Thursday, December 29, 2016

Need To Sleep

Headache and feverish. I think I need to rest more. Sore throat. Talking non stop to patients will exacerbate the sore. Restless night sleep- itchy on skin, can't help but to scratch subconsciously.

Not sure who is my assistant today - adding to the reluctance of going to work.

I need to sleep!

Monday, December 26, 2016

Re-jogging

After a few months, jogging is back into my life. It is not worth to wait for IT to happen, just go with the flow and enjoy your healthy life. Allah certainly will give IT when the time comes.

I only managed to jog on Saturday. Sunday and Monday- I excused myself due to not feeling well. I pray for recovey in a week's time. Next Saturday, will make a date for another jog, and later qualify for the virtual run.

It is not bad to jog alone after all. The park is not secluded, and appears to be safe. Many other joggers and walkers were around. However, the track is short, so need  to run several lapses to achieve the target distance.

Yesterday was another melancholia. Tears were burst, truth was revealed. At least I don't keep anything in my heart anymore. The rest, I leave to Allah. Allah holds every hearts.

Wednesday, December 14, 2016

Hindarkan Ini !

Pesanan Dr. Solah Al-Khalidi kepada wanita dan isteri agar menghindarkan diri dari 3 sifat ini:

1-Hannanah (حنانة):Seorang wanita yang merindui pasangan lelakinya yang lalu, kemudian menyebut kisah dan namanya di hadapan suami.

2-Mannanah (منانة): Seorang wanita yang sering mengungkit setiap kebaikan yang dilakukan untuk suaminya.

3-Annanah (أنانة): Seorang wanita yang suka merungut dan mengadu tentang suaminya.

Jadilah wanita & isteri yang menggembirakan, mentaati dan menjaga maruah suaminya.
.


Sent from my iPhone

Saturday, December 10, 2016

Merenyam

Sejak dua bulan lebih ni, sensitiviti bagai meningkat. Lebih sensitif, mudah allergic. Sentuh hidung sikit dah bersin beberapa kali. Makan sambal belacan boleh merenyam gatal tapak tangan. Tak pernah jadi sebelum ni. Tadi, basuh baju guna sabun Top. Baju kena bilas, sebab washing machine semi automatic. Merenyam kedua dua tapak tangan. Garu pun bagai garu angin. Terus telan Loratadine. 

Kepala pula berdenyut denyut sejak habis sauna tadi. Haritu first time sauna kat spa butik pengantin, tak sakit kepala pun. Tapi memang hypoxic habislah, tinggal nak pitam saja. Ika tinggalkanku sampai 45 minit, janji 20minit saja. Kali ni pun sampai 30 minit saja, tak sempat hypoxic lagi. Hubby siap pesan, kalau pening, terus tutup suis.

Hubby pun jenis allergic rhinitis, kalau bersin, sekali mana cukup. Badan pula manja sikit, mudah jangkit daripada orang lain yang batuk/demam/bersin. Sebelum ni aku batuk sebulan, dan akhirnya merebakkan virus pada hubby. Hubby kalau batuk lagi dahsyat, bergegar rumah. Kesian dia gatal kerongkong.

Semalam patutnya ambil influenza vaccine, tapi tersilap pilih baju, jubah hitam tu tak boleh tarik sleeve sampai atas, nak keluarkan bahu melalui leher baju pun tak muat. Tangguh minggu depan pula, harap tak lupa.

Friday, December 09, 2016

Rindu Rasulullah SAW

😪😪😪😭😭😭

Selepas wafat nya Rasulullah ,Bilal bin Rabah telah meminta izin dari khalifah Abu Bakar untuk meninggalkan Madinah .Abu bakar telah memberi izin kepada Bilal untuk meninggalkan Madinah.

Sebelum meninggalkan madinah di tatapi nya buat kali terakhir kota madinah di mana satu masa dulu dia dan Rasulullah berkongsi suka dan duka.

Bilal menetap bersama keluarga nya di Syria,sungguh sukar bagi Bilal untuk melupakan kenangan bersama Rasulullah .Sekian lama nya Bilal menetap di syria .

Satu hari Rasulullah muncul di dalam mimpinya " wahai Bilal keras sungguh hati mu,kenapa engkau tidak menziarahi aku". Lantas Bilal terjaga dari tidur nya dengan deraian air mata,sehingga seluruh keluarga nya terbangun.

Bilal menceritakan kepada ahli keluarga nya apa yg terjadi, ahli keluarga nya menyuruh Bilal menziarahi makam Rasulullah.

Semasa Bilal dalam perjalanan menuju madinah, air mata nya tidak henti2 mengalir.Dia tidak berhenti di mana2 agar cepat sampai di madinah.

Setelah beberapa hari Bilal sampai di makam Rasulullah lantas memberi salam " Asalamualaika ya Rasulullah" . Air mata nya terus mengalir.

Tiba2 datang Amirul mukminin syaidina Abu Bakar memeluk Bilal dari belakang untuk menenangkan Bilal,sehingga reda tangisan Bilal.

Bilal,alang2 kamu sudah berada di sini laungkan lah Azan untuk kami,rayu amirul mukminin . Tidak wahai amirul mukminin,jawab Bilal.

Laungkan lah azan,kami rindu akan suara kamu,pinta syadina umar,syadina Bilal mengelang kan kepala.

Tiba2 datang lah dua orang cucu kesayangan Rasulullah iaitu Hassan dan Husin," Pak cik Bilal,laungkan lah azan sebagai mana pak cik laungkan nya di masa datuk kami masih ada.

Di peluk nya kedua_dua cucu kesayangan Rasulullah itu lantas di cium nya. Sebentar tadi aku baru menolak permintaan Khalifah dan permintaan Syadina umar, aku takut untuk menolak permintaan kamu berdua,aku takut nanti Rasulullah akan menolak permintaan aku.

Bilal naik ke atas menara,di tatapi nya satu persatu tempat kenangan bersama Rasulullah sambil air mata nya mengalir laju.

Allahu Akbar , Allahuakbar..

Terdiam seluruh penduduk kota madinah mendengar alunan suara azan tersebut.suasana penduduk kota madinah masa itu sangat terkejut.

Asyhadu ala ila haa illallah

Abu I'sa Rasulullah.
Apakah Rasulullah di bangkit kan semula bisik mereka.

Asyhadu ala ila haa illallah.

Tangisan penduduk kota madinah kian pilu,mereka terkenangkan saat mereka bersama Rasulullah,Syadina Abu Bakar ,umar dan penduduk madinah menitiskan air mata.kerinduan pada suara agung itu kembali lalu mencetuskan satu situasi yg tercatat sebagai sejarah buat umat akhir zaman.

Asyhadu anna Muhammad Rasulullah.

Terus Bilal tersungkur tidak dapat meneruskan azan nya lagi,lantas di sambut oleh syadina Abu Bakar dan Syadina umar," mengapa Bilal?".

Waktu tengah azan tadi sehingga aku menyebut nama kekasih ku,aku terlihat kelibat Rasulullah keluar dari rumah untuk solat berjemaah bersama kita.

Aku rindu Rasulullah.
Aku rindu Rasulullah.
Aku rindu Rasulullah.

Berlenangan air mata para sahabat dan penduduk kota madinah apa bila tukang azan Rasulullah pulang ke kota madinah untuk mengubati kerinduan nya kepada Junjungan Besar Muhammad S.A.W.

Rindu kah kita kepada Rasulullah?

Jangan lupa 12 Rabiulawal.

Salam Maulidur Rasul.

Menangis lah wahai sahabat,agar kerinduan kita pada Rasulullah terubat.

😭😭😭😭😭


Sent from my iPhone

Sunday, December 04, 2016

Pengorbanan Melayari Bahtera

Melayari bahtera perkahwinan perlu melalui suka dan duka. Bukan yang indah-indah saja.Pahitnya tentu ada. Pengorbanan. Kesabaran.

Sebelum berkahwin lagi, banyak perkara perlu dikorbankan.

Masa - banyak dihabiskan untuk buat persediaan. Daripada urusan dengan pejabat agama, sampailah urusan kenduri kendara. Survey itu ini. Telefon sana sini. Pergi tengok banyak kedai dan tempat.

Wang - banyak guna wang untuk kahwin ni. Jika tiada ribuan dalam tangan, mungkin boleh lupakan hasrat untuk buat kenduri. Nikah saja di masjid dah cukup.

Masa ni kebanyakannya indah belaka, maklumlah, teruja untuk hari bahagia.

Selepas berkahwin, pengorbanan diteruskan.

Masa - kena peruntukkan masa untuk pasangan, keluarga pasangan, dan keluarga sendiri juga. MUngkin ada kerja yang dahulunya tak perlu buat, kini dah kena buat, demi menunaikan tanggungjawab sebagai isteri/suami.

Wang - rezeki itu datang selepas berkahwin. Benar, jika berbelanja ikut kemampuan, keberkatan rezeki itu pasti ada, wang gaji sentiasa cukup, malahan lebih...walaupun kini berbelanja untuk dua orang...

Kasih sayang ibubapa - pengorbanan besar...lebih-lebih lagi bagi mereka yang ketika bujangnya sungguh rapat dengan ibu bapa. Selepas berkahwin, tinggal di rumah lain, tak dapat selalu jumpa...Allahuakbar, hanya Tuhan yang tahu sedihnya perpisahan itu. Untunglah jika pasangan memberi kasih sayang dengan baik...dapat sedikit lupakan kerinduan kepada ibubapa. Namun jika pasangan kurang berkasih sayang, kasihanlah nasib badan.

Benarlah, kasih sayang ibubapa itu yang terbaik. Mencintai pasangan biarlah kerana Allah, biar ada had, tapi tiada syarat, agar hati redha jika hubungan tidak panjang. Cinta Allah itu yang hakiki, kekal selama-lamanya, dan sudah pasti berbalas.


Thursday, December 01, 2016

Selamat Tinggal Cang

Mucang kena accident pagi semalam. Mati on the spot. Ada jiran nampak. Kak ipar dukung dia bawa balik. Dikebumikan oleh anak saudara di tepi rumah. Hanya sempat kenal 2 bulan lebih. Rindunya Cang. Kembalilah kepada Pencipta kita.

Tuesday, November 29, 2016

Syurga Seorang Isteri

SYURGA SEORANG ISTERI


Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tak sengaja.


Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah.. betapa ngerinya! 


Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.. 


Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita. 


Pandang muka suami kita.. siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat.. itulah juga lorong ujian  Allah buat kita. 


Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya! 


Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita.. tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita. 


Masya-Allah.. indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya? 


Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik dari semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah.. biiznillah. Jadikanlah kami isteri yang menyejukkan hati suami kami ya Allah. Amin. Amin.


************
Masya Allah, saat hati dirundung gulana, Allah hadirkan hati untuk membaca kembali cebisan Whatsapp yang dihantar oleh seorang sahabat dua minggu lalu. Moga menjadi pembakar semangat untuk terus tabah, dan menjadi penawar hati yang sedikit tercalar.

Akan kubaca berulang kali hingga melekat bait bait ini dalam akal dan hatiku.

Sent from my iPhone

Indahnya Bahasa kita

Jom guna Bahasa Melayu yg betul, indahnya bahasa kita.

