Saturday, June 23, 2012

JEREBU

Akhirnya kekecewaan berulang kembali.Kepulangan yang diharapkan tidak juga berlaku.Tidak mengapa, hidup harus diteruskan...sambil minum teh dengan susu tepung omega tanpa gula.

CUTI

Alhamdulillah...setelah bekerja selama 21 hari tanpa henti, akhirnya cuti pun bermula.Rasa lega sangat.Lepas sehari cuti dah rasa macam tak mahu kembali ke tempat kerja.Erghh...betulkah kerjaya yang kupilih ini?
InsyaAllah betul....Allah dah letakkan setiap orang pada tempat yang terbaik baginya, cuma kita yang perlu berusaha lebih untuk mencantikkan tempat itu.Dia lebih mengetahui.

JEREBU

Cuaca panas...udara pula tercemar, memang satu kombinasi yang buruk, lebih-lebih lagi untuk orang berparu-paru fragile macam diri ini.Mulalah batuk menyerang..berserta dengan penatnya.Rakanku selamba menyarankan agar aku ambil air banyak-banyak, dalam erti kata lain, masuk cannula di tangan, pastu galas beg berisi dua gelen air sebagai sumber.Terbaiklah cadangan itu, akan dipertimbangkan :)

SAMBUTAN HARI BAPA

Alhamdulillah, dapat sekali lagi menyambut hari bapa untuk ayah yang dikasihi.Sejak awal bulan lagi aku dah request no call and no review on 17th June.Jadinya dapatlah cuti sehari.Pagi aku membawa mak dan ayah breakfast di tempat favourite kami.Mak kerja petang...jadi petangnya kami tak ke mana-mana..Abang long menduduki peperiksaan pada hari itu, jadi tak dapat balik rumah.Abang Ngah, jangan cakaplah...

Cuma hari ini baru kami membeli hadiah untuk ayah...sebuah dompet baru.Ada satu lagi dinner untuk ayah yang belum tertunai.

UKHUWAH KERANA ALLAH DAN RASUL

Terbaca tweet dari I Luv Islam, indahnya berukhuwah kerana Allah dan Rasul.Dah lama tak diperingatkan akan kata-kata ini sehinggalah sesuatu terjadi melibatkan seorang rakan bukan beragama Islam.Bukan ingin menyalahkan agamanya, cuma alangkah baiknya jika persahabatan kami dijalinkan atas dasar Allah dan Rasul, maka mesti dia akan lebih faham dan bijak menangani situasi tertentu dan mengelakkan daripada bermasam muka.

Bercakap pasal ukhuwah, diri ini sedar bahawa betapa jarangnya berkhuwah sejak bekerja ni.Sahabat-sahabat lama dah jarang dihubungi..apa khabar agaknya mereka? InsyaAllah perlahan-lahan akan cuba ditautkan kembali hati-hati yang terpisah.Jangan tunggu sampai nak jemput kenduri baru nak contact, ye dak?

Satu lagi kelemahan diri ialah mudah lupa nama orang, apabila dah lama tak ketemu.Minggu lepas, tiba-tiba ada orang tegur, Kak Jam, JKKK kat MRSM Taiping dulu? Erk...junior kat sekolah rupanya, sekarang dah jadi junior kat tempat kerja.Rasa bersalah sebab tak ingat nama dia.Sesetengah orang ada kelebihan mengingati nama orang lain, ada pula yang mudah ingat nombor telefon, nombor plat kenderaan,...aku ada?

PILIHANRAYA

SOooo obvious...bila dekat pilihanraya ni, mulalah kedengaran di sana-sini, orang ini buruk, orang ini baik.Segala cerita dalam kelambu pun keluar, dulunya senyap saja? Setiap orang ada pilihan dan pendiriannya mengikut pemahaman dan pengetahuannya.Pilihlah yang kita rasa benar, jangan jadi orang berkecuali, kerana negara kita tanggungjawab kita.Jangan nanti lepas dah penat memerintah, baru nak kutuk pemimpin, yang dulunya tidak mengundi, tidak mengambil tahu, apahal?

