Wednesday, May 26, 2010

Sahabat Yang Baik

Berehat sebentar bersama air kosong. Penatnya setelah seharian mengemas, semalam pula seharian menghadap komputer. Hasrat untuk membeli-belah dan berziarah ke sana-sini langsung tidak kesampaian lantaran lambakan kerja yang masih belum selesai pun. Allergic rhinitis pun masih berdegil dan masih enggan mengundur diri. Dah masuk tujuh minggu.

Hari yang ditunggu sudah hampir tiba. Namun, pada saat terakhir ini, informasi yang dinantikan masih belum tiba. Lambat tahap dewa ni. Ada instinct yang kurang enak. Semoga tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku.

Lewat senja tadi aku menyusuri jalan yang selalu kulalui untuk ke rumah sahabat-sahabatku.Kali ini aku hadamkan betul-betul warnanya, rupanya, besarnya, panjangnya...kerana aku pasti akan merinduinya nanti. Enam tahun di sini, masa yang cukup lama untuk jatuh hati biarpun dengan sebatang pokok tua. Ada beberapa tempat nostalgia yang tidak sempat kukunjungi sebelum pulang, termasuklah The Lough, yang begitu menggamit ketenangan saat melihat airnya yang dikocaki itik-itik dan rerumputannya yang kehijauan.

Kali ini juga aku bakal pulang dengan tangan kosong. Sungguhlah tidak sempat untuk ke pusat bandar itu untuk membeli sebuah dua buah tangan. InsyaAllah, jika ada rezeki, boleh kubuat demikian sebelum konvokesyen nanti. Itupun jika ada rezeki aku pulang semula ke sini.

Kelmarin, aku berchatting dengan dua sahabat karib, kenalan sejak sekolah rendah. Atas fikrah yang sama, kami menjadi satu geng yang cukup akrab. Rindunya pada mereka lantaran tidak dapat berjumpa pada cuti musim panas yang lepas. Itulah sahabat-sahabatku di tanah air. Saat mahu pulang ini, aku agak gusar memikirkan tentang insan bergelar sahabat. Di sini, aku dapati ramai teman yang sangat baik untuk digelar sahabat. Baik yang senior, yang sebaya, mahupun yang junior, semuanya sangat baik hinggakan acap kali terdetik di hatiku, sayangnya nak tinggalkan mereka.Mana mungkin aku akan beroleh sahabat sebaik mereka di tanah air nanti. Aku gusar pada sukarnya untuk mencari sahabat sebaik mereka di sini.Mungkin masa yang akan menentukannya.

Saat menulis ini teringat pula pada kerja-kerja yang belum selesai.Biar aku selesaikannya dahulu.

Monday, May 24, 2010

Good Luck Charm

All praise be for Allah.
After days of being in 'prison', now I am finally released. However how hard we try, in the end destiny will decide whether we achieve our mission or not. Here I would like to express my gratitude to everyone who sent me text messages and emails, wishing me the best of luck in my final exams. The night before my very first exam, my phone was loaded with messages of good luck, even Raya did not bring me so many messages as this finals. I have finally completed the exams and obtained positive results. I really appreciate those who prayed for me, especially my beloved parents and siblings and my dear friends. Even Bank of Ireland sent a letter of good luck :) And my GPs from Mallow too :)


I kept all the messages in my phone, and soon after I finished the exams, I started writing them down in Word, so that I could delete them all without feeling guilty.


Again, thanks everyone!




