Saturday, February 27, 2010

Kata Ringkas

Beberapa ketika dahulu Ustaz Hasrizal telah menulis artikel tentang kerosakan bahasa yang berlaku lantaran kecenderungan gaya penulisan sekarang yang menggunakan ejaan ringkas ataupun bahasa sempoi. Aku setuju sangat dengan pendapat yang dilontarkan oleh ustaz. Untuk SMS tidak mengapa, kerana setiap huruf itu bernilai. Tetapi untuk email, blog dan sebagainya yang tiada limit perkataan, kata ringkas yang entah apa-apa memang sukar untuk diterima, apatah lagi bahasa sempoi yang merosakkan bahasa. Lebih menyakitkan hati apabila bahasa Arab pula dipendek-pendekkan sehingga hampir hilang maknanya. Bagiku, jika sudah tidak cukup ruang atau tak sempat nak taip, tak perlu tulis pun.


Contohnya:
insyaAllah jadi iA / iallah. Apakah ini?
jazakumullah khairan kathira jadi jzkk. Memang ia panjang, tapi bermaknakah jzkk itu? Mungkin ramai dah terima singkatan itu sebagaimana yang kita guna sekian lama seperti SAW atau SWT.
assalamualaikum jadi akum/askum/askm. Macam aiskrim saja. 


yang mungkin ramai guna tapi aku tak berkenan:
kau jadi ko
ada jadi da / ad


bahasa perbualan dituliskan bulat-bulat:
apa jadi ape
siapa jadi sape
kata jadi kate. Aku selalu ingat kate ni perkataan English!
itu/tu jadi tuh
korang jadi korank
baik jadi baek
lain jadi laen


Yang aku guna sebab rasa okay:Of course, dalam SMS saja.
saya jadi sy. 
hari jadi hr
tak apa jadi xpa/xpe
thank you jadi tq
tidak jadi x
you jadi u

Monday, February 22, 2010

Si Tanggang Moden


Seperti biasa, kalau tak menelefon ke rumah sekali dua dalam seminggu memang tak sah hidup. Rasa tak tenteram dan rasa bersalah. Alhamdulillah, tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku, mak menyambung cuti untuk dua minggu lagi.Semasa rancak bersembang, mak bercerita tentang program Semanis Kurma di TV9, program kegemaran ayah sebab ada ustazah Siti Nor Bahyah. Tajuk minggu itu ialah "Si Tanggang Moden". Alahai, kena pula dengan situasi semasa. Agak-agaknya dia tonton tak program ni? Semoga Allah bukakan pintu hatinya sebelum terlambat...

Lalu aku peruntukkan sedikit masa pada hujung minggu ini untuk menonton rancangan tersebut, sambil study paeds. Berjurai air mata, sensitif betul bila membicarakan topik anak derhaka ni. Bagus cara kupasan ustaz dan ustazah dan sesuai sekali tetamu yang mereka jemput.

Minggu ini juga seorang sahabat telah mengeluarkan kenyataan yang membuatkan lacrimal duct aku banjir lagi. Sabar jelah, husnul zhon banyak-banyak...

Aiseh, esok kena pergi nursing home lagi. Lusa pergi nursing home lagi.Public health nurse lagi.Dah la minggu lepas, aku hanya ada 2 sesi GP sit-in. Yang lain-lain tu pergi pharmacy la, podiatry la, audit la...ni rotation GP ke rotation community service?
___________________________________________________________________________

Al-Isra':23
Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.