Suri Teladan – Role Model

Jerayawara – Road Show

Latar Pentas – Back Drop

Gegantung – Bunting

Imej Tumpu – Highlight

Parkir – Parking

Pascanilai – Postmortem

Swafoto - Selfie


Sent from my iPhone

Friday, November 25, 2016

Pintu Syurga Di Rumah

SEMENTARA PINTU SYURGA DI RUMAHMU MASIH TERBUKA.

Menziarah seorang kawan yg kematian ibunya yg dijaga selama ini,dia berbisik kepada saya masa bersalam,"Telah hilanglah pintu syurga dirumah saya."Saya hanya mengucap takziah dan menyantuninya dg ajakan untuk bersabar.Apakah maksud pintu syurga dirumahnya telah hilang? Ini satu perkataan orang berilmu, orang yg mengetahui.

Apa yg disebut oleh kawan saya ini pernah disebut oleh sorang tabi'in Iyas bin Mu'awiyah, yg menangis semahu-mahunya ketika meninggal salah seorang dari orang tuanya, maka ditanya pada beliau :
"Mengapa engkau menangis sedemikian rupa" ?, Maka beliau menjawab : "Tidaklah aku menangis karena kematian, karena yang hidup pasti akan mati, akan tetapi yang membuatku menangis karena dahulu aku memiliki dua pintu ke surga, maka tertutuplah satu pintu pada hari ini dan tidak akan di buka sampai hari kiamat, aku memohon pada Allah Ta'ala agar aku boleh menjaga pintu yang ke dua".

Apa yg disebut oleh Iyas ini adalah berkaitan sabda nabi dari Abu Darda Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوِ احْفَظْهُ
Orang tua adalah pintu surga paling tengah. Kamu boleh sia-siakan pintu itu, atau kamu menjaganya. (HR. Ahmad 28276, Turmudzi 2022, Ibn Majah 3794, dan dihasankan Syuaib al-Arnauth).

Jadi kedua ibubapa kita adalah ibarat pintu syurga bagi setiap anak, dgn maksud jika kita berkhidmat kpd keduanya, berbuat baik kpd keduanya, maka Allah akan beri ganjaran syurga. Tetapi siapa mensia-siakan peluang ini, tidak berbuat baik kpd ibubapanya, akan terlepas peluang ke syurga bahkan mereka itu celaka. Rasulullah SAW bersabda :"Celaka, celaka, celaka !" , Lalu ditanyakan pada baginda, siapa (yg celaka) wahai Rasulullah?,
Maka beliau bersabda :
"Siapa saja yg menjumpai kedua orang tuanya, baik salah satu atau kedua-duanya di kala mereka lanjut usia, akan tetapi (perjumpaan tsb) tidak memasukkannya ke syurga. (HR. Muslim)

Saya nak mengajak anda semua agar tidak mensia-siakan peluang pintu syurga yg ada dirumah anda, lebih lebih lagi jika usia kedua orang tua telah lanjut, melangkahlah ke pintu itu dg berbuat baik kpd keduanya. Sebelum kita meninjau keluar untuk mencari syurga, jangan abaikan pintu syurga yg diibarat kpd ibubapa, yg Allah jadikan dirumah kita.

Dalam hidup kita, Allah SWT buka banyak kesempatan untuk kesyurga, samada kita sedar atau tidak, mahu merebutnya atau tidak. Kemudian Allah SWT ambil balik satu demi satu peluang ini, maka tertutuplah satu lepas satu kesempatan untuk ke syurga. Mereka yg lalai dgn dunianya tidak akan terasa apa-apa dgn tertutupnya pintu syurga untuknya, tetapi mereka yg mengetahui, seperti sahabat saya ini, akan melihat kembalinya ibu atau bapa sebagai tertutupnya pintu syurga dirumahnya.

Santunilah ibu bapamu sementara mereka masih ada, sementara pintu syurga dirumahmu masih terbuka. Share kpd semua sebagai ingatan dan seruan berbuat baik.
Wallahua'lam.


Sent from my iPhone

Thursday, November 24, 2016

Tiga Sahaja

ISRAEL TERBAKAR!

Kuasa Allah, negara yang dinamakan Israel terbakar kelilingnya selepas mereka menghalang azan dilaungkan di Masjid al-Aqsa! Sampai mereka terpaksa meminta bantuan negara-negara berdekatan untuk memadamkan api. Begitulah api kejahatan mereka yang telah dibalas sedikit demi sedikit. Tidakkah kita mengambil pengajaran lagi?

UPT POSITIVE

Dalam dua bulan ni, dah tiga patients aku pulang dengan UPT positive di tangan. Seorang patient India, berkahwin dua bulan, dah positif. Seorang adik kepada keraniku, pun positif juga selepas lima tahun melahirkan anak pertama. Seorang lagi pesakit thyroid, nikah Julai lalu, walimah 10 September, kini dah positif 3 minggu. Alhamdulillah, happy untuk rezeki mereka. Agaknya bilalah diri sendiri nak positif?

RUU355

Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang sudah membentangkannya di Parlimen dengan pindaan...tapi penjelasannya pada sidang lain pula. Sementara itu pelbagai pihak cuba sabotaj dan menentang, termasuk orang Islam sendiri. Ada yang tak puas hati sebab tak berjaya jadi hero. Ada yang cuba ambil kredit, celah mana boleh masuk, masuk saja, asal ada nama. Susah-susah Tuan Guru perah otak untuk bentang, kamu yang nak dapat kredit? Memang memalukan. Semoga usaha murni ini dipermudahkan Allah.

Nampak gaya malam ni Macbook meragam beberapa kali, tak jadi nak coret kenangan manis lagi. Lain kalilah pulak. Bateri pun tinggal 17% saja.

Monday, November 21, 2016

Sunday, November 20, 2016

Comot

Comot is another new friend of mine, besides Muchang. He is known as Kepala Kampung, named after his gangster lifestyle! Yet he is very soft and loving in our house, always rubbed his head against our feet! Glad to know you, Comot :)

Saturday, November 19, 2016

Jadual Harian

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN USTAZ ISMAIL KAMUS*

1. bangun malam ( sekitar jam 3 pg)
- _mandi dan ambil wuduk_

2. solat sunat wuduk.

3. solat sunat taubat.

4. solat sunat tahajjud
( _8 rakaat_).

5. solat sunat hajat ( _mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak_ ).

6. solat sunat witir 3 rakaat.

7. istighfr 100x

8. tahlil 300x

9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. 40x

10. tasbih 40x

11. solat sunat fajar.

12. solat subuh.

13. baca yaassin lepas subuh.

14. solat sunat dhuha 6 rakaat.

15. Solat Zohor.
- _solat sunat sebelum_
- _solat sunat selepas_

16.Solat Asar
- _solat sunat sebelum_

17. Solat maghrib
- _solat sunat selepas_

18. Solat Isya'
- _solat sunat sebelum_
- _solat sunat selepas_

19. Sebelum tidur baca :
- al-quran
- _surah Al-mulk_
- _surah sajjadah_
- _surah al-waqiah_

20.setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

*"Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."*

[ustaz Ismail Kamus]

**_share ilmu ini utk peringatan semua_


Sent from my iPhone

Friday, November 18, 2016

Tahniah Calon UPSR 2016!

Sebelum ni tak ambil tahu pun yang UPSR 2016 menggunakan format baru, dengan 6 subjek. Ada dengar, rakan sekerja sebut pasal format baru untuk anak anak mereka, tapi tak cakna sangat pun. 

Tahun ni hanya 1.1% pelajar mendapat keputusan semua A, jumlah yang amat kecil, tapi menteri kata jangan bandingkan dengan keputusan tahun lepas sebab format tak sama.

Masa aku ambil UPSR dulu, itu tahun pertama subjek sains diperkenalkan, jadi lima subjek. Sekolahku, hanya 9 orang dapat 5A, dan aku satu satunya pelajar Melayu yang dapat 5A. Alhamdulillah,ada juga kenangan manis sekolah rendah. Rakan rakanku dapat 4A 1 B, sangkut subjek Sains tu.

Tak mengapalah, result macam mana pun, perjalanan masih amat jauh. Ada orang yang zaman persekolahannya selalu tercorot, bila masuk universiti, dapat anugerah dekan. Ada orang cemerlang dari tadika sampai ke universiti, bila bekerja, dia kurang berjaya. Rezeki masing masing kan.

Semoga UPSR tahun depan akan lebih baik lagi.

Saturday, November 12, 2016

Kenali Paracetamol

*SALAH FAHAM TERHADAP PARACETAMOL 6*

"Apa beza panadol yang dijual dalam pelbagai bentuk? Ada panadol actifast, ada panadol mestrual dan sebagainya.

💊 *Panadol* dibuat oleh syarikat farmaseutikal GSK mempunyai beberapa bentuk.

🔻 *PANADOL REGULAR* mengandungi Paracetamol *500*mg yang boleh diambil oleh orang dewasa setiap 4-6 jam, sama ada sebiji atau dua biji setiap kali pengambilan.

🔻 *PANADOL EXTEND* mengandungi Paracetamol *665*mg, dan boleh bertahan sehingga 8 jam. Oleh itu diambil sebiji setiap 8 jam.

🔻 *PANADOL EXTRA* mengandungi *500*mg paracetamol dan *65*mg cafeine, untuk sakit yang lebih kuat dan tidak menyebabkan ketidak selesaan perut.

🔻 *PANADOL ACTIFAST* mengandungi Paracetamol *500*mg dan *173*mg Sodiumuntuk tindakan yang 2 kali ganda lebih cepat. Oleh kerana mengandungi Sodium, pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.

🔻 *PANADOL MENSTRUAL* mengandungi paracetamool *500*mg dan Pamabrom *25*mg. Pamabrom bertujuan untuk mengurangkan kembung perut ketika haid.

🔻 *PANADOL SOLUBLE* mengandungi paracetamol *500*mg dan sodium *427*mg, Ia mudah larut dalam air. Kandungan sodium dalam ubat ini agak tinggi, pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.

_Oleh kerana PANADOL dijual dalam pelbagai bentuk penyediaan, pesakit harus berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi, walaupun ia boleh dibeli tanpa preskripsi._

Saya tidak bertujuan menggalakkan penggunaannya tetapi menasihati agar menggunakannya secara berhati-hati.

Ditulis oleh:
*Dr Zubaidi b Hj Ahmad*


Sent from my iPhone

Thursday, November 10, 2016

Pilih Sahabat

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi. Jika engkau diam, dia mula menyapamu terlebih dahulu, dan jika engkau ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu. 

Imam al-Ghazali

Ingin usaha menjadi sahabat seperti ini!

Friday, November 04, 2016

Batuk lagi

Sejak bertukar status ni dah dua pusingan batuk. Kali ni siap rasa bagai nak penat. Aduhai, aku kalau batuk memang lambat nak baik, lebih lebih lagi yang nak penat ni. Dah start erythromycin, harap harap dapat shorten the duration of illness.

Semalam dan hari ni melankolia. Tapi tak naklah ingat yang sedih tu, nak imbau memori manis saja. Kenangan sekali seumur hidup.

