Wednesday, January 27, 2016

Perut KOsong

Minggu ni buat attachment dengan berat hati. Stressed and depressed. Male medical ward. Different diseases. Different types of patients. Many are hypokalaemic, many need to rule out stroke. Takda gang. Buat kerja, lepas tu buat hal sendiri. Nurses ada yang baik juga, cuma mungkin baru kenal, jadi kurang mesra. Ada yang siap bagi cadangan supaya aku stay in Medical dan buat on call, sebab depa dah bosan ber oncall dengan MO sedia ada.

Hari ni clinic day. First time turun ke klinik. Terimbau kenangan semasa Paediatric Clinic. Nurses kat situ yang nampak aku semua tegur aku. Specialist yang duduk depan aku pun realized that most nurses there have good terms with me. 1.40pm baru habis, mana sempat nak makan. Nurse di wad pula dah called untuk inform ada new case masuk. Dengue fever.

4.45pm aku dah menggigil, probably from hypoglycaemia. No more energy left. Ringan kaki melangkah keluar dari wad senyap-senyap terus ke surau. Asar masuk lambat.

Mujurlah rezeki murah. Ada orang belanja lunch+dinner at 6pm tadi. Dia nak ajak makan laksa tapi since aku tak makan lunch, perut kosong, angin dah naik sampai kepala, aku order nasi lemak ayam merah saja. Siap dapat hadiah tudung pashmina merah ang-ang! Memang tak sangka. Terharu, tapi nak gelak jugak. Macam manalah dia boleh beli warna merah terang macam tu.

We had a good chat, with some unexpected statements and questions. Be it a memorable moment for today. Alhamdulillah.

Sunday, January 24, 2016

Saturday, January 16, 2016

Tetamu

Tetamu datang ke rumah membawa rezeki. Nak menyambut tetamu bukan mudah. Memasak dari pagi sampai ke petang. Kemas rumah lagi. Waktu inilah segala habuk boleh nampak. Penat menyiapkan rumah memang terasa. Manalah tetamu ni tak sampai lagi. Kata lepas Zuhur nak bertolak. Senyap sunyi tanpa khabar berita. Nak datang atau tak datang?

Sakit kaki. Berdiri lama di wad. Review patients sejam setengah, ikut rounds dengan pakar sejam setengah. Sambung buat discaj lagi. Clerk new case lagi. Masa jogging pagi tadi memang terasa otot kejang. Balik kerja baring, rasa terawang-awang. Semalam baru lena dengan tenang walaupun cirit-birit sebelumnya. 

Besar sungguh dugaan tahun 2016 ni. Sudahlah dihantar buat attachment secara paksaan, dengarnya  nak disambung lebih lama lagi. Entah-entah nak suruh stay di jabatan itu. No way! 

Ya Allah, permudahkan urusanku untuk menghadapi karenah ketua yang zalim itu. Lancarkan lidahku, tajamkan penglihatanku, kuatkan pendengaranku, luaskan fikiranku, dan indahkanlah perbuatanku.

Wednesday, January 13, 2016

Too Slow

Not in the mood to write. Internet too slow despite green light. Tomorrow I'll pen up something.

Tuesday, January 12, 2016

Day 2 Attachment

Alhamdulillah, what more can I say than be thankful to Allah.
I started to review patients for rounds.
Clerked new case - underlying Rheumatoid arthritis, under investigation for bronchiectasis.
Observed right femoral catheter insertion.
One recurrent SVT case referred to Cardiologist for ablation therapy.

Treatment of SVT:
Adenosine
Beta blocker - metoprolol
Calcium channel blocker
Defibrillation

Adenosine is contraindicated in WPW syndrome SVT
Check for short PR interval and delta wave

One patient AOR discharged. Probably anxiety with mild rhinitis. A teacher.

Tomorrow is clinic day. Arghhhh!

Monday, January 11, 2016

Day 1 Attachment

It wasn't that bad after all. Everyone was nice and kind to me. At least in front of me. Some were sympathised with me. At least today I knew how malignant my big boss is. So be careful if you want to do anything. Anyhow, what she gave, she would definitely get back.

A few interesting patients in the ward:

1. A demented/delirious old lady.
2. A young lady with diabetic ketoacidosis. She skipped insulin due to fever and ended up having DKA.
3. End stage renal failure lady with allergic reaction. She had a fall and bruised her right knee.
4. An asthmatic patient with chest x ray which shows bronchiectasis.
5. An unstable angina patient who also needs to be investigated for peptic ulcer.
6. A newly diagnosed hypertension with strained pattern of ECG.
7. Acute kidney injury with sacral sore. Started Ryles tube feeding and will be discharged with it.
8. Two hypoglycaemic patients.
9. Acute exacerbation of bronchial asthma. Exposed to air conditioner at work, requested a letter for employer.
10. Acute gastroenteritis with dehydration. Apparently they also give maxolon dan lomotil in the ward.
11. Line related sepsis.Started on IV Fortum and IV Cloxacillin.

