Thursday, December 17, 2015

Baik Untukku

Allah lebih tahu apa yang terbaik untukku.
Apa yang aku fikir baik tidak semestinya baik untukku.
Apa yang aku nampak kurang, mungkin itu kelebihan untukku.

Doa dan terus berdoa.
Usaha dan terus berusaha.

#sebuahpertemuan

Sunday, December 13, 2015

Saat Pujukan Ilahi

Maha Suci Allah...
Segala puji bagi ALLAH...

Saat Allah berkomunikasi denganmu secara langsung melalui Al-Quran...perasaan itu sukar diterjemahkan. Allah menjawab segala kegusaranmu saat lembaran kalam Allah itu dibuka.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'kami telah beriman', dan mereka tidak diuji?"

Itulah ayat kedua dalam surah al-Ankabut yang dibaca usai solat Maghrib. Allah menjawab rintihan itu.

Kemudian datang lagi jawapan kepada pertanyaan yang dititip dalam doa tadi, ayat kelima surah al-Ankabut:

" Barangsiapa mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang. Dan Dia yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui."

Kemudian muncul pula teguran Allah dalam ayat ke-10, inilah yang berlaku sebulan yang lalu. Berdosanya diri.

" Dan di antara manusia ada sebahagian yang berkata,' kami beriman kepada Allah,' tetapi apabila ia disakiti (kerana dia beriman)  kepada Allah, dia menganggap cubaan manusia itu sebagai siksaan Allah. Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu, nescaya mereka akan berkata,'sesungguhnya kami bersama kamu'. Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada di dalam dada semua manusia?"

Jangan gentar pada manusia. Jangan tunduk pada kezaliman manusia. Takutlah pada azab Allah. Mintalah pertolongan pada Keadilan Allah.

Dan terus berdoa....berdoa...berdoa...

Don't give up, never give up!

Sunday, December 06, 2015

Salam Takziah

No words can describe this... Rest in peace our beloved Tunku Laksamana Johor...
Al Fatihah




Friday, December 04, 2015

Counsel

Macam mana boleh pernah terfikir nak ambik psychology/ counselling course, sedangkan bila counsel for reactive donor pun rasa down. It is not easy to break the news... Yang menerima berita entah macam manalah penerimaannya. Donor tu siap pegang bahuku dan ucap terima kasih banyak-banyak masa aku serahkan referral letter padanya.

Take good care aunty!

Wednesday, December 02, 2015

Mandi Hadas

🚺 SELF RECHECK 🚺

CARA MANDI HADAS (JUNUB) YG SAH.

🔹Bila kita perlu mandi wajib?

Utk both lelaki dan perempuan ada 3 sebab :

1. Bersetubuh (walaupun tidak keluar air mani)
2. Keluar air mani
3. Kematian

3 lagi sebab tambahan khas utk wanita :

4. Haid
5. Nifas
6. Wiladah (Melahirkan anak termasuklah keguguran)

🔹Kita kena faham, RUKUN mandi hadas besar ada 3 :

1. Niat
2. Membersihkan segala najis pada badan sebelum atau semasa mandi hadas
3. Meratakan air ke seluruh badan termasuklah tempat2 yg agak 'tersembunyi'

Apakah "tempat2 yg agak tersembunyi"?

1. Kwsn tengkuk (nape of neck)
2. Kwsn bawah breasts
3. Armpits
4. Kawasan lutut dan siku (sbb ade lipatan kulit)
5. Telinga
6. Celah2 jari tgn dan kaki
7. Dlm kuku

P/s : tidak wajib membersihkan dlm hidung sekiranya tiada najis dlm hidung.

✅ CARA MANDI WAJIB (ringkas dan tepat) :

1. Baca basmallah

2. Basuh kedua tapak tgn (x perlu sabun)

3. Basuh kemaluan dgn tgn kiri (basuh thoroughly)

4. Niat yg specific (dlm hati). Contoh : aku berniat mandi utk menghilangkan hadas besar dari HAID, kerana Allah Taala.

5. Ratakan air ke celah2 rambut, sehingga basah kulit kepala dan akar2 rambut

6. Simbahkan air ke kepala 3 kali (klw pakai shower, maksudnya air sentiasa byk mengalir, so just keep yourself under shower for a moment sambil gosok2 rambut).

❗ Jgn lupa, SEPANJANG mandi hadas, kena sentiasa niat mandi hadas dlm hati. Bukan pada mula2 mandi sahaja.

7. Ratakan air di seluruh badan. Disunatkan mula pada bahagian kanan badan). Gosok2 badan, bukan hanya sekadar biarkan air mengalir. Jgn lupa 'tempat2 yg tersembunyi'. Jika dlm kuku ada kotoran, bersihkan sebelum atau semasa mandi hadas.