Alkisahnya selepas dah sah, hubby buat solat sunat dua rakaat. Masa tu aku salam dengan mak, makcik makcik dan kawan kawan. Berdebar. Segan. Malu. Kemudian hubby datang, duduk berdepan denganku. Saat nak hulur jari tangan untuk sarung cincin...memang berdebar habis. Patutlah dalam youtube tengok ada pengantin yang teragak agak nak hulur tangan...memang segan! Iyalah, selama ni menjaga batas pergaulan, tiba tiba nak dipegang orang. Delayed a few seconds, aku pun hulurkan tangan. Hubby sarungkan cincin dengan lancar, dia tekan sikit, mungkin takut sangkut dekat proximal interphalaengeal joint tu kot. Lepas tu aku salam hubby. Bab cium dahi takda kot, entah aku pun tak ingat sangat.

Lepas tu ambik gambar sikit, pun rasa semacam saja. Tiba tiba ada lelaki berdiri dekat dengan diri, boleh rasa kehangatan tubuhnya.

Sebelum keluar dari masjid, Ima menghampiriku, mengucapkan tahniah dan memelukku. Ima mengalirkan air mata sungguh sungguh....aku yang control macho ni pun tak boleh tahan sebak. Ima terharu katanya...bukan sedih yang negatif tu. Iyalah, housemate untuk tiga tahun, susah senang bersama. Tambahan pula Ima bakal berhijrah ke Johor Bahru pula, lagi susah nak jumpa. Masing masing bakal memulakan hidup baru.

Balik ke rumah, kami naik kereta asing asing. Hubby jadi driver untuk orang orang masjid, jadi tak boleh adjust supaya aku naik keretanya. Tak kisah pun, dekat saja masjid dengan rumah. Cuma kesianlah juga, pengantin kena drive kereta sendiri. 

Sampai rumah, dah kalut nak bergambar, photographer Alif Akmal tak ambik langsung gambar sarung cincin di masjid, gambar tak lawa katanya, sebab ramai sangat paparazi yang lain. Biras datang maklumkan yang mereka tak boleh lama, orang masjid nak balik solat jumaat di masjidnya. Dah agak dah...kalau bawa orang masjid hari Jumaat memang macam tulah, kalut nak balik. Aku tanya, boleh tak adjust orang dalam kereta, supaya orang lain bawa balik orang masjid, satu kereta lagi stay sampai lepas solat Jumaat. Tapi tak boleh...masa tu memang terasa sedihnya. Baru ijab qabul dah kena balik..cepat sangat, hubby pun tak sempat makan. Tak sempat ambil gambar dengan semua family hubby pun.

Aku sempat bisikkan pada hubby, minta izin untuk jumpa dengan deejay petang nanti. Itu pertama kali aku memanggilanya begitu. Macam tak terkeluar suara nak sebut. Siap macam ada bunyi sengau pulak. Dah panggil sekali, lepas tu tak segan dah.

Alhamdulillah atas nikmat ini...kenangan yang amat manis. Walaupun tengah batuk ni, aku pena kan juga kisah singkat ni, sebelum luput dari memori.

Ya Allah, sembuhkanlah batukku ini...kasihan orang lain terganggu dengan batukku.

Saturday, October 29, 2016

Basuh Pinggan

*Tazkirah*

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

*Hasan Al-Banna* rah berkata:

Apabila membasuh pinggan kita dapat 2 benda, pertama pinggan itu bersih dan kedua tangan kita pun bersih.

Begitu jugalah dalam diri kehidupan kita , Dimana saat kita mengajak orang lain ke arah kebaikan dan dalam pada masa yang sama sebenarnnya kita juga sedang membersihkan diri kita.

#copypaste


Sent from my iPhone

Tuesday, October 25, 2016

Sebulan

Sebulan. Cukup sebulan. 23 September 2016 menjadi tarikh bersejarah dalam hidup. Pejam celik dah sebulan. Cepatnya masa berlalu. Rasa bagai baru mengenalinya. Rasa bagai baru sehari dua disatukan, masih suam-suam kuku dan malu-malu lagi.

Cuba untuk istiqamah, insya Allah!
Nasihat daripada insan-insan berpengalaman, banyakkan bersabar...
Sabar, sabar, sabar....

Mana mungkin sama diri dan dia
Mana mungkin semua nampak indah sahaja
Mana mungkin tiada kekurangan

Terima, redha
Takdir yang sudah tertulis sejak azali
Usaha, dapatkan hasil yang terbaik

Apabila kebanyakan perkara Allah permudahkan
Itulah jodoh kita
Masya Allah
Alhamdulillah 

Sunday, October 16, 2016

Sah !

Hari yang dinanti telah tiba. Allahuakbar, rasa bagai baru semalam dok berangan pasal hari ni. Tengok-tengok dah muncul. Seawal pukul lima dah bangun. Badan masih letih, tak cukup rehat. Dititipkan doa semasa tahajjud, semoga Allah permudahkan segalanya, semoga Allah melindungi perjalanan rombongan ke sini, dan semoga Allah beriku kekuatan. Sudah bertekad sejak beberapa hari ni, tak boleh menangis! Say no to crying! Seganlah menangis depan orang ramai. Nanti muka pula comot.

Itu adalah Subuh terakhirku sebagai bujangan. Masya Allah, lepas ni aku adalah milik seseorang! Lepas YB dan Kak Balqis sampai, mereka ambil alih tugasan mengemas baki yang tinggal. Aku segera membersihkan diri. Ayah pergi ambil tempahan nasi lemak dan kuih muih daripada Pak Haji Simpang Tiga. Aku breakfast seorang diri di dapur sebab nak cepat. Sempat pula sakit perut selepas breakfast. Pukul lapan, Yon dah mesej, bagitahu dia tengah tunggu Mak Ngah siap, lepas tu terus datang rumahku. Debaran.

8.30am, Yon dan mak ngah sampai, terus mula sesi make up. Yon terima cadanganku untuk guna lipstick soft pink saja, segan nak bibir merah depan tok kadi. Dalam empat puluh lima minit dah siap make up, salin baju, dan pakai tudung. Yon tolong pakaikan veil. Alhamdulillah hasilnya memuaskan. Masa aku keluar dari bilik, mak dan YB baru balik ambil sireh junjung.

Nurol dan Jaz sampai masa tengah pakai tudung, siap buat live update dekat Farah and CT. Saudara mara dah mula sampai, termasuklah yang membawa hantaran last minit tu. Mereka selit di bawah kek sponge chocolate. Nurol tolong letakkan bead strings pada bekas bahulu bentuk nenas yang juga baru diambil pagi tu. Terima kasih semua :)

Hampir pukul sepuluh, masih tiada khabar diterima. Dah sampaikah? Sangkut di jalankah? Call dua kali tak angkat. Pasrah. Langit dah mula mendung, angin bertiup kencang membawa awan hitam. Saat itu, dapat panggilan. Alhamdulillah, mereka dah ada di masjid. Syukur. Perjalanan ke masjid bagai tersekat. YB dan ayah kalut mengambil payung. Hujan lebat dengan angin lintang membasahi kami. Lambatnya ambil payung. Mak Teh beritahu, tok kadi dah ada di masjid. Berdebar lagi. Janji 10.30 pagi, masa tu baru 10.10 pagi. 

Tidak betah berlama-lama, aku terus menapak ke kereta Jaz, naik dengan Nurol sekali. Biar mak dan ayah naik dengan YB. Satu demi satu kereta meninggalkan rumah, menuju ke masjid yang hanya terletak 500 meter ke dalam kampung. Jaz masuk hingga ke depan tangga masjid. Kereta pengantin kan, istimewalah sikit. Segan nak keluar dari kereta. Nampak bakal biras sedang duduk di kerusi tepi masjid. Melangkah naik anak tangga masjid, mata menangkap kelibat dia, sedang berdiri di muka pintu. Berdebar. Saling berbalas senyuman. Dia yang akan memiliki aku beberapa minit saja lagi. Allah...semoga ini yang terbaik untukku.

Kembaq hang lah...sama..dah la baju sama!
Terdengar di gegendang telinga, komentar Jaz dan Nurol. Nak tergelak pun ada. Itu first time ada orang komen yang muka kami sama. Mungkin sebab warna baju sama? Iyalah, kain yang sama. Masuk dalam masjid, duduk di satu sudut. Panaslah pulak, bangun ke tengah sikit, dekat dengan kipas angin. Lensa kamera tidak putus-putus merakamkan wajahku. Jadi kekok pula, nak senyum kah, nak serius kah, nak candid kah? Waktu ni terdengar kak Balqis juga kata, wajah kami seiras! Orang kata, kalau pasangan wajah seiras, jodohnya kuat. Ameen!

10.25 pagi, tok kadi panggilku dan ayah. Minta kad pengenalan dan salinan kad pengenalan. Alamak, mana ada salinan kad pengenalan, tak tahu pun kena bawa? 
"saya dah pesan banyak kali suruh bawa kan?"
Kena sound dengan tok kadi. Not a good first impression. Bila masanya tok kadi pesan? Masa kat pejabat agama pun tak, masa on the phone dengan ayah pun tak, masa tok imam datang rumah pun tak. Yang mana dah kahwin pun tak disuruhnya bawa salinan kad pengenalan pun.

Kad pengenalananku dan "kembarku" diambil oleh seseorang, bawa pergi fotostat. Satu kerja pula. Haru betul. Kena isi borang kebenaran bernikah, exactly the same form yang aku dah isi dan hantar ke pejabat agama hari tu. Timbul rasa tak puas hati. Dah la kena marah macam tu, kena isi borang kali kedua pula. Dalam dok frustration tu sampai lupa number ic dia, padahal dah hafal sebelum ni. Terus minta YB rescue, bawa borang tu kepada tuannya dan isikan nombor ic.

Khutbah pun bermula. Lembut gemalainya suara tok kadi, nak dengar butiran khutbah pun susah. Hanya muslimin di sekelilingnya yang dapat dengar kot. Yang aku berjaya dengar, point ketiga untuk isteri, hendaklah mendidik anak-anak...
Lepas setengah jam, khutbah berakhir. Time ni baru berdebar yang amat. Tangan kanan genggam tangan kiri, tangan kiri picit tangan kanan. Nak pegang tangan mak susah sikit, sebab mak duduk atas kerusi di belakangku. Nak pegang tangan Jaz atau Nurol , nanti mak kecik hati pulak. Maka peganglah tangan sendiri.

Sempat dengar tok kadi tanya beberapa soalan. Sebelum tu siap tengok lagi mas kahwin dan barang kemas. Make sure cukup. Yang tak sangka tu, dia pun gementar juga :) ingatkan cool saja. Alhamdulillah, dengan dua kali lafaz, maka sahlah kami sebagai suami isteri....Terima kasih ya Allah...

23 September 2016


5 Perkara

Bersyukur

Tanya Pada Diri

Tanya pada diri, bila kali terakhir aku menangis mengenangkan dosa-dosa yang pernah aku lakukan.

Tanya pada diri, bila kali terakhir aku seronok mengenangkan nikmatnya beribadah di sepertiga malam.

Tanya pada diri, kenapa aku semakin jauh dari Allah.

Tanya pada diri, kenapa aku tak lagi rindukan Rasulullah.

Tanya pada diri, kenapa aku tak lagi membaca al-Quran, berzikir mengagungkan Allah.

