Thursday, January 16, 2014

Holy Quran verse 115 of chapter 23. Al-Muminun

Assalamu Alaikum,

Have you read verse 115 of chapter 23. المؤمنون in the Holy Quran?

أَفَحَسِبتُم أَنَّما خَلَقنٰكُم عَبَثًا وَأَنَّكُم إِلَينا لا تُرجَعونَ

Malay translation
______________________________

Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?

Sent using alQuran. http://iphone.almubin.com/alQuran



Sent from my iPad

Thursday, January 02, 2014

Naik !

Tertarik dengan usaha rakyat marhaen berkumpul untuk membantah kenaikan harga barang pada malam tahun baru. Dengar kata dalam 10 ribu orang lebih turun. Solat berjemaah di luar bangunan Sogo. Demo demo juga, solat tidak tinggal. Tapi yang kelakarnya perhimpunan itu telah dicop sebagai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan. Sejak bila perkataan turun didefinisikan sebagai guling? Jelas ada pihak sengaja timbulkan provokasi, cuba menakut-nakutkan rakyat dan cuba menampakkan perhimpunan itu sebagai jenayah besar. Kemudian pakat ramai-ramai buat laporan polis. Menyemak sistem polis saja. Hari ini dah dua Januari, tergulingkah kerajaan?

Dah nama pun bien, memang barang naiklah. Tak serik-serik...dah kalah undi popular pada PRU13 pun masih mahu membebankan rakyat. Ditambah pula dengan kenyataan level budak sekolah daripada para menteri. Jika tak suka kerajaan, keluar dari Malaysia. Jika tak mahu bayar tol, ikut jalan tak bertol. Jika harga ayam mahal, makan sayur. Apakah??? Seingatku, zaman dulu-dulu tiada pula menteri cakap macam ni. Zaman PM sekarang yang jadi macam ni. Masalah kepimpinankah?

Namun dalam banyak-banyak benda yang naik ni, aku setuju sangat jika kerajaan naikkan kos perubatan di hospital awam. Biar terdidik sikit rakyat Malaysia. Jangan terlalu ambil mudah, jangan manja sangat dengan subsidi kerajaan. Access to health adalah hak semua, namun free access bukan untuk yang mengada-ngada itu.

Caj yang terlalu murah di klinik-klinik kesihatan serta hospital kerajaan menyebabkan segelintir rakyat ambil mudah, malah ada yang menjadi demanding tak kena tempat. Mereka datang pada bila-bila masa mereka suka, walau hanya sakit sikit-sikit yang tak perlu rawatan pun. Mereka datang ke kecemasan pada waktu malam untuk mendapatkan ubat batuk dan selsema...tidakkah mereka terfikir untuk spare ubat demam dan selsema di rumah, kemudian esoknya baru datang berjumpa doktor? Tiada common sense, tiada rasa tanggungjawab pada diri sendiri. Mereka rasa health service yang bertanggungjawab untuk kesihatan mereka - provide doctors, provide medicine etc. Inilah yang menyebabkan kebanjiran kes-kes bukan kecemasan di jabatan kecemasan, sehingga menyebabkn long waiting time.

Ada pula yang mengadu, farmasi hanya bagi satu papan paracetamol saja, mana cukup? Encik...datang untuk URTI, dapat paracetamol, piriton, syrup benadryl dan thymol gargle...empat jenis ubat pada harga RM1. Agak-agaknya berapa kena bayar jika beli ubat tu di farmasi luar atau pusat rawatan swasta? Itupun masih tidak tahu bersyukur. Jika ubat habis, datanglah lagi. Atau, jika ada rasa tanggungjawab, beli sendiri, bukannya tak mampu, sekadar panadol biasa.

Bayaran di klinik pakar cuma RM5. Ini lagilah demanding. Jadi doktor sendiri. Siap request nak jumpa pakar, sedangkan sakit biasa saja. Jika tak rujuk ke pakar, mereka complain. Sedarlah diri, negara kita belum cukup ramai pakar nak menampung permintaan pelik anda. Suasana kerja dan peluang sambung belajar di Malaysia juga tidak kondusif, menyebabkan ramai doktor tidak ambil kepakaran.

Jika di luar negara, kebanyakan negara-negara maju mengamalkan sistem family GP. Setiap famili atau individu, ada GP sendiri. Mereka yang sakit akan jumpa GP dulu, dirawat di klinik dahulu, jika teruk, baru dirujuk ke hospital. Kadar peratus pesakit yang dirujuk adalah rendah, hanya yang betul-betul perlu sahaja dirujuk. GP mengenakan caj untuk setiap konsultansi, sebelum aku graduate, caj GP di Ireland ialah 60 euro. Itu belum termasuk ubat. Ubat hendaklah dibeli sendiri di farmasi yang biasanya terletak di sebelah klinik. Sebab itu mereka lebih menghargai ubat yang diberikan, dan bila sakit betul baru pergi jumpa GP. Sanggupkah membayar 60 euro untuk sakit yang ringan-ringan? Kebanyakan mereka juga lebih celik ilmu, mereka tahu ubat apa perlu dimakan jika demam, batuk, selsema, mereka tahu apa itu aspirin, mereka tahu berapa temperature jika demam. Rakyat kita?

Demam baru semalaman dikatakan emergency, marah sebab kena tunggu lambat di kecemasan, ugut doktor, jika saya mati, bagaimana? Sudahlah tak berilmu, tak berbudi bahasa pula, ya? Di Ireland sebelum aku balik dulu, caj untuk pesakit yang walk in ke jabatan kecemasan ialah 100 euro...jika dirujuk oleh GP, baru free. Sebab itu jabatan kecemasan di sana kadangkala lengang...hanya kes yang benar-benar cemas saja yang masuk. Bila penuh pun sebab MVA ataupun ada outbreak seperti AGE. Bayangkan jika jabatan kecemasan kita mengenakan caj RM100 kepada pesakit, agaknya ramai tak yang datang untuk URTI pada waktu malam? Tak boleh tidur pun datang ke kecemasan, apa yang cemas sangat encik?

Sistem kesihatan kita memerlukan rombakan yang besar untuk menambaikkannya. Rakyat perlu diajar, bukannya mereka yang ajar doktor. Rakyat perlu lebih rajin membaca, kenali ubat-ubat asas, bukannya baca pasal penyakit, lepas tu diagnose sendiri dan demand macam- macam. Paling tak boleh tolerate ialah pesakit yang asalnya mendapatkan rawatan di klinik swasta, kemudian berasa tidak mampu, lalu datang ke klinik kerajaan...dan demand nak ubat yang sama. Kerajaan tak tanggung telmisartan dan lipitor untuk semua orang, harganya tinggi, encik! RM1 sudah boleh dapat sepuluh jenis ubat darah tinggi, kencing manis, hyperlipidaemia, sakit kulit, asthma, sakit jantung...untuk enam bulan! Wow, jika beli di pusat swasta, berapa harganya? Itupun rakyat masih tidak bersyukur.

Tunggu lama untuk jumpa doktor? Nak buat macam mana, pesakit terlalu ramai! Bilangan doktor adalah terhad, maka terpaksalah menunggu. Sila salahkan orang-orang yang datang sebab hal remeh temeh, dan buatkan anda yang sakit ni terpaksa menunggu lama!

Jadi jika kerajaan barang naik ni mahu merombak sistem kesihatan dan menaikkan caj rawatan, aku setuju benar! Sudah tentulah bantuan akan diberikan kepada mereka yang tidak berkemampuan. Yang mampu tu, bayarlah cajnya ya!