Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan Yang Berlalu

Sudah separuh Ramadhan berlalu. Ini yang pertama sejak bergelar seorang pekerja. Seribu satu peristiwa berlaku dan bakal berlaku di bulan yang mulia ini.

Hari pertama Ramadhan aku hanya bertolak pulang ke rumah pada pukul 7 malam. Mujur sempat sampai sebelum waktu berbuka. Bagai mahu menangis rasanya waktu itu. Pukul lima baru MO nak buat census rounds, partnerku yang non-Muslim tu pula kena pergi oncall, jadi terpaksalah aku tinggalkan case yang aku admit itu untuk ikut rounds. Lepas rounds, kena handle case tu, berlambak-lambak darah kena ambil, dah la patient tu chubby.Mujurlah rakan oncall malam itu memahami dan bersedia untuk menolong.Tak sempat hendak bermain puas-puas dengan si Aliff yang semakin tinggi dan tegap itu.

Beberapa hari yang awal memang rasa amat penat. Betapa seronoknya Ramadhan tahun lalu, tak perlu fikir pasal hal lain. Tarawih di sini Alhamdulillah, pihak surau menjemput Ustaz muda yang Hafiz, sedap suaranya membaca ayat-ayat al-Quran.Masih 20 rakaat, habis dalam pukul 10.40 malam.

Pada hari keenam puasa, mak pula yang kena pneumonia, masuk ward selama enam hari. Agaknya jika hari tu aku pergi private hospital, mesti kena admit juga. Sampai sekarang aku masih batuk-batuk lagi.CXR ku ada bilateral haziness tapi pneumonic changes tak obvious pun. Kata consultantku, ramai kakitangan seperti kami terkena atypical pneumonia. Dah complete one week augmentin, aku minta consultantku sign untuk second cycle, tapi dia bagi azithromycin sebab aku tak demam dah.

Jadi selama enam hari itu, aku berulang alik ke hospital pergi visit mak tiap-tiap malam lepas berbuka. Abang and family datang visit petang sabtu itu juga lepas aku maklumkan. YB dan wife pula datang dari KL, sampai Penang lepas waktu berbuka.Esoknya aku oncall pula, tapi busy sangat sampai tak sempat nak rasa sedih sebab tak dapat visit mak. Dari pagi aku sampai, sampai esok pagi, admission non stop!!!Aku geram betul dengan certain parents yang tak faham-faham lagi pasal kepentingan kesihatan anak-anak.

Waktu berbuka, adalah satu admission, non-Muslim (manalah dia tahu itu waktu berbuka,kan). Habis saja waktu berbuka, berduyun-duyun admissions melibatkan Muslims. Semua ibu bapa ini pentingkan perut mereka, lepas berbuka baru bawa anak datang hospital, padahal anak dah sakit berhari-hari. Ada tu bawa anak untuk admit pukul 4 pagi, padahal surat admit dah bagi pukul 9 pagi hari sebelumnya, bila ditanya, si ayah jawab, nak tunggu buka puasa dulu, tengok anak okay saja. Bagai mahu putus telinga aku dengar, suka hati saja buat keputusan begitu, padahal anak tu tak puasa pun. Mungkin dia sedar aku nak marah, cepat-cepat dia minta maaf sebab lambat bawa anak admit.Tak jadi aku nak marah. Ketahuilah wahai ibubapa, jangan buat keputusan sendiri, bila doktor suruh admit, admitlah segera, dan tahukah anda bahawa pada waktu malam, bilangan doktor adalah kurang, dan doktor yang penat dan mengantuk akan meninggikan risiko melakukan kesilapan?Akhirnya aku dan oncall partnerku tak tidur langsung selama 40 jam lebih, thanks to the parents...

Esok Nuzul Quran, cuti umum di sini tapi aku perlu oncall, thanks to the monitor yang tak sensitive soal agama, I hope masa your time nanti, you have to work because you did not request for no calls and the person incharge is not aware.Dah la first time oncall di PICU, dengan specialist yang begitu pula. Lepas ni EOD call, minggu depan start subspecialty.

Kecoh di surat khabar semalam dan hari ni pasal ex-majikan aku. Penulis bagai membuka pekung department itu, daripada oncall list yang tidak sekata (tapi kononnya disemak oleh specialist sebelum diluluskan), kepada specialist yang berpakaian seksi sampailah specialist yang suka cakap Cina masa rounds.Semuanya aku tahu siapa.Tak mahu komen banyak, biarlah mereka sedar sendiri.

Bulan depan akan start shift system, tadi aku dan rakan-rakan duduk semeja dengan consultant cuba susun jadual kerja.Tak nampak advantage sangat pun, seriously they need to study from overseas first before implement it.Tunggu dan lihat sajalah.

Semoga Allah permudahkan urusanku...