Tanya pada diri, kenapa aku terlalu cintakan dunia.

Tanya pada diri, kenapa aku tak muhasabah semua persoalan ini?

Dah tanya pada diri? Carilah Allah...

#Muhasabah


Sent from my iPhone

Sunday, October 09, 2016

Tahan !

Allah...baru persembahan pertama Daie Niezal pentas akhir Daie Pendakwah Nusantara... Dah sedih sangat...tahan, tahan, tahan...rindu Mak..rindu Ayah...
Bertahan!

Kerja dan Mula Cuti

19-20 September 2016

Dua hari terakhir bekerja sebelum cuti panjang. Doa tak putus-putus agar tak dapat pesakit yang rumit, ataupun mortality. Badan rasa seram sejuk, kepala pening, rasa tak sihat. Feverish. Ni mesti akibat kena panas masa cat besi bumbung. Pulun minum air, makan paracetamol 6 hourly, nak bagi cepat baik. Persiapan banyak lagi kena buat, tak boleh afford to just rest in bed.

Mencari tudung untuk walimah sebelah perempuan. Asalnya butik cadangkan tudung gold, itu yang kalut mencari tudung gold, walaupun sebenarnya berharap untuk pakai tudung hijau  muda saja. Pusing merata kedai cari takda yang sesuai. Masuk Nagoya, nampak dah kain glitter gold, teragak-agak nak beli, sebab tak rajin nak pergi hantar kedai untuk jahit tepi. Nak beli yang siap dah saja. Akhirnya masuk kedai SnQ, terpesona dengan pearl shawl. Dia cukup wide and long, material senang bentuk di muka dan senang iron, tak mudah kedut, cuma warna cerah dia jarang sikit. Borong warna putih, cream, gold, hijau muda dan hijau zamrud. RM 28 sehelai.

Keesokannya baru singgah Mydin lepas habis kerja, borong kek Apollo, wafer dan gula-gula. Ini untuk tambahan 100 jemputan lagi. Penat sangat dah badan, tapi digagahkan jua. Ima dah pulang ke Kuantan, jadi tiada sesiapa boleh menemani.

21 September 2016

Selamat hari lahir sahabatku Siti Hajar, sahabat sejak sekolah rendah, juga ada pertalian saudara. Kini sedang sarat mengandung anak kedua. Juga hari lahir Hafiz Hamidun, usahawan dan munsyid yang memberi inspirasi.

Hari pertama bercuti. Balik kampung pagi tu. Sempat sampai ketika mak dan ayah breakfast. Lepas breakfast tidur sebentar, semalam tak cukup tidur. Kepala pun dah bengong. Hari ni ada temujanji di butik pengantin, ambil pakej raja sehari:
1. Sauna herba
- Asalnya dia kata 20 minit, syoknya sauna bau herba, berpeluh-peluh....tengok tengok dia lanjut sampai 40 minit, sampai aku dah kekurangan oksigen, mata dan berpinar-pinar, menguap beberapa kali dah, aku pun panggil Ika untuk berhenti.

2. Minuman herba - apa ntah dia suruh habiskan segelas, dan ada segelas lagi air kosong. Aku masa tu baru nak pulih dari presyncopal attack, tak kuasa nak tanya, minum saja pastu berbaring, bagi darah naik balik ke otak.

3. Lumur badan + bleaching. Jenuh menahan kegelian, maklumlah tak biasa dilumur dan diurut sedemikian. Dah la bilik tu sejuk, dah rasa bladder penuh sangat. Lepas sejam lebih baru habis, terus mandi bersihkan diri.

4. Mandi bunga - yang ni best, harum bau bunga dengan limau purut, tapi tak boleh mandi lama-lama, nanti kembang.

5. Tangas - dia panaskan herba campur sireh kot, mula-mula nak duduk tu adoi panas pulak, lama sikit baru selesa.

6. Facial - yang ni macam-macam dia buat, termasuk sedut sel-sel kulit mati. Sakit juga la muka. Dia pasangkan mask dan biar aku tidur. Memang aku tidur betul, dalam setengah jam.Kesan daripada sedutan tu, pipi kiri aku ada kesan merah...Ika kata akan hilang dalam 2 jam, sampai ke hari nikah masih ada, tapi berkurangan...kesimpulannya jangan buat facial dekat sangat dengan hari kejadian...mujur dapat ditampung dengan foundation, dan aku guna Azanis scar serum untuk mengurangkannya.

Siap pakej spa dekat enam jam juga lah. Aku bawa tudung-tudung yang kubeli dan minta pendapat yang mana sesuai, mereka pilih tudung hijau muda pearl shawl tu. Aku juga request nak veil yang lebih panjang, sebab veil yang mereka bagi tu lebih pendek daripada tudungku, macam terapung-apung di bahu pula.

Balik rumah dah petang...ayah dok risau kenapa lah lama sangat, ayah ingat aku pergi fitting baju saja. TElur ayam 200 biji dah ada di rumah, sponsored by pak su dan mak su. Alhamdulillah.

22 September 2016

Tenaga yang diharapkan turun membantu tidak kunjung tiba. Bila dapat tahu yang mereka masih bekerja dan hanya akan pulang lewat malam, hancur hati ni...rasa macam "sampai hati mereka buat macam ni...". Hari tu terasa penat emosi. Aku sabar dan tahankan saja. Semua benda kena buat sendiri. Pagi tu lepas mak habis appointment doktor, terus keluar ke GIANT, beli buah-buahan dan kek. Aku harap sangat pada satu hari terakhir sebelum kejadian, aku dapat duduk rumah dan buat persiapan dalam rumah saja, bukannya masih keluar ke sana sini. Balik dari Giant, terus singgah Bahulu Mak Tam, ambil 800 biji bahulu kemboja yang ditempah. BOleh pulak dia lupa nak buat bahulu bentuk nenas yang mak pesan untuk hantaran. Bengang juga la, customer order, patut catat dengan jelas, jangan main lupa macam ni. Mujur kedai dekat, mak suruh dia buat juga dan akan ambil pagi hari kejadian.

Lepas makan tengah hari dan solat Zuhur, aku rempit ke pos office, masa ni baru nak cash in wang pos, hadiah peraduan My GST tu. Tinggal sehari saja lagi sebelum expiry date. Tunggu lama juga sebab staff tu macam tak biasa buat. Lepas tu baru pergi ambil kek sponge coklat di kedai Balqis. Sebelum tu singgah kedai UMee, nak cari manik untuk baju nikah, kalau ada, boleh jahit bahagian belakang. Malangnya manik warna silver tu tiada, maka tak jadilah nak tambah bahagian belakang.

Lepas Asar, aku dan ayah bergigih ubah sofa three seater yang besar dan berat tu ke tepi. Sapu segala habuk, then aku mula pasang curtain. Mak datang, belajar pasang curtain. Appreciate sangat her effort untuk belajar, sebab tu first time. Mak kesian tengok aku sorang-sorang kena pasang 13 helai curtain.

Lepas ayah keluar ke masjid untuk Maghrib, sempat kami one to one talk. Ada perkara yang mak ceritakan...mak tak puas hati anaknya dianiaya orang sebegitu...dalam masa yang sama mak bersykur kerana Allah bagi yang lebih baik. Aku cakap pada mak, kita let go saja...orang yang menganiaya pasti akan terima balasannya. Kita doa saja...kemudian aku pun cerita pada mak perkembangan manusia-manusia lain yang pernah aniaya kami juga...lihatlah Allah itu kan Maha Adil. Senyum.

Pukul 9 malam, Tuan Imam Masjid datang ke rumah, pesan suruh bawa Ic dan wang. RM 60 untuk kad, RM 10 untuk pendaftaran kot. Pada masa yang sama, butik datang untuk pasang pelamin di rumah. Mini pelamin, English style. Masa mereka tengah pasang, aku iron baju. Dalam sejam, siap. Cantik dan simple.


Renjis-renjis tepung tawar tak da,kami angkat simpan dalam bilik


Malam tu bonda tailor datang, tapi tiada apa nak tolong pun. Goody bags esok baru boleh buat, sebab tiada ruang nak letak.

Pukul 12 lebih tengah malam baru aku start berinai - seorang diri - sadis betul. Aku suruh mak ayah tidur dulu, mereka pun dah penat sangat. Aku guna inai celup dan berinai sendiri sambil tidur-tidur ayam. Lepas pukul 2.30 pagi baru semua selesai, dapatlah tidur betul-betul sampai pukul lima pagi.

Bangun pagi tu alhamdulillah, sempat solat tahajud, minta Allah mudahkan semuanya, beri kekuatan kepadaku, dan permudahkan perjalanan pulang ahli keluargaku. Mak dah start buat gubahan buah-buahannya. Aku pasang cadar pengantin, simple and sweet. Yang penting selesa nak tidur, bukan yang ada rambu ramba manik bagai tu. Yon pernah tanya, kenapa tak minta butik hiasakan bilik pengantin? Aku kata tak payahlah, bilik pengantin untuk pengantin saja, bukan nak tayang kat orang, nanti nak deco, payah pulak nak ubah susun atur barang semua.

Lepas Subuh, aku drive kereta keluar dari halaman rumah, nanti nak susun kerusi meja, susah dah nak lalu. Masa tu YB dan isteri sampai, alhamdulillah, rasa lega sikit.




Persiapan 16-18 September

Syukur alhamdulillah atas peluang dan nikmat yang Allah berikan. Dalam dok kata lambat lagi, banyak masa lagi...tengok-tengok dah sampai harinya. Allahuakbar! Hanya dengan izinNya perkara ini berlaku. Baik dan buruk dalam kehidupan, semua berlaku dengan izin Allah, kedua-duanya sebagai ujian buat hamba yang hina lagi kerdil ini.

16-18 September 2016

Alhamdulillah bulan ni ada dua long weekend. Isnin ada Aidiladha, kemudian Jumaat ada Hari Malaysia. Dapat cuti lama sikit, dok pulun siapkan dulang hantaran. Dulang beli sendiri, dulang besi dicat putih, dengan kaki tinggi, satu berharga RM13. Mulanya dah lihat di kedai menyewa dulang hantaran, tapi tak berkenan. Hiasan bunga pada dulang pun buat sendiri, gabungan bunga mawar putih, merah jambu dan peach. Of course bunga plastik.Base dulang dilapik dengan artificial grass, satu RM8.90. Barang-barang hantaran dihias dengan bead strings, ingatkan dekat Lazada murah - 1 meter RM13, tengok dekat kedai UMee RM7.50, rupa-rupanya dekat kedai Roses lagi murah, RM5.90. Kedai Foong Sheng jual RM10. Semua tempat ni beli sorang sikit, takut tak cukup, tengok-tengok ada lebih banyak.