  1. 1.       Gud luck utk finals..inshaAllah hg akan dpt kejayaan.
  2. 2.       inshaAllah…aku doakan semoga hg bjaya..come on. Cayok!Cayok!
  3. 3.       wishing you the best of luck in the coming weeks.
  4. 4.       SMS to wish in advance all d best for ur exams! J kami sentiasa mendoakan kejayaan adik J
  5. 5.       All the best n FIGHTING!!!
  6. 6.       Moga Allah permudahkan utk awak & rakan2 & moga beroleh kejayaan cemerlang dunia & akhirat. Ameen. J chaiyo’!
  7. 7.       Untuk semua final med, all the best in ur exams. Semoga Allah tenangkan hati korang nk jwb soalan2.km mendoakan kejayaan korang semua,ameen~
  8. 8.       Salam & hi,selamat berjuang buat kalian semua!..bit taufiq wan najah,moga dipermudahkan segala urusan J
  9. 9.       Semoga Allah memberkati usaha kalian dan mengiringi dgn kejayaan sebagai pengakhiran. All the best!
  10. 10.   Selamat berimtihan semua final yearz. “ya Tuhan kami,berikanlah rahmat kepada kami dr sisiMu dan sempurnakanlah petunjuk yg lurus bg kami dlm stp urusan” 18:10 bittaufiq wan najah buat semua.InsyaAllah.doa kami mengiringi antum..
  11. 11.   Salam wbt dear kakak2 final meds! Seeru ‘ala barakatillah utk imtihan..ma’attaufiq wannajah!moga sentiasa mendapat petunjuk & nusrahNya..fa iza ‘azamta,fa tawakkal ‘alallah…
  12. 12.   Selamat menduduki peperiksaan..semangat mengiringi  antum semua..semoga Allah lapangkan dada dan mudahkan urusan peperiksaan.Seeru  ala barakatillah..
  13. 13.   Salam.goodluck.best wishes.may Allah help all of you in answering the questions correctly and efficiently.goodluck again.do read lots of doas k.:-) salam n gudlck
  14. 14.   All d Best,my doctor-to-be fren!after 5years of hard work,d time finally comes..so just do your best.Just think all d positive n imagine urself in d conferring cloth.my prayers ll be with you,insyaAllah.U can do it!n have a good n quality sleep.Seeru ala barakatillah.
  15. 15.   Salam maju jaya.moga2 kejayaan yg akan diberikanNya ini menjadikan anda seorang pejuang agama-Nya yg thabat dan bahgia dunia akhirat,InsyaAllah..
  16. 16.   Every sunset gives us one day less to live.But every sunrise gives us one more day to hope.So,hope for the best.Good day and all the best!
  17. 17.   Salam wbt.akak,all d best 4 today,inshaAllah kitorg sume doakan korg =)
  18. 18.   Slm akak..all d best utk exam ari ni..bitaufiq wannajahJ smoga dpt jwb dgn tenang
  19. 19.   Semua kem salam.cemerlang!ameen
  20. 20.   Arini exam kan-all d best! J
  21. 21.   Can pass one la! The clinics will push u up & remember dr Murphy said no one fails the clinics…
  22. 22.   “Success isn’t a result of spontaneous combustion. You must set yourself on fire.” Jom study biar mantap! Doakan kejayaan semua.Takbir!!:)
  23. 23.   Goodluck 2 u 2.B-)
  24. 24.   Thx n 2 u 2
  25. 25.   Selamat menempuh peperiksaan musim panas! Bertawakkallah kpd ALLAH, stay calm, stay cool..terutamanya bagi exam2 clinical/osce. Yakinlah pada kebolehan diri dan kebijaksanaan yg Allah kurniakan, bersangka baiklah kpd examiner.
  26. 26.   Gud luk 4 2mrw!

Wednesday, May 19, 2010

On That Day

A very dear sister to me once said, after I finished my Medicine exam;
“It’s alright, God purposely wanted to test you. If He gave you such an easy path, you will never feel the sweetness of the victory and you might even become riya’ if you succeeded easily. Just keep on praying and believe in Him. My instinct said that you will pass!”

Subhanallah…Allah had sent me “an angel” at the time when my heart was in so much chaos.
I wanted to believe in her words but now and then the syaitan kept whispering to me about failure, about giving up hope and about suul zhon with Allah.

On the night after the most challenging exam, I felt nothing. It was just all numbness. Maybe I wasn’t sure about how I should feel. Maybe I was a little shocked. Maybe because I got used to failing.

