Sunday, December 29, 2013

Bedah Buku

Alhamdulillah diberi kesempatan menghabiskan dua buah buku yang amat bermanfaat, tulisan Tuan Guru Dato Dr Haron Din, ulama tersohor tanah air. Dahulu masa kecil, aku dah mengenali tokoh ini, bersama seorang lagi saudaranya, Dato Hassan Din al-Hafiz. Lama-kelamaan hanya Ustaz Hassan yang selalu muncul di televisyen, malahan menjadi penasihat agama istana negara. Lambat baru aku tahu bahawa Ustaz Haron Din sudah terlibat dalam perjuangan Islam melalui medan politik. Menyertai pakatan pembangkang menyebabkan tiada lagi jemputan untuk memberi pengisian di kaca televisyen. Namun umum mengetahui akan ketinggian ilmu beliau, beliau tetap dijemput berceramah ke serata negara, di samping menjalankan perawatan Islam melalui Darussyifa'. Semoga Allah merahmati ulama kesayangan ummah ini.

Buku 1 : Menjawab Persoalan Makhluk Halus, Kaitannya Dengan Penyakit dan Pengubatan

Tulisan berbentuk himpunan soalan daripada masyarakat. Jawapan yang padat dan jelas. Tuan Guru cuba sedaya upaya mengembalikan pemikiran manusia kepada al-Quran dan hadith. Menjawab berdasarkan nas.

Beberapa isi penting yang dapat dipetik:

Makhluk halus itu wujud secara ghaib, dan gangguan makhluk halus itu wujud, berupa gangguan syaitan/iblis/jin.
Manusia yang telah mati, rohnya akan berada di alam kubur, sama ada diseksa atau mendapat kesejahteraan, bergantung pada amalan hidupnya, dia kekal di alam barzakh sehinggalah tiba hari kebangkitan semula nanti. Jadi, mustahil jika dikatakan ruh orang mati kembali menziarahi keluarganya, ataupun seseorang yang menyerupai pasangan yang telah mati kembali dan tidur bersama pasangannya pada malam hari.

Antara ayat-ayat pendinding diri yang perlu diamalkan ialah al-Muawwidhat ( tiga Qul), ayat Qursi, ayat 1-5,256-257, 284-286 surah al-Baqarah, surah Yasin, ayat penggerak (Bismillahillazi…) dan banyak lagi.

Memakai dan mempercayai tangkal dapat melindungi diri  adalah syirik. Hadith riwayat an-Nasai daripada Abi Hurairah, maksudnya :
"Sesiapa yang menyimpulkan ikatan (benang) dan meniupnya (menjampi manterakan untuk sesuatu tujuan jahat) maka sesungguhnya dia telah melakukan sihir . Sesiapa yang melakukan sihir, maka dia telah mensyirikkan Allah ."


Sihir itu wujud, namun ia dijalankan secara rahsia, sukar untuk mengetahui sama ada seseorang itu terkena sihir, atau ia sakit kerana faktor fizikal atau lain-lain. Rasulullah saw sendiri pernah disihir, baginda merasakan perbuatannya serba tidak kena, tetapi baginda sendiri tidak tahu yang ia terkena sihir, sehinggalah diberitahu oleh malaikat Jibril, yang kemudian merawatnya. Sedangkan Rasulullah sendiri tidak mengetahui, bagaimana ramai manusia mendakwa orang itu orang ini disihir? Wallahualam.

Perbuatan sihir tidak boleh dibalas dengan sihir. Hanya boleh dirawat menggunakan ayat-ayat al-Quran, kerana setiap penyakit itu ada penawarnya, kecuali mati. Allah berfirman dalam surah al-Isra' ayat 82, maksudnya:
"Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang beriman. Dan al-Quran itu tidak menambahkan orang-orang zalim melainkan kerugian jua."

Terdapat tiga jenis mimpi yang dijelaskan oleh Rasulullah saw melalui hadith daripada Abu Hurairah :
Pertama, mimpi yang baik dan benar  daripada Allah (al-Ru'ya al-Sadiqah).
Kedua, mimpi daripada gangguan syaitan.
Ketiga, mimpi akibat perkara seharian yang berlaku kepada seseorang lalu dia bermimpi mengenainya.


Buku 2 : Kaedah Merawat Santau

Buku yang lebih nipis, ringkas dan padat penerangan tentang santau dan rawatannya. Setiap perawat wajib berguru dahulu sebelum merawat santau. Terdapat empat jenis santau:

1. Santau makan dan minum
2. Santau angin
3. Santau tuju
4. Santau langkah

Seksa membayangkan kehidupan mangsa-mangsa santau. Namun akan lebih terseksa balasan kepada orang-orang yang mengamalkan santau ini.