8. Basuh tapak kaki termasuklah celah2 jari.

Selesai. ✅

❗Kita perlu faham, dalam rukun mandi wajib x ada "Tertib". Maksudnya, contohnya : tgh2 mandi hadas, tiba2 kita baru teringat yg kita belum baca niat. Apa yg kita perlu buat adalah, baca niat dan basuh balik tempat2 yg kita dh basuh sebelum baca niat tadi. Kemudian sambung mandi hadas seperti biasa. X perlu start over again.

Atau, contoh yg lain : dh selesai mandi, pakai baju etc., tiba2 kita perasan pd blkg badan ada sticker yg menghalang air sampai ke kulit. X perlu mandi semula. Cukup sekadar cabut sticker, dan basuh kawasan yg 'ditutupi' tadi dgn air.

🔹SUNAT lain dalam mandi hadas :

1. Menghadap kiblat
2. Mengambil wudhuk (jika mahu mengambil wudhuk semasa mandi hadas, pastikan badan sudah bersih dari segala najis). Ambil wudhuk dilakukan setelah membersihkan kemaluan dan sebelum niat utk mandi hadas (between no.3 and no.4). Jika semasa mandi, anda menyentuh kemaluan dgn niat utk meratakan air di situ, wudhuk yg diambil tadi masih sah. Tetapi, setelah meratakan air, anda tersentuh kemaluan lagi, maka wudhuk anda terbatal.

❗Kenapa kita tidak boleh ambil ringan hal mandi wajib?

Kerana sekiranya mandi wajib kita tidak sah, maka segala ibadat yg dilakukan setelahnya tidak sah. Skrg kita dh tahu, kita amalkan. 👍🏻


Sent from my iPhone

Tuesday, December 01, 2015

Kematian Sebagai Pengajaran Terbaik

Masih lagi terkejut dengan dua berita kematian.
Yus Jambu dijemput Ilahi, diasbabkan kematian kerana serangan jantung. Memang menghidap diabetes dan masalah jantung sebelumnya. Muda lagi, 39 tahun. Pergi mengejut.

Semasa membaca berita mengenai arwah Yus, terbaca berita kematian Jonah Lomu. Macam familiar nama ni. Bintang rugby New Zealand All Blacks! Zaman aku kenal bintang rugby antarabangsa, itulah zaman bintang Lomu menyinar. Meninggal mengejut akibat masalah jantung juga. Pernah menghidap Nephrotic syndrome dan menjalani renal transplant. Usia 40 tahun.

Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Hakikat yang semua orang terima.

Sudah semakin banyak kes kematian muda akibat serangan jantung. Yang dikenali - pelakon, penyanyi, ustaz etc dah ramai, yang tak dikenali - netizen, sudah tentu lebih ramai.

Shamrin, penyanyi Fotograf. Faisal Yusop, pelakon drama. Ustaz Asri, penyanyi Rabbani. Meninggal mengejut akibat masalah jantung juga. Tak kira lagi atlet...pemain bola sepak yang rebah di tengah padang....ramai lagi.

Kita takkan tahu bila ajal kita. Apa asbab untuk ajal kita. Jika tiba-tiba nyawa dicabut, bersediakah kita? Jika kita yang hidup ni, terkejut dengan kematian kenalan kita secara mengejut, mereka yang mati ni, tentu lagi terkejut dengan kedatangan malaikat maut secara mengejut.

Orang yang baik, akan disebut-sebut kebaikannya saat kematian menjelma. Akan dikenang-kenang jasanya, akan diratapi pemergiannya. Semoga kita tergolong dalam golongan yang baik, dan mendapat pengakhiran yang baik juga.

Jadi, jangan sangka jika kau sihat, tak berpenyakit, kau akan hidup hingga tua. Orang muda pun boleh mati. Jika kau rasa kau tak kisah nak berbaik-baik dengan manusia lain, tak kisah nak memohon keampunan dengan ibu bapa kau, kau ingatlah ni, kematian boleh menjemput kau bila-bila masa. Silap haribulan, kau azam nak minta maaf dengan ibubapa masa raya tahun depan, bila kau bangun esok pagi, kau dah ada dalam kubur. Insaflah!

Jika aku mati, aku harap amalanku yang tidak seberapa ini dapat membantuku bersoal jawab di alam barzakh nanti. Aku harap, wang simpananku dapatlah membayar habis hutang-hutangku, seterusnya dapat digunakan buat belanja hidup mak dan ayahku. Aku harap, kematianku tidak menyusahkan sesiapa, malah urusan menghantar aku pergi buat selama-lamanya dipermudahkan. Aku harap, sebelum aku mati, dapatlah aku melihat keluargaku bersatu semula, dapatlah aku tunaikan hasrat mak dan ayah untuk menjejakkan kaki ke tanah haram yang suci.

Sesungguhnya orang yang bijak adalah orang yang banyak mengingati mati.
Dan kematian itu adalah pengajaran terbaik buat orang yang masih hidup.