Only after the next night, I realized about my true feelings. I was reading this respected Akhi’s blog when suddenly a thought crossed my mind. How could I be sad about this small matter, while this Akhi has even bigger challenges in his life? He is struggling with uncertainty, between life and death. His medical degree is useless as he can’t even practice as a doctor. Yet he still stands tall with hopes and efforts. He never complains nor does he give in. Having read his inspiring piece of writing, tears suddenly began to fill my eyes.
Astaghfirullah..I should not give up before the day comes. I should not think negative. I should not suul zhon with my Lord.

So since that night, I kept to myself all those feelings, never I revealed to my friends that I was actually dead worried. I had nightmares every night, my insomnia came back. When I woke up in the morning, I spent at least half an hour, lying down, just lying down, thinking about this. My daily zikir was “ya Allah, luluskanku”. I didn’t feel like seeing or talking to other people, other than my roommate. Anhedonia – this is one of the symptoms of depression. My mood remained low all day. All I wanted to do was to be alone with my Lord. I wanted to recite the Quran until my voice was all gone. I wanted to pray until my joints all ached.

Today, my gut feelings told me that the results are going to come out. It is true. I was in the library doing my task when I saw my friend's YM status. I took the courage to log into my student’s account. There is no point of delaying it. Even to the last minute, I kept on praying that Allah will grant my prayer.

Subhanallah, masyaAllah!

The front page of the examination result webpage wrote “PASS”
My hands started shaking. My vision became blurry. I click on the link. There I go, now I believe that I actually have passed the exams! All my marks seem fine, no controversial marks.
Alhamdulillah…thank you Allah…

Okay, now I need to “see” Him immediately. Quickly I made my way to the prayer room, and prayed. Alhamdulillah .I couldn't cry, for my tears were all spent during the past few days. Right now I just want to be with Him.

Okay, there is someone else whom I should call. It was 4.35pm here, so Malaysia is already 11.35pm.Mak and ayah must have been asleep now. Yet, I still made the call. They should be the first to know. They deserve it. And of course the next person I called was my "angel", proudly to be the first Corkian to know. She even asked my permission to name her soon to be new baby with my name! If the baby is a girl,of course.

Now it's time to text my beloved friends who were praying for me and encouraging me so much. Thank you my dear friends.Thank you my Lord, for believing in me. Syukur Alhamdulillah…

