Monday, July 30, 2018

Sedih Jadi Mangsa !

Rasa rindu sangat pada kereta merahku. Sampai termimpi-mimpi. Dah tiga minggu berpisah dengannya.

Tadi sempat buat panggilan ke syarikat insurans. Terdetik nak bertanya. Namun semua jawapannya sungguh mengecewakan.

1. Adakah workshop ada menyediakan kereta ganti?
Tidak, kerana puan claim insurans sendiri. Bukan insurans kereta lain.

2. Bagaimana nak claim lost of use?
Tak boleh claim, sebab puan claim insurans kereta sendiri. Hanya boleh claim daripada kereta lain. Puan terlibat dengan motorsikal, maka tak boleh claim. 

Tapi motorsikal tu yang langgar saya?
Sama juga, tak boleh claim dari insurans sendiri. Jika dengan kereta sekalipun, jika puan yang melanggar, juga tak boleh claim.

3. Adakah motorsikal tu dah claim insurans saya?
Belum, tapi dia ada masa sehingga 6 tahun untuk claim insurans puan.

Sungguh tidak adil!!!! Penunggang motorsikal tu yang bersalah, aku yang menanggung kerugian! Aku sangat tak berpuas hati. Kau yang lalai, aku yang kena tanggung. Tiga minggu tiada kereta nak pergi kerja. Dah spent such amount untuk bayar Grab car. Hilang NCD insurans. Kau? Senang senang nak claim insurans aku? Semoga kau ambil iktibar daripada kecederaan kau.

Saturday, July 07, 2018

Malang Tak Berbau



Petang semalam balik kerja seperti biasa. Ketika melalui jalan Tanah Liat menuju ke Kubang Semang, berlaku sesuatu yang tak diduga.

Masa tu kereta berhenti kerana traffic congestion. Biasa kawasan tu tak jem, tapi hari Jumaat ada pasar malam, maka trafik jadi perlahan dan queue hingga ke situ. Aku lihat melalui cermin pandang belakang, kereta rakan sekerjaku, Aqilah sedang menghampiri. Aku pandang depan semula. Tiba-tiba kereta berdentum dan bergegar. Kaca dari cermin belakang bersepai, kena sedikit pada belakang badan dan kepalaku. Keretaku bergerak sedikit ke hadapan. Mujur aku memang berhenti jauh sikit dari kereta depan, sempatlah tekan brek dan berhenti sebelum kena kereta depan.

Terkejut aku. Ada pokok atau tiang tumbangkah? Aku rasa aku okay, tiada kecederaan. Aku terus keluar dari kereta, lagi terkejut aku, tengok ada sebuah motorsikal warna biru tergolek atas jalan raya, dan dua orang terbaring atas jalan raya. Uncle tu terbaring, topi keledar masih di kepala tapi wiser pecah habis. Kepala dan muka berdarah. Uncle sedar, tapi dalam kesakitan. Isterinya pun sedar, dah dalam keadaan duduk, tapi tangan kanannya sakit, tak boleh gerak.

Aqilah pun turun dari keretanya, katanya dia memang nampak uncle tu yang langgar aku. Aqilah minta aku alihkan keretaku ke tepi. Masa tu baru aku tersedar, keretaku ada di tengah jalan. Tengah terkejut, memang tak terfikir pun pasal keretaku. Yang pasti boot kereta kemek, cermin belakang dah pecah, dan nombor plate entah ke mana.

Aku alihkan kereta dan parked di tepi jalan. Aqilah pun berhentikan keretanya di depan keretaku. Selang beberapa buah kenderaan, muncul Kak Mas pula, juga rakan sekerjaku, berhenti di depan lagi. Melihat dua orang yang kukenali ada, hilang rasa gementar dan takutku. Lagipun aku tak bersalah. Beberapa orang riders dah berhenti memberi bantuan. Ada yang telefon ambulans, ada yang kawal lalu lintas.