Untuk mengetahui Kaedah Tepuk Daun Nangka seperti yang diamalkan di Darussyifa', bolehlah membaca buku ini.

Semoga Allah melindungi orang-orang beriman daripada kezaliman manusia lain.

Syurga Buat Si Comel

Hampir setahun yang lalu, aku berkenalan dengannya. Pulangnya aku dari menghantar seorang pesakit breakthrough seizure ke tertiary hospital, aku lihat rakan-rakan sekerjaku begitu sibuk merawatnya. Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun baru dimasukkan ke wad kami dari Jabatan Pesakit Luar. Kanak-kanak itu didapati terlalu pucat, dan demam. Haemoglobin sekadar 3, not compatible with life. Pelbagai jenis darah diambil lalu dia dihantar ke tertiary hospital untuk rujukan. Comel, walaupun pucat, secomel namanya. Kami kemudian mendapat berita, si comel itu di diagnosed as acute lymphoblastic leukemia, the most common type of leukemia in children, with good prognosis. Allahu.

Beberapa bulan kemudian, ibunya membawa si comel kembali ke wad kami. Kali ini demam berserta nanah di Hickmann catheternya. Si comel sudah melalui fasa awal kemoterapi, namun terdapat jangkitan pada chemoportnya. Rakan sekerjaku yang oncall pada malam itu terus merujuk kes ini ke HPP. Di sana, chemoport itu dikeluarkan, si comel diberikan IV antibiotics. She responded well, dan kemudian dihantar balik semula ke wad kami untuk complete antibiotics for ten days.

Dia comel sangat. Putih gebu, badan kental. Cuma dia ada stranger anxiety. Apabila ibunya ada, dia manja dan mahu berbaring di katil. Apabila dijaga oleh ayahnya, dia hanya mahu tidur dalam stroller dan suka dibawa bersiar-siar. Cukup 10 hari antibiotics, dia keluar hospital, sihat secara kasar. Malangnya, si ibu terpaksa mengambil keputusan untuk menghentikan kemoterapi, due to social problems. Ibu perlu bekerja, tiada sesiapa dapat menjaga si comel jika menjalani kemoterapi di hospital. Si ayah tidak bekerja, dalam rawatan methadone, dan tidak boleh diharapkan untuk menjaganya. Kata si ibu, keputusan bone marrow selepas induction chemo adalah baik, tiada blast cells.

Tak lama kemudian, si comel masuk lagi ke wad, kali ini primary team ialah Orthopaedic, kerana terdapat cellulitis/ abscess pada kakinya. Antibiotic diberikan lagi, daripada cloxacillin, sampailah upgraded ke cefepime, barulah si comel responded. Sebelum itu dia asyik demam tinggi yang berpanjangan. Aku sendiri pernah masukkan branula baru ke tangannya, cukup mudah, Allah permudahkan. Dia menangis apabila ditolak masuk ke bilik prosedur. Aku mendukungnya ke tingkap. Sedap badannya, puas dukung. Tangisannya berterusan namun perlahan, dalam keadaan mulut tertutup, cukup sopan. Apabila aku dukungnya ke arah pintu, dia berhenti menangis dan tangan comelnya menunjuk ke arah pintu. Mahu keluar dan berjalan-jalan…

Selepas fever resolved, si comel dibenarkan keluar. Comel sangat. Putih melepak tapi tidak pucat seperti dahulu. Haemoglobin pun dah normal. Ketika aku sudah dua bulan lebih di jabatan baru, aku ternampak sebuah stroller yang amat familiar, parked berdekatan kantin. Hanya stroller dan budak, tiada penjaga. Budak perempuan itu macam familiar, cuma ada kesan hitam di bawah hidungnya, above upper lip, yang menyebabkan aku sukar mengecamnya. Nampak macam dia..takkan dia kot? Tak perasan pula penjaganya siapa. Sampailah petang tu masa nak balik rumah, aku terserempak dengan PPK wad kanak-kanak, dan kebetulan nampak stroller tu lagi, baru confirmed, memang itulah si comel. Kata ayahnya, si comel garu sampai berkuping di bawah hidungnya. Keadaannya sudah semakin lemah, sampai kena transfuse platelet.

Selepas itu aku tak update dah pasal si comel, sampailah seorang staff nurse naikkan status FBnya, minta doakan si comel…barulah aku sedar yang masanya hampir tiba. Teringat nak pergi melawat, namun konflik transfer-retransfer dengan pihak pentadbiran menyebabkan aku hilang mood. Tanggal 23 Disember 2013, jam 8.20 pagi, si comel pergi buat selama-lamanya, Allah lebih sayangkannya. Hati ibu mana yang tidak sedih, namun aku percaya, si ibu cukup tabah dan cekal menghadapi ujian ini. Anaknya yang pertama juga mengalami masalah kesihatan, spina bifida…Allahu.. Semoga roh si comel tenang di sana di samping Penciptanya, syurga menantimu sayang…dan semoga hidup si ibu menjadi lebih baik selepas ini dan si ayah sedar akan tanggungjawabnya sebagai bapa dan suami.