Ulama’ telah menggariskan dua bahagian derhaka kepada ibu bapa:
1. Derhaka secara langsung – memaki hamun, memarahi ibu bapa secara berhadapan sama ada melalui perkataan atau perbuatan
2. Derhaka secara tidak langsung – menghina atau mengkutuk ibu bapa di luar batasan keluarga, tanpa pengetahuan ibu bapa
Antara tanda-tanda kiamat ialah seorang ibu melahirkan tuannya i.e. anak derhaka
Dalam satu hadith Nabi, ada sahabat bertanya, apakah balasannya terhadap orang yang ada ibu bapa tetapi tidak berbakti kepada mereka? Nabi menjawab , “Binasalah x3”
Faktor-faktor anak menjadi derhaka:
1. Kealpaan – mudah lupa diri, sibuk dengan kerjaya
2. Kesenangan – banyak duit, lupa asal-usul
3. Pasangan – sikap pasangan, mengikut kata pasangan
4. Tidak taat pada ajaran agama
5. Tidak takut pada seksaan Allah
Apabila usia ibu bapa meningkat, sikap mereka kembali menjadi keanak-anakan, maka bersabarlah dengan karenah mereka! Jika mereka marah atau berkecil hati, pujuklah mereka dan mohon kemaafan. Perkara yang dapat melembutkan hati kita, pasti akan dapat melembutkan hati ibu bapa.
Seorang ustaz pernah berpesan, tiga perkara yang apabila dipandang, akan dapat pahala:
1. Pandang Kaabah; belum buat haji atau umrah lagi
2. Pandang Quran; belum baca atau hafaz lagi
3. Pandang ibu bapa; belum belai atau peluk cium lagi
Balasan terhadap anak derhaka [nauzubillahi minzalik!]
1. Mendapat kemurkaan Allah
2. Mendapat balasan di dunia dan di akhirat
3. Mendapat dosa besar
4. Tidak diterima amalan
5. Tidak dapat masuk syurga
6. Allah tidak sudi pandang wajah anak derhaka di akhirat [hadith sahih]
7. Disumbat ke neraka
8. Hilang nur di wajah
9. Hidup tidak bahagia dan tidak berkat
10. Rezeki menjadi sempit
11. Malaikat maut mencabut nyawa dalam kesakitan dan meninggal dunia dalam su’ul khatimah
12. Anak-anak mereka nanti menjadi anak derhaka
Hadith: “ buat baik kepada ibu bapa, nescaya anak-anak kamu berbuat baik kepadamu.”
Hadith lagi: “ jika membuatkan ibubapa menangis kerana berkecil hati, maka kamulah anak yang derhaka.”

Kita hanya ada seorang ibu dan seorang bapa. Kita mungkin hanya ada masa beberapa tahun sahaja lagi untuk memiliki mereka. Layanlah mereka sebaiknya. Hindarilah perkara dan perbuatan yang boleh menjadikan kita anak derhaka.

Anda buat, anda dapat. Banyakkan ibadat, tinggalkan maksiat.

Kredit kepada Semanis Kurma.

Wednesday, February 17, 2010

Mencari Mood


Do I look happy?
No
Do I look sad?
No
The fastest and efficient internet browser:
Google chrome
The slowest and irritating internet browser:
Internet explorer
The most beautiful colour on earth:
Green
The not that beautiful colour:
Pink
The best electronic brand:
Samsung
The cutest bear ever:
Yaasin
The best medical book in hand:
Oxford handbook of clinical medicine
The most enjoyable rotation in final year:
Medicine
The most attractive baby known to me:
Uwais Hasbullah
The most enjoyable place:
By the seaside
The most pleasant sound:
Azan
The most likeable odour:
Recently cut grass
Mencari mood untuk mula belajar..Dah dua hari berlalu dalam minggu ini. Hari Isnin ada lawatan ke Late Night Pharmacy – mereka memang expecting student to come in, siap sediakan handouts lagi, kebetulan wife manager to kerja di pharmacy in MGH, so dia ada extra information. Pharmacy lain nampaknya tak sediakan handouts pun. Dah dapat general idea about the medical scheme in Ireland and all those orientation in the pharmacy setting.Isnin tu juga ada nurse tutorial – it was great! Bila nurse yang bagi tutorial, tiada pressure langsung. Blood pressure, peak flow meter, ECG and glucometer.
Petang tadi pula pergi attach dengan community podiatrist.Menarik juga tengok dia potong kuku jari kaki dan bila dia kikis corn and callus, aku pun rasa geram, macam nak kikis juga. Negara ini kekurangan podiatrist, cuma ada 2 community podiatrist in south Cork, sedangkan diabetic management is highly demanded.
Rutin kami waktu tengah hari ialah menapak ke Supervalu  dan menu lunch aku sama saja, salesgirl tu pun dah tahu aku nak apa sebelum sempat buka mulut untuk order. Kami juga ambil kesempatan untuk cuba apa sahaja free sample [of course yang halal saja] seperti crackers with cheese, passion fruit, cakes and oranges. Kemudian makan lunch kat loteng klinik tu sambil bincang-bincang. Sekarang ni mereka sibuk nak uruskan class trip May nanti, Malaysia pun masuk dalam list, siap nak tumpang rumah aku lagi. Apalah yang best sangat Malaysia ni?
Kat Malaysia arus kehidupan terlalu mencabar dengan fitnah dan ujian. Macam-macam yang berlaku, baik dalam politik, agama mahupun kehidupan social. Kes buang bayi makin menjadi-jadi, obviously bila kecoh isu social, kita tengok balik apa pula isu lain yang ada…maka akan nampaklah seakan-akan ada pihak yang nak cover isu tertentu dengan menimbulkan isu sensitive seperti buang bayi.
Orang Malaysia – yang Islam terutamanya, tahu bahawa berzina itu haram, tapi buat juga sebab ikut nafsu, tetapi tiada perlindungan [contraceptive] maka lahirlah anak luar nikah. Orang Malaysia masih buta contraception lagi, dah la buta dosa juga…Orang sini pula dah tak ikut ajaran agama..of course Christian pun mengharamkan zina juga, tapi mereka berzina juga tetapi mereka lebih celik contraception, maka kuranglah kes kelahiran bayi-bayi luar nikah. Bila buat GP sit-in, selalu akan jumpa patients yang datang untuk ambil/stop contraception – implanon, mirena coil, depot provera, ocp…
kepadaNya kuberserah
mungkin tak daya kutawannya semula
ku tak bisa juarai
jiwa yang ku tak punya
hanya Kau yang memiliki
leraikah impian indah
Tiadakah ruang buatku
Biar Dia kembalikannya
Saat tiba masanya
Focus pada exam, biar Dia saja yang menyedarkannya….