Seorang rider menghampiriku, katanya dia menunggang berhampiran uncle tu tadi, memang uncle tu tengah ralit, sembang dengan wife yang membonceng di belakang. Mungkin sebab tu dia tak perasan kereta tengah berhenti queue.

Masa aku lihat melalui cermin pandang belakang, cuma nampak kereta Aqilah saja menghampiri. Tak nampak pun motor uncle tu. Dalam masa beberapa saat dia dah hentam belakang keretaku. Jadi aku kira uncle tu bawa laju juga.

Lambat pula ambulans sampai. Dengan jalan sesak pula. Aqilah dan Kak Mas bagi bantuan kepada uncle. Mereka tekan muka dan kepala uncle untuk hentikan pendarahan. Uncle sedar, harap-harap tiada pendarahan dalam otak. Aunty pula dah mula buat panggilan kepada keluarganya. Aku tanya, tadi aunty tak nampak kereta di depan kah, sampai boleh langgar? Aunty jawab dia tak tahu, dia duduk di belakang, uncle yang bawa motor. Aiyoo...

Ada seorang lelaki dilihat memberi nombor telefon kepada aunty, rasanya dia yang akan urusakan motorsikal tu. Mungkin dia seorang adjuster. Dia ada ambil gambar keretaku juga. Ada seorang lelaki Cina beri name card kepadaku, dia pun dari syarikat insurance juga. Aku dah call hubby atas nasihat Aqilah. Masa tu terfikir, tak payahlah nak susahkan hubby sebab aku tak cedera, kereta pun boleh jalan lagi. Nanti susah pula hubby nak pergi ambil anak kat pengasuh lagi.

Ambulans sampai. PPK tu aku kenal dan dia kenal aku. Alamak...habislah heboh satu hospital pasal aku accident. Dua orang PPW terus beri rawatan, bubuh splint pada tangan kanan aunty tu. Uncle diangkat naik atas stretcher dan dibawa masuk ambulans dengan aunty. Semoga selamat kedua-duanya.

Aku memeluk Kak Mas dan Aqilah tanda terima kasih. Kesian mereka balik lambat pula sebab tolong teman aku. Lagipun Kak Mas masih beruniform, jadi dia ada tanggungjawab untuk bantu uncle dan aunty tu.

Hubby tak sampai lagi. Pakcik - pakcik di seberang jalan dah buat isyarat, " Pi buat report". Aku called hubby, nak ke Balai Polis Kubang Semang terus, yang terdekat. Sampai di sana, encik polis kata kemalangan kena buat report di Balai Polis Bukit Mertajam cawangan trafik, dekat Summit tu. Adoii. Hubby kata tunggu situ, nanti kita pi sekali. Dekat 15 minit juga tunggu hubby, senyum manis dia bila keluar dari kereta. Mungkin dia tak nak aku sedih.

Kami ke balai polis cawangan trafik tu. Sarjan yang ada di situ terus tahu, ni accident di Kubang Semang ni. Masa on the way ke situ, ada satu lagi accident, arah ke BM, Bezza biru dengan Kelisa. Aku juga nampak motor uncle tu dah naik atas lori.

Habis ambil kenyataanku, pemandu kereta Bezza tu pula sampai. Aku dan hubby naik ke tingkat 2, berjumpa dengan Investigating Officer, Sarjan Sahidin. Sarjan ambil lagi keteranganku, dan keluarkan laporan lain.

Sarjan kata kes ni straight forward, memang uncle tu salah, langgar belakang keretaku. Polis akan saman orang yang bersalah. Aku kena claim insurance kereta sendiri, sebab tak boleh claim insurance motor uncle tu, tapi uncle boleh claim insurance keretaku :(  tapi sebab dia bersalah, mungkin pampasannya sedikit saja. Sarjan bagi jaminan, kes ni lawyer tak boleh pusing dah, memang uncle bersalah.