Almost all dengue patients they checked VBG and coagulation profile. Hmmmm.

Learnt about IJC insertion before ending the day. Multiple attempts on the right side before changing to the left side. Poor makcik.I was only observing anyway.

Monday is new case clinic day.
Tuesday is chest clinic.
Wednesday and Thursday is MOPD follow up clinic.
Friday is chest clinic.

The ward is warm or should I say heaty! Six more days before migrating to male ward. Tomorrow should be a fruitful day. I am ready to be more proactive and make full use of the attachment. I'll prove to the boss that I am stronger than you think. Wherever you send me, I'll survive!

Quite happy that my colleague actually remembered me as his good senior who taught him how to insert branula during housemanship. And today he taught me how to insert IJC after more than three years! See, what you give, you get back.

Alhamdulillah syukur ya Allah. May the coming days will be the most beneficial for me. Give me strength and flawlessness.

Saturday, January 09, 2016

MUKA TIADA HIDUNG??

" Mak, muka adik ni takda hidungkah???"

Tanyaku pada mak, cukup kuat untuk didengari dalam jarak 2 meter ketika di clearance sale Sunshine tadi. Entah apa yang menariknya mukaku, aku sedar ada seorang lelaki yang berjalan dengan ISTERINYA, dari awal dok tengok aku. Dari bahagian t-shirt dan jeans, sampailah ke bahagian kopi dan teh, dia asyik tengok aku. Rupa-rupanya mak pun sedar juga. Mak terus dapat menangkap maksud soalanku.

" Ntahlah, dok jalan dengan bini pun masih tengok perempuan lain. Kot dia biasa tengok adik kat hospital kot!" Jawab mak.

Aku dah buat muka masam. Selang beberapa saat, aku pandang lelaki tu balik. Bila dia pandang aku, terus aku bagi jelingan maut. Sungguh tak menjaga pandangan! Isteri kat sebelah tu dah cukup segak mata memandang, yang dia nak pandang aku tu kenapa? Nak kata aku ni syok sendiri, mak pun jadi saksi juga. Akhirnya aku dan mak pergi jauh sikit ke belakang dan lepas tu kami tak nampak dah kelibat pasangan tu.

Lelaki. Maaf cakap, bukan semua, tapi ramai yang tak reti menjaga pandangan. Sekian lama aku menjadi lone ranger ni, dah ramai lelaki macam ni yang ditemui. Maklumlah, bila aku ke mana-mana, aku biasa bersendirian, jadi aku sangat aware dengan persekitaranku. Aku tahu siapa yang pandang aku. Ramai lelaki yang suka pandang-pandang ni ada pasangan di sebelahnya. Ada yang bawa anak pun. Masih mahu memandang gadis lain.

Aku bersyukur kerana antara ilmu yang aku belajar sekali terus ingat dan amalkan ialah menundukkan pandangan. Perempuan hiasannya malu. Perisainya sombong. Sebab itu aku tiada crush. Aku susah nak jatuh hati pada lelaki. Kerana aku jarang memandang, aku malu untuk memandang.

Aku harap lelaki tadi tolonglah terasa dengan kata-kata dan jelinganku. Jaga matamu elok-elok, jaga binimu di sebelah tu. Tak kiralah kalau kau pernah jadi patient aku sekalipun, kalau kenal, tegur terus, kalau tak kenal atau tak pasti, tak perlu pandang lama-lama. Aku tahu muka aku ni typical, sama dengan kawan dan adik-beradik kalian, tapi tak perlulah nak pandang lama-lama. Tadi aku siap cakap dengan mak," Tumbuk muka dia baru tau." Geram betul.

Beza sangat, tadi masa tengah bayar, ada lelaki tua pandang aku juga, dia senyum sikit dan anggukkan kepala. Itu pak long Ani, aku pun senyum dan angguk kepala juga. Ini barulah pandangan yang betul. Dia kenal dan tegur dari jauh dengan anggukkan kepala. Bukannya tenung macam nak makan orang tapi sampai kesudah tak kenal pun.

Semoga Allah sentiasa memelihara pandanganku daripada memandang perkara-perkara yang tidak mendatangkan saham akhiratku. Amin.

Tuesday, January 05, 2016

Doa

Doa Nabi Musa: رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

"Ya Tuhanku Sesungguhnya aku sangat membutuhkan setiap kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku." (QS. Al-Qashas: 24).


Sent from my iPhone