Wednesday, March 31, 2010

Interview for dummies


Kali terakhir menjalani temuduga ialah lima tahun yang lalu, segerombolan pelajar KMPP mengembara ke ibu kota, untuk temuduga ke Ireland. Balik tu sampai demam-demam. Esok ada interview, setelah sekian lamanya. So malam ni kena prepare untuk jawapan-jawapan yang biasa.

1.       What do you see yourself in 10 years time?

I see myself as a woman with a complete family, living with my husband and 2-3 children. As for my career, I should have been a senior doctor in a field that I am interested in, probably a registrar, but hopefully as a consultant.  

2.       Future career plan?

As for now, I am interested to further studies in ophthalmology but I think it is unfair for me to decide now, as I haven’t really get the full exposure in other specialties. I am also interested in endocrinology and geriatrics. Perhaps I will make up my mind when I do housemanship. [merepek habis…]

3.       What do you think of one Malaysia?

Well, I think it is a good concept, every leader should come out with an idea or vision, in this case I believe that our prime minister is trying his best to please the Malaysian and gain the trust from us. [a tricky one, I dare not to go on further …]

4.       Chikugunya?

Chikungunya fever, is a viral illness that is spread by the bite of infected mosquitoes. The disease resembles dengue fever, and is characterized by severe, sometimes persistent, joint pain (arthritis), as well as fever and rash. It is rarely life-threatening. Nevertheless widespread occurrence of diseases causes substantial morbidity and economic loss. Treatment is supportive and symptomatic, patient is expected to recover but covalescence can be as long as 1 year. No vaccine. Prevention is important. Caused by female Aedes!!Most cases reported in Sarawak. Penyakit Chikungunya ini pertama kali ditemui semasa wabak demam di Selatan Tanzania pada tahun 1952. Ia kemudiannya merebak ke Asia, India, Eropah dan Amerika.

Nama 'Chikungunya' berasal dari bahasa Kimakonde, yang bermaksud 'keadaan membongkok' yang disebabkan oleh sakit sendi yang teramat sangat bagi pengidap demam Chikungunya.

Quite similar to dengue. Aedes mosquito. Dengue however has serious complication which is dengue haemorrhagic fever– can lead to death. Dengue high case in Perlis, Perak and Penang. Diagnose clinically + serology + polymerase chain reaction.

5.       Name the current issues in Malaysia.

Buang bayi?
PM launched new economic model / model ekonomi baru (MEB) to boost the country economy by 2020~~whatever~~


6.       Pandemic influenza A H1N1?
Decline in number of cases. Presents with flu-like symptoms e.g. cold, cough, headache, runny nose. High risk: babies, pregnant women, asthmatics, immunosuppressed people, diabetics,elderly. Vaccine – pandemrix + tamiflu. Given to all high risks and health care workers.

7.       Worldwide issues?

Myanmar earthquake!
War in Palestine, definitely! This is about humanity!!!

8.       Cholera?
Reported in Terengganu but no new report in the last week.

9.       Director general
TAN SRI DR MOHD ISMAIL MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

10.   Minister of health
Datuk  Liow Tiong Lai
Deputy: Datuk Rosnah Rashid

11.   Others
Deputy prime minister – tan sri muhyidin yasin + education minister
High education minister – datuk Khalid nordin

12.   Malaria

Mosquito borne infections. Plasmodium.Symptoms of malaria include fever, shivering, arthralgia (joint pain), vomiting, anemia (caused by hemolysis), hemoglobinuria, retinal damage,[10] and convulsions. Treat with anti malarial – chloroquine.
13.   Issues in China?
Melamine in milk
21 babies found
_______________________________________________________________________________
 annoyed !