Jalan tu satu lorong. Kenderaan memang dah berhenti lebih kurang 1 minit. Cuaca pun elok. Jadi tak boleh lah nak kata aku brek mengejut, atau aku tiba-tiba menukar lorong.

Aku kesian pada uncle dan aunty yang cedera tu tapi geram juga, kerana kecuaian uncle, aku juga jadi mangsa. Kereta dah kena masuk bengkel entah berapa lama. Hari ni hari dia cuai, hari lain mungkin aku pula cuai. Semoga mereka berdua cepat sembuh dan semoga cepat dapat selesaikan urusan pembaikian keretaku.


Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Tuesday, April 17, 2018

Air Ketuban !

Lama betul berhenti menulis. Ditakdirkan si kecil dah berada di tanganku, alhamdulillah, maka aku menjadi begitu sibuk.

Alkisahnya hari tu hari Selasa. Dah lama tak muntah pagi, tapi pagi tu muntah banyak pula. Dekat 10 minit muntah. Waktu keluar rumah dah 6.40 pagi, lewat 10 minit daripada biasa. Dah tahu lewat, nak juga singgah beli nasi lemak, sebab perut lapar sangat. Masuk highway dah lebih pukul 7, apa lagi, sangkut dalam traffic jammed. Masuk pusat bandar dah dekat sangat pukul 8. Berdebar-debar....tak pernah lewat masuk kerja macam ni. Nasib baik parking banyak space. Cepat-cepat jalan masuk ke klinik, tapi mengah rasa, nak jalan cepat pun tak berani.

Masuk bilik rawatan dah 8.10am. My colleague dah start tengok patients. Tarik nafas, cepat-cepat keluarkan barang dan panggil patients. Nasib baik haritu ketua jabatan atau pengarah tak buat rounds. Pertama dalam sejarah, aku datang lambat ke tempat kerja! Mujur masa beli nasi lemak tu, beli kuih sekali, maka sempatlah jamah kuih sambil memandu tadi, jika tidak pasti perut lapar!

Waktu tengah hari...tak rasa loya macam selalu. Sedap dan berselera sekali makan nasi lemak. Petang nak balik kerja pun tak rasa nak muntah macam selalu. Perut boleh hadam nasi lemak...alhamdulillah, mungkin ketidakhadaman tu dah makin kurang.

Balik kerja, rasa dahaga sangat. Singgah beli air kelapa sebungkus RM2 sambil tunggu baju di dobi. Siap telefon mak lagi. Balik rumah, solat Asar, mandi, terus sapu rumah. Mula sapu bilik kedua dulu, mungkin sebab habuk, aku bersin 4-5 kali. Bersin pun control, takut terkencing. Tapi sebab baru mandi, jadi bladder tak full. Beralih ke bilik tidur utama, baru saja start sapu, rasa ada air mengalir di paha.

Eh, terkencing sebab bersin tadi kah? Cepat-cepat bersihkan diri di bilik air. Keluar dari bilik air...jalan a few steps, rasa air mengalir lagi. Suam-suam...
Alamak, ya Allah, biar betul, air ketuban ke ni? Rasa macam nak menangis...baru 30 minggu 6 hari masa tu..takkan dah pecah air ketuban? Tapi memang yakin itu bukan air kencing...masa tu dah mula nak panik. Baru perasan, tak rasa baby gerak sejak balik kerja tadi sebab banyak aktiviti...aku cuba tepuk-tepuk dan urut perut pun tak rasa baby gerak...

Air mata dah mula nak turun...7 bulan lebih aku mengandung,takkanlah....?
Terus bagitau hubby,nak ke hospital. Kebetulan dah 7.30pm..tunggu masa saja nak azan Maghrib. Habis solat saja terus ke hospital...