Thursday, May 13, 2010

Muka Buku

Besarnya pengaruh Facebook!
Melalui perbualan telefon dengan mak baru-baru ini, mak ada menyebutkan, sekarang ni semua benda ada Facebook. Dalam suratkhabar, penuh logo Facebook tu. Mak tanya, adakah aku memiliki Facebook? Tidak, kataku.
Semasa cuti musim panas yang lalu, hampir saja aku buka akaun itu. Baru nak sign up, terdetik untuk buka balik email yang YB hantar pasal Facebook. Email tersebut mendakwa bahawa Facebook itu milik seorang Yahudi, keuntungannya diserahkan kepada rejim Israel. Malah, ada dakwaan yang mengatakan bahawa mengikut terma penggunaan, pihak pengurusan Facebook ada access terhadap data peribadi pengguna.
Okay, tak jadi buka. Aku bukanlah mengambil 100% petikan email itu, tapi bila fikir balik, aku bukan jenis yang suka pun social networking macam ni, dulu masa Friendster pun, aku update setahun dua kali saja kot…orang lain ada friends sampai 300++, aku cuma ada 70 saja. Jadi, buat apa nak buka Facebook kalau tak nak pakai pun?
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil pernah menulis artikel tentang Facebook dengan panjang lebarnya. Beliau telah lama menggunakannya, sebelum ia menjadi trend lagi. Kata ustaz, maklumat tentang keuntungan yang diserahkan kepada Israel itu agak meragukan, tetapi pemilik Facebook itu memang seorang Yahudi. Sama ada kita perlu boikot produk Yahudi atau tidak, itu pun banyak pendapat yang berbeza. Bagi ustaz, beliau menggunakan Facebook untuk berhubung dengan kenalannya dan berdakwah secara cepat. Memang benar sekali, tidak pernah aku lihat ustaz “merepek” dalam tulisannya di Facebook.
Beberapa minggu yang lalu, ada artikel dinaikkan di PPIMI yahoo group, yang menyatakan bahawa, orang yang menggunakan alasan berdakwah menggunakan Facebook, sebenarnya hanya menggunakan masa 10 minit sahaja untuk tujuan itu, 50 minit selebihnya adalah pada perkara-perkara yang kurang bermanfaat.
Benar sekali. Sepasang mataku, dan sepasang telingaku menjadi saksi, bagaimana beberapa kenalanku sanggup menghabiskan masa berjam-jam melayan Facebook. Melihat gambar-gambar orang, menghantar komen terhadap status orang dan macam-macam lagi. Aku lihat, para pengguna Facebook ni segelintirnya sudah hilang rasa malu. Mimpi pun ditulis pada status, tak lalu makan pun tulis pada status, nak makan pun tulis pada status. Benda kecil…mungkin itu pemikiran mereka. Lagipun, ia terhad kepada jaringan kawan-kawan sahaja.Tetapi…kawan-kawan itu terdiri daripada lelaki dan perempuan kan? Baru sahaja sebentar tadi, aku diberi penerangan tentang Facebook, bahawa, jika A menulis statusnya, kemudian dikomen oleh rakannya B, C boleh akses status tersebut jika C adalah kawan B, walaupun dia bukan dalam jaringan A. Kesimpulannya, sesiapa sahaja boleh akses Facebook kita, melalui system tagging ini.
Aku lihat, gaya bahasa masing-masing pelik benar bila berfacebook.Begitu terbuka dan bersahaja. Itu tak mengambil kira gambar-gambar lagi. Semua perkara menjadi bahan bualan, tidur la, makan la, mengantuk la, masak la, blab la blab la bla…
Tak pasal-pasal aku bengang dengan Facebook kerana menjadikan kawan-kawanku begitu. Dalam masa beberapa jam mereka dok menghadap Facebook tu, kalau mereka belajar, baca buku ilmiah atau dengar ceramah agama, tentu lebih banyak manfaatnya.Nampaknya secara tidak langsung, Yahudi/kafir berjaya mencuri sebahagian besar daripada masa umat Islam. Sedarlah...
Ya Allah, lindungilah daku daripada anasir Facebook dan sekutu-sekutunya.Amin.

Wednesday, May 12, 2010

Hidup Mana Sempurna


“Masa YB berkahwin dahulu, kita sanggup berhabis duit semata-mata mahu membawa rombongan ke akad nikah di JB. Naik Airasia, makan minum, penginapan, semuanya ditanggung.Mereka nak ikut, tak sampai hati pula mahu menolak.Tetapi, apabila mereka ingin ke kenduri mana-mana, tak pernahnya dipelawa kita menumpang kereta mereka.” Mak meluahkan rasa terkilannya.

Bukan mengungkit, apatah lagi mengata. Memang adat kehidupan begitu. Manusia memang mudah lupakan budi. Tak mengapa mak, buat baik dibalas baik, tidak semestinya orang yang sama membalas budi kita itu.
Sejak kecil, mak dan ayah mendidik kami menjadi manusia yang berdikari. Pandai bawa diri, dan tidak terlalu menyibuk urusan orang lain. Ambil tahu urusan orang lain sekadar berpada-pada. Jika boleh ditolong, tolonglah, jika tidak, usahlah menambah bebanan.

Mak dan ayah jarang sekali mengambil tahu urusan hidup anak-anak orang lain. Jika diceritakan, mereka dengar, jika diam, mereka tidak pula sibuk-sibuk nak tahu. Namun ramai di kalangan rakan-rakan mereka mempunyai sikap terlalu mengambil tahu.

