Tuesday, January 29, 2013

Menyusahkan

Baru berangan nak bayar lum sump dan settlekan hutang dengan MARA sekaligus, tiba-tiba pegawai tu kata dokumen yang kuhantar pada 31 October 2012 via poslaju tu tak diterima pun. Dah keluar surat blacklist bagai, sekarang baru nak bagitahu yang dokumen tu tak sampai?

Salah siapa, poslaju kah atau Mara officers yang tak efisyen? Sekarang aku kena resubmit dokumen tu balik. Menyusahkan betul.

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 23, 2013

MENGOMEL


Sejak balik kerja tadi tak habis-habis aku mengomel sendirian tentang ketidakpuasan hatiku ini.
Astaghfirullah…banyak betul mengomel dan merungut. Tak reti bersyukur. Semuanya gara-gara sikap rakan sekerjaku yang lebih senior yang tidak mahu bertanggungjawab.

“She helped me review half of the patients in isolation room.When it comes to patient number 8, she just dumped the responsibility to me when she saw my plan in the morning was to keep in view for discharge if afebrile and lungs clear.The case was discussed earlier with another senior (more senior than her). She was the one who converted IV antibiotics to syrup and she agreed that patient is fit for discharge PM if no more fever.Of course I would not write “case discussed with Dr S” as she is also a medical officer like me, not a specialist. And I was firm enough with my decision to discharge the boy.He is clinically well, no fever, lungs clear and her mother was super keen on discharge, she has been asking for it for days already. I’m afraid she will ask for AOR discharge tonight if we still keep the boy in the ward. Pity the oncall person. And that “senior” kept asking me about the discharge and proposed that I make it AOR discharge instead. She even called to find out who was the specialist on call. Perghh…if you can lift up the phone to find out about the specialist on call, why don’t you just call and present the case if you really want it to be an AOR discharge! And if you think that patient is not safe to be discharge, why don’t you step forward and do something about it, not just dumped it on me and then became busy body.  S was right , she likes to act like a specialist. The staff nurse said to me,”Kesian, doctor kena buli.” I replied her,” takpa, saya doa saja banyak-banyak.”

I believe and still strongly believe that WHAT YOU GIVE YOU GET BACK, and WHAT GOES AROUND COMES AROUND. Eh, macam tajuk lagu pula.Yeah, that will happen to her. She always dumped everything that is hard or more difficult to me. Her reason…”you’re the most junior, so you have to do it. Last time I also had the same thing.”

Okay, do you repeat the bad things people did to you to other person? It’s like buat jahat dibalas jahat. So if you call them jahat, so who/what are you? You don’t forget that life is like a wheel, sometimes you’re on top, sometimes you’re down there. We will see what happen to you when you go to HPP as a junior for your exams later.

Teringat aku masa di MRSM dahulu.Ragging masih wujud pada tahun 2011 itu tapi tidaklah teruk sangat apabila melibatkan perempuan.Aku tak boleh lupa perangai tidak matang seniorku yang memanggil kami berkumpul pada pukul 4 pagi semata-mata untuk marahkan pelajar yang tidak memakai kain dalam semasa berbaju kurung.Masa tu baru hari ketiga atau keempat minggu orientasi kot.Ingatlah sikit, pelajar datang dari latar belakang yang berbeza, ada yang tak pernah tahu pun kewujudan kain dalam tu.Sekurang-kurangnya bagilah masa sampai habis orientasi untuk pergi beli kain tu.Ini tidak, pakai sergah saja.Panas betul aku, nak tergelak pun ada.Masa tu lagi aku dah berjanji pada diri sendiri, apabila aku jadi senior nanti,aku takkan buat perkara-perkara bodoh ni.Nak kumpul pukul 4 pagi kenapa?

Aku juga ingat lagi bagaimana cadarku direntap kerana tak cukup stretch. Rasa macam nak menangis jugalah tengok rupa cadarku kena rentap macam tu.Masa aku jadi senior, kami cuma denda 20 sen saja, itupun wang disalurkan ke tabung blok…dan mana pernah kumpul pukul 4 pagi..cuma ada sekali warden yang panggil kumpul pukul 1 pagi sebab geram dengan kekurangan ajar sekelompok kecil pelajar masa minggu aktiviti tu..

Dalam aku dok mengomel tu, sempat juga bersiap-siap ke masjid.Alhamdulillah rasa tenang sikit lepas berjemaah Maghrib dan Isyak. Di antaranya ada kuliah berkenaan Rasulullah dan isu kalimah Allah. Rasa “lupa” sekejap pada hiruk-pikuk duniawi. Hari ni dah masuk 12 Rabiul awwal, ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad SAW.


Thursday, January 03, 2013

3/1/2013

Alhamdulillah genap sebulan aku berada di sini.