Aku lupa terus kes macam ni kena admit for observation. Dok ingat nak pergi scan dan buat CTG saja untuk make sure baby okay dan air ketuban cukup. Nurse terus suruh hubby daftarkan namaku untuk admit. Masa buat CTG, baru rasa baby gerak aktif..alhamdulillah. Tapi air ketuban juga aktif mengalir keluar, sampai basah kain pink hospital itu. CTG normal alhamdulillah. MO oncall buat speculum examination, not demonstrable but history suggestive. Scan...AFI dropped from 14 to 10, estimated fetal weight 1.5kg...

Malam tu tidur dengan kain kebasahan...air ketuban terus mengalir keluar...sedihnya...perut tak sakit apa pun..Result full blood count came back later....white cell count 15, so signs of infection. Treated as chorioamnionitis, I was started with tablet erythromycin. Hoping that the infection will subside and the amnion membrane will seal.

Selama 4 hari aku bermalam di hospital daerah itu..sambil berdoa agar keajaiban berlaku. Teringat Ustaz Wadi Annuar yang kemalangan dan retak tempurung kepala...membrane otaknya pun terkoyak dan mengakibatkan air otak keluar melalui hidung...tapi dengan izin Allah, ubat yang diberikan dapat seal balik koyakan tu dan air otak pun berhenti mengalir...aku juga mengharapkan keajaiban itu..

Hari ketiga di wad, aku dah mula rasa sakit di right pelvis. CTG buat daily normal. Daptone pun okay. Tapi white cell count increasing each day. CRP pun taken, came back high. Tapi aku tak demam, cuma malam tu rasa tak sihat sangat, tidur pun terganggu macam tidur orang demam.

Hospital ini terletak hanya 2 blok dari pejabat hubby, jadi hubby rajin mai hantar nasi pukul 10.30 pagi...tak boleh masuk,,,kakak guard yang tolong hantarkan. Tengah hari hubby datang, petang pun datang. Terima kasih hubby...terharu .Malam Jumaat tu hubby buat kenduri pisang...siap hantar pisang malam-malam pada nurses wad tu.

Asalnya kami nak shopping barang baby weekend ni namun aku dah admit ward, maka plan tak jadi. Hubby dah panik bila nurse tanya mana barang baby masa admission tu, so hubby pergi sendiri ke kedai baby, beli serba sedikit barang baby...

Sunday, March 11, 2018

Perut Besar Third Trimester

Third trimester...alhamdulillah, masuk 7 bulan, perut dah mula membulat. Pakai jubah pun boleh nampak perut dah ke depan. Pinggang makin sakit. Makan dah makin lalu tapi indigestion and reflux masih ada. Masih muntah makanan yang tidak hadam petang petang. Pagi boleh makan apa saja. Nasi lemak dah lalu makan. Kerap juga makan nasi lemak pagi pagi nak bagi berat baby naik. Kadang kadang pesan roti canai kat pakcik kerani tolong beli on the way dia nak pi kerja.

Ada nurse asyik tanya bila nak pakai baju mengandung? Aku malas sikit nak beli maternity dress ni sebab bukan nak pakai lama...baik pakai saja jubah yang ada. Kasut memang pakai flat shoes sejak first trimester lagi, terpaksa korbankan minat pakai wedges.

Waktu ni juga dah boleh terima makanan bersup. Hubby biasa beli kuey teow sup, habis aku makan. Sebelum ni nak bau pun tak boleh. Daging pun dah start boleh makan...ada sekali tu abang ipar bawa satay masa datang rumah...dapatlah makan beberapa cucuk. Air masak pun dah tak terasa pahit, maka dah tak perlu minum ais kosong lagi. Air manis cuma sekali sekala minum masa hari bekerja. Ada juga hubby beli air mata kucing, air tembikai dan air epal asam boi, aku tumpang minum...sedap juga.

Masa rawatan susulan di klinik kesihatan, dua kali berturut turut beratku turun, sampai nurse refer aku pada doktor bertugas. Aku happy saja berat turun, tapi risau juga sebab patutnya berat naiklah bila baby makin besar. Masa last visit juga Haemoglobin dropped from 11.6 to 10.9. Still okay lagi...tapi aku admit lah yang aku tak compliant dengan Zincofer tu.