Ringkasnya pilihlah yang jujur dan amanah, yang memerintah berlandaskan sesuatu yang utuh (misalnya agama), yang memimpin ke arah masa depan (akhiratlah yang paling depan)...tak perlu mengungkit lagi bahawa kumpulan ini pernah berjasa itu dan ini,yang itu dahulu...para pemimpin yang berjasa itu pun entah dah tiada...cuba lihat dengan mata hati...yang sekarang ini bagaimana?Jangan pula hanya fikir dunia semata-mata, akhiratnya bagaimana?

Tepuk dada, tanyalah iman....tapi jika pilihanraya ini dibuat juga pada musim haji, aku memang akan anggap pemimpin yang buat keputusan tu kurang cerdik.Dah tahu musim haji..ramai beribadat ke Makkah/Madinah, yang sibuk nak mengundi masa tu kenapa?SPR bising-bising...katanya ada tiga juta lagi rakyat belum mendaftar...tapi yang dah daftar dan yang ada kesedaran untuk mengundi ni bakal dihilangkan hak mereka, hanya kerana mereka ke tanah suci.Tapi sebenarnya, tak takutkah kalau jemaah haji yang ramai-ramai tu berdoa di tanah suci (insyaAllah makbul), minta Allah tunjukkan yang benar,dan kurniakan kemenangan kepada yang benar, silap-silap tsunami melanda lagi ni.

PIRATE

Zaman dulu-dulu, ada jugalah aku membeli vcd/dvd cetak rompak ni,maklumlah orang jenis tak jejak panggung wayang, cari dvd lah untuk menonton di rumah.Sampailah terbaca satu soal jawab ni, ustaz tu kata (tak ingat dah namanya), beli dvd pirate ni samalah macam kita bersubahat mencuri.Sebab pengeluar dvd pirate ni curi hasil karya penerbit filem, kita yang beli dvd ni umpama mencuri jugalah.Setiap perbuatan mencuri akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak.Oleh itu, hentikanlah pembelian barang-barang cetak rompak ni..memang sedap beli sebab murah, kualiti pun not bad, tapi kat akhirat nanti, sedaplah menjawab dengan Allah...

MAHER ZAIN

Baru-baru ini ada akhbar yang mengeluarkan artikel bahawa persembahan Maher Zain semasa konsertnya adalah terlalu biasa dan tiada perubahan.Alahai wartawan, tahu fikir nak berhibur saja.Untuk pengetahuan anda, Maher Zain is not an entertainer, but he is a daie. He spreads Islam through his music.Yes, perhaps he should have communicated more, used his lyrics to make people think more about Islam, but still, he sang very well.So, kalau nak rasa terhibur, silalah ke konsert lain...For every single words that he sings, insyaAllah there is reward for him, kau ada?

However, ada sedikit kecewa dengan video clip terbaru Maher Zain yang bertajuk Number One For Me tu.Memang lagu tu lebih universal, pasal seorang anak yang ingin appreciate ibunya,tapi sebagai seorang yang beragama Islam, alangkah baiknya jika wanita yang menjadi ibu di dalam video clip itu menutup aurat.Barulah nampak sedikit identiti Islam di dalam lagu itu. Anyway, sejuk hati melihat Maher Zain senyum sokmo kat "ibunya" dalam lagu tu.