Semua ada 13 dulang, berbalas 11 dulang. Yang mana isinya makanan basah hanya diisi pada hari kejadian.
1. Set baju kemeja dan tali leher
2. Set dompet dan tali pinggang
3. Kain pelikat
4. Sejadah
5. Minyak wangi
6. Set mandian
7. Jam tangan
8. Coklat disusun bentuk beca
9. Kek sponge coklat
10. Buah-buahan
11. Bahulu bentuk nenas
12. Coklat disusun bentuk jambangan bunga
13. Sireh junjung


Gubahan ni mak buat khas, pukul lima pagi hari kejadian

Sireh junjung tempah di kedai, pagi hari kejadian baru ambil

Bahulu ni mak tempah sekali dengan bahulu kemboja 


Pada hari kejadian, ada saudara bawa set cookies (kot) dan tambah (letak bawah kek sponge coklat) tu. Malam tu mak dah bagitau, dulang dah cukup, tapi mereka nak bawa juga. Mereka sampai dah dekat pukul 10, dah nak keluar ke masjid, baru dok minta dulang, aku cakap dah penuh, dulang cukup-cukup saja 13. Mereka minta riben, aku cakap takda, waktu saat akhir macam tu aku dah tak boleh nak kisahkan riben dah, maaf, huhu. 

Sebenarnya aku berterima kasih dengan sanak saudara yang prihatin macam ni, mereka baik hati nak sedekahkan/sponsor barang hantaran, cuma janganlah bagi last minute...bila dulang dah penuh, tak tahu mana nak letak, kalau letak asing juga, dah jadi nombor genap. Kalau tak, kena selit-selit macam tulah. Kalau nak bagi, bagitau awal-awal. Contohnya sahabatku Farah, awal-awal lagi dah bagitau nak sponsor jambangan coklat tu, Mak Lang dia yang buat. Jadi aku memang dah spare satu dulang untuk itu. Siap bagitau size dulang, supaya muat nak letak jambangan tu. Jambangan tu pula dihantar kepadaku oleh seorang lagi sahabat, Jazreeni, sebelum aku mula bercuti lagi. Terima kasih!

Minggu ni juga dua pupuku, Yon, datang malam-malam ke rumah untuk praktis make up, maklumlah, dia bukan jurumekap professional. Aku minta make up natural saja. Siap tanya pendapat pasal tudung untuk dipadankan dengan baju nikah. 

Baju nikah tu kain warna bright peach/bengal pink dengan lace warna purple. Sponsored by my fiance (masa tu). Susah yang amat nak cari tudung siap untuk dipadankan dengan baju tu. Bila bawa cebisan kain nampak lain, letak dekat baju yang dah siap nampak lain. Tak teringat pula nak ke kedai kain tu untuk cari kain buat tudung, sebab dah tak rajin nak pi jahit tepi untuk tudung. Akhirnya jumpa tudung shawl glitter ni di kedai Zamiqa. Baju ni pula masa pergi fitting, kain dia kembang semacam, nampak gemuk pula, minta tailor adjust dulu, bila dia susun lipatkan lace purple tu baru tak kembang. Tapi badan macam besar pula, malas nak hantar kedai balik, aku kecilkan sendiri saja bahagian tulang tepi badan dan pinggang. Lepas tu tambah manik pada bunga-bunga lace tu, biar nampak naik serinya.

Veil purple untuk letak atas tudung, pinjam dengan butik pengantin, Dzaz Beauty. Lace dia sama saja dengan lace baju, veil pun labuh, memang padan sangat. Sebelum ni siap terfikir dan beli kain chiffon/net dan buat sendiri veil, membazir saja kan.
Masa ni tak letak manik kat bunga lace lagi

Masa minggu ni juga, aku bergigih cat besi pada bumbung (awning) sebab masa tu ayah demam pulak.Dah la besi tu tinggi, kena berdiri atas kerusi tinggi, naik pening jugaklah. Pukul 6 petang  matahari masih bersinar terik. Tak boleh jadi, kena jaga muka, nanti jerawat susah. Cat tak habis pun, nanti baru sambung.



Sunday, October 02, 2016

Look At Each Other With Love

Angin

Untuk kawan-kawanku sebagai renungan...

Seekor monyet sedang bergayutan di atas pohon kelapa...

Dia tidak menyedari ia sedang diintai oleh tiga angin besar...

Angin Ribut...
Angin Taufan...
Angin Tornado...

Tiga angin itu rupanya sedang bertaruh siapa yg paling cepat menjatuhkan si monyet dari pohon kelapa...

Angin Ribut berkata, "Aku cuma perlu waktu 45 saat..."

Angin Taufan tidak mahu kalah, "Kalau aku cukup dgn 30 saat..."

Angin Tornado, dengan nada mengejek berkata, "Kalau aku...15 saat, pasti jatuh si monyet tu..."

Lalu dimulailah pertaruhan di antara mereka bertiga...

Angin Ribut yang pertama, dia tiup angin sekencang-kencangnya...

Wuuss...

Merasa ada angin yg bertiup kencang, si monyet lalu berpegangan pada batang pohon kelapa dengan sekuatnya...

Setelah berusaha meniupkan anginnya dgn keras, ternyata si monyet tetap tidak bergerak...
dan Angin Ribut pun menyerah...

Giliran Angin Taufan...
Wuuusss… Wuuusss…

Ia juga meniupkan anginnya lebih keras...dengan sekencang-kencangnya...

Namun si monyet tetap tidak terjatuh juga...

Terakhir, Angin Tornado. Lebih keras dan kencang...

Wuuuss…wuuuss...wuuss...

Si monyet malah makin kuat berpegangannya...

Dan tetap saja tidak jatuh...
Ketiga2 angin itu akhirnya mengakui, bahawa si monyet memang hebat...

Kuat & daya tahannya luar biasa...

Tidak berapa lama, 
tiba2 datang pula Angin Sepoi-sepoi...

Dia mengungkapkan keinginannya untuk turut sama bertaruh...

Ternyata niat angin sepoi-sepoi hanya dijadikan bahan ejekan dari ketiga2 angin lainnya...

"Angin yg besar seperti kami pun tidak boleh, apalagi yang kecil..."

Tanpa banyak bicara, angin SEPOI-SEPOI terus meniup ubun-ubun si monyet.

Wuuuuuiiiisss…
Enaaaaaak...
Sedaaaaap…
Segaaaaar...

Mata si monyet...makin kuyu...
Tidak lama si monyet mula tertidur...dan tanpa disedari terlepaslah pegangannya...
Kemudian, jatuhlah si monyet dari pohon kelapa...

Sahabat...
Boleh jadi...ketika kita,
Diuji dengan KESUSAHAN…
Dicuba dengan PENDERITAAN…
Didera MALAPETAKA...
Kita kuat bahkan kuat dari sebelumnya...

Tapi ketika kita diuji dengan...

KENIKMATAN...
KESENANGAN...
KELIMPAHAN...
PUJIAN...

Saat itulah kita "terjatuh"...
janganlah sampai kita terlena...

Tetap rendah hati dan awas diri...
Sekadar renungan bersama...


Sent from my iPhone

Sunday, September 18, 2016

Unwell

Getting near to the day. Still preparing. Unwell with headache, fluish and feverish. Need to be strong. Paracetamol 1g stat and Loratadine 10mg stat!

Allahumma 'afini fi badani.

Friday, September 09, 2016

World Quran Hour

Assalamualaikum sahabat Sekalian

MARI KITA SOKONG DAN SAMBUT
"WORLD QURAN HOUR"!!

Apa yang akan berlaku

PADA 11 SEPT 2016 Seluruh UMAT ISLAM DIDUNIA AKAN BERIKTIQAF MEMBACA AL-QURAN SELAMA 1 JAM

Apa yg perlu dilakukan??

Pada 11 September 2016
Di Detik 0900 pagi sehingga 1000pagi

Hentikan segala aktiviti lain.
Ambil wuduk dan dampingi lah Quran selama 1 jam.

Aktivti yg patut dilakukan dalam 1 jam
i. Baca Al Quran
atau
ii Baca terjemahan atau tafsiran (kalau dah tak tahu baca quran)
atau
iii berbincang atau belajar tentang Al Quran dengan yang mahir
atau
iv. apa sahaja yang boleh kita memanafaatkan apabila berdamping dengan AlQuran.

Dalam setahun kita ada 8760 jam.
hanya 1 jam yang kita perlu untuk memberikan sokongan kepada kempen
WORLD QURAN HOUR!!!

Dampingi lah Quran.
Kasihi lah Quran
Hayati lah Quran
Jadikanlah Quran panduan.

Mana mana yang dah lama sangat tinggalkan tu JADIKANLAH ini sebagai suatu PERMULAAN..

Bantu lah saya kongsikan ya demi kebaikan semua masyarakat terutamanya UMAT ISLAM

Mari kita gegarkan SELURUH DUNIA DENGAN BACAAN AL QURAN


Sent from my iPhone

Thursday, September 08, 2016

Nasihat

Masya Allah...14 hari lagi. Rasa macam lambat lagi, tapi sebenarnya dah dekat sangat. Enjoying my time as who I am now. Still sending out invitations, takut ada yang tertinggal, terasa hati pula. But definitely not inviting the top lady in the hospital, sorry, you are not wanted in my event.

Hari ni dapat secebis nasihat yang amat berguna. Terharu, sebak pun ada. Allah hadirkan dia untuk memberi nasihat sebegini, something I really need at this moment. Tak sangka dia siap tanya tentang persiapan juga. Siap mention about borang semua, really an attentive brother.

Jaga perhubungan baik-baik...
Bahagia itu kita yang tentukan bagaimana...
Jangan peduli cakap negatif...
Manisnya hanya untuk dua minggu...
Lepas itu bermula episod jelas...
Paling penting bertolak ansur...
Tambahan lagi jika kenal hanya selepas sah...
Banyakkan buat amalan baik...
Elakkan persengketaan...

Sehari sebelum majlis, banyak relaks dan tenangkan diri...
Muhasabah...
Percayalah yang Allah tidak kejam...
Apabila bahtera dilayari atas dasar taqwa,
Itulah keindahan...
Itulah kebahagiaan...

Allahu akbar...syukur Allah, kerana gerakkan hati Along untuk menasihati diri ini.

Wednesday, September 07, 2016

Tiga Doa

: Tiga doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud
Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz -semoga Allah merahmatinya- berkata : Merupakan 3 doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud
syeikh bin baza: Tiga doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud

1. Mintalah diwafatkan dalam keadaan khusnul khotimah

١. اللهم إني أسألك حسن الخاتمة
Allahumma inni as'aluka husnal khotimah
Artinya : " Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah "

2. Mintalah agar kita diberikan kesempatan Taubat sebelum wafat

٢. اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموت
Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut
Artinya: " Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat "

3. Mintalah agar hati kita ditetapkan di atas Agamanya.


٣. اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi 'ala diinika
Artinya: " Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU "


Sumber Dari: http://www.kumpulankonsultasi.com/2016/08/syeikh-bin-baza-tiga-doa-yang-janganlah-kau-lupakan-dalam-sujud.html?m=1#ixzz4JBxOJb32


Sent from my iPhone

Monday, August 29, 2016

Wahai Hati

Saat harinya menghampiri, diri terasa lemah sekali. Kurang bersemangat. Tiada motivasi. Tertekan. Suram. Sedih. Takut. Gementar. Semua bercampur baur. Rasa hanya ingin menyendiri. Hanya mahu duduk di atas sejadah dan bermunajat kepadaNya. Mahu membaca al-Quran, dan berharap akan  menemui ayat-ayat memujuk.

Wahai hati, janganlah begini. Tenang-tenanglah selalu.