Aku juga sempat ambil IM ATT satu dos saja. Itupun ambil lewat sebab hari yang nurse nak cucuk tu bajuku tak boleh selak lengan, macam mana nak cucuk. So next visit tu memang aku pakai baju lengan besar siap siap. Aku juga kena buat MGTT...banyak juga air gula tu. 75g gula! Aku minum...tegukan pertama, rasa macam nak batuk, mungkin sebab gula tu agak pekat, lepas tu aku minum habis dengan sedapnya. Alhamdulillah tak rasa nak muntah, tak rasa pening pun. Hari tu boss tak bagi time off, dia suruh aku ambil cuti terus takut pening katanya. Sebenarnya haritu baru kutahu, kalau buat MGTT, boleh dapat MC :). 

Alhamdulillah result MGTT yang keluar one week after tu normal...lega. Risau juga kalau kena kencing manis, kena cucuk insulin bagai. Haritu aku 28 weeks...scan day. Haritu dapat jumpa kawan sendiri, bagus betul skill dia buat antenatal scan, sungguh meyakinkan berbanding other colleague yang lebih senior. Estimated fetal weight masa tu 1.1kg...aku rasa agak underweight, tapi bila plot atas graf, dia kat 50th percentile. Other parameters juga ikut gestational age. AFI 14. Alhamdulillah, tanda yang nampak, bakal dapat baby girl! Perasaan bercampur baur. Syukur, girl atau boy, terima saja, asal sihat sempurna. Ramai staff kat klinik teka boy, nampaknya mereka silap. Tanda tanda yang biasa orang kata tu banyak tak kena denganku.

Alah teruk
Tak boleh pakai make up, tak berseri
Baby banyak gerak belah kanan
Perut bulat

Ni semua tanda yang mereka kata boy

Tanda girl:
Alah teruk
Tak lalu makan/ makan sikit
Perut kecil

Petang hari yang sama...aku decided untuk buat scan 4D. Dah alang alang cuti, pergi scan sekali. Aku tak teruja untuk tengok wajah baby pun, padaku nanti lahir tengoklah puas puas. Aku cuma nak confirm jantina, nanti boleh start shopping dah. Waktu scan, baby tidur...walaupun aku dah makan ais krim untuk kejutkan dia. Wajahnya dekat dengan placenta, so susah nak letak probe ultrasound tu untuk capture gambar muka. Nampak hamburger sign,maka memang girl. Melayang RM110. Baik GP tu. Dia kenal a few seniors kat my hospital juga.

Waktu 7 bulan ni aku sempat balik kampung 2 kali. Sempat bawa mak ayah ziarah sepupu yang baru bersalin setelah 10 tahun kahwin. Bawa mak beli kain untuk baju raya siap siap. Bawa mak ayah makan kenduri Pakistan. Bawa ayah ambil duit warga emas. Minum air kelapa + sirap biji selasih. Memang aku tunggu 7 bulan baru berani minum air kelapa. Masa last aku balik kampung tu mak masakkan sotong goreng kunyit yang aku teringin, siap tambah lagi gulai ikan dan sup ayam. Semua aku makan serba sikit, tapi lepas balik rumah hubby petang tu, semua muntah balik... :(

Waktu third trimester ni aku dah jarang muntah waktu pagi...pening dan sakit kepala pun dah tiada. Alhamdulillah aku takda bengkak kaki, stretch mark di perut pun tiada sebab perut tak besar. Sembelit pun dah okay sebab pagi aku dapat makan banyak. Tapi ada juga dua tiga kali vision aku terganggu... Macam blurr sikit tapi dia baik sendiri. Daripada 5 kg aku hilang, aku cuma tambah 2 kg. Jadi tiada siapa kata aku gemuk masa mengandung. Hubby pun dah mula plan nak beli barang baby dan dah tetapkan satu weekend ni untuk pi shopping.