ALAHAI ZED ZAIDI

Terpanggil pula untuk memberikan pendapat pasal hamba Allah seorang ni.Semuanya gara-gara tindakan "ganasnya" ke atas Aaron Aziz sampai sanggup minta permit kerja.Yang artis Singapore/Indonesia lain bagaimana, bang Zed? Setahu aku masa zaman P.Ramlee dulu ramai artis Singapura telah bertakhta di sini.Tak jadi isu pun? Baguslah bila dia kata nak perjuangkan nasib artis tempatan, tapi bukanlah dengan cara menyerang artis-artis luar ni.Kalau inginkan pelumba lari kita berjaya, bukannya dengan mencantas kaki pelumba-pelumba lain, tapi kenalah melatih pelumba kita melalui latihan intensif sehabis baik, bukan?

Isunya di sini bang Zed, lihatlah kerosakan dan keruntuhan akhlak yang berlaku di kalangan artis kita.Yang bertudung ramai (alhamdulillah, lambat laut sempurnalah penutupan aurat tu), tapi yang bersosial melebihi artis Hollywood pun ramai juga.Artis Melayu-Islam tidak segan silu mengaku seronok ke kelab, dan akan pergi lagi bila ada jemputan (erk?), artis pakai baju tak cukup kain, kalah Lady Gaga, artis mabuk (betulkah, wallahualam), artis peluk sana sini, artis bercerai-berai ...maaf cakap, semua ini juga berlaku dalam masyarakat biasa, tapi dah namanya artis, yang sepatutnya jadi public figure..mestilah gejala ini sangat membimbangkan.Bang Zed terlepas pandangkah?Sekarang dah dapat kuasa, apalagi, buat kerja yang patut anda buat dulu, nak check permit, abang-abang Imigresen ramai boleh tolong...

Sekarang bila artis masuk parti politik....perghhh...jadi berita utama tu...bila pilih yang itu,bangga bukan main, tapi bila pilih yang satu lagi...silap haribulan tutup periuk nasi dia.


Sunday, June 17, 2012

Not So Healthy

Cough secondary to haze.Fever secondary to durian.Pimples secondary to stress.Health not optimised.

Baru semalam pesan berhati-hati di jalan raya.Pagi ni pukul 1.40am berlaku kemalangan di luar rumahku.Meraung seorang perempuan ni trauma.People can choose to be safe but they just ignore the option and chose to be at risk.
posted from Bloggeroid

Saturday, June 16, 2012

Spices of Life

Setiap yang bermula pasti ada penghujungnya. Hanya tinggal sehari sahaja lagi untuk bekerja di jabatan ini.Hari Isnin ini adalah night shift terakhirku dan Selasa tengah hari aku bakal meninggalkan jabatan ini.

1. Paling chill
- benar, memang jabatan ni paling chill seperti yang dikata orang sebelum aku join lagi.Chill, jika dibandingkan dengan jabatan lain.Boleh datang pukul 7 lebih, boleh pulang tepat pukul lima,tapi aku tetap maintain 6.45am.Kadangkala pulang lewat juga especially bila rounds petang dan ada banyak procedures.Yang seniors ambil kesempatan untuk datang lewat.Malah ada yang escape review kononnya ada OT duty.Yang juniors pula relax sangat sampai kurang berusaha untuk cepat belajar.New case pun senior yang clerk,procedure pun senior yang buat, habis bila junior nak pandai?

2. Komunikasi
- paling rapat dengan MO, dan seorang dua specialist. Yang penting, aku tiada masalah dengan mana-mana MO.Yang bipolar lelaki aku jauhkan sebaik  mungkin, yang bipolar perempuan, baik pula dengan aku.Dia marah-marah orang lain, bila dengan aku terus senyum-senyum.Hahah,ada daya penarik agaknya.Dapat bekerja dengan tiga MOs, the triple F's yang paling best.Namun tak sempat bekerja dengan specialist yang berjiwa rakyat, sanggup duduk semeja dengan HOs dan buat kerja-kerja kami.Satu dalam seribu.Juga rapat dan kenal dengan semua HO.