Al Fatihah buat Amni si comel.

#* jika merasa diri susah, lihatlah pada kesusahan orang lain*#

p/s Anyau dah beranak lagi, entah berapa ekor anaknya kali ni, dan dia dah kembali menagih kasih sayang dan makanan !


Friday, December 27, 2013

26 Disember

Tarikh bersejarah. Berlakunya tsunami besar pada tahun 2004. Baru beberapa bulan aku di Cork. Pagi itu aku dah nampak di Sky News, ada tsunami di Sri Lanka. Tak sangka pula melarat hingga ke Malaysia. Apabila sahabatku mesej, bahawa ada kematian di Batu Feringhi, barulah aku alert. Terus telefon mak. Rupa-rupanya rumah mak bertali arus menerima panggilan daripada sahabat handai dan saudara mara, bertanyakan khabar.

Rumah kami juga dilanda lumpur, dibawa arus tsunami. Penuh di jalanan, sehingga dibersihkan oleh pihak bomba. Seekor kucing mati dibawa arus. Dapur dan bilik air dimasuki lumpur dari lubang parit.

Tsunami - bencana alam - musibah - ujian - balasan

Apabila Allah turunkan bala, semua manusia kena, tak kira yang beriman mahupun yang tidak beriman. Manusia insaf buat sementara. Kemudian alpa dan leka.

Pelbagai teori muncul. Pesta seks dan maksiat dikaitkan dengan bala itu. Namun ramai yang masih tidak ambil pengajaran.

Tarikh ini juga seorang temanku menyambut hari lahirnya. Dalam keadaan koma. Terlantar. Sudah beberapa bulan begitu, sejak melahirkan anak keduanya. Peritnya dugaan yang ditanggung keluarganya, suaminya dan dua heronya yang masih kecil. Nak melepaskan, jasad masih di sisi. Nak menghargai, hanya sekujur tubuh yang kaku. Bila-bila masa saja boleh pergi. Bila-bila masa saja boleh sedar. 

Allah yang menentukan ajal maut. Jangan berputus asa. Betapa perit diri diuji, perit lagi ujian orang lain. Apabila rasa diri malang, lihatlah pada lebih malangnya orang lain. Redha, pasrah dan tidak berputus asa.

Tuesday, December 17, 2013

Ibrah Badar

Ujian yang Allah turunkan menjadi pengetuk kepala buat insan yang alpa. Kadangkala kita terlalu diselesakan oleh kesenangan duniawi sehingga lupa akan Pemberi kesenangan itu. Seringkali kita merasa cukup dengan apa yang telah dibuat saban hari.

Solat lima waktu, adakala khusyuk, adakala sekadar solat. Solat sunat berat sekali. Tahajud dan qiamulail entah bila kali terakhir dilakukan. Wirid dan zikir ditangguh- tangguhkan. Amalan asas seorang pejuang Islam tidak diamalkan. Bukan tidak ingat Allah, bukan tidak cinta Allah, namun nafsu keduniaan mengatasi segalanya. Iman turun, turun, turun, kemudian naik sedikit. Takut pada kekuasaan manusia, lupa bahawa kuasa mutlak hanya pada Allah.

Saat diri dan keluarga diuji dalam bentuk musibah, baru tersedar dari lena. Satu tamparan tepat mengenai sasaran. Satu tendangan yang menggoncang seluruh jiwa raga. Betapa kerdil dan hinanya diri. Betapa lemahnya kudrat jika tanpa KudratNya.

Saat nyawa di hujung tanduk, tiada lagi tempat pergantungan melainkan kepada Allah. Mulut terkumat- kamit menyebut namaNya, mengharap belas ihsanNya. Empat melawan tiga puluh. Satu angka yang jauh berbeza. Hanya Allah penghalang ia terjadi.

Semangat dan ibrah Perang Badar digenggam erat. Saat Rasulullah memimpin tentera muslimin sejumlah 313, berdepan tentera Quraisy seramai 1000 orang, hanya keimanan yang memenangkan mereka. Pergantungan sepenuhnya kepada Allah...kecintaan kepadaNya...menghasilkan satu bantuan tidak terduga...Allah menghantar 5000 malaikat untuk membantu tentera Muslimin, dan akhirnya kemenangan berpihak kepada yang benar.