Kita merancang, Allah juga merancang. Perancangan Allah lebih baik...

Lagi Kematian Yang Dicemburui

Semalam, seorang yang amat baik telah kembali ke rahmatullah. Seorang senior yang pernah dikenali saat menuntut ilmu di Ireland dahulu. Suaminya juga sangat baik dan sangat dihormati. Hidup mereka telah diuji dengan pengurusan seorang anak autism, seorang anak meninggal dunia dan macam macam lagi dugaan. Namun pergantungan mereka kepada Allah sungguh kuat. Mereka menjadi sumber inspirasi kepada ramai orang. Semoga arwah ditempatkan bersama para solehin.

Teringat saat doktor pakar memutuskan untuk melakukan pembedahan, terus aku matikan fungsi password untuk telefonku. In case jadi apa apa padaku, tak susahlah untuk husbandku access phone, nak cari nombor boss, nombor kawan kawan atau sesiapa pun.

Aku juga nak pesan pada husband, jika aku nazak nanti, tak perlulah untuk CPR. Dalam erti kata lain, do not resuscitate. Tak perlu ventilator lama lama. Biar aku pergi dengan tenang. 

Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali.



Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Tuesday, March 06, 2018

Masuk Second Trimester

Buku merah - buku rekod kesihatan untuk ibu ibu yang check di klinik kesihatan kerajaan. Banyak benefits jika ada buku ni, follow up agak lengkap, maklumat semua ada dalam ni, senang nak rujuk walau bersalin di hospital mana pun. Sebaiknya buka buku ni sebelum 12 weeks gestation. Masa aku pergi klinik kesihatan ibu anak (KKIA) tu exactly 12 weeks. Ambil AM off sebab first visit ambil masa sampai 3 jam untuk settle. Bawa UPT result dan untuk first pregnancy mereka minta salinan sijil nikah. Kena check darah - full blood count, syphilis, rapid test HIV dan blood group. First RME ( routine medical examination) dengan doktor, dia akan scan untuk confirm gestational age. Kira estimated due date (EDD) based from scan. Tak banyak beza dengan kiraan LMP ( last menstrual period). Since LMP ku tepat, doktor suggest ikut tarikh EDD from LMP. Masa first scan tu katanya placenta low lying, so need to repeat scan in one month.

Alhamdulillah rasa lain bila dah ada buku merah, another step ahead!

Masuk second trimester, sickness tu masih berterusan. Ada lah kurang sikit, tapi masih belum ada tanda nak berhenti. Everyday vomit without failure. Appetite still poor. Gastritis on off, sometimes needed to wake up at 2 am to drink milk or cereal. Kalau tak, tak boleh tidur. Once I had a prolonged frontal headache, continuously for two weeks. Masa tu sampai terfikir...pre eclampsia kah? Atau ada something in my head? Waktu kat tempat kerja, aku selalu ketuk kepala dengan hujung pen, itu yang buat aku rasa lega...sometimes letak my mini torch metallic body on my forehead...rasa sejuk metallic dia made me feel better...

Balik kerja...muntah...malam memang tak boleh buat apa...after Maghrib dah kena baring...kadang tengah malam bangun dan tidur atas lantai...kesejukan lantai jubin tu buat sakit kepala berkurang...sometimes kaki jadi restless tak boleh tidur atas katil...dia kena tidur atas lantai juga. Sama saja masa aku di kampung, tidur seorang diri pun aku bangun tidur di lantai. Macam macam karenah mengandung ni. Dua tiga minggu jugalah asyik tidur di lantai. Kesannya, masa empat bulan mengandung dah start sakit pinggang, walaupun perut masih kecil. Mungkin juga masa tu pelvis tengah adjust untuk bagi ruang kat baby, maka pinggang mula sakit.