Saturday, March 27, 2010

MEDICINE IS AN ART


Medicine shrinks my art brain. Studying medicine occupies a lot of my time. Even writing is very limited these days. Everytime when I think about lining up words for a masterpiece, or even just to blab about life matters, medicine would stop me. Oh, I haven’t finished reading surgery, oh, I haven’t started Paediatrics, oh tomorrow I’ve got a tutorial. Time is dedicated to medicine. Art has been a stepdaughter now, ignored and malnourished. My literature and art of writing has been blunted by all those medical terms. Finding good words to start a paragraph is endless. Ideas are broken into fragments and can’t be gathered collectively. When the ideas came, I was already ready for bed or the writing materials were just inaccessible.

However, after five days of being a shadow, I agree to my initial decision of choosing medicine over the arts. Lucky me to get an intern who likes company, friendly and patiently teaches me. We were together just like a man and his shadow. Not like a few of my friends who were ‘’rejected’’ or ignored by their interns. Some even didn’t bother to turn up.

Five days are enough for me to do lots of phlebotomies, including those for transfusion and group and hold, several cannulations, rewrite the drug charts, fill in blood forms, echo forms, imaging forms and even discharge letter. Not to mention the tour to the eye clinic,to the medical record, to the brachytherapy unit and  writing a referral letter. Just like other interns do.

Again, this time I was with radiotherapy, something related to the oncology. I got oncology for half of medicine rotation in fourth med, did elective in oncology back in Penang, shadowed a radiotherapy intern and going to shadow a nurse in oncology again. Is this a hint?

On my last day today, the intern got me a patient to practice physical examinations and then we went through some common exam questions together. Then, he got a bleep and we went to the wards and did ecg and bloods together. All those were really helpful and somehow gave me a reassurance too. Don’t give up before you even try and even when there is one day left, keep going and have no fear. Fear is like a disease, if you don’t treat it, it’ll eat you up.

Now what I really need is some peace of mind, which also comes from a peaceful world so that I can come back in piece. When the intolerance is no more tolerated, should I go far or should I go up high?



Thursday, March 18, 2010

DILEMA

Dilema pelajar tahun akhir.

Dahulu semasa di Tingkatan 3, kelasku tidak dipilih untuk mewakili sekolah untuk choral speaking, walaupun kami muncul juara semasa English Week. Kelas Tingkatan 4 Maju yang dipilih. Alasan teacher, kami nak exam PMR, kena focus pada study. Kami kecewa kerana harapan kami memang tinggi, semasa practiced untuk English Week tu, kami memang aim untuk represent the school. Namun kami akur. Kami adalah pelajar tahun akhir menengah rendah yang bakal menduduki peperiksaan besar.

Dahulu semasa di Tingkatan 5, kami dikecualikan daripada sebarang aktiviti ko-kurikulum. Jika masih nak beraktiviti, itu adalah pilihan sendiri. Aku menamatkan pengajian dalam seni silat gayung hanya dalam tempoh setahun. Tak sempat ambil grading exam pun. SPM punya pasal, segala minat dikorbankan. Waktu riadah pun dibenarkan untuk belajar bagi Tingkatan 5.Punyalah exam oriented. Nak tak nak, semua orang adapt begitu, tercabar rasanya jika bersukan dan beraktiviti tatkala rakan lain sibuk mentelaah pelajaran demi mengejar 10A1. Inilah dilemma pelajar tahun akhir sekolah menengah.

Dahulu semasa di kolej matrikulasi, kamilah pelajar tahun pertama, kami jualah pelajar tahun akhir. Hanya setahun di kolej. Aku telah dilantik menjadi ajk akademik blok Siti Mariam. Patutnya kena buat collection of past year papers, tapi projek tu tak berjalan. Satu-satunya sumbanganku adalah membersihkan study room. Penat tu, biliknya sama luas dengan bilik pelajar yang memuatkan 4 buah katil. Masuk semester kedua, aku ditawarkan untuk menjadi ajk kerohanian. Sesuatu yang ingin benar aku miliki semasa di sekolah dahulu. Malangnya, dek dilemma pelajar “tahun akhir” ni, aku menolak, sebabnya jawatankuasa inilah yang paling busy, meeting kerap, aktiviti pun banyak. Aku enggan mengorbankan masa belajarku dan ketinggalan kepada rakan-rakan study groupku. Rugi betul. Tapi itulah hakikatnya, masa di matriks dahulu, memang gila study. Kena score 4 flat untuk masuk university dan buat perubatan. Very competitive. Maklumlah, pelajar tahun akhir pra university!