3. Jadi chief
- Berpeluang merasa menjadi ketua selama sebulan.Serabut bila buat duty roster, tapi advantage untuk diri sendiri.Masa bulan tu specialist dan MO incharge tiada, so I was not bothered by anyone.Co-chief pula sudi buat duty roster untuk tiga minggu pertama, aku cuma pening kepala buat dua minggu terakhir.Tapi yang tak bestnya bila nak buat ward rotation, terpaksa letak ramai junior di female ward, maka adalah orang tak puas hati.Itulah lumrah kehidupan, cuba berlaku adil, namun adil itu sangatlah subjektif...dan kita hanya betul-betul faham bila berada di tempat itu...

4. Eye opener to surgery
- it is a surgical based department, dulu masa di Surgery aku tak belajar banyak sangat, maklumlah first posting.Sekarang baru celik mata tentang itu dan ini.Masa assist dalam OT pun tidak kekok lagi, tahu tugasku apa...

5. Anti-jonah
- setakat ni rekod admissionku adalah enam...harap-harap Isnin ni aku takkan pecahkan rekod itu.

6. Rapat dengan team mates
- ada beberapa individu yang aku appreciate sangat bila mengenali mereka.Aku senang bergaul dengan mereka.Mereka pun ikhlas berkawan denganku.Senang kerja bila baik dengan ramai orang, senang nak minta tolong.

7. End posting leave
- first time dapat straight 8 days plus 2 weekends leave.Dulu di Medical pun dapat 8 hari tapi kena buat oncall juga sebab semua orang pun EOD calls, tapi kini alhamdulillah, cuti pun dah approved, tinggal nak settle logbook saja.

____________________________________________________________________________

My active call in male ward yesterday:

Started with annoying call from first class female ward, a patient who had just transferred out from class 3 ward to class 1, requested to go back to the former ward, due to unable to bear the coldness from an air conditioned room.I had to travel from Block C to Block A just to counsel her.Ahhh!!!@#$%^&*

First case came in.Alleged industrial injury with degloving injury of right middle finger.Had to do toilet and suturing which was done at 1.30am.Luckily my local anaesthesia worked and he was a good obedient patient.

Second case...chronic osteomyelitis of right tibia..claims had maggots came out from the wound two days ago.He was discharged the next morning.Shouldn't admit him in the first place.

Third case...alleged MVA with open fracture bilateral lower limbs..poor this 68 year old pak cik, should be careful when riding a motorbike..he hit a stationary car and ended up with broken legs.The whole family (like a bus, maybe?) came to visit him immediately that night.Yet they were all very good visitors, did not make any problem to us.Me, my MO and the tagging MO (double F's) attended the patient and irrigated the wound together.

Fourth case...alleged fall while playing football, sustained midshaft fracture ulna radius.Poor him..needed to go for an operation.He was just playing football...

Fifth case...referred from district hospital...dislocation of PIP joint and tendon cut after his motorbike skidded..after being hit (he claimed) by a police officer.Also booked for operation.

Last case..left hip dislocation..which reduced back in place after multiple CMR...by the time he arrived in the ward, he was quite drowsy after a cocktail of sedation given...

But, the most annoying event was...the same patient who bothered me at 2 am during my last call..
We off his urinary catheter at 2pm, so at 12 am he started shouting as he was still unable to pass urine.This patient was still stucked with us as there is no bed in the periphery hospital.There is no point if we reinsert the catheter..he still fail to pass urine on his own as we would like him to do so.In the end, I put in one nice big size catheter for him, which easily went in.Hah,crystal clear urine came out nicely.

Then he was still shouting for nurses...okay, this time he wanted to defecate.Fine, go ahead...during his activity, he sounded like someone who was giving birth to a macrosomic baby :).When the urine bag was almost full, there he goes again..this time he complaint of feeling pain everytime the urine passed through the tube. He even said that the tube did not went in properly, that is why he was feeling pain. Then, the full urine bag, belongs to the uncle next bed is it?What??? Despite advise about trauma and risk of infection from frequent catheter insertion, he still insisted on removing it.Okay, the nurse removed it.Shut up.Then in the morning he claimed he passed urine three times.What???@#%^&**

Hahah, he even wanted to complaint on the MO in charge of the periphery hospital for not wanting to take him in.There is no bed, how to accept him,please think wisely uncle...