Waktu ni pagi dah boleh makan roti canai/ kuey teow goreng, bihun goreng...tapi nasi lemak langsung tak boleh bau. Roti pun dah tak lalu. Setiap pagi minum milo atau vico untuk tenaga..tengah hari paksa diri makan nasi sikit, kadang tak makan pun. Petang balik kerja, muntah balik nasi tu...kadang tak sempat balik, muntah dulu di tempat kerja. Malam...makan yang goreng goreng. Lepas makan tu jantung mesti laju, tapi alhamdulillah tak muntah malam. Makanan bersup langsung tak boleh hadap, bau pun tak boleh. Padahal dulu bukan main suka lagi minum sup.

Oh ya masa buka buku merah tu baru realize, aku lost 5 kg since pregnant. My friend siap suruh check thyroid function test, sebab prolonged hyperemesis. Dah ambik test tu tapi result untraceable!

Perutku still kecil even dah masuk lima bulan, ramai staff di luar klinik yang tak tau pun aku mengandung. Aku still boleh pakai baju macam biasa, lagi lagi jubahku longgar. Seorang sister sampai dua kali tanya, aku makan produk apa sampai jadi slim. Maka aku pun berbisik padanya yang aku mengandung dan alah teruk. Itu rahsianya! Derita alahan tu terubat juga bila raaaamai staff lain tegur yang aku dah kurus. Tak seorang pun kata aku gemuk lepas kahwin. Alhamdulillah, heheh.

Quickening dah rasa masuk lima bulan...dia macam baby mula gerak...rasa ada cuitan dalam rahim tu. Seronok kemudian bila dah rasa baby kicking. Baby banyak gerak waktu malam. Masuk enam bulan, barulah nampak baby bump. Pinggang semakin sakit, especially bila step dengan kaki kiri, rasa macam nak terjatuh. Waktu turun dari katil pagi pagi kena pijak perlahan lahan, kalau salah step macam nak jatuh.

Tuesday, February 27, 2018

First Trimester Sickness

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM....

Tak sangka my last entry was in August last year. Masa tu baru UPT positive. Lepas tu dah mula occupied dengan macam-macam dugaan. The challenges of life. Before anything else happen to me (read: death), lebih baik aku coretkan pengalaman ini, semoga menjadi pengajaran dan panduan kepada manusia lain. Jika ia satu ilmu, semoga ia menjadi ilmu yang bermanfaat kepada manusia lain, dan pahala ilmu itulah yang akan kubawa ke alam akhirat nanti insya Allah.

Hari ini dah masuk hari ke-17 berpantang. Hari ke 17 juga menjadi seorang ibu, alhamdulillah. Allah kabulkan jua hajat untuk memiliki zuriat, walaupun masih perlu bersabar lagi sebelum mendapat "hak menjaga" zuriat ini. My baby girl, dilahirkan pramatang at 31 weeks 4 days gestation. Sihat dan tiada komplikasi, baby perlu tinggal dalam incubator, sementara tunggu berat naik dan cukup matang untuk hidup di luar (extrauterine life).

PREGNANCY JOURNEY

ALhamdulillah Allah makbulkan hajat untuk mengandung, selepas 10 bulan berkahwin. Bersyukur sangat. Selalu berdoa untuk zuriat saja, lupa nak berdoa supaya diberi keringanan masa mengandung. Started at 7 weeks, alahan mula menerjah. Pening...sentiasa kena baring, loya, tak lalu makan...muntah. Apabila makanan tak masuk, maka bowel pun tak open...sampai lebih dari 2 minggu! Masa 7 weeks tu rasa sakit at left pelvis...kebetulan masa tu tak scan lagi untuk confirm pregnancy...malam tu terus ajak husband ke KPJ. Kena admit untuk hydration and scan the next day. Doctor tak convince itu ectopic pregnancy sebab the pain was mild and no other supporting symptoms.

