tenaga. Aku perlu siapkan diri untuk akademikku yang tertangguh ni. Lagipun kadang-kadang hati kecilku terasa bagai tak diperlukan lagi. Mungkin generasi berbeza, wavelength berbeza dan pemikiran berbeza agaknya.

Semoga Allah ampuni aku dan kalian.