Kesal kerana tak dapat berkongsi detik itu dengan beberapa insan yang dikasihi. Ada yang telah pergi selama-lamanya, ada yang hilang ditelan rasa, ada yang jauh berkilometer.

Rasa tidak mahu diganggu. Tidak terdaya mahu melayan itu dan ini. Hanya mahu damai seorang diri. Tidak mahu mendengar hiruk-pikuk manusia yang hanya mahukan kegembiraan. Sedangkan hati sedang berduka.

Mampukah untuk bangkit semula? Sempatkah untuk mengecapi nikmat itu? Lamakah akan Dia pinjamkan kebahagiaan itu?

Damailah wahai hati. Biar mulut terkunci rapat, jangan sampai hati tertutup rapat. Bukalah hati, bukalah minda...

Saat keliru dengan perasaan sendiri...tidak tahu emosi bagaimana yang harus keluar.

Rindu pada insan-insan yang suatu waktu dulu menghiasi taman hati. Kini lesap jauh membawa diri. Apalah salah diri hingga dijauhi begini...

Suram tidak boleh berpanjangan...sengaja melayan karenah hati malam ini...esok saat mentari muncul, harus bangkit dan teruskan perjalanan. Dongakkan kepala, tegakkan dada, dan berjalan dengan penuh keyakinan!

Saturday, August 27, 2016

Tetamu, jagalah adabmu.

Apabila tetamu berkunjung ke rumah, bukan hanya tuan rumah yang perlu pandai melayan dengan baik. Tetamu juga perlu pandai membawa diri. Jaga adab sebagai tetamu. Jaga harta benda tuan rumah.

Tetamu guna tandas, buang tisu ke dalam mangkuk tandas. Adab apakah ini? Masih berada di zaman batu? Tisu bukan untuk dibuang ke dalam mangkuk tandas, tetapi ke dalam tong sampah. Kebetulan memang tuan rumah menyediakan tong sampah kecil di dalam bilik air, tidak nampakkah?

Anak-anak kecil tidak betah duduk lama di dalam rumah. Asal ada halaman, mahu dimainnya di luar. Jagalah adab anak-anak, jangan dibiarkan mereka bermain sesuka hati. Habis bunga-bunga di laman dicabutnya. Bunga tiruan yang diletak di atas pokok juga ditariknya. Buah muda di pokok dibalingnya dengan batu. Tak pernah terdidikkah anak-anak ini? Tidakkah pernah dipesan, jangan rosakkan harta benda di rumah yang bakal dikunjungi? Lebih teruk lagi, diambilnya batu dan diukirnya garisan pada kereta! Nak marah,budak lagi. Nak marah pada ibubapanya, nanti dikatakan sombong lalu bermasam muka pula. Diam saja. Doa saja, supaya tetamu seperti ini tidak datang lagi.

Ada pula yang membiarkan anak-anak masuk ke dapur tuan rumah lalu sesuka hati membuka peti ais dan mengambil minuman. Bagaikan di rumah sendiri! Tapi baru pertama kali datang. Fridge magnet ditolak dan ditarik lalu akhirnya jatuh menyembah bumi. Pecah dua. Ibu bapa leka di ruang tamu, hanya tuan rumah yang tahu, hartanya telah dirosakkan oleh si kecil. Sabar.

Sungguhpun tetamu datang membawa rezeki, kadangkala rezeki itu ditarik balik pula, menjadi satu dugaan. Sabar atau melenting.

Inilah pahit manis sebagai tuan rumah, jadikan pengajaran supaya tidak diulangi. Akan ku didik anak-anakku nanti agar menjaga adab sebagai tetamu. Main-main juga, jangan sampai merosakkan barang-barang tuan rumah.

Rezeki

Near

The date is getting nearer...and I'm getting lazier....

Menternak Generasi Derhaka?


Cuba periksa diri...adakah diri sendiri tergolong dalam penderhaka, atau adakah diri sedang mendidik generasi derhaka?
Jika diri sendiri pun tidak terdidik dengan baik, bagaimana mahu mendidik anak-anak?
Nauzubillahi minzalik!
Semoga aku tidak tergolong dalam generasi ini, dan semoga generasiku nanti juga tidak termasuk dalam generasi derhaka.
Buat mereka yang sudah terjerumus sebagai penderhaka, pintu taubat sentiasa terbuka, masih belum terlambat untuk berubah.
Allah sentiasa mengampuni hambaNya, Allah sentiasa ada selama-lamanya, tetapi jika menderhaka kepada manusia, manusia akan mati, sempatkah memohon kemaafan?

Monday, August 22, 2016

Ingat Mati

Waktu ajal yang telah Allah tuliskan sejak azali...siapa pun tidak boleh mengubahnya.
Mana sangka, seorang pesakit berumur 63 tahun yang dimasukkan ke wad secara elektif untuk prosedur angiogram, meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di katil hospital, beberapa jam sebelum angiogram.

Innalillahi wainna ilaihirajiun
Allahummaghfirlahu warhamhu

Semoga ruh Pak Nan tenang di sana dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.
Hanya sempat mengenalinya selama hampir dua tahun.
Menjadi jiran selama 15 bulan.
Sempat arwah berkenduri anak kembarnya tiga bulan lalu.
Rumah banglo dua tingkat yang dibinanya kini ditinggalkan.
Hanya amalan dan pahala dibawa bersama.

Tak sempat melihat kelibatnya minggu ini.
Saat mahu bergerak ke tempat kerja pagi tadi, ayah pun pulang usai solat subuh dan mengkhabarkan berita sedih itu. Terkejut...sepanjang hari digelumang perasaan sedih.
Hanya mewakilkan mak dan ayah untuk menziarahi jenazah.

Berbuat baiklah dalam kehidupan...baik kepada TUHAN, mahupun kepada manusia, agar apabila ajal menjemput, kita pergi dalam keadaan baik. Orang yang ditinggalkan pun tidak rasa ralat sangat...

Ada orang, lupa terus pada ibubapa yang melahir dan membesarkannya. Mahu ditunggu saat menemui ajal baru mahu bertaubat? Atau pemergian kekal itu juga tidak mampu melembutkan hati yang keras...

Kematian memberi seribu keinsafan. Jangan bergaduh dengan orang. Cakap baik-baik dengan orang. Selesaikan hutang piutang. Jangan marah-marah. Jangan engkar perintah Allah. Taatlah suruhanNya. Buat amal ibadat banyak-banyak. Hindari dosa. Ingat mati selalu.

Semoga diriku dan ahli-ahli keluargaku menemui ajal nanti dalam keadaan yang baik.

Monday, August 08, 2016

101 Patients


First day back to work after five days honeymoon attachment days.
Patients came non stop.
Room 8 started late at 9am after a mishap involving the doctor's car. 

First patient already jaundice. She came last week, seen by a senior doctor, only did UFEME, noted as leukocyte 1+, and diagnosed as ? UTI. Bilirubin and glucose 2+ were totally ignored. She came back again today with 4 months history of weight loss, 2 weeks scleral icterus, dark urine and pale stool. Bilirubin raised, ALP raised, and haemoglobin low. Underlying diabetes. Obstructive jaundice. Admit surgical ward.

While I was busy with the admission, a young man came, number 7045. He kept asking why this number hasn't been call up. We have not even call 7039, and it was 10.05am. What, do you expect me to see 45 patients in 2 hours? I said, you need to wait, what is the emergency? If its emergency, please go to the emergency department, if not, you still have to wait. Do you see many patients waiting outside, or was it just empty clinic? I have admission to settle some more. Really annoying. It turned out later that he only brought her mother for follow up for diabetes and hypertension, not even on appointment date. They requested for a transfer to health clinic, which I happily wrote thr letter and off you go, out of my sight!

Another rude old man, accompanied his wife for follow up, first mentioned about seeing a senior male doctor before, but this time they were okay to see me. This uncle was saying that they were refused by the staff at the screening counter for blood pressure check. Gila lah! I look straight into his eyes and said, uncle, cakap baik-baik, ya. Aunty takda buku, sebab tu tak boleh check terus, kena jumpa,doktor dulu baru check. I think my blood pressure raised,not the aunty who has hypertension!

What an irritable morning!

Three admissions:

Symptomatic anaemia secondary to menorrhagia.
This time, the PPK were really ignorant. My assistant clearly told him to send the patient to labour room, but he sent the patient to unit hasil for admission! Next time, I will instruct him myself and ask him to repeat my instructions.

Obstructive jaundice for investigation.
I admitted her to surgical ward and they never call. Safe.

Right foot gangrenous diabetic foot ulcer. Admitted to orthopedic ward, probably needs Ray amputation.

One medical report pending, and a few take home work!

Total of 101 patients!

Tuesday, August 02, 2016

Dengan Siapa Kita Bersahabat ???

Telah berkata IMAM GHAZALI Rahimahullah di dalam kitab Tanbihul Ghofilin tentang:
Siapa saja yang sering duduk bersama 8 orang kelompok manusia, Allah akan memberinya 8 perkara:

من جلس مع الأغنياء زاده الله حب الدنيا والرغبة فيها.

1. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang kaya, Allah akan menambahkan cinta kepada dunia & semangat untuk mendapatkan dunia.
ومن جلس مع الفقراء زاده الله الشكر والرضا بقسمة الله تعالى

2. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang miskin, Allah akan menambahkan perasaan syukur & redha atas pemberian Allah.

ومن جلس مع السلطان زاده الله الكبر وقساوة القلب

3. Barangsiapa yang duduk dengan para pemimpin/raja, Allah akan menambahkan perasaan sombong & kerasnya hati.

ومن جلس مع النساء زاده الله الجهل والشهوه

4. Barangsiapa yang duduk dengan perempuan, Allah akan menambahkan kebodohan & syahwat.
ومن جلس مع الصبيان زاده الله اللهو والمزاح

5. Barangsiapa yang duduk dengan anak-anak kecil, Allah akan menambahkan lalai & gurau senda.

ومن جلس مع الفساق زاده الله الجرأة على الذنوب والمعاصي والإقدام عليها،والتسويف في التوبة

6. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang fasik, Allah akan menambahkan berani berbuat dosa & kemaksiatan serta mendorongkan diri untuk berbuat maksiat kemudian menunda-nunda akan taubat.

ومن جلس مع الصالحين زاده الله الرغبة في الطاعات

Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang soleh, Allah akan menambahkan perasaan cinta kepada amalan-amalan ketaatan.

ومن جلس مع العلماء زاده العلم والورع

8. Barangsiapa yang duduk dengan para ulama', Allah akan menambahkan ilmu & perasaan tidak cintakan dunia.

Coba kita renungkan, dengan siapa kita bersahabat....???


Sent from my iPhone

Sunday, July 24, 2016

Rindu

Rindu Ramadhan
Rindu masjid
Rindu Carko

Purnama Purnama

Genap dua bulan. Debaran terasa sikit walaupun masih relax lagi. Angin dah mula menyampaikan khabar khabarnya. Hebahan masih terasa awal, tunggu bulan depan nanti. Bagaimana agaknya reaksi pihak yang menerima hebahan. Ada juga kaki sibuk nak ambil tahu, mentang mentang duduk satu kawasan. Bila dah tahu nanti, banggalah berbisik sana sini maklumat di genggaman.