KPJ bagi IV Paracetamol (as usual, their practice?) for pain relief and normal saline for hydration. Maka pukul 1 pagi, masuklah ke ward...kesian my hubby balik lambat...then esok ambik cuti.Esoknya pergi scan...request female doctor, dapat Dr Munawwirah...masa ni doctor ni considered  masih baru kat KPJ...doctor confirmed intrauterine pregnancy...no cyst no fibroid, alhamdulillah. UFEME ada tanda infection sikit, so started with Cefuroxime. Doctor Munawwirah dah pesan...by 12 weeks awak akan rasa lagi pening dan loya. Which is so true!!!

I stayed in the ward for 2 nights and 1 day only. Masa in the ward, dah diberi ubat dan drip, dan tak bau masakan...rasa sihat terus. Langsung tiada muntah, boleh makan habis makanan yang diberi. Makanan dia okay, except nasi goreng Cina - tawar dan nasi keras sikit. Minuman panas dia memang tak panas langsung. Pregnancy related illness- insurance tak cover...so bayar sendiri. Total cost RM2400. Okaylah...boleh berehat dengan aman, dan dapat continue MC another 3 days...kebetulan sambung dengan cuti Hari Kebangsaan.

Bila balik ke rumah...the sickness started all over again...kebetulan masa tu masih tinggal di rumah keluarga hubby...rumah kampung...kakak ipar pun ada..so bau masakan tu yang tak tahan. Bilik di tingkat atas, waktu tengah hari memang berbahang...tapi tahan ja panas sebab nak turun bawah dah bau dapur pula. Air pun kurang minum...makan memang tak la...perut pedih mencucuk-cucuk...tapi kalau makan muntah pula...seksanya masa tu.

Waktu Aidiladha...balik kampung. Orang lain makan ketupat dengan gulai daging, aku makan biskut kering dengan air Vico. Yang itu saja yang lalu...solat raya pun tak pergi sebab takut pening dan muntah bila lama-lama di masjid. Memang muntah pun masa keseorangan di rumah...Start daripada Aidiladha tu, terus tak boleh makan daging lembu...nak  muntah...sampai sekarang pun tak boleh makan banyak macam dulu...memori muntah tu masih ada.

First trimester was the hardest. I lost 5 kg. My weight became even less than pre marital weight. Breakfast minum milo atau susu saja. Lunch - minum milo dengan buah saja, itupun nurse tolong belikan di kantin. Kadangkala tumpang order dengan nurses - makan fries dengan air chocolate. Petang 3.30pm-4pm, mesti muntah balik. Drive balik kerja jenuh tahan loya/muntah. Spare plastic bag dalam kereta tapi alhamdulillah berjaya tahan, tak muntah dalam kereta..sepanjang perjalanan balik, around 50 minutes drive, jenuh tahan pening, tengok gerai/kedai makan/poster makanan tepi jalan pun tak boleh.

Sampai saja rumah...muntah. Waktu malam...tak lalu makan, tapi perut pedih. Malam agak jarang muntah. Seingat aku masa 1st trimester tu aku cuma pernah minta hubby belikan kentang goreng (hubby beli frozen punya dan balik goreng kat rumah) dan kuey teow sup ( nak yang panas macam kat kedai tomyam tu tapi hubby beli yang ready made tu, kuah pun sejuk ja). Yang lain-lain makan ja nasi yang kakak ipar masak, sometimes tak makan pun.

Pernah juga balik kampung masa weekend, masa tu hubby pergi Shah Alam kot untuk Viper Challenge. Ahad tu tak terdaya nak balik...Isnin pergi GP ambil MC...masa tu minta Maxolon sebab dah nak habis..GP tak nak bagi sebab katanya Veloxin lebih baik, tapi tiada stock di kliniknya. Aku kalau makan Veloxin lagi muntah dan pening! Maxolon juga yang boleh tahan...sekejap saja pun tahannya. Ada juga beberapa hari lagi MC after that, tapi MC tak lama...sehari dua saja, tak macam my senior yang dapat continuous MC sampai dua bulan!