“Macam mana anak, apa buat sekarang? Bila mahu kahwin, umur dah berapa ni? Mana menantu yang itu, tak Nampak pun? Blab la blab la..”

Mungkin mereka mengambil berat; bersangka baik.

Musim peperiksaan, bukan sekadar cabaran untuk menjawab soalan sahaja, malah yang lebih mencabar adalah, menguruskan diri untuk menghadapi pelbagai karenah manusia di sekeliling. Ada yang beriya-iya bertanya keputusan, ada yang mahu banding-membandingkan, ada yang sibuk menyemak keputusan rakan kerana diketahuinya nombor pelajar rakan itu, ada pula yang sampai menghubungi rakan serumah untuk mengetahui perkembangan diri.

Aku? Lebih gemar memandang dan mendengar dari jauh. Rakan kena oral? Doakan dia lulus. Rakan Berjaya? Senyum, gembira dengan kejayaannya walau hati berkocak memikirkan keputusan sendiri. Rakan gagal? Beri semangat kepadanya, bantunya dalam sesetengah perkara, jika dia minta rahsiakan, simpanlah rahsia itu sebaik mungkin.

Perit rasanya apabila mengetahu diri ini diperkatakan di belakang. Ingin mengambil tahu soal diri, tidak dihubunginya sendiri, tetapi rakan lain yang menjadi sasaran sumber maklumat. Pantang betul.

Lebih perit lagi apabila sesuatu yang dipesan untuk disimpan sebagai rahsia, senang-senang sahaja dibocorkan oleh orang yang dipercayai.Kurang sensitifkah?

Hidup mana sempurna. Aku sendiri begitu banyak kelemahan. Kadang kala, sifatku yang pendiam dikatakan sombong, dianggap susah mahu didekati. Kadang kala, senyumku dianggap menyindir, dianggap pelik, padahal selalu sahaja aku senyum pada orang.

Kadang-kadang rasa bagai mahu diam saja, jika bicara itu bisa mengundang salah faham.

Ayah selalu berpesan, berhati-hati, jangan sampai melakukan kesalahan yang besar kepada orang lain. Sekali buat salah, orang Nampak yang salah saja. Semua kebaikan yang ditabur selama ini dilupakan begitu sahaja.
Samalah juga, jika selama ini kita begitu mengambil berat dan menjaga perasaan orang lain, sekali kita buat sesuatu yang tidak disukainya, terus dikatakan yang kita ini membelakangkannya dan mementingkan diri sendiri. Segala pertolongan kita selama ini dilupakan terus, bagai tak pernah berlaku.

Soal sensitivity. Jika ada orang bersedih ataupun sakit, kita hendaklah peka dengan keadaannya. Kawal emosi gembira kita, hormati keadaannya yang berduka itu. Tangguhkan dahulu kegembiraan kita , jangan menambah kesedihannya. Ada orang terlepas pandang perkara ini. Dia gembira, gembiralah, gelak kuat-kuat, cerita pada semua kawan, menyanyi dengan riang. Tak sedar ada rakan di sekeliling yang terasa dengan perbuatannya. Jika bersedih pula, usahlah sehingga mengenepikan hak orang lain. Bersedih hingga tak bercakap dengan orang, bersedih hingga abaikan tugasan harian, bersedih hingga tak makan masakan orang. Tak betul tu. Sedihlah berpada-pada.

Apa-apa sajalah. Hidup mana sempurna.

