Sunday, December 29, 2013

Syurga Buat Si Comel

Hampir setahun yang lalu, aku berkenalan dengannya. Pulangnya aku dari menghantar seorang pesakit breakthrough seizure ke tertiary hospital, aku lihat rakan-rakan sekerjaku begitu sibuk merawatnya. Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun baru dimasukkan ke wad kami dari Jabatan Pesakit Luar. Kanak-kanak itu didapati terlalu pucat, dan demam. Haemoglobin sekadar 3, not compatible with life. Pelbagai jenis darah diambil lalu dia dihantar ke tertiary hospital untuk rujukan. Comel, walaupun pucat, secomel namanya. Kami kemudian mendapat berita, si comel itu di diagnosed as acute lymphoblastic leukemia, the most common type of leukemia in children, with good prognosis. Allahu.

Beberapa bulan kemudian, ibunya membawa si comel kembali ke wad kami. Kali ini demam berserta nanah di Hickmann catheternya. Si comel sudah melalui fasa awal kemoterapi, namun terdapat jangkitan pada chemoportnya. Rakan sekerjaku yang oncall pada malam itu terus merujuk kes ini ke HPP. Di sana, chemoport itu dikeluarkan, si comel diberikan IV antibiotics. She responded well, dan kemudian dihantar balik semula ke wad kami untuk complete antibiotics for ten days.

Dia comel sangat. Putih gebu, badan kental. Cuma dia ada stranger anxiety. Apabila ibunya ada, dia manja dan mahu berbaring di katil. Apabila dijaga oleh ayahnya, dia hanya mahu tidur dalam stroller dan suka dibawa bersiar-siar. Cukup 10 hari antibiotics, dia keluar hospital, sihat secara kasar. Malangnya, si ibu terpaksa mengambil keputusan untuk menghentikan kemoterapi, due to social problems. Ibu perlu bekerja, tiada sesiapa dapat menjaga si comel jika menjalani kemoterapi di hospital. Si ayah tidak bekerja, dalam rawatan methadone, dan tidak boleh diharapkan untuk menjaganya. Kata si ibu, keputusan bone marrow selepas induction chemo adalah baik, tiada blast cells.

Tak lama kemudian, si comel masuk lagi ke wad, kali ini primary team ialah Orthopaedic, kerana terdapat cellulitis/ abscess pada kakinya. Antibiotic diberikan lagi, daripada cloxacillin, sampailah upgraded ke cefepime, barulah si comel responded. Sebelum itu dia asyik demam tinggi yang berpanjangan. Aku sendiri pernah masukkan branula baru ke tangannya, cukup mudah, Allah permudahkan. Dia menangis apabila ditolak masuk ke bilik prosedur. Aku mendukungnya ke tingkap. Sedap badannya, puas dukung. Tangisannya berterusan namun perlahan, dalam keadaan mulut tertutup, cukup sopan. Apabila aku dukungnya ke arah pintu, dia berhenti menangis dan tangan comelnya menunjuk ke arah pintu. Mahu keluar dan berjalan-jalan…

Selepas fever resolved, si comel dibenarkan keluar. Comel sangat. Putih melepak tapi tidak pucat seperti dahulu. Haemoglobin pun dah normal. Ketika aku sudah dua bulan lebih di jabatan baru, aku ternampak sebuah stroller yang amat familiar, parked berdekatan kantin. Hanya stroller dan budak, tiada penjaga. Budak perempuan itu macam familiar, cuma ada kesan hitam di bawah hidungnya, above upper lip, yang menyebabkan aku sukar mengecamnya. Nampak macam dia..takkan dia kot? Tak perasan pula penjaganya siapa. Sampailah petang tu masa nak balik rumah, aku terserempak dengan PPK wad kanak-kanak, dan kebetulan nampak stroller tu lagi, baru confirmed, memang itulah si comel. Kata ayahnya, si comel garu sampai berkuping di bawah hidungnya. Keadaannya sudah semakin lemah, sampai kena transfuse platelet.

Selepas itu aku tak update dah pasal si comel, sampailah seorang staff nurse naikkan status FBnya, minta doakan si comel…barulah aku sedar yang masanya hampir tiba. Teringat nak pergi melawat, namun konflik transfer-retransfer dengan pihak pentadbiran menyebabkan aku hilang mood. Tanggal 23 Disember 2013, jam 8.20 pagi, si comel pergi buat selama-lamanya, Allah lebih sayangkannya. Hati ibu mana yang tidak sedih, namun aku percaya, si ibu cukup tabah dan cekal menghadapi ujian ini. Anaknya yang pertama juga mengalami masalah kesihatan, spina bifida…Allahu.. Semoga roh si comel tenang di sana di samping Penciptanya, syurga menantimu sayang…dan semoga hidup si ibu menjadi lebih baik selepas ini dan si ayah sedar akan tanggungjawabnya sebagai bapa dan suami.

Al Fatihah buat Amni si comel.

#* jika merasa diri susah, lihatlah pada kesusahan orang lain*#

p/s Anyau dah beranak lagi, entah berapa ekor anaknya kali ni, dan dia dah kembali menagih kasih sayang dan makanan !


No comments:

Post a Comment