Friday, February 12, 2010

Ada Orang...

1. Ada orang boleh senyap ketika di perpustakaan, walau berjam-jam di situ, sebab ada papan tanda suruh senyap..lagipun memang semua maklum, perpustakaan adalah tempat belajar, maka kena patuh peraturan, senyap dan hormati hak orang lain. Tapi di rumah, bisingnya bukan main..cakap tiada noktah, memang tiada peraturan dan tiada papan tanda suruh senyap, tetapi di mana hak orang lain yang perlu dihormati?


2. Ada orang ketika tinggal serumah dengan rakan-rakan, pandai dia menjaga kebersihan dan kekemasan, tetapi apabila berkeseorangan, dibiarkan saja bersepah dan bertaburan. Tabiat kah? Hipokritkah? Pemalaskah?


3. Ada orang begitu teliti apabila memasak atau menyediakan minuman untuk tetamu, iyalah, tetamu perlu dilayan sebaiknya, tetapi apabila menyediakan makanan atau minuman untuk keluarga sendiri, diabaikannya segala rasa.Biarlah tawar, biarlah masin, asalkan masak.


4. Ada orang begitu pemurah senyumannya pada orang asing, berbudi perkerti namanya, tetapi dengan saudara sendiri, masamnya bukan main, kalah cuka.


5. Ada orang bila telefon ibu bapa, selalu tanya, bila nak masuk duit, kenapa lambat sangat, tetapi ibu bapa selalu tanya, sihatkah? Dah makankah? Okay kah hidup di sana?


6. Ada orang bila belajar di kolej, begitu sungguh-sungguhnya, tetapi bila solat lima waktu, tak sungguh-sungguh pun untuk mencapi khusyuk.


7. Ada orang tiap-tiap malam hantar mesej pada orang tersayang, nak bagitahu betapa sayangnya pada orang itu, tetapi tak pernah pun hantar mesej pada Allah untuk nyatakan sayangnya  pada Dia.


8. Ada orang baca buku medical sampai faham, takut ditanya semasa exam ataupun clinics, tetapi bila baca Quran, tak usaha pun untuk memahami maksudnya, tak takut pun akan ditanya di akhirat kelak.


9. Ada orang pakai baju baru yang cantik untuk pergi interview kerja, nak bagi good impression, tapi bila pergi interview iman dengan Allah masa solat, pakai baju tidur saja, tak nak impress Allah pun.


Zalim!Zalim!Zalim!!!!


-Yang tengah dizalimi, padan muka, banyak dosa sangat ni-

Thursday, February 11, 2010

Berat

Berat betul mahu membuka mata, apatah lagi membangunkan diri pada hari ini. Sejuk semacam.Malas semacam. Penat semacam. Baru hari ketiga...perlu bertahan untuk berbelas hari lagi.


Kami semua tiba lewat hari ini, kereta beku dek suhu rendah semalam. Traffic jam lagi. Tutor telah dihubungi dan dia memahami. Pada waktu-waktu begini di hujung semester, malanglah nasib diri terpaksa buat GP rotation di Mallow. Sebelum pergi lagi aku dah mendapat liputan negatif daripada kawan-kawan. Perjalanan pertama kami ke Mallow lagi telah diisi oleh perbincangan tentang bagaimana nak minimisekan waktu di sini.


Kelakar -  ada yang kata nak cuti seminggu dan beri alasan, dia kena pergi London untuk present FYP. Impressive betul, kataku.Silap-silap GPs suruh dia present kat sini pula nanti. Kemudian dia siap plan nak skip nurse sit-in dan pergi study di library kat town centre. Ada pula kata nak skip beberapa hari sebab ada appointment doktor. Hakikatnya ada seorang Irish girl dari kumpulan yang lepas failed attendance sebab absent 2 hari untuk siapkan FYP di Cork. Dia buat explaination kepada Prof dan diterima. GP kurang memahami?