Pada malam yang menggetarkan jiwa itu, kami tiada bala tentera yang ramai, hanya Allah tempat kami meminta perlindungan. Tiada daya dan upaya kami melainkan dengan izin Allah. Kami tidak sedikit pun meragui kekuasaanNya. 

Allah yang mencampakkan ketenangan ke dalam hati- hati kami. Allah yang mengizinkan ia berlaku. Allah yang menghalang ia terjadi. Kami ambil pengajaran daripada apa yang berlaku.

Rentetan peristiwa hitam itu, kami menjadi lebih dekat kepadaMu ya Allah. Kami meminta dan terus meminta, moga Allah terus melindungi kami, moga perancangan jahat pihak musuh gagal, moga kebenaran akan terlihat nanti, moga kebatilan akan terhukum.

Semoga Allah mengampuni dosa- dosa kami yang lampau...kami bersyukur dan redha atas apa yang telah terjadi. Kami berazam untuk menjadi hambaMu yang taat.

Ya Allah, lindungilah kami daripada perbuatan jahat manusia.
Ya Allah, berikanlah balasan yang seburuk-buruk balasan kepada mereka yang menyakiti dan menzalimi kami, semoga dengan balasan itu dapat memberi pengajaran kepada mereka, kami dan semua manusia lain.
Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk menghadapi apa jua ujianMu.
Ya Allah, kuatkanlah keimanan kami, dan dekatkanlah kami kepadaMu.
Ya Allah, tunjukkanlah kebenaran kepada kami.
Ya Allah, ampunilah dosa- dosa kami yang banyak ini.
Ya Allah, satukanlah hati- hati kami di jalanMu.
Ya Allah, jauhkanlah kami daripada gangguan jin dan iblis serta manusia yang ingin menyakiti kami.
Ya Allah, jadikanlah kami orang- orang yang mencintaiMu sepenuh hati.

Amiin.

Sunday, December 08, 2013

Surah al-Hajj 39-41

Diizinkan berperang bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka dizalimi. Dan sungguh, Allah Maha kuasa menolong mereka itu,

iaitu orang-orang yang diusir dari kampung halamannya tanpa alasan yang benar, hanya kerana mereka berkata, "Tuhan kami ialah Allah". Seandainya Allah tidak menolak keganasan sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentu telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Allah pasti akan menolong agamaNya.Sungguh, Allah Mahakuat, Mahaperkasa.

Iaitu orang-orang yang jika Kami beri kedudukan di bumi, mereka melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.

Saturday, December 07, 2013

Ignorant

Situation 1

My second patient for the day, a lady in her fifties. Refused to sit on the chair. Presenting complaint : bawah keluar air, basah- basah... Physical examination : grade 4 haemorrhoids with vaginal prolapse! Plus yellowish foul smelling discharge...advised for admission, she refused, she only wanted medicine. Aunty...there is no medicine to cure this...only surgery can do it. She thanked me but only wanted medicine...no admission please. I gave her cloxacillin, papase, mefenamic acid and neomycin cream. She left, not even a single of her body fluids left in the clinic. 

Situation 2

Evening session...my colleague's patient. A staff from screening counter told the nurse about a patient with bad urinary incontinence. Being occupied with patients, we did not realise that the particular patient came into the room. She sat on the waiting cushion chair. Perghh...the room started to smell urine. Next she sat on the other cushion chair near my colleague. Two chairs contaminated. She was sent to the lab for some tests. We removed the two chairs. Later when she came back, my nurse tried to warn the other nurse about her but it was too late. She just place her wet butt on the other waiting chair...She was given medicine and a referral letter to gynaecology and left the room with super wet chair...so that day our cleaner had to clean three wet cushion chairs.

Moral of the story : Always think of other people. It is okay to be unwell, but don't let your sickness burden other people. The first patient knew that if she sits, she will dirty the chair, so she politely refused to sit down. The second patient...not sure what was she thinking...she just ignorantly sit on cushion chairs despite being incontinence...couldn't she think about other people? And she did not even apologize.

Thursday, December 05, 2013

3rd December

This date marked the first day I reported myself here. It has been a year, alhamdulillah. Eight months in Paediatrics, and now here I am. If I have not been sent here yet, I would have submitted my transfer application form. Transfer to health clinic. Yet, I got here first.

1st November 2012 was the date I became a medical officer, floated a while in emergency department, before being offered to come here. Three years ago, I started my career on the same date as a houseman. How time flies. Thank you Allah for letting me passed all the obstacles. From coming to work at 5 am, hunting for bloods, till transferring an intubated patient in a crazy ambulance...I made it through.

Now I should hunt to improve my career, insyaAllah!