Thursday, February 11, 2010

Berat

Berat betul mahu membuka mata, apatah lagi membangunkan diri pada hari ini. Sejuk semacam.Malas semacam. Penat semacam. Baru hari ketiga...perlu bertahan untuk berbelas hari lagi.


Kami semua tiba lewat hari ini, kereta beku dek suhu rendah semalam. Traffic jam lagi. Tutor telah dihubungi dan dia memahami. Pada waktu-waktu begini di hujung semester, malanglah nasib diri terpaksa buat GP rotation di Mallow. Sebelum pergi lagi aku dah mendapat liputan negatif daripada kawan-kawan. Perjalanan pertama kami ke Mallow lagi telah diisi oleh perbincangan tentang bagaimana nak minimisekan waktu di sini.


Kelakar -  ada yang kata nak cuti seminggu dan beri alasan, dia kena pergi London untuk present FYP. Impressive betul, kataku.Silap-silap GPs suruh dia present kat sini pula nanti. Kemudian dia siap plan nak skip nurse sit-in dan pergi study di library kat town centre. Ada pula kata nak skip beberapa hari sebab ada appointment doktor. Hakikatnya ada seorang Irish girl dari kumpulan yang lepas failed attendance sebab absent 2 hari untuk siapkan FYP di Cork. Dia buat explaination kepada Prof dan diterima. GP kurang memahami?


Dalam perjalanan pulang pula, kami dah mula mengira bilangan hari yang tinggal. Tolak hari Jumaat terakhir, tinggal 18 hari lagi. Kemudian kami buat review buku handbook GP ni. Buku ini mendapat bad review di internet. Kata orang, ada banyak kesalahan juga. Tapi soalan exam banyak dari buku ni.Kena baca juga.


Kelakar lagi - semasa hari pertama, selepas briefing, kami diberi jadual lengkap untuk minggu ini. Ada tercatat  "Nazareth" pada jadual petang itu. Aku tahu itu adalah nama tempat, tetapi seorang ni tiba-tiba bertanya pada doktor yang buat briefing itu, "by the way, who is Nazareth?" Kami ketawa tak henti, sungguh kelakar...Nazareth is a nursing home, it is not a person...doktor itu pun tak tahan nak gelak..Semasa hari kedua, kami mencari Mount Alvernia, kami mengikut panduan arah dan masuk ke tempat first on the right, yakin saja, ini mesti nursing home, a private one. Rupa-rupanya itu adalah rumah orang..patutlah orang tengok semacam saja.Mount Alvernia itu sebenarnya sebuah hospital orang-orang tua..


Aku dan seorang lagi menghala ke another nursing home, Bridhaven.Rupa-rupanya kena ambik history. Aiseh, nurse tu bagi aku pakcik yang saaaaangat peramah, cakap tak henti.For every words, he has a story.I feel like killing myself!!! Akhirnya aku give up, jam dah 3.45, dah nak kena balik by 4pm, so aku hentikan perbualan di situ saja, tak tahu pun kenapa dia masuk nursing home. Based on social history, I assumed dia seorang diri dan perlukan penjagaan, dia tiada medical condition pun.


Ada 5 GP surgeries in Mallow, semuanya tengah tunggu masa nak pindah ke Mallow Business Park, into a 4 storey building. Lepas dah pindah, senanglah sikit, tak payah travel jauh-jauh.Hari pertama itu, aku perlu pergi ke surgery yang paling jauh, masa balik tu dah sesat..mujurlah jumpa arah ke town centre dan lawatanku ke situ semasa rotation surgery dahulu amatlah membantuku untuk mencari jalan pulang.


Macam Prof kata, go with the flow...Penat memang penat, tapi kena terus bertahan.Ambil peluang ni untuk benefit 100%. Pedulikan apa orang lain buat. Setiap orang ada rezeki masing-masing.

No comments:

Post a Comment