Dalam perjalanan pulang pula, kami dah mula mengira bilangan hari yang tinggal. Tolak hari Jumaat terakhir, tinggal 18 hari lagi. Kemudian kami buat review buku handbook GP ni. Buku ini mendapat bad review di internet. Kata orang, ada banyak kesalahan juga. Tapi soalan exam banyak dari buku ni.Kena baca juga.


Kelakar lagi - semasa hari pertama, selepas briefing, kami diberi jadual lengkap untuk minggu ini. Ada tercatat  "Nazareth" pada jadual petang itu. Aku tahu itu adalah nama tempat, tetapi seorang ni tiba-tiba bertanya pada doktor yang buat briefing itu, "by the way, who is Nazareth?" Kami ketawa tak henti, sungguh kelakar...Nazareth is a nursing home, it is not a person...doktor itu pun tak tahan nak gelak..Semasa hari kedua, kami mencari Mount Alvernia, kami mengikut panduan arah dan masuk ke tempat first on the right, yakin saja, ini mesti nursing home, a private one. Rupa-rupanya itu adalah rumah orang..patutlah orang tengok semacam saja.Mount Alvernia itu sebenarnya sebuah hospital orang-orang tua..


Aku dan seorang lagi menghala ke another nursing home, Bridhaven.Rupa-rupanya kena ambik history. Aiseh, nurse tu bagi aku pakcik yang saaaaangat peramah, cakap tak henti.For every words, he has a story.I feel like killing myself!!! Akhirnya aku give up, jam dah 3.45, dah nak kena balik by 4pm, so aku hentikan perbualan di situ saja, tak tahu pun kenapa dia masuk nursing home. Based on social history, I assumed dia seorang diri dan perlukan penjagaan, dia tiada medical condition pun.


Ada 5 GP surgeries in Mallow, semuanya tengah tunggu masa nak pindah ke Mallow Business Park, into a 4 storey building. Lepas dah pindah, senanglah sikit, tak payah travel jauh-jauh.Hari pertama itu, aku perlu pergi ke surgery yang paling jauh, masa balik tu dah sesat..mujurlah jumpa arah ke town centre dan lawatanku ke situ semasa rotation surgery dahulu amatlah membantuku untuk mencari jalan pulang.


Macam Prof kata, go with the flow...Penat memang penat, tapi kena terus bertahan.Ambil peluang ni untuk benefit 100%. Pedulikan apa orang lain buat. Setiap orang ada rezeki masing-masing.

Wednesday, February 10, 2010

Kurniakanlah daku...




HATI YANG SEDAR
Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya (keterangan-kerangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar), atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya " (Surah Qaf 50:37)



HATI YANG BERSIH
Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikannya dirinya - yang setia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)." (Surah al-Syams 91:9)



HATI YANG LURUS
Firman Allah, maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engaku beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rahmat daripada sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya." (Surah AliImran 3:8)



dan Kau pelihara daripadaku hati..........


HATI YANG TERHIJAB ( TERTUTUP )
Firman Allah, maksudnya: "Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu (al-quran) padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang meraeka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak)." (Surah al-Anam 6:25)

Friday, February 05, 2010

RAIN

I realized lately that I enjoyed being in the rain. It was raining moderately and windy when we headed back to Cork several hours ago. Although we were all wet and cold, I still love the rain. Felt calm and tranquilizing. We waited for about 15 minutes under the rain, along the highway for the bus, just like some lost people, waiting to be picked up. That’s okay, at least there were two of us. Strength in numbers. Thank God, we’ve finished our surgical rotation with uncountable holes.

Arrived at home, I saw a letter on my desk. It was actually a card. I knew it and I knew the sender. Felt really ---speechless and immediately missing them. Going to call them tonight but have to wait for a few more days before releasing the content of the envelope – pink!

Speaking of a few days, I really need to be good in the next few days. The day is coming when I should really grow up in every aspect. There are still many things that I have not accomplished at this age. Don’t know if I could make a living for the next few years. Only He knows what is best for me.

I don’t know who am I hiding from or why am I hiding, but I just stay invisible with my online pals for the past 2 months…

Illuminati

The most sensitive word. Been reading comments about the influence of freemason in the latest anugerah juara lagu. People said the concept used in that competition was based on the illuminati thing. Checkerboard stage, pyramid-shaped lights, one eye symbol, lady in red, etc. The director is a Muslim but obviously he didn’t realized of all these. Then, another comment mentioned about last year’s anugerah, which carried the theme ‘iluminasi muzik’. My God. Is this a well-planned or just a coincidence?

They are empowering the world with their intelligence and we are weakened by our ignorance. Some races are making money and progress, while the Malays are arguing about kepala lembu/babi. Some religions are just sailing smoothly while we the Muslims fighting each other because we differ in the opinion for the use of kalimah Allah. This is what happened when the very top leaders failed to guide the people to the right path. Weak leadership. Chaotic nation.