Hmm....the spices of life.Now I think healthcare workers should start complaining about our customers...instead of them complaining on us...we have our right, right?

Saturday, June 09, 2012

EVENTFUL WEEK

Astaghfirullah al azim...Astaghfirullah al azim...
Lunak alunan suara zikir terapi diri yang kupasang setiap hari di dalam kereta sewaktu pergi dan pulang dari kerja.Dapat mendamaikan sedikit jiwa yang kusut. Minggu yang begitu eventful.

Aku bersyukur kerana berakhir sudah satu tanggungjawab yang dipikul selama sebulan.Walaupun aku cuba low profile as low as I could, mereka tetap nampak aku.Maka terpikullah amanah sebagai HO leader yang tidak pernah langsung aku impikan.Namun aku bersyukur kerana tidak diganggu langsung oleh Specialist mahupun MO in charge kerana kedua-duanya tiada pada bulan lepas.Namun selepas semuanya berakhir, tidak semena-mena namaku masih disebut-sebut sebagai ketua.Ward rotation pun masih menyuruh aku untuk aturkannya.Masih menyebut-nyebut namaku sebagai chief.Jika beri wang seribu ringgit pun aku tak sanggup memikul amanah itu lagi.Cukuplah sekali di jabatan itu.

Kami bertukar wad Jumaat lepas.Alhamdulillah, amat selesa dengan wad ini.Kembali ke wad lelaki.Less procedures but more admission.Akan tetapi wad perempuan yang kutinggalkan kini menjadi kontang-kanting.Admission dah overflow.Team members pula kurang cekap,ramai HO first posting.MOs ramai yang mengutuk tapi sedikit yang menunjuk ajar.Kasihan juga mereka.Tapi betullah, HO generasi sekarang kurang berusaha.Sudah tiga bulan, basic belum grab lagi.Macam mana?Takkan semua pun mengharapkan senior, sampai bila-bila pun yang junior takkan belajar.

I considered myself having a good call last Sunday.Only 4 admissions from 12pm to 8 am, compared to my friend, 9 admissions from 5 pm to 8 am on Friday.However my MO kept bugging me by asking me to help the female ward. Apparently he did not trust the HO there at all.Luckily ada senior tagger yang helped everything.I couldn't leave my ward as my patient was ill also.Anyway I was happy that I gave a good impression to the specialist during pass over the next day.

On Tuesday, we had an evening at Papa Rich, Straits Quay.It was my first time going there.My comment: so-so only.The restaurant was okay, just like other franchise restaurant, but the staff were not so efficient.Adalah benda yang kurang berpuas hati termasuklah apabila mereka ingin mencantumkan dua meja untuk customers, they just dragged the tables without even lift them up.Bukannya berat sangat meja tu pun.Maka terhasillah bunyi-bunyian yang amat tidak enak, yang mengganggu perbualan kami.Sampai aku cakap, "Can you please lift up the table?" Menu...very moderate, nothing so special.I ordered a hot chocolate which was superb, but the noodles soup with mutton was just too plain.Its like mi segera bubuh garam dan letak telur goreng dan tiga biji mutton balls.Food was not served that quick also.However the best part is we enjoyed "discussing" until night.

