Tuesday, June 20, 2017

Balik Kampung: Beginikah?

GILIRAN BALIK RAYA???

Sebenarnya tidak wujud istilah giliran balik raya, tahun ni rumah suami tahun depan rumah isteri.

Sedangkan seorang isteri nak kluar rumah pon perlu kepada keizinan suami, jadi mana mungkin berlaku paksaan seorang isteri kepada suami untuk mengikut giliran atau ke destinasi tertentu.

Namun apa yg diamalkan(giliran balik raya) tidaklah salah, cuma perlu sedar yang di amalkan(giliran blk raya) tersebut adalah atas konsep ihsan seorang suami kepada isteri.

Jadi jika ada sesuatu keadaan yang perlukan kepada perubahan daripada giliran biasa, janganlah si isteri terasa yg suaminya tidak adil.

Dan si suami pula janganlah rasa menjadi tidak adil sekiranya terpaksa mengubah jadual kebiasaan tersebut jika keadaan memerlukan ( contoh : ibubapa sangat memerlukan kehadirannya disisi, mslh kewangan dll).

Jika kita renung perkara di bawah, kita pasti dapat menerimanya.

Terkadang kita lupa:
1. Ada suami yang lupa bahawa ibunya lebih Utama Dari Isteri

2. Ada Isteri yang lupa bahawa suaminya lebih Utama Dari ibubapa nya

3. Ada ibubapa yang lupa anak perempuannya perlu mrngutamakan suaminya dari ibubapa

4. Ada Isteri yang lupa bahawa suami perlu mengutamakan ibubapa nya sendiri melebihi Isteri

5. Ada Anak lelaki lupa bahawa tangungjawab menjaga ibubapa tergalas dibahu mereka Dan bukan pada Anak Anak perempuan

6. Ada anak perempuan terlupa bahawa dia lebih terikat dengan tanggungjawab kepada suami lebih Dari ibubapa nya sendiri.

Panduan semoga kita tidak menghadapi masaalah menentukan perlu berhari raya.

Wallahualam...
Fi Hifzillah


Sent from my iPhone

Thursday, June 15, 2017

Tiga Doa Mustajab


Assalamualaikum wbh, 


Tuan & puan yang amat saya hormati, 


Pagi ni sempat baca Surah Al-Anbiya', saya ingin share

kisah 3 orang Rasul yang berdoa kepada Allah, lalu terus

dikabulkan permintaan mereka.


Kisah Nabi yang pertama adalah Nabi Ayub yang menderita 

penyakit kulit lalu baginda berdoa kepada kepada Allah 

" Ya Tuhanku, sesungguhnya, aku telah ditimpa penyakit, 

padahal Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang daripada semua 

Yang Maha Penyayang " 


Allah terus maqbulkan doa Nabi Ayub dengan menyembuhkan 

penyakitnya bahkan berikan rezeki & nikmat yang berganda-

ganda lebih banyak. 


Kemudian Allah cerita kisah Nabi Yunus yang berdoa dalam 

perut ikan Nun yang gelap-gelita " Sesungguhnya tiada Tuhan

(yang dapat menolong) melainkan Engkau, Maha Suci Engkau. 

Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri

sendiri "


Allah terus maqbulkan doa Nabi Yunus & menyelamatkan baginda 

daripada kesulitan yang dihadapinya. 


Allah teruskan dengan kisah Nabi yang ketiga, kisah Nabi 

Zakaria yang sudah berada di akhir usia yang sering berdoa

untuk mendapatkan zuriat  "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau

biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat);

dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi" 


Allah terus maqbulkan doa Nabi Zakaria dengan mengurniakan

Nabi Yahya melalui isterinya yang mandul. 


Menerusi 3 kisah di atas, Allah berikan contoh yang Rasul juga

hadapi masalah yang berat seperti manusia biasa. 


Seorang Allah uji dengan masalah kesihatan yang amat teruk 

sehingga hilang keluarga, kawan & hartanya. 


Seorang lagi Allah uji berada dalam ketakutan berseorangan 

di tengah lautan yang amat gelap (boleh bayangkan perasaan 

Nabi Yunus ?) . 


Seorang lagi Allah uji isteri tidak dapat melahirkan zuriat. 


Di akhir kisah ketiga-tiga nabi ini Allah beritahu 'Rahsia Emas'

mengapa doa mereka dimaqbulkan.

 

" Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan

kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan

serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat)

kepada Kami " (Surah Al-Anbiya' : 80)


Ada tiga tips yang boleh kita ambil daripada ayat tersebut : 

--> bersegera berbuat kebaikan (berusaha) 

--> berdoa dalam keadaan penuh mengharap & cemas (berdoa dengan

perasaan penuh mengharap & takut amal tidak diterima )

--> Khusyuk kepada kami (bersungguh-sungguh & fokus dalam berusaha

& berdoa)


Tuan & puan yang amat saya hormati, 

Bulan Ramadhan ini adalah bulan yang penuh keberkatan & bulan yang

mustajab. Jika anda menghadapi masalah yang besar & berat, mohonlah

kepada Allah yang pernah menyembuhkan Nabi Ayub, menyelamatkan

Nabi Yunus & memberikan zuriat kepada Nabi Zakaria. Bagi Allah tiada 

yang mustahil. 


Semoga Allah kurniakan rezeki kepada kita Malam Lailatul Qadar, 

Pengampunan & perlepasan daripada Api Neraka. Amin Ya Robbal 

'Alamin.


Copy&paste

Masya Allah, ada sahabat hantar ni di Whatsapp, memang semalam aku baca surah al Anbiya tapi terhenti pada ayat 70. Betapa banyaknya petunjuk yang Allah berikan dalam surah ni, kena pada keadaan sekarang. 

Syukur ya Allah...