Sekarang, aku bergelar pelajar tahun akhir semula. Kali ni di university, jurusan perubatan pula tu. Memang dilemma bila jadi orang kurang brilliant ni. Kena spend banyak masa study. Terpaksa korbankan minat-minat lain seperti menulis, melukis dan lain-lain yang berseni ni. Aktiviti pun terpaksa memilih, kalau dah pergi ceramah agama ni, ceramah yang itu mungkin kena tolak. Jika ada usrah hujung minggu ini, satu aktiviti lain perlu dikurangkan. Dahulu, hentam saja pergi semua.Siang malam penuh dengan aktiviti, tak study sehari pun tiada masalah. Sekarang ni, setiap masa kena study. Bilalah nak mencapai competency level yang meyakinkan…Rasa bersalah pada penganjur-penganjur program, penat lelah mengatur acara, mempromosi…tetapi dibalas dengan ketidak hadiran. Haih, harap mereka memahami bahawa pada saat-saat kritikal ini, aku perlu untuk tidak hadir. Hanya sokongan doa sahaja dapat kupanjatkan. Aku pernah berada dalam situasi ini beberapa tahun sebelum ini, aku sudah cuba memahami, dan kini aku berharap untuk difahami pula.Inilah dilemma pelajar tahun akhir.

Untuk difahami,kita perlu memahami. Untuk memahami, perlu melaluinya.Seorang consultant obstetric tidak akan memahami sakitnya bersalin tu walau tinggi mana pun dia belajar, banyak mana pun pengalaman dia dalam obstetric sehinggalah dia sendiri melahirkan anak. Sama juga, seorang pelajar tahun satu tidak akan memahami perasaan pelajar tahun lima sehinggalah dia sendiri memegang gelaran itu. Yang penting, kita cuba untuk memahami walaupun belum melaluinya. Takkanlah nak tunggu ada pengalaman berkahwin dan berantakan rumah tangga barulah ustaz-ustaz di pejabat kadi tu boleh memberi kaunseling kepada pasangan suami isteri yang bermasalah kan?

Stress Management

Petang tadi ada slot stress management, malangnya hanya 1 jam diperuntukkan dalam timetable, jadi tutor yang baik itu pun tak mahu delay us dan bergegas untuk menghabiskannya dalam masa sejam. Patutnya sesi ini dibuat pada awal tahun supaya kita semua tahu cara nak manage stress effectively, from a final year medical student’s perspective! Salah satu cara untuk relieve stress yang dicadangkan ialah menulis… aku sedar inilah salah satu caraku untuk relieve stress. Kadang-kadang before study, ambil satu kertas dan tulis sesuatu dulu, lepas tu memang rasa lega sikit dan boleh belajar. Cara lain ialah urutan pada cuping telinga, mungkin aku akan try lepas ni. Have a good rest and a good sleep hygiene! Amazing macam mana aku “merawat” chronic insomnia ku tahun ini setelah setahun bertarung dengannya.

Apa-apapun, the best tranquilizer is pray and recite the Quran. Pray, even not with maximal khusyuk can still make me feel calm, and reciting The Quran, even without knowing the meaning, still make me relax.

17TH March ialah St.Patrick’s day di sini,a public holiday. Rasa bagai baru semalam tutor dalam kelas pre med bercakap tentang sejarah hari ini. Tahun lepas menarik, picnic di Cobh, tahun ini hanya picnic dalam rumah sajalah.