Wednesday...as usual after HO teaching, the specialist who came back two weeks ago started giving the exact same long lecture.Then we divided ourselves and went for lunch.one big group, three wards combined together.Lama juga tunggu food sampai sebab banyak queue order.Baru habis makan, a colleague called."Patient bed 4 collapsed, MO is calling the senior HOs to come back to the ward!!!"
Aku pun bingkas berdiri."Guys, patient bed 4 collapsed, let's go back to the ward now!"
Kelam kabut kami berlari di celah-celah orang ramai yang memenuhi kedai makan itu.MA,fellow HOs semua yang mengenali kami tercengang-cengang, apasal empat orang ni kelam kabut sangat? Masa tu memang rasa macam dalam cerita tv.Boleh katakan semua oranglah nampak kami berlari bagai orang gila, termasuklah ketua jabatan kami yang kebetulan berada di pintu belakang itu.

We resuscitated the patient (who was just 47 years old) for almost 2 hours.Unfortunately he passed away after a severe sepsis.Allah dah tentukan ajalnya hari tu.Masa kami baru bertukar wad, dia nampak okay saja.Siap buat wound debridement lagi untuknya.Innalillahiwainna ilaihi raajiun.

On Thursday I was doing clinic duty, which finished as early as 4.30pm.I returned to the ward, all jobs were done.Suddenly at 4.50pm, one new case came in.They all expecting me to clerk because I hadn't do anything yet (like I was sitting down shaking my legs in clinic?). So I just quickly clerked the patient and my friend took his bloods.Done, 5.30 chow!At 7pm, my parents and I went to Butterworth for a wedding.It was the first time my Swift rode the ferry to cross the sea. Subhanallah, syukur dapat lihat dan hidu lautan.Rasa tenang sangat...The Ahmad Badawi Hall was just 5 minutes from the ferry terminal.Mak and ayah kept saying that now it is always me who brought them here and there.My elder brothers just did not care anymore.Well, I will do everything for you, mak & ayah, but I can't do anything about my brothers because I myself also is heartbroken from their ignorance and irresponsibility.

Friday...I almost had to go to OT to replace a friend, but she went to OT herself.So I stayed in the ward, assisting one high tibial pin insertion and doing one ray amputation.I had a good nasi lemak breakfast so I didn't go for lunch. Suddenly at 3pm, we received a call from female ward, requesting for back up.One patient collapsed.Apa lagi, another episode of running!!!From third floor to second floor.Only this time I was alone.My junior collaeague who was in the ward just said ,"kejap" but never showed up.Fine, tunggulah bila  oncall nanti, when patient collapse, don't ever say that you don't know what to do, because you had the chance to learn but you just ignored it.

Bila sampai kat female ward, ada three HOs, semua first posting, just standing around the patient.
Terbeliak lah biji mataku melihat keadaan itu."Guys, wear gloves, wear mask, start resus!!"
Barulah sorang-sorang start bergerak.I am really sure one of them had already experienced the resus situation but still acting very blurred!So we tried to help her, who already collapsed the day before in dialysis unit but able to revive.Only 5 minutes later MO came...the tagging MO.Apa lagi, bila nampak aku kat sana, dia biar je aku handle.Patient unable to revive, prognosis also very poor.Pronounced death at 3.40pm.Dah habis resus, aku pun explained sikit-sikit kat junior HOs bertiga tu.Semoga mereka tahu nak handle this kind of situation the next time.Lepas tu aku pun kena leter dengan MO tu.Dia suruh letak more senior HO kat ward, sebab yang juniors are too slow,bila tanya ada new case ke tak pun tak tahu..mereka cuma tahu patient yang mereka review saja.Okay...I am no longer the leader,so I passed the message to the current leader.

Such an eventful week, malam ni aku break from study.Emotions pun not very stable.Esok baru study balik for my assessment.Photos later.


Tuesday, June 05, 2012

Stressors

After a stressful morning,finally we had a looooong chat which released every single stressors in life.Imagine,patients telling you to do this and that like a teacher telling a kindergarten student.Then you had a friend who used to be closed to you yet now avoiding you because you are close to her enemies.How stress it would be working under that kind of environment.

Moral of the story...you can't make everyone satisfied because no one is perfect. ????2&/+'%#-+'

posted from Bloggeroid