Tuesday, May 11, 2010

Identiti

Program tempatan, identity barat. Seringkali, program-program yang dianjurkan mempunyai modul berbahasa Melayu, menggunakan pengantaraan bahasa Melayu, tetapi apabila dilihat pada poster, pada tema, pada nama program, semuanya menggunakan bahasa Inggeris. Adakah bahasa Melayu sangat ketinggalan nahunya, atau adakah identity tempatan yang kurang daya penariknya?
Jika nak guna tema bahasa Inggeris, buatlah program yang pengantaraannya bahasa Inggeris. Jangan selalu “menipu” peserta. Nak jadi kreatif kenalah berpada-pada.
Hari ini, setelah sebulan bertarung dengan ketidakpastian yang tiada kesudahan, aku telah menamatkan peperiksaan akhirku. Berjaya menamatkan, tidak bererti Berjaya . Susahnya Medicine, sesuatu yang telah lama dijangkakan. Sekarang ini hanya mampu bersangka baik dengan Allah, dengan examiners dan dengan orang-orang yang terlibat dengan meeting board itu. Apa yang akan diperoleh, itu yang terbaik, itu aku faham dan yakin sekali. Tetapi yang membimbangkan adalah, apabila diri tidak redha dengan apa yang diperoleh.
Allah yang memegang hati-hati manusia.
Ya Allah, lembutkanlah hati examiners supaya memberiku lulus serta peliharalah hatiku daripada perasaan-perasaan yang negative. Kurniakanlah apa yang terbaik buatku dan jadikanlah hatiku redha terhadap ketentuanMu.
Wallahualam.
Doktor atau kambing hitam?

Tuesday, May 04, 2010

Ribut !!!

Nervous...




BE CONFIDENT !!!


tawakkal



Tiba-tiba hati rasa ribut. Nervous bercampur excited. Tambah nervous mengenangkan adik-adik juniors pula yang bakal memulakan peperiksaan pada esok hari. Tinggal seminggu saja lagi sebelum semuanya berakhir. Semoga dipermudahkan perjalanan ini.

Biar hati ribut, wajah harus tenang!

Saturday, May 01, 2010

34

Lama tidak publish, setiap kali hanya berakhir di Microsoft Word.
Paper clip holder menunjukkan angka 34. Sebulan lebih berbaki. Pulang dengan kejayaan atau penangguhan?

Alhamdulillah, sudah selesai ujian bertulis. Medicine yang paling susah. Mungkin diri sendiri yang kurang bersedia. Harapan masih ada. Jangan berputus asa daripada rahmatNya.
Clinics menanti dengan sejuta satu misteri. Perlu bersedia dan perlu bertenang.Pertolongan Allah ada bersama orang-orang yang berusaha dan tidak jemu mengharap bantuanNya.

Clinics bakal membuka tirai di Limerick. Tak pernah buat attachment di sana, tak pernah menjejakkan kaki di hospital itu, namun ia bukan kekurangan.Malah mungkin satu kelebihan. Berakhir pula di Cork pada Isnin minggu selepasnya. Isnin dah habis? Wah!

InsyaAllah, don't give up, never give up. 

Dalam kesibukan musim peperiksaan, sempat lagi ayah dan mak bercuti ke Selangor. Bukan ke mana pun, sekadar ke rumah YB. Sekurang-kurangnya dapat angin baru. Rumah YB sunyi sikit, bukan macam di rumah, macam sebelah Litar Sepang! Dapat mesej daripada YB pukul enam pagi hari tu, minta belikan tiket Firefly. Hari tu bila aku offer, tak nak, nak beli sendiri, tiba-tiba pagi-pagi buta minta belikan. Harga pun dah naik 20 ringgit. Tak kisah, asalkan mak dan ayah bahagia. Wah, naik Firefly! Kelakar bila YB dan isteri terperangkap di airport akibat terlebih masuk pintu, gara-gara nak hantar mak dan ayah sampai ke dalam. Nasib baik pegawai airport ada dan tak marah..

Coronary artery bypass:
commonly used is saphenous vein, but vein has high rate of failure due to intima hyperplasia, with 70% patency at 5 years and 40% at 10 years.
Now internal mammary artery is universally used, with 90% patency at 5 years and 70% at 10 years. But it is a short artery, only used at the front of the heart.
Other potential ateries are radial artery and inferior epigastric artery.

Thanks PPMC for the poster!!!