Pesan pada diri, banyakkan bersabar. Hidup tidak semuanya indah. Apa yang kita dapat dalam hidup, tidak selalunya apa yang kita nak, tapi itulah yang kita perlukan. Allah Maha Mengetahui. Orang memang suka mengkritik, seolah olah hidup mereka sempurna serba serbi. Tidak dapat menerima kecelaan orang lain, seakan diri mereka tidak ada celaan langsung.

Biarlah anak siapa, duduk mana, kerja apa, umur berapa, bukannya ada kaitan dengan kehidupan mereka pun. Yang nak meneruskan kehidupan ni adalah kami. Bahagia derita pada diri kami. Jika elok serba serbi pun orang mengata juga kan. Banyak lagi tarbiyah yang perlu disampaikan ni. Tarbiyah sampai semua manusia jadi baik. Basuh habis hitam hati tu.

Pesan pada diri dan keluarga, kita kena jadi kuat. Kuat menahan kata nista orang. Usah membalas celaan orang, kelak sama saja buruknya kita dan mereka. Sabar, dan ucaplah alhamdulillah banyak banyak. Biar tertutup mulut orang. Jangan diulas lebih lebih, nanti hati sendiri yang sakit. Waktu inilah kita tahu, siapa madu dan siapa racun. Doa yang baik baik sudahlah.

Tuesday, July 19, 2016

Teh dan Angin

Sejak menjangkau usia tua ni, perut dah macam anti dengan teh. Teh o tak boleh, teh susu pun tak boleh. Perut jadi sebu, angin semacam naik sampai kepala. Dulu boleh saja minum sebungkus atau segelas teh ais dengan nikmatnya. Sekarang dah tak boleh. Baru baru ni ziarah raya rumah staff, dia jamu teh ais kedai. Gelas kecil saja pun. Baru minum dua teguk dah rasa sebu. Mujur kat rumah ada nasi dengan sup kambing.

Esoknya ziarah raya rumah saudara, dia jamu teh o. Minum juga. Tengah hari. Rasa sebu juga. Walaupun dah makan nasi dengan gulai ikan biji nangka yang sedap, rasa sebu terus berlarutan hingga ke petang. Lepas sumbat dengan bihun sup dan nasi ayam, baru lega. Macam mana berat badan tak naik balik? Nak exercise, semput pula. Tengah URTI. Nafas pun tak puas, siap tachycardia lagi walaupun tengah baring nak lena. Dah dua petang checked temperature 37.5.

Penawar batuk kahak, bacalah ayat 80 surah as Syu'ara. Rupa rupanya baru baca tadi sampai ayat 90 sebelum terjumpa video Tanyalah Ustaz Sharhan tu.

Allahuma'a fini fi badani.

Thursday, July 14, 2016

Memori Ramadhan #3

Ya Allah, rindunya pada Ramadhan! Balik kerja, tengok jalan kat simpang masjid lengang saja. Biasanya ada bazar Ramadhan di perkarangan masjid tu. Kereta berderet parking tepi jalan. Masa terhad nak beli juadah berbuka lagi, nak beli barang-barang dapur lagi. Bersenam memang tak sempatlah, dan tak larat. Lepas berbuka, solat Maghrib, terus siap untuk ke masjid. Kalau lambat nanti parking susah, tempat nak solat pun tiada. Habis solat tarawih, balik rumah, minum-minum sikit, dah dekat pukul 11 malam. Seterika baju, siap-siap untuk kerja esok pulak. Rindunya pada disiplin diri sepanjang bulan Ramadhan. Itu tak termasuk curi masa untuk khatam al Quran. Tak berjaya khatam juga, tapi bilangan juzuk yang dibaca lebih daripada tahun lepas.

Waktu bulan Ramadhan ni, ramai orang jadi baik sikit. Kurang mengumpat, kurang marah, dan lebih bersabar. Hebatnya kuasa Ramadhan!

Waktu Ramadhan juga aku beriltizam untuk istiqamah bersedeqah, at least RM1 setiap hari. Alhamdulillah, mudah sangat Allah buka pintu-pintu untuk sedeqah. Berjaya melakukannya setiap hari, dengan jumlah yang berbeza. Nak teruskan untuk bulan-bulan seterusnya, walaupun macam susah nak konsisten setiap hari. Mungkin boleh jadi RM30 per month yang wajib.

Allah pasti akan memberi 10 ganjaran atas satu kebaikan yang dilakukan, insya Allah.

Sunday, July 10, 2016

Sedih Sikit Ja

Setelah drama pendek syahdu semalam : "Bukan bebai, sedih sikit ja", akhirnya yang dinanti tiba jua. Dari raya kedua tunggu, sampai raya kelima. Alhamdulillah, tetamu hadir membawa rezeki. Siap dapat duit raya lagi.

Menu tadi:
Nasi beriyani perencah Adabi
Gulai udang perencah Adabi
Kurma ayam perencah Adabi
Ulam janggus dan ulam raja
Sambal belacan
Ikan jenahak goreng
Ikan cencaru goreng
Air kordial anggur Jalen
Air kordial blackcurrent Sun up

Sampingan sementara tunggu hidangan tengah hari:
Lemang segera Nona
Nasi impit segera Faiza
Kuah kacang
Serunding daging lembu
Teh o panas

Tetamu bawa roti canai telur + kuah dhal + kari daging

Alhamdulillah syukur atas nikmat persaudaraan ini. Semoga Allah melindungi mereka semua dan melimpahkan rezeki yang tidak putus-putus kepada kami.Satukan hati-hati kami ya Allah di jalanMu.

Saturday, July 09, 2016

Memori Ramadhan#2

CIKGU KAFA

Salah seorang jemaah terawih di masjid @ kampung adalah seorang guru KAFA. Entah apa minatnya, setiap hari sebelum keluar dari masjid, ada sahaja soalannya untukku.

"Belajar lagi kah?"
"Cuti sekolah sekarang?"

Rasa muda pula bila orang masih fikir diri ni pelajar. Namun bila dia tahu diri ni dah bekerja, dikoreknya pula pasal pekerjaan.

"Kerja di mana?"
"Kerja nurse ke kerja pejabat?"
"Pegawai perubatan? Oh, farmasi eh?"
"Tak jauh ke berulang ke tempat kerja?"
"Ohh nanti boleh tanya pasal ubat-ubat ni."

Tepuk dahi. Ada juga yang perangai macam ni. Suka korek hal orang lain. Nak meneka sesuka hati. Level untuk perempuan Melayu hanya tahap nurse atau kerja pejabat sajakah?

Sikapnya membuatkan diri sentiasa mahu elakkannya. Habis solat, bersalam dengan dua tiga orang, terus bergegas nak keluar dari masjid. Tak selesa disoal begitu. Seingatku, mak tak pernah nak soal begitu pasal anak orang. Kalau orang cerita, mak dengar. Ini, bersungguh pula dia bersoal jawab pasal anak mak.

Sabar sajalah.

Memori Ramadhan #1

Asalnya nak tulis nota Ramadhan, tapi sebab Ramadhan sudah berlalu, biarlah ia menjadi memori saja. Lagipun tulisan ni bersifat pengalaman peribadi, tak hebat mana untuk dijadikan pedoman atau pengajaran hidup. Sekadar mengimbau kenangan Ramadhan 1437 Hijrah.

SOLAT TERAWIH

Tiga tempat - masjid daerah berhampiran rumah sewa, masjid di kampung, dan rumah sendiri.
Imam di masjid daerah adalah orang dewasa, bacaannya Masya Allah, sungguh lunak, semangat dengar. Pada akhir rakaat ke lapan, imam akan ingatkan makmum supaya rapatkan saf ke hadapan. Waktu ni, ramai makmum yang beredar, ataupun keluar dari saf untuk solat witir. Masjid daerah sekarang dah pasang penghawa dingin, jadi tak sepanas dahulu. Masa minggu pertama Ramadhan, seperti biasa, jemaah penuh hingga ke luar, untuk muslimah, masuk minggu kedua, siap boleh solat di saf muslimah yang pertama lagi.

Masjid di kampung - mereka menjemput pelajar-pelajar tahfiz dari maahad di kampung sebelah. Muda remaja lagi, suara pun baru nak pecah. Lancar bacaan/hafazannya, cuma suara remaja, tidaklah selunak suara orang dewasa. Di sini pun, dua malam yang pertama, penuh sesak sampai berhimpit-himpit. Berpeluh-peluh kepanasan. Tak rasa pun kesejukan penghawa dingin. Nak on kipas, AJK masjid melarang sebab dah on air cond.Yang jadi tukang selawat pula..hmm.. ada beberapa kali suara tak keluar, layu dan kuyu macam tak makan pun ada. Aduhai, kan bagus kalau bersemangat sikit. Walaupun selawat tu bukan wajib, lafazlah elok-elok kan.

Ada beberapa hari buat terawih di rumah, alhamdulillah, Allah izinkan untuk dapat fokus dan kusyuk walaupun bersendirian. Tenangnya solat di malam-malam Ramadhan.

Semoga dapat bertemu Ramadhan lagi dan berterawih lagi di masjid, jika Allah izinkan.

Separation :(

Already the 4th day of Syawal. Usually at this time, I would have been in deep sleep but not tonight. Just couldn't sleep. Browsed Facebook, felt sleepy, closed eyes, then couldn't sleep again. Weeping. Sad. Too sad.

YB and his wife already left, still fighting with the traffic congestion at highway. Four days with them were just not enough. I wasn't sad at all when sending them off earlier, but now suddenly the feelings appeared out of nowhere.

The expected hero-to-be did not show up too. Waited with hopes on first Syawal, disappointed, then waited patiently on second Syawal, disappointed again. Third Syawal, was told that the plan was cancelled. Fine. Will not be hoping anymore. Sister in law-to-be promised to come on second Syawal, but until now still not showing up. Do not promise if you can't keep it. Everyone has their own matters.Hmmmm.

Third year raya without him. Went missing and uncontactable. Don't you even remember your parents, who brought you up for 30 years? Your siblings, who grew up with you?Don't you feel empty, not shaking hands with your parents and ask forgiveness from them? You still have parents but you ignored them. How about one day your kids ignore you, what would you feel?  We still believe that you will come back. Now or then. We never disown you. Please come back before it is too late.


Tuesday, July 05, 2016

Perantau : Jamak dan Qasar

PENJELASAN PANJANG LEBAR MENGENAI SALAH ERTI HUKUM JAMAK DAN QASAR

Allah SWT memberi dua kemudahan kepada orang yang bermusafir untuk melaksanakan solat iaitu JAMAK dan QASAR.

Untuk seseorang itu mendapat kelayakan rukhsah(keringanan) solat musafir(jamak dan qasar) mestilah menepati beberapa syarat. Berikut adalah syarat-syarat yang dimaksudkan:

Pertama: Mestilah berada di dalam keadaan bermusafir iaitu perjalanan ke destinasi sekurang-kurangnya dua marhalah.

Kedua: Perjalanannya telah melepasi pagar qaryah(boleh diterjemahkan sebagai kawasan kampung, taman perumahan, mukim atau daerah mengikut uruf setempat).