Investigations for recurrent miscarriages [3 or more]:

1.       FBC
2.       Anticardiolipin antibody
3.       Lupus anticoagulant
4.       Parental chromosome analysis
5.       Protein s, protein c, factor v leiden
6.       Pelvic us
7.       Transvaginal us
8.       Glucose – exclude poor controlled dm
9.       TFT – exclude hypothyroidism
10.   Endovaginal/high vaginal swab and culture – exclude bacterial vaginosis?

SeSetelah kali ke 5 cuba untuk access blogger, baru berjaya!

Monday, March 08, 2010

NEVER GIVE UP

Berakhir sudah pengembaraan empat minggu di Mallow. Daripada sebuah bandar yang asing, bertukar menjadi satu tempat kebiasaan. Banyak sangat tugasan yang memerlukan kepada travel. Namun, yang paling torture adalah attachment dengan physiotherapist. Setelah kami sekumpulan menunjukkan rebel kami minggu sebelumnya, minggu itu kami kembali menjadi baik :) .Aku decide untuk menapak saja ke MGH, lagipun aku tahu arah ke sana. Perjalanan itu memakan masa exactly satu jam dari Cork Road Clinic ke MGH ! Bagai nak tercabut jugalah kaki ni. Hampir dua jam bersama physiotherapist, aku menapak ke town centre. Petang itu ada GP sit-in di Red House, maka tak bijaklah untuk kembali ke Cork Road Clinic. Sempat mengunyah cereal bar yang diperoleh dari the best Centra in Ireland itu. GP sit-in dengan Reg, memang best bila tengok dia pun blur, tak pasti apa problem patient tu :P

Pengalaman yang traumatized sikit ialah ketika lawatan ke psychogeriatric unit di Mount Alvernia. Aku interviewed 3 patients, dua daripadanya cuma duduk sekejap lepas tu dah nak beredar. Takut dengan aku agakanya. Yang ketiga tu nak stay lama, tapi aku yang minta dia beredar sebab....
Beberapa hari jugalah aku terbayang-bayang interview tu macam orang traumatized!

Hari Jumaat yang lalu, mak sudah bekerja semula setelah 3 bulan bercuti. Semoga semuanya akan okay dan mak akan enjoy bekerja semula, taklah bosan duduk di rumah saja. Ayah pula kena kembali ke masa sebelum ni, dalam jadual kena include bila nak pergi hantar dan ambil mak dari tempat kerja dan kena ingatkan mak untuk iron baju siap-siap...

Bahang final exams sudah makin terasa. Setiap kali jumpa orang pun akan ditanya, bila exams? Debaran memang kencang, tapi panic attack belum menyerang. Mujurlah aku hanya berada di Cork untuk rotation terakhir ini, semoga tak stress sangat...

Dahulu ketika hampir menduduki percubaan SPM, ada orang tanya, bagaimana dengan persediaan exams? Baca Yasin selalu tak? Aku kaget. Masa tu aku sedang bercuti seminggu, maka sudah seminggulah tak baca Yasin langsung. Jika di asrama, mesti baca at least seminggu sekali. Aku rasa insaf serta-merta, rasa bersalah sebab mengabaikan ayat-ayat Allah. Sekarang, orang itu sudah lama menyepi, bukan sahaja tidak lagi berpesan untuk baca Yasin, bertanya khabar pun tidak lagi. Cepat benar manusia berubah. Masa berbelas tahun membesar bersama dilupakan begitu sahaja, seolah-olah tiada nilainya. Warkah telah dicoretkan, tidak berbalas. Bicara sudah dilontarkan, tidak berhasil. Tatkala sebuah sajak baru dipenakan, dia kembali mewajahkan diri. Lalu sajak itu disimpan rapi dengan harapan dapat dibuang terus pada masa hadapan. Mungkinkah ia perlu disajakkan kembali?

Okay, study.

Whatever mountains stand in your path,
Whatever obstacles block your way,
Whatever difficulties immobilize you,
The prayer full of faith can remove it.

Pray, pray, pray.
Study, study, study, don't give up.
You have been through it before,
if He wants you to go through it again,
you certainly can !!!!

Don't give up, never give up.