Hospital
Kedudukannya kurang strategik. Sebelahnya sekolah, jadi trafik jam teruk waktu pagi dan petang. Right before pintu masuknya ada sebuah kuil, betul-betul tepi jalan. Imagine jika ada kes kecemasan, pemandu kelam-kabut atau mungkin dalam kesakitan, kemungkinan untuk rempuhan berlaku adalah amat tinggi. Pada musim perayaan, jalan menjadi semakin sesak kerana kuil di hias cantik dan dikunjungi ramai orang. Jadi semakin sukar untuk orang ramai akses kepada emergency department.

Parking...setakat ini bukanlah masalah besar sangat, jika sampai pukul 7.55 pun masih ada parking. Tapi staff yang masuk PM shift pukul 2 sukar dapat parking.Aku selalu parking di kawasan belakang, biar jauh sedikit tapi selesa untuk keretaku.Aku tak blok orang, orang tak blok aku.

Security guard...aku tabik pada mereka...mereka memang menjalankan tugas dengan baik. Pada waktu puncak 7.30 am - 8 am dan 5 pm, mereka beramai-ramai mengawal lalu lintas.Maklumlah jalan masuk-keluar agak sempit, jadi kesesakan akan berlaku jika tiada guard yang guide. Mereka selalu buat rondaan ward on time dan minta pelawat beredar on time...memudahkan kerja kami di ward.Mereka kawal di pintu masuk ward, terutama wad kanak-kanak dan maternity.

Pengarah...aku dengar macam-macam yang negatif tentangnya. Pertama kali berjumpa, aku dapat sense sesuatu tapi aku abaikan saja. Cuma perlu menjaga diri dan avoid daripada ada hal dengannya.

Staff nurses- they are all very supportive!!! I love them all...very hardworking indeed. Ramai yang senior, lagi senang nak buat kerja or tanya apa-apa.

PPK...even they are also good. Semuanya perempuan, sebab tulah rajin.Bezanya yang muda sikit lebih proaktif dan cergas, yang lebih berusia lebih  pasif tapi semua kerja jalan!

Cleaner - semua perempuan juga...mereka pun friendly and feel like a family.

Sisters - setakat ni ada dua orang sister. Dua-dua pun baik belaka, sangat supportive dan tidak menyusahkan.

Apapun aku perasan, di sini, mereka lebih menghormati para doktor. Dalam erti kata lain, aku rasa doktor lebih dipandang tinggi dan mereka pandai menunjukkan rasa hormat pada doktor.Macam kawan aku kata, kita sekarang dah MO...tapi aku tengok MO di hospital lama pun tidaklah dihormati sangat macam di sini...

Makan - oncall food is awesome! Disajikan dalam mangkuk tingkat, biasa ada nasi, sayur, sup dan lauk [ayam/ikan]. Ikannya dimasak sempurna, tidak berbau hanyir.Semuanya bergula garam elok, alhamdulillah.

Tapi ada too many ''sisters'' iaitu mereka yang naik pangkat tapi masih buat kerja staff nurses, naik pangkat sebab dah cukup tempoh bekerja,Aku confuse nak panggil sister ka staff nurse.Dulu aku tak tahu, aku tengok kat clinic ramai betul sisters yang in charge, terkagum sebentar. Rupa-rupanya staff nurse juga.

Cuaca  di sini boleh jadi panas macam biasa boleh jadi sejuk ala genting highlands pula, cuma tiadalah wap keluar dari mulut. Faktor geografi - terletak di atas bukit, menyebabkan kalau sejuk, memang sejuk betul. Kadang-kadang pagi-pagi kereta dilitupi lapisan ais beku, walaupun dah guna wiper pun masih blurr lagi sampailah after 10 minutes kereta jalan baru clear.Kabus pun ada juga di awal pagi.

Jerawat -  entah mengapa sejak aku di sini, wajahku ditumbuhi jerawat halus di pipi dan dahi, dulu tiada pun. Faktor air kah, cuacakah, angin kah, ataupun perubahan hormon?

Rumah sewa - kini aku menyewa kondominium bersama rakan sekerjaku. Best, walaupun talian internet tidak begitu memuaskan, tapi aku bersyukur kerana aku suka sangat rumah ni. Jaraknya hanya 10 minit ke hospital, ada semua facilities, bukan high crime area dan ramai Muslims di sini.Nak cari makan pun dekat saja, ada di mana-mana.

Sekian review buat masa ini.

Tuesday, January 01, 2013

This Is Not What I Wanted

This is totally not what I wanted. While others are enjoying life on holidays, I am suffering from oncalls by oncalls. The reason they gave was I am the most junior. Very unprofessional. I will never do that to my junior, never I did that before.

My calls are considered acceptable but were never too good. I still have palpitations on and off but I am glad that I have strong support from other ward staff. I am more worry if I have to manage a neonatal case as I have very little experience in this.

I feel very lonely and mildly depressed. I really hope that today I will have a good call. Early morning, I already have 2 admissions including a 2 month old baby. Children, please be healthy...and parents, don't bring your child to our hospital, please go somewhere else.

Ya Allah, please ease my call and guide me in everything...

posted from Bloggeroid