Ketiga: Tidak mengikuti imam solat yang bermukim jika ingin mengqasarkan solat.

Keempat: Tidak berniat menetap selama empat hari atau lebih di tempat yang dituju selain pada hari mula sampai dan pada hari akan keluar dari destinasi.

(Rujuk: al-Fiqh al-Manhaji 'ala Mazhab al-Imam al-Syafi'ie, Jilid 1, Bab Solat Musafir)

HUKUM YANG DISALAH ERTI

Syarat ke-4 merupakan perkara yang PALING DISALAH ERTIKAN oleh ramai orang. Sehingga mereka menyangka jika sudah merancang untuk menetap di sesuatu tempat (contohnya) 2 minggu, maka menyangka masih boleh menjamak dan mengqasarkan solat dalam tempoh tiga hari. Sedang ia adalah sangkaan yang salah dan tidak bertepatan dengan apa yang termaktub di dalam kitab-kitab Fiqh Mazhab Syafi'ie.

Jika seseorang yang menetap (contohnya) di Shah Alam merancang untuk berada (contohnya) di Kota Bahru selama 7 hari. Maka dia hanya dibenarkan untuk menjamak dan qasar ketika dalam perjalanan sahaja dan setibanya di destinasi dia sudah menjadi orang yang bermukim.

MENGAPA TIDAK BOLEH LAGI JAMAK DAN QASAR?

Ini kerana apabila seseorang itu berazam untuk menetap (contohnya) di Kota Bahru lebih dari 3 hari, ini bermakna ia telah berniat bermukim di destinasi itu. Apabila dia sampai ke destinasi tersebut maka dia sudah mendapat status orang yang bermukim bukan lagi musafir. Sedangkan rukhsah(keringanan) solat musafir hanya diizinkan oleh Allah Ta'ala bagi orang yang berstatus musafir, sepertimana Allah berfirman di dalam surah al-Nisa', ayat 101:

وإذا ضربتم في الأرض فليس عليكم جناح أن تقصروا من الصلاة} النساء: 101}
Maksudnya: "Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir."

Permasalahan ini telah dijelaskan oleh Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam karangannya 'Mihaj al-Tolibin', menurut beliau:

ولو نوى إقامة أربعة أيام بموضع انقطع سفره بوصوله، ولا يحسب منها يوما دخوله وخروجه على الصحيح
Maksudnya: "Jika seseorang berniat mukim(iqamah) selama 4 hari di destinasi maka terputus (hukum) musafirnya dengan ketibaannya (di destinasi) dan tidak dikira dari tempoh itu hari dia masuk (ke destinasi) dan keluar (dari destinasi) menurut pendapat yang sahih."

Menurut kenyataan Imam Nawawi di atas, tempoh seseorang itu mendapat status mukim ialah 4 hari, jika seseorang itu berazam atau berniat untuk menetap (contohnya) Kota Bahru selama 3 hari atau kurang dari itu, maka dia masih boleh melakukan solat musafir(jamak & qasar) selama tempoh itu walaupun sudah sampai atau berada di destinasi. Ini kerana dia masih dalam keadaan musafir .

APAKAH MAKSUD 'TIDAK TERMASUK HARI KELUAR DAN MASUK'?

Menurut mazhab Syafi'ie, tempoh untuk menentukan seseorang itu berstatus mukim ialah menetap di sesuatu tempat selama 4 hari atau lebih, tetapi tidak dikira hari perlajanan ke destinasi dan hari pulang. Sebagai contoh:

Situasi 1:
Ahmad akan bercuti di Kota Bahru selama 7 hari iaitu dari hari Isnin hingga Ahad. Menurut perancangan, Ahmad akan bertolak dari Shah Alam pada hari Isnin dan akan bertolak pulang dari Kota Bahru pada hari Ahad. Jadi tempoh sebenar Ahmad berada di Kota Bahru ialah 5 hari setelah tolak hari pergi dan pulang. Menurut kiraan tersebut, Ahmad secara otomatik telah berniat bermukim di Kota Bahru iaitu lebih dari 3 hari. Dengan ini, setiba Ahmad di Kota Bahru beliau tidak boleh lagi solat musafir.

Situasi 2
Berlainan pula jika Ahmad akan bercuti di Kota Bahru selama 5 hari iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat. Menurut perancangan, Ahmad akan bertolak dari Shah Alam pada hari Isnin dan akan bertolak pulang dari Kota Bahru pada hari Jumaat. Jadi tempoh sebenar Ahmad berada di Kota Bahru ialah 3 hari setelah tolak hari pergi dan pulang. Ini bermakna Ahmad masih lagi berstatus musafir meskipun sudah tiba di Kota Bahru kerana keberadaannya di sana kurang dari 4 hari.

APAKAH DALIL MAZHAB SYAFI'IE TENTANG TEMPOH MUKIM BERDASARKAN 4 HARI?

Ia berdalilkan sepotong riwayat yang diriwayatkan di dalam Sahih Imam Bukhari dan Muslim(dengan lafaz Imam Muslim):

عن الْعَلَاءَ بْنَ الْحَضْرَمِيِّ، يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «لِلْمُهَاجِرِ إِقَامَةُ ثَلَاثٍ بَعْدَ الصَّدَرِ بِمَكَّةَ»، «كَأَنَّهُ يَقُولُ لَا يَزِيدُ عَلَيْهَا»
Maksudnya: Saidina al-'Ala bin al-Hadrami Radiyallahu 'anhu berkata, 'aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda', "Mukim bagi Muhajir selama 3 hari di Mekah selepas kembali dari Mina", 'Seolah-olah Baginda menyatakan tidak lebih dari tempoh itu'.

Menurut Imam Ibn Hajar al-'Asqallani di dalam Fathul Bari, Hadith ini memberi maksud bahawa Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam melarang golongan Muhajirin –Radiyallahu 'anhum- bermukim di Mekah sebelum pembukaan kota tersebut.

Menurut Imam Nawawi pula(juga dalam Fathul Bari), hadith ini menjelaskan bahawa Baginda Sallallahu 'alaihi wa sallam mengharamkan golongan Muhajirin bermastautin di Mekah.

Menurut Imam Ibn Hajar lagi:

ويستنبط من ذلك أن إقامة ثلاثة أيام لا تخرج صاحبها عن حكم المسافر
Maksudnya: Pengajaran yang boleh diambil dari itu(hadith), sesungguhnya menetap selama tiga hari tidak mengeluarkan seorang itu dari hukum musafir.

Berdasarkan hadith sahih di atas dan penjelasan dari kedua-dua imam menunjukkan bahawa tempoh menetap yang melebihi dari tiga hari(iaitu 4 hari dan ke atas) adalah tempoh yang tidak melayakkan seseorang menjadi seorang musafir.

Hadith dikuatkan lagi dengan tindakan Saidina Umar al-Khattab Radiyallahu 'anhu yang tidak membenarkan golongan kuffar ahli zimmah menetap di bumi Hijaz dan beliau membenarkan para peniaga dari kalangan ahli Zimmah menetap selama tiga hari sahaja.(Rujuk: al-Talhis al-Habir)

Selain itu sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Muwatta' (Riwayat Muhammad bin al-Hasan) bahawa Saidina Umar membenarkan golongan Yahudi dan Nasrani berada di Madinah selama tiga hari untuk mendapatkan keperluan mereka dan tidak boleh seorang di antara mereka menetap lebih dari tempoh tersebut. (Rujuk: Ifadah al-Raghibin)

Tindakan Saidina umar menunjukkan bahawa beliau tidak mahu golongan kuffar bermukim dan menetap di Tanah Haram, lalu beliau hanya membenar golongan ini dalam keadaan musafir sahaja.

Ini lah dalil yang menjadi asas Imam al-Syafi'ie Radiyallahu 'anhu dalam menentukan tempoh permukiman.

BAGAIMANA PULA RIWAYAT NABI PERNAH MENGQASARKAN SOLAT LEBIH DARI 3 HARI?

Sememangnya terdapat riwayat sahih yang menunjukkan baginda pernah mengqasarkan solat ketika musafir lebih dari 3 hari. Ini seolah-olah pada zahirnya, mazhab Syafi'ie bertentangan dengan Sunnah. Riwayat yang dimaksudkan ialah:

عن عمران بن حصين رضي الله عنه قال: "غزوت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ، وشهدت معه الفتح، فأقام بمكة ثماني عشر ليلة، لا يصلي إلاّ ركعتين". رواه أبو داود
Maksudnya: Saidina Imran bin Husain Radiyallahu 'anhu berkata, "Kami pergi berperang bersama-sama Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam dan aku menyertai Baginda ketika pembukaan kota Mekah, lalu Baginda menetap di Mekah selama 18 hari dan Baginda tidak mengerjakan solat melainkan dua rakaat(qasar)". (Hadith riwayat Imam Abu Daud)

Pendirian mazhab Syafi'ie mengenai hadith ini, apabila seseorang berniat tinggal di sesuatu tempat yang TIDAK PASTI TEMPOH MENETAP di sesuatu tempat kerana MELAKUKAN TUGAS YANG BELUM TENTU TAHU BILA SELESAINYA, maka dia boleh mengqasarkan solat sehingga 18 hari tidak termasuk hari pergi dan pulang. Berdasarkan hadith di atas, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam telah menetap selama tempoh tersebut pada tahun pembukaan kota Mekah kerana memerangi puak Hawazin dan Baginda mengqasarkan solatnya kerana Baginda tidak pasti berapa lama Baginda terpaksa tinggal di situ. (Rujuk: al-Fiqh al-Manhaji atau Ifadah al-Raghibin)

Isu ini juga dijelaskan oleh Imam al-Nawawi di dalam 'Minhaj al-Tolibin':

ولو أقام ببلد بنية أن يرحل إذا حصلت حاجة يتوقعها كل وقت قصر ثمانية عشر يوما, وقيل: أربعة، وفي قول: أبدا.
Maksudnya: "Jika seseorang menetap di sebuah negeri dengan niat bahawa dia akan meninggalkan (negeri itu) jika tercapai hajatnya(selesai sesuatu urusan) seperti yang dijangkakan, maka dia boleh qasar setiap waktu selama 18 hari. Ada pendapat lain selama 4 hari, juga terdapat qaul menyatakan selama-lamanya."

Walaubagaimana pun, pendapat yang muktamad di dalam Mazhab Syafi'ie ialah tidak lebih dari 18 hari iaitu tidak termasuk hari pergi dan pulang. Hukum keringanan ini(jamak & qasar selama 18 hari) hanya untuk sesiapa yang tidak tahu atau tidak pasti berapa lama dia akan berada di sesuatu destinasi kerana urusan belum pasti selesai.

Sebagai contoh: Ali mengidap satu penyakit dan penyakit ini hanya boleh dirawat di Singapura. Tempoh rawatan itu tidak boleh dipastikan oleh pakar perubatan. Lalu Ali pergi bermusafir ke Singapura dalam keadaan tidak pasti berapa lama di akan menetap di Singapura kerana bergantung kepada tempoh rawatan yang tidak pasti. Jadi dalam situasi ini, Ali boleh mengqasar solatnya selama 18 hari tidak termasuk hari pergi dan pulang.

Wallahu A'lam

Abu Ruqayyah Ba 'Alawi


Sent from my iPhone